Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, August 31, 2011

Hebat budak nih...

Budak selamat dilanggar kereta api

IMEJ CCTV menunjukkan budak lelaki (dalam bulatan) dihimpit sebuah kereta api ekspres.

SYDNEY, Australia – Seorang budak lelaki berusia 12 tahun selamat selepas dia dilanggar tren ekspres dalam insiden yang dirakam sistem kamera litar tertutup (CCTV) sebuah stesen kereta api di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Budak lelaki berkenaan dirakam berada cuma beberapa sentimeter dari tren itu ketika dia cuba melintas landasan di stesen berkenaan baru-baru ini.

Ketika tren tersebut tiba, mangsa hilang daripada lensa CCTV. Dia dipercayai terjatuh akibat berlanggar dengan gerabak tren tersebut.

Namun, tidak lama kemudian, dia muncul semula dalam skrin CCTV dan dilihat cuba memanjat platform stesen.

Mangsa mengalami patah kaki dan siku dengan banyak bahagian di tubuhnya calar, tetapi bernasib baik kerana masih hidup. – Agensi

Tuesday, August 30, 2011

Raya peshen apa pulak dah lagu nii... hadoiihhh...

Buang anak dalam sampah

SANDAKAN: Di mana hilangnya nilai kemanusiaan seorang ibu apabila membuang bayi di tempat pembuangan sampah ketika umat Islam membuat persiapan akhir menyambut ketibaan 1 Syawal.

Lebih malang, mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat itu hanya dibalut plastik hitam dan dipercayai baru dilahirkan itu ditemui berhampiran bazar Ramadan di belakang sebuah pasar raya, di sini, semalam.

Mayat bayi itu ditemui tukang sapu Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Hajjah Kijar, 60, ketika membuang sampah di tempat pembuangan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marung, berkata mayat bayi itu ditemui tukang sapu ketika membersihkan kawasan berkenaan, kira-kira jam 2.20 petang.

Menurutnya, pekerja terbabit terkejut apabila melihat satu plastik hitam yang mencurigakan ketika mahu membuang sampah ke dalam tong di kawasan itu.

“Lelaki terbabit memeriksa plastik itu dan terkejut apabila menemui mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat di dalamnya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurut Rowell, tukang sapu itu membuat aduan kepada dua anggota polis yang bertugas di bazar Ramadan di kawasan itu.

Rowell berkata, beberapa anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan pemeriksaan mendapati bayi itu mempunyai kesan darah dan bertali pusat. “Bayi cukup sifat ini dibalut dengan plastik hitam, namun tiada kesan kecederaan lain ditemui pada tubuhnya dan mayat itu sudah dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk dibedah siasat dan usaha mengesan individu bertanggungjawab membuang bayi terbabit giat dijalankan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318, Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi.

“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian terbabit menghubungi pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, Inspektor Joseph Anak Jumit di talian 019-8052069 bagi membantu siasatan,” katanya.

Monday, August 29, 2011

Aidilfitri 30hb Ogos 2011

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, 30hb Ogos 2011. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan malam ini.

Jadi kak Ros ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada ahli keluarga kak Ros, sahabat handai dan rakan taulan yang mengenali ataupun tidak serta jugak para pengunjung blog kak Ros yang dihormati...

Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin... :-)

Benjy masuk ICU

LEMAH...keadaan Benjy yang dirawat di wad ICU Hospital Putrajaya.

PUTRAJAYA: “Lemah”. Hanya itu perkataan yang keluar dari mulut pelakon, Khairil Benjamin Ibrahim, 33, atau lebih dikenali sebagai Benjy yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya, di sini, selepas diserang penyakit asma kronik.

Difahamkan Benjy dimasukkan ke hospital berkenaan sejak tiga hari lalu kerana menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di hidungnya yang selama ini menyebabkan dia sukar bernafas.

Bagaimanapun, selepas pembedahan itu dia diserang asma teruk sehingga memerlukannya menggunakan alat bantuan pernafasan.

Anak lelaki tunggal seniwati terkenal Azean Irdawaty itu ketika ditemui di hospital berkenaan, petang semalam kelihatan payah bercakap akibat kesukaran bernafas.

Namun, sewaktu kunjungan wakil Harian Metro, alat bantuan pernafasan sudah dibuka dan dia boleh bernafas sendiri walaupun dalam tersekat-sekat.

Walaupun lemah, keadaannya stabil, tetapi belum mengetahui bila dapat keluar dari wad berkenaan.

“Lemah, tapi lebih baik,” katanya, sambil sesekali memejamkan mata dan sering menarik nafas panjang.- myMetro

Sunday, August 28, 2011

Cari pasai betoi la budak nih...


Lari ikut kekasih beraya di Nepal

Oleh Azahar Hashim
KULIM: “Ketika umat Islam lain bersiap sedia bersama sanak-saudara untuk menyambut Aidilfitri, keluarga kami pula dibelenggu kesedihan mengenangkan nasib anak perempuan yang lari kerana mengikuti teman lelaki warga Nepal ke negara asalnya,” kata Siti Fatimah Yassin, 45, dari Taman Kenangan, Sungai Karangan, dekat sini, apabila anak perempuannya, Noorshaheera Mohd Rasul, 21, keluar dari rumah dengan alasan mahu bertemu rakannya pada 22 Ogos lalu.

Bagaimanapun, wanita berkenaan tidak pulang ke rumah sehingga kini menyebabkan timbul kebimbangan di kalangan ahli keluarganya walaupun sudah puas mencarinya.

Siti Fatimah berkata, Noorshaheera keluar dari rumah kira-kira jam 1 tengah hari dengan membawa sebuah beg kecil dan sehelai pakaian kerana mahu berbuka puasa dan bermalam di rumah rakan perempuannya di Sungai Petani.

“Saya membenarkannya kerana dia ingin berbuka puasa dan mengambil kembali wang yang dipinjam rakannya itu, selain berjanji akan pulang semula kira-kira jam 11 malam pada keesokkan harinya bersama rakannya itu.

“Bagaimanapun, Noorshaheera tidak juga muncul pada masa dijanjikan lalu menghubungi rakannya, tetapi dia juga tidak mengetahui ke mana anak kami pergi sepanjang dua hari itu,” katanya selepas menerima kunjungan Ketua Pemuda Umno Bahagian Padang Serai, Asmaidi Abu Talib di rumahnya, di sini, semalam.

Siti Fatimah berkata, rakan anaknya itu kemudian memaklumkan Noorshaheera berpesan kepadanya supaya memberitahu ibunya mengenai sekeping nota yang disimpan di dalam laci almari biliknya.

Menurutnya, sebaik membaca nota itu, dia terkejut apabila anaknya meminta maaf kerana mengikut kekasihnya, lelaki warga Nepal berusia 20-an yang dikenali sejak setahun lalu ketika bekerja di sebuah kilang di Sungai Karangan.

“Kami berusaha mencarinya pada keesokkan harinya dan dimaklumkan rakan senegara lelaki itu, mereka merancang kembali ke negara berkenaan menyebabkan kami bergegas pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang.

“Berdasarkan maklumat, anak saya dan lelaki Nepal itu menaiki penerbangan dari Pulau Pinang sebelum transit di Bangkok dan menuju ke Kathmandu pada 23 Ogos lalu,” katanya.

Saturday, August 27, 2011

Kenit kenit pun dah jadi duta negara

ORANG paling kecil di dunia yang berasal dari Nepal, Khagendra Thapa Magar, 19, dibantu pereka kasut tempatan, Sherlina Doraimani untuk mengukur saiz kakinya berukuran 4 inci ketika beliau bersama keluarganya berkunjung ke Malaysia sempena promosi melawat Nepal di Hotel Hilton Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Nik Hariff Hassan

Friday, August 26, 2011

Gaddafi akan dibicara di Libya

DUA gambar berbeza dirakam di lokasi sama. Gambar kiri menunjukkan Gaddafi berucap kepada wartawan di perkarangan kompleks kediamannya di Tripoli pada 5 Februari 2001 sementara kanan, pemberontak meraikan kejayaan menawan kompleks itu, semalam.

ROME: Libya akan mengadakan pilihan raya bebas dalam masa lapan bulan dan membicarakan Muammar Gaddafi di negara itu.

Pemimpin pemberontak, Mustafa Abdel Jalil berkata semalam, pihaknya tidak akan menyerahkan bekas pemimpin Libya itu kepada mahkamah antarabangsa.

“Kami akan mengadakan pilihan raya Parlimen dan presiden dalam masa lapan bulan,” kata Pengerusi Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) itu.

Kumpulan berkenaan kini menguasai keseluruhan negara yang kaya dengan minyak itu kecuali beberapa kawasan kecil.

“Kami mahukan kerajaan demokratik dan perlembagaan yang adil.

“Lebih penting lagi, kami tidak mahu hidup dipencil masyarakat antarabangsa seperti yang berlaku sekarang,” katanya kepada akhbar Itali, La Republica.

Kedudukan Gaddafi sehingga semalam masih tidak diketahui. Pemberontak menawan istananya di Tripolil. Mustafa berkata, bekas pemimpin itu dan orang kanannya perlu ditangkap dan dibicarakan di Libya.

“Era Gaddafi sudah berakhir meskipun kejatuhan sebenarnya hanya akan berlaku selepas dia ditangkap dan dihukum kerana jenayah yang dilakukannya,” kata Mustafa.

Beliau berpendapat Gaddafi dan orang kanannya mesti dibicarakan secara adil dan ia mestika dilakukan di Libya.

“Untuk memastikan keadaan itu berlaku, kami perlu menangkap mereka hidup-hidup dan melayan mereka berbeza dengan layanan yang diberikannya kepada musuhnya.

“Beliau hanya akan kekal dalam ingatan kerana jenayahnya, kerana penangkapan dan pembunuhan musuh politik yang dilakukannya,” kata Mustafa kepada La Republica.

Menteri Luar Itali, Franco Frattini sebelum ini berkata, Gaddafi perlu dibicarakan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague, Belanda.

Selepas enam bulan kebangkitan menentang pemerintahan 42 tahun beliau, hanya beberapa kawasan kecil di Trtipoli masih dikuasai penyokong Gaddafi.

Mustafa berkata, tentera Gaddafi kini berundur ke kubu kuat mereka di bandar pelabuhan Sirte. - AP

Kita kena tegas, takkan nak biar rakyat makan bangkai kot...

Pusat sembelih ayam masih tiada sijil halal

PERIKSA...Jailani memeriksa ayam yang disembelih dalam operasi, semalam.

KUALA LUMPUR: Walaupun sudah berulang kali diserbu pihak berkuasa dan diberi ‘tarbiah’, segelintir pemilik pusat pemprosesan ayam di beberapa pasar di sini, berdegil dan enggan membuat permohonan sijil halal.

Lebih membimbangkan apabila pelanggan pusat penyembelihan terbabit bukan saja di kalangan peniaga bukan Islam, malah dipercayai turut dibeli pemborong dan peniaga kecil yang beragama Islam.

Dalam pemeriksaan kira-kira jam 4 pagi semalam, di Pasar Borong Selayang dan Pasar Jinjang, di sini, yang dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati selain tidak mempunyai sijil halal, beberapa aspek penyembelihan turut diabaikan.

Menurut Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah, setiap ayam yang disembelih tidak dilakukan pemeriksaan, malah pisau yang digunakan pula tidak dibasuh setiap kali sembelihan.

“Sepatutnya setiap ayam yang disembelih perlu diperiksa untuk memastikan ia benar-benar disembelih dan sah mengikut hukum syarak.

“Malah, hanya dua tukang sembelih yang bekerja dalam dua jam bagi menyembelih 4,000 ayam,” katanya yang turut serta operasi terbabit.

Menurut Jailani, tiga pusat penyembelihan yang diperiksa juga mengabaikan aspek kebersihan iaitu kotor dan menjijikkan apabila ayam mati dilonggokkan di atas lantai.

Bagaimanapun, beliau berkata, dua daripada tiga pusat penyembelihan itu menggunakan khidmat tukang sembelih yang bertauliah dan memiliki kad penyembelihan dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi).

Katanya, hasil pemeriksaan juga mendapati ayam yang dibekalkan mereka tidak sihat dan mungkin berpenyakit berdasarkan bahagian yang lebam dan hitam.

“Permintaan tinggi ketika Ramadan dan menjelang Syawal menyebabkan pengusaha agresif menghabiskan stok ayam sehingga mengabaikan aspek pematuhan halal.

“Atas sebab itu, kami mahu menyedarkan masyarakat dan jabatan agama negeri membuat pemeriksaan dan memantau pusat penyembelihan ayam supaya penguasa yang memiliki sijil halal turut mengambil berat,” katanya.

Operasi itu disertai pegawai Bahagian Pelesenan dan Kesihatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memastikan penguasa memiliki lesen sah dan mematuhi syarat.

Thursday, August 25, 2011

Akhlak para sahabat


Ambil Pengajaran Daripada Akhlak Para Sahabat

Oleh: ppdcgroup

Ambillah pengajaran dari akhlak sahabat-sahabat nabi yang telah dijanjikan syurga :

1. Abu Bakar Ash-Shiddiq : Abu Bakar Ash-Shiddiq Radhiyallahu’anhu (RA) adalah khalifah pertama, setelah Nabi wafat. Ia sahabat yang paling dekat dengan Rasulullah, kemanapun Nabi pergi, ia selalu menyertainya. Termasuk saat Rasulllah dalam perjalanan hijrah dari Mekkah ke Madinah, suatu perjalanan yang penuh dengan risiko. Sejak remaja, Abu Bakar telah bersahabat dengan Nabi. Ia juga orang yang pertama memeluk Islam. Tidak sulit baginya untuk mempercayai ajaran islam, karena ia tahu betul keagungan ahklak Rasulullah. Demikian juga saat Nabi menyampaikan peristiwa Isra Mi’raj. Abu Bakarlah sahabat yang pertama kali membenarkan peristiwa tersebut. Oleh sebab itu, ia diberi gelar oleh Rasulullah yakni Ash-Shiddiq ( yang benar, jujur, dan membenarkan ). Abu Bakar wafat dalam usia 63 tahun ( 13 hijriah ). Ia dimakamkan di Madinah bersebelahan dengan makam Rasulullah.

2. ‘Umar bin Khattab : ‘Umar bin Khattab RA adalah khalifah kedua. Ia termasuk sahabat yang sangat dikasihi oleh Nabi. Sebelum masuk Islam, ia dikenal sebagai sosok yang jago gulat dan gemar mabuk-mabukan. Seluruh penduduk Makkah merasa takut kepadanya.

‘Umar memeluk islam setelah mendengar surat Thoha yang dibacakan saudara(adik) perempuannya. Ia sangat keras dalam membela agama Allah. Ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraisy terhadap diri Nabi s.a.w dan sahabat. Saat ‘Umar diangkat menjadi khalifah, daerah kekuasaan Islam bertambah luas. Kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditakluk dalam kurun waktu satu tahun (636-637 M). Pemimpin yang sederhana dan mempedulikan rakyatnya ini, wafat setelah dibunuh oleh Abu Lukluk @ Lukluah saat memimpin shalat (23 H/644 M). Ia dimakamkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah s.a.w.

3. ‘Ustman bin Affan : ‘Ustman bin Affan RA adalah khalifah Islam ketiga. Pada saat kepimpinannya, ia berhasil mengumpulkan wahyu, dan menyusunnya dalam bentuk mushaf Al-Qur’an.

‘Ustman bin Affan masuk islam lewat di atas ajakan Abu Bakar. Ia mendapat gelaran Dzun Nur ‘Ain ( pemilik dua cahaya ), karena menikahi dua putri Nabi, Ruqqayah dan Ummu Kultsum. ‘Ustman dikenal sebagai saudagar kaya dan dermawan. Ia selalu menafkahkan hartanya di jalan Allah apalagi ketika Islam memerlukan bantuan kewangan bagi menghadapi peperangan. Saat berkecamuk perang Tabuk, ‘Ustman menyumbang lebih dari 940 unta, kemudian membawa 60 kuda untuk menggenapinya menjadi 1000. ‘Ustman wafat pada tahun 35H atau 655M.

4. ‘Ali bin Abi Thalib K.W: ‘Ali bin Abi Thalib RA dilahirkan di Makkah tahun 598 Masehi. Ali adalah orang yang pertama masuk Islam daripada golongan kanak-kanak.

Ali terkenal orang yang sangat berani, ahli siasat perang, dan cerdas. Pada saat peristiwa hijrah, ‘Ali tidur diatas tempat tidur Nabi. Sehingga, para tentara Quraisy yang mengepung rumah Nabi, mengira Nabi masih berada di dalam rumah.‘Ali wafat pada tahun 40 Hijriyah, setelah ditikam oleh Abdurrahman bin Muljim dengan pedang yang beracun setelah keluar untuk solat shubuh. Ia meninggal dalam usia 63 tahun dan menmerintah selama 4 tahun 9 bulan. Beliau di makamkan di Kufah, Irak.

5. Thalhah bin Abdullah : Thalhah bin Abdullah dikenal sebagai salah satu konsultan Rasulullah. Ia berasal dari suku Quraisy. Saat berkecamuk perang Uhud, Thalhah ikut serta berjuang bersama Nabi. Di arena tersebut ia menderita luka parah. Dia menjadikan dirinya sebagai perisai bagi Rasulullah dan mengalihkan panah yang akan menancapkan diri Nabi dengan tangannya. Sehingga semua jari-jarinya putus. Thalhah wafat pada 36 H atau 656 M. Ia syahid saat mengikuti perang Jamal iaitu peperangan yang melibatkan Aisyah, az-Zubir dan Thalhah.

10 Sahabat Nabi Dijanjikan Syurga

Sa’id bin Zaid (antara golongan 10) yang berkata, bahawa Rasulullah bersabda “10 orang di syurga iaitu 1-Abu Bakar di syurga, 2-Umar di syurga 3-Uthman di syurga, 4-Ali 5-azZubair di syurga 6-Talhah di syurga 7-Abdurrahman bin Auf di syurga 8-Abu Ubaidah di syurga 9-Saad bin Abi Waqas di syurga”, kemudian beliau (Said bin Zaid) diam dari menyebut yang kesepuluh, dan apabila ditanya dia memberitahu bahawa dia (Said bin Zaid termasuk didalam 10)- Riwayat atTirmizi.

Wednesday, August 24, 2011

Kem tentera remaja Korea


BEBERAPA remaja perempuan sedang membuat latihan menarik payung terjun dalam siri aktiviti di kem tentera

MEREKA mendarat dari ketinggian 11 meter dalam sesaat, berlari dengan payung terjun yang masih terpasang pada bahu, berkawad dengan membawa beban beg dan membawa kebuk yang padat dengan gas.

Situasi itu mungkin menjadi pemandangan biasa di pangkalan tentera khas Korea Selatan di barat Seoul. Cuma, 'tentera' yang ada terdiri daripada remaja lelaki dan perempuan yang sering ditemani keluarga masing-masing.

Kem tentera yang diadakan dua kali setahun dan terbuka untuk orang awam itu menawarkan latihan asas ketenteraan selama empat hari. Ia bermula pada tahun 2003 dan telah membuktikan keberkesanannya.

Ia terbuka kepada remaja berusia 13 tahun ke atas dan perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak 40,000 won (RM110). Setakat ini program itu sudah berjaya mendidik seramai 17,000 orang peserta.

Budaya ketenteraan sudah lama bertapak di Korea Selatan, yang dikendalikan oleh rejim tentera sekitar tahun 1980-an. Kesemua lelaki yang memiliki fizikal mantap diwajibkan untuk menjalani kerahan tenaga untuk berkawal daripada serangan Korea Utara.

Kem yang dikendalikan pihak tentera atau firma swasta itu menjadi popular kebelakangan ini kerana telah membentuk individu seperti budak sekolah, pekerja syarikat dan sesiapa sahaja yang berminat merasai percutian ala tentera.

Pihak tentera memberitahu, melalui penganjuran kem ini, para peserta latihan berpeluang menguji tahap kecerdasan, melancarkan keupayaan fizikal dan meraih semangat untuk membina 'kebarangkalian yang berkemungkinan'. Ia merujuk kepada isu keselamatan negara.

"Remaja lelaki terlibat secara terang-terangan kerana mereka wajib menjalani latihan tersebut.

"Namun, ramai juga wanita muda yang semakin menunjukkan minat sejak mereka dibenarkan untuk menyertai program pentauliahan pegawai berteraskan kolej tahun lalu," kata jurucakap kem berkenaan, Major Lee Joo-Ho.

Latihan olok-olok

SEORANG remaja melompat dari platform tinggi dalam latihan ketenteraan di Seoul.

Bulan ini, seramai 230 orang peserta mula mengangkat sumpah dan memulakan latihan di padang berlumpur di Gangseo ketika latihan memasuki hari ketiga.

Dalam hujan, para remaja itu mula menjalani latihan olok-olok seperti mendarat menggunakan payung terjun dengan cara melompat ke dalam kotak pasir dengan kedua-dua tangan didepakan.

"Baik, tuan! Saya boleh lakukannya!" Jerit mereka sambil menggalas beg dan melangkah dengan seluar masing-masing yang berat dibasahi air hujan.

"Saya mahu jeritan yang kuat! Jerit nama teman wanita kamu dengan kuat!" Begitulah arahan ketenteraan ketika seorang peserta melakukan ujian simulasi menuruni kabel setinggi 20 meter dari helikopter.

Peserta yang kelihatan pucat dengan suaranya yang tidak dapat didengar itu kemudian cuba menggapai kabel dan membiarkannya di tengah padang.

"Ini sahaja yang kamu boleh buat? Kuat lagi!," arahnya lagi, sehingga peserta itu akhirnya menjerit: "Choi Yoon, saya cintakan awak!" Dia akhirnya dibawa naik dengan kabel itu.

Yeom Hyuck, 15, berkata, dia begitu cemas tetapi tercabar sebelum dia melonjakkan dirinya dari ketinggian 11 meter dari menara ke atas tanah.

"Segalanya seronok tetapi sekarang saya sudah mula rindukan keluarga saya," ujarnya.

Sementara itu, Kim Tae-Hoon, 17, pula berkata, impian bapanya untuk menyertai tentera terhalang kerana kemiskinan. Justeru, bapanya mendesaknya untuk menyertai kem tersebut sebaik umurnya mencecah 13 tahun.

Sejak itu, Tae-Hoon hanya pulang pada musim panas dan sejuk iaitu sebanyak sembilan kali.

"Ia bagus untuk melepaskan tekanan dan ia lebih seronok daripada permainan komputer," kata Tae-Hoon.

Tae-Hoon dan adiknya, Tae-Hun yang menyertai latihan itu pada musim panas lalu mendapati ia begitu menyeronokkan kerana merasai pengalaman menggunakan kebuk gas yang direka untuk menghadapi serangan kimia.

"Saya gembira kerana telah kehilangan banyak berat badan. Malah, saya kini lebih yakin untuk menjadi dewasa," kata si gempal yang berpipi merah berusia 13 tahun itu.

Mengah dan marah
SEORANG jurulatih kem (paling kiri) sedang memeriksa topi keselamatan yang dipakai oleh para peserta latihan ketenteraan

Namun, bukan semua peserta merasai keseronokannya. Perkara itu diakui oleh Cho Byung-Chan yang sering mengah dan penat selepas menjalani latihan tersebut sekali gus berasa marah kepada ibu bapanya kerana menghantarnya ke situ.

"Mereka kata saya perlu membesar. Ia terlalu sukar. Di sini, saya sering berasa lapar," kata remaja berusia 15 tahun itu yang selalunya menghabiskan waktu cuti sekolah dengan bermain permainan komputer.

Dalam pada itu, bekas komando, Yoon Jeong-Sik, 47, telah menghabiskan cuti musim panas di kem tersebut bersama dua anak perempuan dan isterinya yang berusia 24 tahun selepas bersara.

Jeong-Sik memberitahu, ia mahu keluarganya merasai suasana yang telah membentuk keyakinan dirinya, selain berasa megah dan memahami cara interaksi dengan orang lain.

"Saya terpaksa memujuk anak perempuan dan isteri saya datang ke sini untuk membentuk peribadi mereka," kata lelaki itu yang kebasahan selepas menjalani ujian merentasi sungai.

"Pada mulanya, mereka begitu teruja untuk menyertai latihan ini tetapi mereka tidak tahu betapa susah untuk berada di sini. Sekarang saya cuba untuk tidak bertentang mata dengan mereka," katanya seraya disambut gelak ketawa ahli keluarganya. - AFP

Mat rempit ngan monyet ni sama jaa... haha...

Patung monyet diguna untuk cegah pandu laju

BEBERAPA patung monyat yang memakai jaket bercahaya diletakkan di sebatang pokok di tepi jalan raya di Changsa, China.

CHANGSA - Polis China menggunakan patung-patung monyet yang dipakaikan dengan jaket pemantul cahaya sebagai usaha untuk menghalang pemandu memandu kenderaan dengan laju, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Patung-patung itu diletakkan di tepi jalan raya di bandar ini.

Beberapa pegawai undang-undang di bandar ini berharap patung yang ganjil itu akan dapat memberi peringatan kepada pemandu supaya jangan melanggar undang-undang.

Salah satu daripada idea unik itu dilaksanakan di sebatang pokok.

Beberapa patung monyet yang memakai jaket tersebut berlonggok di pokok tersebut.

Salah satu patung tersebut dilihat bergayut pada dahan pokok itu. - Agensi

Lailatul qadar


Lailatul qadar ukur kekuatan iman, takwa umat Islam

Bersama Hizbur Rahman

Rahsia malam istimewa disembunyikan supaya mukmin buat amal tanpa pilih hari tertentu

RAMADAN, bulan penuh keberkatan dan dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1,000 bulan iaitu 83 tahun. Malam lailatul qadar yang dicari setiap kali Ramadan adalah anugerah terbaik dalam kehidupan manusia.

Sedarkah kita Allah telah memuliakan umatnya pada malam lailatul qadar yang mempunyai kelebihan kerana malam itu menyaksikan turunnya al-Quran al-Karim.

Menurut pandangan sebahagian ahli tafsir, al-Quran diturunkan sekali gus ke Baitulizzah di langit kedua pada malam lailatul qadar. Manakala al-Quran diturunkan ke bumi dan diterima oleh Rasulullah SAW melalui Jibril sebagai wahyu beransur-ansur selama 23 tahun. Bagi orang yang beriman, malam itu adalah peluang untuk mengerjakan sebanyak mungkin amal ibadah. Bahkan mereka berlumba-lumba bangun di malam hening dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan (lailatul qadar). Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam lailatul qadar itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam yang berkat itu sehingga terbit fajar.” (Surah al-Qadar, ayat 1-5)

Memasuki fasa ketiga bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini, marilah kita gunakan peluang dan tawaran berharga ini bagi menambah bekalan akhirat. Lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir bulan Ramadan yang mempunyai banyak kelebihannya.

Lailatul qadar malam ditunggu-tunggu mereka yang menginginkannya kerana berlaku pada satu malam saja sepanjang tahun. Beruntung siapa yang memperolehnya dan rugi yang melepaskannya.
Selain kelebihan beramal, malam Lailatul Qadar juga memperjelaskan segala urusan hidup manusia dengan penuh hikmah.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat; kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran. Padanya dijelaskan tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku. Iaitu perkara dari sisi Kami; sesungguhnya Kamilah yang mengutus Rasul-rasul. Sebagai rahmat dari Tuhanmu; sesungguhnya Allah jugalah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Dukhan, ayat 3-6)

Berdasarkan ayat itu, sesetengah ulama berpendapat Allah telah menentukan rezeki, qada’ dan qadar ke atas segala makhluk-Nya selama setahun. Justeru, tidak pelik mengapa rahsia kedatangannya di sembunyikan Allah kepada kita.

Menurut Imam al-Razi, antara rahsia disembunyikan malam lailatul qadar supaya umat Islam dapat membesarkan keseluruhan malam bulan Ramadan tanpa memilih malam tertentu saja.

Bimbang umat Islam tidak berusaha merebutnya dengan amal ibadat walaupun ditetapkan malam tertentu, atau pun dia melakukan maksiat pada malam itu sehingga mendapat kemurkaan Allah.

Supaya umat Islam bersungguh-sungguh mencari lailatul qadar sehingga mampu memperbanyakkan ibadat lalu memperoleh pahala daripada kesungguhannya itu. Melahirkan umat yang menghidupkan malam Ramadan dengan harapan bertemu lailatul qadar sehingga meningkat amal solehnya.

Lailatul qadar mengukur kekuatan iman dan takwa umat Islam selama ini. Walaupun ulama berbeza pendapat dalam menentukan waktunya, namun pendapat paling kuat berdasarkan hadis diriwayatkan Aisyah bermaksud: “Cari malam lailatul qadar di malam ganjil 10 hari terakhir Ramadan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Persoalan timbul di sini ialah bagaimanakah cara untuk kita mendapatkan lailatul qadar? Rasulullah SAW menggariskan beberapa langkah kepada umatnya supaya berusaha sedaya upaya mendapatkan lailatul qadar ini.

Menurut Imam Bukhari dan Muslim, Saidatina ‘Aisyah meriwayatkan yang bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila masuk malam sepuluh terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan amal ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun beribadah), bersungguh-sungguh (dalam ibadah) dan uzlah dari isteri-isterinya.”

Tuesday, August 23, 2011

Budak cina ni dah jumpa fadhilat Ramadhan


Gadis Berhati Mulia

Gambar dibawah ialah gambar seorang gadis yang memayungi seorang peminta sedekah ketika hujan lebat di Suzhou China. Gambar-gambar ini menjadi popular dan amat menyentuh perasaan ramai warga China dengan kebaikan yang ditunjukkan gadis ini.

Gadis ini bukanlah ahli keluarga pada pakcik peminta sedekah ini. Beliau memayungkan si peminta sedekah atas dasar peri kemanusiaan. Malah warga China amat marah apabila mereka perasan seorang pegawai polis boleh dilihat tidak mempedulikan langsung gadis dan pakcik yang kuyup ini. Antara komen yang ditulis ialah

"A girl who moves people’s hearts, a uniformed man who makes people outraged."

Mencari hati emas bukanlah mudah kata M Nasir...

Ada akai tak reti pakai...

Komander UPP Kedah Mohd Jasri Othman (kanan) bersama Komander UPP Bukit Kayu Hitam, Muhammad Zunaidi Abdullah (dua kanan) memeriksa sejumlah mercun dan bunga api yang diletakkan pada bahagian enjin kereta Waja dalam satu Operasi Khas awal pagi tadi pada sidang media di Pejabat UPP Bukit Kayu Hitam, Isnin. Taktik terbaru penyeludup mercun dan bunga api mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain jika berlaku mercun itu terbakar akibat terlalu panas. - Foto BERNAMA

Marah betoi Raja Azmi nih...

Salam,
Walaupun setelah penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman telah dibebaskan atas tuduhan khalwat, kemarahan dia nampaknya bagai tak dapat dibendung lagi. Malah terkini beliau akan mengadakan sidang media khas untuk mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku berhubung tuduhan khalwat yang dibuat ke atasnya dan bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim.

Ia akan diadakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada Rabu ini, pukul 4.30 petang.

Mungkin terlalu marah dan teramat aib dengan apa yang menimpa dirinya dan Roslin, segala-galanya akan didedahkan pada hari itu.

Difahamkan sidang media itu dibuat selepas tiada pendakwaan terhadapnya oleh pihak Jabatan Agama islam Wilayah (Jawi) yang sudah beberapa kali tertangguh. Selain itu, isteri kepada bekas jaguh badminton negara, Jailani Sidek ini juga akan mengadakan majlis doa selamat dan berbuka puasa sebagai tanda syukur terhadap kesnya itu.

Kata Raja Azmi dia akan mendedahkan segala tuduhan yang dilakukan oleh bekas isteri Roslin, Norhayati Othman yang membuat laporan kononnya mereka berkhalwat.

Pada 7 Ogos 2010, Raja Azmi dituduh berkhalwat dengan Roslin sewaktu serbuan dilakukan ke atasnya oleh bekas isteri Roslin, Norhayati Othman, 39, bersama dua adiknya serta Jailani di bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini kira-kira jam 8.30 malam.

Norhayati membuat laporan kepada pihak Jawi berhubung perkara itu untuk membolehkan Raja Azmi dan Roslin dikenakan tindakan khalwat.

Dakwaan khalwat itu juga dinyatakan oleh Norhayati pada prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini pada 18 Ogos 2010.- mStar

Monday, August 22, 2011

Dunia la, bab ibadat pun nak tipu...


Hasrat tunaikan umrah berkecai

Oleh ZULKIFLI MANZOR

ROHAIZA dan Muhammad Bahauddin terpaksa pulang semula ke rumah selepas nama tiada dalam senarai penerbangan ke Mekah di KLIA semalam.

KUALA LUMPUR – Hasrat dua beranak untuk menunaikan ibadah puasa 10 hari terakhir serta menyambut Aidilfitri di Mekah berkecai apabila kedua-dua mereka mendakwa menjadi mangsa penipuan ejen syarikat pengurusan umrah yang beroperasi di Wangsa Maju di sini.

Muhammad Bahauddin Arif Karkhi, 26, dan ibunya, Rohaiza Yaacob, 46, mendakwa, mereka hanya menyedari penipuan itu apabila mendapati nama mereka tiada dalam senarai penumpang umrah penerbangan Saudi Arabian Airlines yang sepatutnya berlepas petang semalam.

Muhammad Bahauddin berkata, ejen terbabit memberitahu bahawa dia dan ibunya sepatutnya berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah pada pukul 3 petang semalam.

Baru lahir dah ada gigi

Bayi baru lahir ada gigi

SUMMER WHELAN tersenyum menampakkan dua batang gigi depannya.

NEWCASTLE, Britain - Tangisan seorang bayi beberapa minit selepas dia dilahirkan mengejutkan sepasang suami isteri apabila mereka melihat dia memiliki dua batang gigi kacip, lapor sebuah akhbar semalam.

Biasanya, gigi pertama hanya tumbuh apabila bayi mencapai usia di antara enam bulan hingga setahun.

Namun, Summer Whelan dilahirkan dengan dua gigi kacip yang lengkap pada geraham bawahnya.

Bayi perempuan milik Andy Whelan, 35 dan isterinya yang berusia 31 tahun, Karen itu dilahirkan dengan berat 3.1 kilogram di sebuah hospital di sini, tenggara England pada 20 Julai lalu.

"Sejurus selepas Summer dilahirkan, dia menangis dan saya menjerit 'dia memiliki dua gigi depan'," katanya.

"Dia berada dalam keadaan baik,'' tambah wanita tersebut. - Agensi

1001 Kebahagiaan Ramadhan

Sunday, August 21, 2011

Memang hebat bebudak nih...

Pelakon Ruminah Sidek dihalau

Salam,
Kak Ros pun tumpang sedih la kan... Dalam bulan Ramadhan dan dekat nak raya pulak tu....

Cerita pilu berkenaan nasib pelakon Ruminah Sidek atau Mak Mah, 65, yang dihalau keluar dari rumah miliknya di Meru, Klang gara-gara masalah hak milik tanah memang menyentuh. Ini agaknya nasib artis artis tanahair kita bila dah tua. Langsung tak terbela.

Kata Ruminah, rumah yang didirikan hasil titik peluh duit lakonannya itu dibina atas tapak tanah milik ibu mertuanya sejak 2004 dan terpaksa dikosongkan selepas salah seorang saudaranya mengarahkan dia berbuat demikian.

“Rumah itu mempunyai kenangan bersama arwah suami saya. Saya dihalau keluar kira-kira pukul 2 pagi pada dua bulan lalu memandangkan saya tiada hak ke atas tanah berkenaan,” katanya ketika ditemui di Saloma Bistro, Jumaat. Selanjutnya: mStar

Friday, August 19, 2011

Adegan yang meloyakan tekak...

Penyembelihan 60,000 ayam segar diragui

JOHOR BAHARU: Daripada 200,000 bekalan ayam segar yang dikeluarkan di Johor setiap hari, kesucian 30 peratus daripadanya diragui kerana ada pengusaha pusat penyembelihan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Johor (JAJ).

Penolong Pengarah Penyelidikan Unit Halal JAJ, Samsudin Paimi, berkata terdapat beratus-ratus peniaga yang memasarkan kira-kira 60,000 ayam segar setiap hari yang kesuciannya diragui.

"Malah ada penyembelihan dilakukan di tempat terbuka yang turut dimasuki anjing dan binatang lain," katanya kepada pemberita selepas serbuan terhadap dua premis penyembelihan dan pemprosesan di Jalan Kampung Sawah dan Jalan Pontian-Johor Baharu di Pontian awal hari ini.

Dalam serbuan dari 1 pagi hingga 3 pagi itu, JAJ mendapati premis terbabit masing-masing tidak melakukan proses penyembelihan dengan kaedah ditetapkan manakala logo halal sudah tamat tempoh sejak empat tahun lalu.

Samsudin berkata JAJ khuatir dengan pertambahan permintaan terhadap ayam segar menjelang Aidilfitri, pengusaha kecil seperti itu semakin berani untuk mengaut keuntungan dengan berselindung di sebalik logo halal tamat tempoh selain tidak mengikut piawaian JAJ.

Turut membimbangkan JAJ, katanya, ialah ramai pengusaha tidak memiliki tauliah penyembelihan selain mempraktikkan kedah penyembelihan dan pemprosesan ayam sambil lewa.

"Kita tidak mahu pengguna terus tertipu dan mereka seharusnya diberi kesedaran untuk hanya memilih ayam yang disahkan halal dan suci," kata Samsudin.

Beliau berkata pemeriksaan akan terus dilakukan bagi melindungi kepentingan pengguna.

Samsudin berkata JAJ sudah mewajibkan pengusaha ayam di Johor membuat label yang akan diletakkan di kepak ayam yang mengandungi maklumat mengenai penyembelihan serta status halalnya.

Mengikut Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010 yang akan dikuatkuasakan bermula tahun depan, syarikat yang didapati bersalah menipu sijil halal boleh dikenakan denda sehingga RM5 juta bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM10 juta bagi kesalahan kedua. - Bernama

Thursday, August 18, 2011

Benjy didenda

Benjy didenda RM5,000 miliki dadah

KUALA LUMPUR: Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy didenda RM5,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah didapati bersalah memiliki syabu seberat 0.24gm di kediamannya tahun lalu.

Majistret Hafizza Sauni membuat keputusan terhadap anak lelaki tunggal dramatis Azean Irdawaty itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan terhadap pelakon itu.

Benjy, 33, didakwa memiliki dadah itu di rumah bernombor A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B Persimpangan Jalan Segambut di sini, pada 4 petang ,11 Mac tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun.

Sebanyak 14 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan termasuk Benjy dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan berlangsung sejak tahun lalu.

Terdahulu, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Benjy, memohon supaya mahkamah mempertimbang hukuman berbentuk bon berkelakuan baik terhadap anak guamnya memandangkan tertuduh tidak ada kesalahan lampau dan akan menjalani pembedahan esok.

Beliau turut membacakan kandungan surat yang ditulis Benjy kepada Hafizza yang antara lain menyebut Benjy menghidap asma dan akan menjalani pembedahan esok.

"Keadaan diri saya juga tidak terkawal disebabkan oleh masalah kesihatan serta bebanan kewangan untuk menyara keluarga, selain ibu yang menghidap penyakit kanser payu dara tahap keempat dan disebabkan kes ini, dia turut tertekan, " kata Benjy dalam surat yang dibacakan Amer.

Amer turut membacakan surat Azean kepada Hafizza yang memaklumkan mengenai pembedahan tersebut.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Noor Mawarni Abdul Halim memohon hukuman berat dikenakan terhadap Benjy sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat. - Bernama

Wajah Mangsa SELEPAS Simbahan ASID

KUALA LUMPUR, 17 Ogos - KECERIAAN WAJAH ASAL... Mangsa serangan simbahan asid Mohd Raffie Abdul Latiff, 28, kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini. Raffie telah disimbah asid oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika berada dalam keretanya berdekatan Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut pada 8 Ogos lepas.

TRAUMA... Mangsa serangan simbahan asid Mohd Raffie Abdul Latiff, 28 (kanan) ketika menerima kunjungan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno Datuk Muhd Khairun Aseh di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.

TANGGUNG DERITA... Beginilah wajah selepas mangsa mengalami serangan simbahan asid Mohd Raffie Abdul Latiff, 28.
Kredit : Bernama

Wednesday, August 17, 2011

Berani betoi budak nih...

Kakitangan zoo Kanthida Jantanct, 28, meletakkan kepalanya pada mulut buaya ketika satu persembahan di Sriracha Tiger Zoo, wilayah Chaiyaphum, 120km ke timur Bangkok hari ini. – Foto Reuters

WANTED: Lelaki Penyimbah Asid Ini Sedang Dicari

Polis kini memburu beberapa suspek dipercayai terbabit dalam dua kes simbah asid berasingan di ibu negara baru-baru ini, namun menafikan suspek individu yang sama menggemparkan negara dengan beberapa kes simbah asid awal tahun ini.

Satu kes berkenaan berlaku pada 26 Julai lalu, menyebabkan seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar surat dirompak RM18,000 milik syarikatnya selepas disimbah cecair selepas keluar tandas di sebuah stesen minyak di Batu 2 1/2, Jalan Sungai Besi, di sini.

Polis kini memburu beberapa suspek dipercayai terbabit dalam dua kes simbah asid berasingan di ibu negara baru-baru ini, namun menafikan suspek individu yang sama menggemparkan negara dengan beberapa kes simbah asid awal tahun ini.

Satu kes berkenaan berlaku pada 26 Julai lalu, menyebabkan seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar surat dirompak RM18,000 milik syarikatnya selepas disimbah cecair selepas keluar tandas di sebuah stesen minyak di Batu 2 1/2, Jalan Sungai Besi, di sini.

Pada 8 Ogos lalu, seorang lelaki berusia 27 tahun pula melecur pada muka selepas disimbah asid ketika dihampiri tiga lelaki ketika berjalan berseorangan di Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut dan sehingga kini mangsa masih dirawat di hospital.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, dalam kenyataannya di sini, semalam, berkata berdasarkan siasatan terhadap kedua-dua kejadian berkenaan, polis menafikan sama sekali kes itu kaitan dengan siri kejadian menyimbah cecair sebelum ini.

“Jenis cecair digunakan dalam kes ini berbeza dengan cecair kejadian lalu. Siasatan juga mendapati ciri-ciri suspek berbeza dengan gambaran suspek kes simbah asid sebelum ini. “Polis berusaha menyelesaikan kes ini secepat mungkin dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, mengesan saksi termasuk menemuduga mangsa bagi tujuan mendapatkan gambaran jrupa bentuk fizikal suspek,” katanya.

Menurutnya, setakat ini polis membuat lakaran wajah seorang suspek rompakan yang menggunakan asid di stesen minyak berkenaan.

“Polis memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian atau mengenali wajah suspek tampil memberi maklumat dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi terus Rakan Cops melalui 03-21159999,” katanya.Pada 8 Ogos lalu, seorang lelaki berusia 27 tahun pula melecur pada muka selepas disimbah asid ketika dihampiri tiga lelaki ketika berjalan berseorangan di Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut dan sehingga kini mangsa masih dirawat di hospital.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, dalam kenyataannya di sini, semalam, berkata berdasarkan siasatan terhadap kedua-dua kejadian berkenaan, polis menafikan sama sekali kes itu kaitan dengan siri kejadian menyimbah cecair sebelum ini.

“Jenis cecair digunakan dalam kes ini berbeza dengan cecair kejadian lalu. Siasatan juga mendapati ciri-ciri suspek berbeza dengan gambaran suspek kes simbah asid sebelum ini. “Polis berusaha menyelesaikan kes ini secepat mungkin dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, mengesan saksi termasuk menemuduga mangsa bagi tujuan mendapatkan gambaran jrupa bentuk fizikal suspek,” katanya.

Menurutnya, setakat ini polis membuat lakaran wajah seorang suspek rompakan yang menggunakan asid di stesen minyak berkenaan.

“Polis memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian atau mengenali wajah suspek tampil memberi maklumat dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi terus Rakan Cops melalui 03-21159999,” katanya. -hm

Tuesday, August 16, 2011

Negaraku dihina, apa tindakan kita...


Persenda Negaraku di YouTube

SALAH satu video mempersendakan lagu Negaraku yang boleh ditonton di YouTube.

KUALA LUMPUR – Sejak kebelakangan ini terdapat kecenderungan segelintir individu memuat naik video yang didakwa sengaja mempersendakan lagu Negaraku di YouTube.

Tinjauan Kosmo! di laman web berkenaan mendapati ia masih boleh diakses orang ramai dan tidak dialihkan meskipun telah dimuat naik lebih tiga tahun lalu selain telah ditonton lebih 100,000 kali.

Selain video yang memaparkan lagu Negaraku dalam rentak muzik rock, ada juga video yang memaparkan gelagat dua warga asing menyanyikan semula lagu tersebut sambil ketawa sekali gus menyinggung perasaan rakyat negara ini.

Seorang pekerja swasta, Nuratiqah Samad, 25, berkata, dia kecewa dengan tindakan individu terbabit memuat naik video-video berkenaan di YouTube serta menyifatkan tindakan itu sebagai tidak patriotik.

“Baru-baru ini, saya cuba mencari lagu Negaraku di YouTube sempena Hari Kemerdekaan dan terkejut apabila menemui video-video sedemikian.

“Saya kecewa kerana ia boleh diakses dan dilihat di seluruh dunia,” katanya kepada Kosmo!.

Bagi jurugambar bebas, Shahrul Hassan, 40, dia marah dengan sikap ‘kreatif tidak bertempat’ segelintir individu yang mengubah irama lagu Negaraku dan kemudian dimuat naik di laman web tersebut.- Kosmo

Kopi beracun pulak dahh...


Apa hal la ngan negara kita nih, lepaih satu... satu lagi cerita seram yang timbul. Bayangkan kopi beracun pun boleh dijual secara terang terangan.... Dalam pendedahan yang kekononnya eksklusif tu, Berita Harian telah kabarkan tentang kopi beracun yang kebanyakan produk haram tersebut dijual secara terbuka oleh peniaga warga asing.

Ini telah disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan yang telah mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.

Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini. Aku seperti jugak yang lainnya amat berharap pihak berwajib keluarkan senarai atau nyatakan nama kopi tersebut supaya senang kita tidak terbeli.

Kesian kepada mereka yang memuaskan nafsu sex, tapi diwaktu yang sama membayar untuk memudaratkan diri sendiri. Lagi satu, banyak benda yang memudaratkan diri ni kita tengok balik2 warga asing punya angkara. Bukan ke mana pun kerja diaorang tu kalau tidak ada orang tempatan sendiri yg bagi jalan dan peluang.- Shalehudin

Wanita murtad dibogel dan dipukul

Wanita Islam Murtad Masuk Kristian Dibogel Dan Dipukul Oleh Orang Ramai

New Delhi, Sekitar 50 orang Islam mengamuk di sebuah gereja menuntut seorang wanita, Selina Bibi agar bertaubat dan masuk semua ke dalam Islam. Mereka mengugut untuk membakar gereja tersebut jika waniat itu enggan memeluk bertaubat.

Sebelum itu Selina Bibi telah dibogelkan oleh 2 orang wanita muslim yang datang bersama sekumpulan orang ramai ke rumahnya bagi melihat tanda dia telah menjadi Kristian. Mereka percaya seorang muslim yang murtad menjadi kristian akan terdapat tanda pada tubuh badannya.

India bukanlah sebuah negara Islam tetapi rakyatnya akan segera bangun jika ada orang Islam yang murtad. Berlainan bagi negara kita kini yang didakwa sebagai sebuah negara Islam tetapi apabila penguatkuasa agama yang memang ada peruntukan undang-undang mencegah murtad membuat pemeriksaan di geraja riuh satu negara. Itu baru buat pemeriksaan dan bukannya serbuan kasar atau tidak beradab.

Kita hanya mengambil isu murtad sebagai modal untuk mencari siapa salah samada kerajaan atau pembangkang sedangkan isu ini bukanlah masalah samada pembangkang atau kerajaan yang bersalah. Ia adalah masalah keseluruhan umat Islam di negara kita yang perlu mencari jalan penyelesaian dan menampal segala kelemahan yang ada.

Walau bagaimanapun Kerajaan perlu memikul semua tanggung jawab tersebut kerana rakyat telah mengamanahkan mereka untuk menerajui negara. Dan tidak lupa juga Majlis Raja-Raja dan Agong yang menjadi penaung dan berkuasa penuh dalam hal ehwal agama perlu aktif menangani masalah ini.

Warkah buat pejuang

Berjuang Bukan Mengisi Masa Lapang
Oleh ppdcgroup



"Firman Allah di dalam Al-Quran dalam surah at-taubah yang bermaksud: 41. pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

Dalam meneruskan agenda yang telah dibawa oleh junjungan mulia Nabi S.A.W, marilah kita sama-sama muhasabah agar meneliti kembali sikap dan tindakan kita dalam membantu perjungan Islam ini. Adakah kita sekadar meletakkan nama dalam senarai pejuang-pejuang Islam padahal nama itu tidak wujud di sisi Allah sedikit pun. Mungkin kerana niat yang tidak betul atau kerana bekerja diwaktu senang semata-mata.

Dalam ayat yang dinyatakan tadi berkait juga dengan sahabat-sahabat Nabi yang mengikuti perjuangan Nabi dalam meneruskan dakwah samada di mekah atau di Madinah. Apabila Nabi menyeru sahabat-sahabat supaya menuju ke Tabuk untuk menghadapi suatu peperangan, ada beberapa orang di kalangan sahabat yang tertinggal daripada mengikuti Nabi ke Tabuk.

Antara sahabat yang tertinggal adalah Kaab Bin Malik, Murarah bin Al Rabi’ Al Amri dan Hilal Bin Umayyah al Waqifi. Ketiga-tiga sahabat ini telah dipulaukan oleh Rasulullah S.A.W setelah pulang daripada Tabuk. Abu khaithamah R.A juga salah seorang yang ditinggalkan. Namun, ketiga beliau termenung di pintu khemah lalu berkata, “Tidak patut bagi aku bersenang lenang dilayan dan dihidangkan makanan oleh isteri sedangkan nabi dan sahabat yang lain berada di bawah panas terik”. Memang perjalanan ke Tabuk adalah perjalanan yang sukar kerana cuaca yang sangat panas ketika itu yang memecahkan bibir-bibir mereka dan tumit-tumit mereka.

Di sini menunjukkan kepada kita bahawa berjuang dalam menegakkan islam ini bukan aktiviti mengisi masa lapang. Ianya memerlukan pengorbanan masa, tenaga, fikiran, harta dan sebagainya kerana ganjaran bagi mereka yang benar-benar berjuang dan memperdagangkan harta dan diri mereka kepada Allah mendapat ganjaran yang sangat besar.

Allah menceritakan di dalam al-Quran dalam surah al-saff yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.

Dalam ayat di atas cukup untuk kita memahami kurniaan yang sangat besar dikurniakan oleh Allah bagi mereka yang memenuhi tuntutan tersebut. Kita perlu memahami di kalangan orang yang berjuang itu, ada yang menepati janji mereka untuk menolong agama Allah, namun ada di kalangan mereka yang hilang keikhlasan kerana sesuatu perkara.

Firman Allah di dalam surah al-Ahzab yang bermaksud:

"Di antara orang-orang Yang beriman itu, ada Yang bersikap benar menunaikan apa Yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada Yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada Yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (Apa Yang mereka janjikan itu) sedikitpun." (al-Ahzab,23)

Apabila golongan daripada madinah datang bertemu Nabi menyatakan keislaman mereka bahkan termasuk di dalamya muslimat yang bersama dengan perjuangan ini telah berbaiah kepada Rasulullah S.A.W. Menurut riwayat Imam Ahmad:

Dari Jabir R.A “kami bertanya : wahai Rasulullah di atas dasar apakah kami berbaiah?” Sabda Rasulullah S.A.W : “Di atas dasar mesti dengar dan taat samda dimasa cergas atau malas, bersedia untuk berbelanja dimasa susah atau senang, di atas dasar menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Di atas dasar bangun menegakkan agama Allah dan tidak menghiraukan celaan orang yang mencela dan membari pertolongan kepada aku apabila aku tiba kepada mu, kamu mempertahanakan aku sebagaimana kamu mempertahankan diri kamu dan anak-anak kamu dan jika kamu melakukan itu, nescaya diberikan untuk kamu syurga.

Oleh yang demikian, pejuang-pejuang Islam perlu kepada muhasabah diri masing-masing agar meneliti kembali amal-amal yang telah dilakukan termasuk yang kita sedang laksanakan benar-benar ikhlas kepada Allah dan yang lebih penting bukan hanya kita malakukanya sewaktu senang. Dalam melaksanakan kerja-kerja islam dan sebagai 'amilin' perlu mengorbankan banyak perkara demi perjuangan ini di mana hanya kita yang mengetahui perngorbanan itu. Orang lain tidak boleh mengukur pengorbanan yang kita lakukan dan kita pula perlu mengukur pengorbanan itu dengan perjuangan sahabat-sahabat nabi.

Bagi mereka yang terlibat dengan perjuangan ini dalam usia yang masih muda perlulah bersyukur kerana Allah memilih mereka terlebih awal. Mereka terpaksa mengorbankan masa muda mereka dengan perjuangan ini di saat orang lain bersuka ria dan menikmati masa muda mereka dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Mereka yang masih muda pula bergelomang dengan kesusahan dan ujian dalam usia yang tidak matang dan di zaman Nabi juga wujud individu yang seperti ini. Mus’ab Bin umair yang terpaksa meninggalkan kesenangan dunia dan keluarga hanya kerana mengikut Nabi Muhammad S.A.W.

Bagi mereka yang dipilih oleh Allah untuk menyertai perjuangan ini dalam usia yang agak lewat perlu sedar bahawa mereka sangat hampir dengan Syurga Allah. Oleh itu, jangan sekali-kali berlengah-lengah dalam melaksanakan tangungjawab dalam jamaah kerana menanguh-nangguh dalam melaksanakan tugas itu adalah FUTUR(golongan tercicir) yang paling ringan. Oleh kerana perjuangan bagi memenangkan perjuangan islam ini luas dan tidak semestinya dengan peperangan, maka setiap saat perlu kita melakukan sesuatu untuk perjuangan ini tanpa meninggalkan perkara-perkara wajib lain yang perlu kita tunaikan.

Bukan bermakna kita perlu meninggalkan segala-galanya untuk perjuangan ini tetapi memikirkan kembali amal-amal yang dilakukan sudah layak untuk mendapat kurniaan yang telah dijanjikan oleh Allah. Allah tidak bertanya akan kemenangan tetapi usaha yang kita lakukan. Namun, orang yang berjuang akan diuji sehebat-hebatnya bagi menapis mereka yang benar-benar menunaikan janjinya kepada Allah.

Semoga sedikit penulisan di atas memberi makna yang cukup besar khususnya kepada pejuang-pejuang Islam dan terus menjalankan tugas di mana kita ditempatkan.

Sunday, August 14, 2011

Penyerang Ashraf didakwa


PAPARAN YouTube menunjukkan seorang perusuh mencuri barang daripada beg sandang Ashraf (kanan) sambil diperhatikan rakan-rakan mereka dalam rusuhan di London pada 8 Ogos lalu.

LONDON – Polis Britain mendakwa seorang lelaki kerana merompak pelajar Malaysia, Muhammad Ashraf Haziq Rosli di sini dalam insiden yang ditonton oleh berjuta-juta orang menerusi klip video di Internet, kata agensi polis Scotland Yard semalam

Dalam klip video berkenaan, Ashraf yang mengalami patah tulang rahang dalam kekacauan di Barking, timur bandar raya ini, dilihat sedang dibantu untuk berdiri oleh beberapa lelaki sebelum mereka sebaliknya meragut barang-barang di dalam beg sandangnya.

Susulan kejadian itu, polis Britain mendakwa Reece Donovan yang berusia dalam lingkungan 20-an dan berasal dari Romford, di sini, kerana merompak Ashraf.

Seorang jurucakap polis berkata, Donovan dihadapkan ke mahkamah lewat semalam. Dia ditangkap pada Khamis lalu berikutan kemarahan orang ramai berhubung serangan yang berlaku ke atas pelajar Malaysia berusia 20 tahun itu.

Ashraf menjalani pembedahan kerana patah tulang rahang pada Rabu lepas susulan serangan tersebut dan dibenarkan keluar dari hospital pada keesokan harinya. Klip video serangan tersebut ditonton hampir tiga juta kali di laman perkongsian video YouTube dengan insiden itu dikecam Perdana Menteri David Cameron yang menganggapnya sebagai ‘menjijikkan’.

Polis Britain telah menangkap lebih 1,600 orang semasa rusuhan empat hari yang menggemparkan bandar raya ini dan beberapa bandar utama lain di Britain pada minggu ini.– Agensi

Saturday, August 13, 2011

Terkedu kak Ros


Angkara bekas suami


KUALA LUMPUR: Lelaki bertopeng yang merogol, menyamun dan menyimbah sejenis cecair ke atas seorang wanita ketika hendak berbuka puasa di Seksyen 2, Wangsa Maju di sini, dua hari lalu, disyaki bekas suami mangsa sendiri.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan yang dihubungi semalam berkata, bekas suami mangsa ditahan ketika menziarahi bekas isterinya itu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) beberapa jam selepas kejadian.

Katanya, hasil soal siasat, lelaki itu mengaku melakukan perbuatan berkenaan dipercayai bermotifkan dendam akibat masalah rumah tangga mereka. Pasangan itu bercerai setahun lalu.

“Wanita berusia 32 tahun itu tinggal bersendirian dan ibu tunggal kepada tiga orang anak berusia tiga hingga 11 tahun yang berada dalam jagaan bekas suaminya.

“Siasatan lanjut ke atas cecair yang digunakan untuk menyimbah muka mangsa didapati sejenis bahan peluntur,” katanya.

Katanya, polis turut menjumpai rantai leher milik mangsa yang dicuri lelaki terbabit ketika dia ditahan.

Semalam, Harian Metro melaporkan seorang wanita yang baru pulang ke rumahnya selepas membeli juadah berbuka di bazar Ramadan di Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini, dirogol, disamun dan disimbah sejenis cecair oleh seorang lelaki bertopeng.

Difahamkan, sebaik tiba di rumah, mangsa membuka kunci pintu rumahnya tanpa menyedari seorang lelaki sudah menceroboh masuk dan bersembunyi.

Selepas meletakkan juadah berbuka di dapur, mangsa masuk ke bilik untuk menukar pakaian sementara menunggu waktu berbuka dan ketika itu lelaki terbabit yang bertopeng menghampiri mangsa dan merogolnya. Selepas ditinggalkan dalam keadaan kesakitan mangsa menjerit meminta pertolongan dan jeritannya didengari jiran yang kemudian membawanya ke HKL.

Bapa mati di tetak anak

Lelaki tetak bapa sehingga mati dan cederakan ibu

KUALA NERANG: Seorang lelaki berusia 33 tahun bertindak kejam dengan menetak bapa kandungnya sehingga mati selain mencederakan ibunya dengan sebilah parang dalam kejadian di Kampung Pasir Puteh Mukim Tualak di sini, lewat petang semalam.

Tragedi berdarah kira-kira jam 7 malam itu dikatakan bermula apabila suspek yang dipercayai mengalami masalah mental berang apabila tindakkanya memarahi anak saudaranya yang membuat bising ketika menunggu waktu berbuka puasa ditegur oleh bapanya yang berusia 60 tahun.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Asisten Superintendan Ku Yaacob Ku Hamad, berkata berang dengan tindakan bapanya, suspek kemudian pergi mengambil parang di dapur rumah sebelum bertindak menetak kepala, tangan kanan dan kiri serta kaki kanan mangsa daripada paras buku lali sehingga putus.

Friday, August 12, 2011

Sidang media Muhammad Asyraf Haziq

Pelajar Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rossli hadir pada sidang akhbar sambil Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Datuk Zakaria Sulong bercakap kepada media di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London. Isnin lalu, Muhammad Asyraf Haziq patah gigi dan cedera rahang apabila diserang dan disamun sekumpulan lelaki dalam rusuhan ketika beliau dan rakannya hendak pergi berbuka puasa. - AP

London kian teruk

Pemilik kedai menyewa peralatan dapur di utara London, Azim Mohamed (kiri) dan pembantunya, Riaz Mohamed hanya mampu melihat kedai mereka musnah dibakar perusuh - Foto AP

Mai tengok bakal suami Noraniza Idris

Salam,
Kak Ros minat betoi ngan penyanyi etnik kreatif yang pernah popular dengan lagu Awallah Dondang nih. Dari dulu lagi sampai lah sekarang ni yang lebih ayu dan manis dengan gaya bertudung. Noraniza Idris, 43 telah memilih sorang bilal dari Singapura, Jeffri Hudi, 52 sebagai suami. Baguih la jugak tumpang ada yang sudi... hihi...

Noraniza memilih tarikh 29 September depan sebagai tarikh perkahwinan yang akan diadakan secara besar-besaran di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru jam 12 tengah hari. Persandingannya itu boleh disaksikan orang ramai yang hadir.

Pintu hatinya masih terbuka untuk mendirikan rumahtangga biarpun pernah kecewa dengan dua perkahwinannya yang lalu dan memberitahu kesediaannya mendirikan rumah tangga kerana dia benar-benar mengenali hati budi bakal suaminya. Pa pun, kak Ros doakan yang terbaik dari Allah s.w.t untuk Noraniza dan bakal suaminya nanti.

Memang patut The Star kena mintak maaf

KDN panggil ketua pengarang The Star

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi, berkata dalam sisipan semalam, akhbar itu menyiarkan artikel bertajuk 'Ramadan Delights' yang memuatkan gambar masakan daging khinzir serta artikel restoran tidak halal yang menyediakannya.

Katanya, KDN memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana penyiaran artikel terbabit.

"Kementerian memandang serius kesalahan itu terutamanya kerana sisipan bertajuk 'Ramadan Delights' itu adalah ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa," katanya.

Beliau berkata, akhbar The Star telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu. - BERNAMA

Thursday, August 11, 2011

Kreatif: Tombol Pintu Aneh Serata Dunia

Salam,
Menarik tapi tak tertarik pun... haha...

 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 

Bulan rahmat

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

Berpuasa menjadi peluang keemasan bagi orang beriman yang benar-benar takutkan Allah dan kesempatan dimanfaatkan untuk mendekatkan diri pada-Nya. Melaksanakan perintahnya dengan bersabar menahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum menyegerakan berbuka menjadi bukti menuntut keredhaan Allah. Disebabkan itulah, orang Islam yang istiqomah mencari keredhaan Allah akan meraikan bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Sepanjang bulan ini juga umat Islam akan memastikan setiap langkahnya dipenuhi dengan amalan-amalan yang diturunkan Allah selain menunaikan yang diwajibkan.

Tidak kurang juga mereka yang tidak mengamalkan hidup secara Islami di hari lain akan mengubah perilaku dengan berpuasa sepanjang Ramadhan. Ini kerana mereka percaya Allah akan membersihkan dan menyucikan kesalahan mereka dengan menunaikan kewajipan ini. Dengan itu, secara tidak langsung bulan ini bermakna seseorang itu akan mendekati agamanya dan meninggalkan perbuatan buruk yang dilakukannya.

Bulan ini juga sesungguhnya telah menurunkan kadar jenayah dengan peratusan yang tinggi di seluruh negara Islam. Penipuan, pengkhianatan, fitnah dan umpat mengumpat akan ditinggalkan kerana mereka menyedari akan larangan ketika berpuasa. Semangat dan keazaman mereka untuk berfikir dan melakukan perbuatan baik juga meningkat. Dalam erti kata lain, berpuasa seperti memandu mereka untuk berfikir sesuatu yang tidak pernah terlintas langsung di minda mereka. Bagi sesetengah individu pula, bulan ini digunakan untuk berehat sambil melakukan amal yang soleh dan perbuatan mulia.

Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian.

Salah satu hikmah dari berpuasa ialah membolehkan seseorang itu menzahirkan kesyukuran di atas segala rahmat yang Allah limpahkan. Musibatlah bagi mereka yang menggunakan sewenangnya rahmat Allah tetapi tidak tahu untuk berterima kasih pada yang memberi. Bagi mereka semua rahmat ini merupakan hak yang memang patut diterimanya. Allah banyak menyarankan kepada hamba-Nya di dalam Al-Quran supaya sentiasa bersyukur di atas rahmat yang dikurnai-Nya. Allah juga berjanji akan melipatgandakan rahmat bagi mereka yang bersyukur.

Orang yang berpuasa juga akan dilindungi Allah dari segala hasutan syaitan untuk melupakan manusia dari bersyukur. Mereka yang tidak pernah merenung untuk berfikir berapa banyak kurniaan yang telah Allah turunkan akan mula mengucapkan syukur berulang kali di atas segala peluang dan kesihatan yang dikecapinya.

Tambahan pula, mereka yang berpuasa akan merasai betapa kerdilnya dirinya di hadapan Allah dan memahami betapa perlunya dirinya kepada Allah. Segala desakan nafsunya menjadi lemah dan kesombongannya bertukar luntur.

Berkelahi ngan laki, anak kena hempuk... binawe punya mak...

Baling anak ke dinding
Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque

KAJANG: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun kini terlantar di hospital selepas kaki kirinya patah dipercayai angkara ibu sendiri yang menghumbannya ke dinding semata-mata untuk melepaskan kemarahan selepas bergaduh dengan suami yang juga bapa kandung mangsa.

Selain patah kaki, kanak-kanak lelaki itu turut mengalami lebam serta bengkak pada beberapa anggota badan dan lebih menyedihkan, dia hanya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas seminggu menderita kesakitan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian berlaku pada hari pertama umat Islam berpuasa 1 Ogos lalu di sebuah rumah di Taman Orkid di sini.

“Ibu terbabit yang berusia 23 tahun dipercayai menghumban anak lelakinya berusia dua tahun ke dinding rumah bagi melepaskan kemarahan selepas berselisih faham dengan suaminya.

“Selepas seminggu berlalu dan mendapati anaknya sering menangis, ibu terbabit membawa anaknya ke Hospital Kajang (HK) dan doktor mendapati mangsa patah kaki kiri serta lebam di beberapa anggota badan,” katanya

Murid mati makan juadah berbuka

Salam,
Memang la ajal maut tu ditangan Tuhan. Bukan kita nak melawan qada dan qadar Allah tu tapi persoalannya disini ialah tentang kebersihan dan disiplin diri yang sepatutnya ada pada setiap seorang umat Islam. Dah mengaku Islam, kena ikut la ajaran Islam terutama tentang kebersihan.

Kisah seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.

Para peniaga terutamanya peniaga bazar Ramadhan ni kena la beringat bab kesihatan, kebersihan dan disiplin diri terutama dibulan yang penuh barakah ni... kesian kat kaum keluarga depa nih...

Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama patut dijadikan iktibar. Tak boleh tolak ketepi soal kebersihan dan disiplin diri para peniaga terutama sekali peniaga bazar ramadhan yang mengaut bukan sikit keuntungan dibulan mulia penuh barakah ini.Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati.

Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.

Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.

“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih,” katanya.

Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan.
“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.

“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.

Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya.

Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin.

Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang.

Kewajipan kita


Kewajiban Berpuasa Di bulan Ramadan

Hadith:
DARIPADA Abi Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasalah kamu apabila melihat anak bulan (hilal) dan berbukalah kamu (berhari raya) kerana melihat hilal. Apabila hilal terlindung awan daripada pandangan kamu, maka sempurnakanlah bulan tersebut (tiga puluh hari)".

Huraian Hadith:

1. Puasa ialah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai daripada terbit fajar hingga tenggelam matahari.

2. Umat Islam adalah diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan apabila sahaja ternampaknya hilal iaitu anak bulan, dan disertai pula pengisytiharan bermulanya puasa oleh pihak yang berkuasa.

3. Asas penentuan bulan Ramadhan dan Syawal adalah berpandukan kepada anak bulan (hilal) yang disandarkan kepada dalil al-Quran dan Sunnah Rasulullah.

4. Islam juga telah memberi garis panduan kepada umatnya untuk menentukan tarikh puasa dan juga hari raya dengan mengikut rukyah atau pun hisab.

5. Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan. iaitu ketika berbuka dan kegembiraan ketika menemui Allah di hari akhirat kelak.- mStar
Related Posts with Thumbnails