Sahabat adalah perisai diri

Friday, September 30, 2011

Selamat jadi laki, Nabil...

Nabil (Raja Lawak) Sah Bergelar Suami Kepada Nazirah

Dengan dua kali lafaz, Pelawak dan pelakon, Ahmad Nabil Ahmad, 28, sah bergelar suami kepada bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub, 23.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Tuanku Mizan, di sini, selepas solat Asar kira-kira pukul 5.15 petang, Jumaat.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Ustaz Mohd Ridza Ahmad berwalikan bapa kepada pengantin perempuan Ayub Hassan.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin bernilai RM5,000 manakala wang hantaran sebanyak RM15,000.

Turut menyaksikan majlis tersebut adalah ibu dan keluarga kedua-duapasangan pengantin.

Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran seperti cincin, duit hantaran, sirih junjung, kasut, “playbook”, alat solek, pewangi dan dibalas sembilanhantaran iaitu coklat, kasut, “PlayStation 3”, I-pad, sejadah, cincin dan sirih junjung.
Pada majlis tersebut, Nazirah anggun mengayakan busana kurung moden rekaan Wazira Zainal.

Sementara majlis resepsi mereka akan diadakan serentak pada Ahad inidi I-City Shah alam berkonsepkan “fairy tale” dan persandingan dalam taman.

Pembunuh bayi dihukum gantung

Kelindan lori didapati bersalah bunuh bayi dihukum gantung sampai mati

SHAH ALAM: Seorang kelindan lori dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia 18 bulan K.Harresvaran, Mac tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Rajamorgan Marimuthu, 34, setelah mendapati pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffrey Ong berjaya membuktikan kes tanpa sebarang keraguan munasabah.

Rajamorgan didakwa melakukan kesalahan itu di taman permainan kanak-kanak, Pangsapuri Vista Damansara, Jalan Kenanga, Kampung Sungai Kayu Ara di sini antara pukul 9.40 malam dan 10.10 malam, 3 Mac 2010.

Mai bersihkan hati

Wednesday, September 28, 2011

Cool punyer... hihi...

Kalau la kak Ros boleh buat camni, sat ja boleh kuruih... haha... tak yah teruk teruk diet... hadoiihh....

Monday, September 26, 2011

Kot kot laki boleh bagi hadiah harijadi... hihi...

Sunday, September 25, 2011

Memey-Norman dah jadi laki bini

Memey dan Norman kini sah bergelar laki bini...

Salam,
Kelmarin, Sabtu 24hb Sep 2011... dah sah dah pelakon Norman Hakim, 35 selamat dinikahkan dengan pasangannya, pelakon Memey Suhaiza, 23, pada Sabtu di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah mukim Kambau, Kota Tinggi, Zulkifli Tarmizi berwalikan bapa Memey, Suhaimi Sawarni, 49.

Kak Ros doakan segala yang terbaik dari Allah buat hamba hambanya... kita semua dibawah takluk kuasa yang Maha Kuasa. Tak boleh nak bantah bantah...

Pada majlis tersebut, Memey turut menerima mas kahwin berjumlah RM22.50 dan lima dulang hantaran termasuk wang hantaran RM24,000, sistem pengesanan global (GPS), rantai, cincin berlian, kek buah berbentuk beg tangan Gucci, sirih junjung dan al-Quran.

Sementara Norman menerima tujuh dulang hantaran daripada Memey iaitu iPad 2, cincin, coklat, buah-buahan, sirih junjung, kek lapis Sarawak dan al-Quran.

Menurut Norman, dia akan membawa Memey berbulan madu di Paris dalam masa yang akan ditetapkan kemudian dan seterusnya dijangka ke Mekah untuk mengerjakan umrah pada tahun depan.

Pada malam Sabtu, pasangan ini melangsungkan majlis malam berinai di rumah pihak perempuan di mana Memey mengenakan baju busana berkonsepkan kontemporari berwarna peach manakala Norman dengan baju tradisional berwarna hitam yang disediakan oleh Iezla Bridal.

Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan dilangsungkan di rumah pihak perempuan pada Ahad dengan berkonsepkan perkahwinan dalam taman. Pakaian persandingan direka oleh Hatta Dolmat manakala untuk upacara memotong kek direka oleh Rizman Ruzaini.

Pada 28 September depan pula, majlis perkahwinan yang bernilai RM12 juta, akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia.

Tema majlis perkahwinan itu berkonsepkan Kosmopolitan dan hanya 200 orang tetamu sahaja di undang iaitu pihak media dan selebriti.

Menariknya Memey akan menyarungkan gaun pengantin pereka tersohor dunia, Vera Wang pada majlis perkahwinannya pada 28 September itu.

Menurut perancang perkahwinan mereka, Billbora, gaun yang menjadi pilihan selebriti Hollywood seperti Kim Kardashian, Mariah Carey dan Invanka Trump itu telah dibeli oleh Rafflesia, menerusi sebuah agen di Hong Kong.

Memey akan mengenakan dua gaun pengantin pada majlis tersebut dan salah satunya daripada rekaan Vera Wang yang berkonsepkan Bohemian. Bagaimanapun ia bukanlah ditempah khas sebaliknya dibeli oleh pihak Rafflesia yang inginkan kelainan pada majlis tersebut.

Sepasang lagi gaun yang akan dikenakan pula direka khas oleh tiga pereka tempatan daripada Rafflesia dengan bertatahkan mutiara gred A yang bernilai RM500,000.

Bagi pakaian pengantin lelaki pula, Norman akan mengenakan dua pasang sut tradisional Inggeris rekaan Lord's Taylor bernilai RM10,000 setiap satu.

Menarik lagi, keempat-empat gaun dan sut pengantin tersebut akan dipamerkan untuk satu acara istimewa di Muzium Negara pada 26 November hingga 31 Disember depan.

Selain Rafflesia, Lord's Taylor dan Vera Wang, Profesor Datuk Jimmy Choo juga akan menghasilkan dua pasang kasut khas buat Memey yang bernilai RM300,000.

Ini merupakan perkahwinan pertama buat Memey manakala yang kedua bagi Norman.

Norman pernah berkahwin dengan pelakon Abby Abadi pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3. Mereka bercerai pada 18 Disember 2008.

Video: Bahaya main chess camni...

Saturday, September 24, 2011

Penyanyi Seksi kini Bertudung

Salam,
Alhamdulillah... kita tengok trend artis artis kita banyak yang dah berubah kearah yang lebih sedap mata memandang. Setelah beberapa artis bertindak mengenakan gaya tudung sebagai penampilan baru, kini yang terbaru kak Ros dengar Siti Nordiana pula membuat keputusan yang sama.

Baguih la camtu, jangan peduli apa orang kata kerana apa yang kita buat hanya kerana Allah Taala. Tentunya ttindakan beliau telah mengejutkan ramai pihak kerana Siti Nordiana sebelum ini dilabelkan sebagai antara artis yang gemar mengenakan pakaian seksi.

Laporan mengenai penampilan terbaru beliau telah dipaparkan beberapa blog hiburan termasuklah Blog Berita Sensasi.

Langkah terbaru Siti Nordiana ini menjadi pujian ramai pihak terutamanya dari kalangan peminat.

Friday, September 23, 2011

Risau betoi ngan kelaku bebudak laa...

Kondom dalam beg sekolah anak

HULU SELANGOR: Luluh hati seorang ibu apabila menemui kondom dalam beg sekolah anak gadisnya yang berusia 15 tahun sebelum gadis itu membuat pengakuan ada melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya.

Difahamkan, pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di daerah ini terkedu dan menangis sebaik mendedahkan perkara itu kepada ibu bapanya.

Gadis terbabit yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menjalin cinta dengan lelaki berusia 20 tahun dan dipujuk melakukan hubungan seks selepas beberapa bulan perkenalan.

Berikutan itu, ibu bapa mangsa membawa remaja terbabit membuat laporan di balai polis berhampiran selain dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan.

Menurut sumber, bertindak atas laporan dan keputusan pemeriksaan, polis menahan teman lelaki remaja itu di rumahnya di Ampang Pecah, di sini, semalam.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa keluar bersama teman lelakinya kelmarin sebelum dibawa pulang ke rumah lelaki terbabit.

“Kira-kira jam 6 pagi, mangsa diajak melakukan hubungan seks ketika keluarga teman lelakinya tiada di rumah.

“Selepas itu, teman lelaki mangsa menghantarnya pulang ke rumah kira-kira jam 2 petang tanpa diketahui keluarga mangsa,” katanya.

Beliau berkata, suspek yang juga teman lelaki remaja itu ditahan di rumahnya dan direman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut dilakukan.- myMetro

Hormati tetamu...

Kisah Sahabat Rasulullah, Menahan Lapar Kerana Menghormati Tetamu

Oleh: zharifjenn

Seorang telah datang menemui Rasulullah s.a.w. dan telah menceritakan kepada Baginda s.a.w. tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu Baginda s.a.w. tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri Baginda s.a.w. mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu.

Baginda s.a.w. kemudian bertanya kepada para sahabat,"Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?" Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah s.a.w., saya sanggiup melakukan seperti kehendak tuan itu."

Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah s.a.w. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita." Lalu isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?"

Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya."

Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu, Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud,

"Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy : 9)

Wednesday, September 21, 2011

Resepi: Cendawan Tiga Rasa

Salam,
Lama jugak rasanya kak Ros tak 'post'kan resepi, bukannya apa... tak tau nak kongsikan resepi apa... haha... bukan pandai masak sangat pun kak Ros ni, resepi ni pun kak Ros ambik dari email kak Ros... adik angkat kak Ros yang kirimkan... :-)

Bahan A:
50 gm cendawan abalone
50 gm cendawan hitam
50 gm kulat hitam (black fungus)

Bahan B:
100 gm kubis bunga - dipotong kecik kecik
80 gm brokoli - dipotong kecik
30 gm lada benggala hijau - dipotong baji
30 gm lada benggala merah - dipotong baji
40 gm lobak merah - dihiris nipis
30 gm jagung muda - dipotong tiga
10 gm bawang putih - dicincang halus

Bahan C:
10 gm udang kering - dikisar
40 gm sos tiram
20 gm tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
10 gm garam
10 gm gula
30 gm minyak masak
5 gm serbuk perasa

Cara menyediakan:
  1. Rendam kesemua bahan A di dalam air suam selama 10 minit.
  2. Kemudian angkat dan tapis. Hiris kesemua cendawan, ikut suka nak macamana...
  3. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  4. Masukkan udang kering dan sos tiram bersama sedikit air.
  5. Masukkan kesemua bahan B dan biarkan sehingga setengah masak.
  6. Campurkan bahan A, kacau sehingga sayur masak. Kalau kak Ros, kak Ros sukakan sayur yang setengah masak saja.
  7. Masukkan garam, gula secukup rasa...
  8. Akhir sekali masukkan bancuhan air, tepung jagung dan kacau hingga pekat.

Angkat dan hidangkan... Kak Ros dah cuba dahhh, sedappp... lebih menyelerakan hidangan tengahari kita nanti...

Tuesday, September 20, 2011

Jalanraya kita jadi tempat yang paling merbahaya

Beberapa mangsa hanya mampu terbaring di atas rumput sementara menunggu bantuan perubatan selepas dua buah kenderaan bertembung dalam kemalangan di KM26 jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Alor Tumang, pada Selasa.

Kemalangan itu mengorbankan bekas Setiausaha Parlimen, Kementerian Belia dan Sukan Datuk Awang Jabar, 66. Allahyarham merupakan bekas Anggota Parlimen Dungun selama empat penggal sejak tahun 1978 hingga 1990 dan juga pernah menjadi wakil rakyat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi pada 1995.

Dalam kejadian pada pukul 7.10 pagi itu kereta beliau bertembung dengan sebuah kereta lain yang terbabas ketika mengambil selekoh di jalan berkenaan. - foto BERNAMA

Monday, September 19, 2011

Ramai pompuan bodoh

Kak Ros terpaksa setuju, pompuan la ni memang ramai yang tersangat bodoh dalam berinternet...

Sunday, September 18, 2011

Rajin pi Sungai Golok cari apa?

Letupan di Sungai Golok malam tadi meragut nyawa tiga rakyat Malaysia. — Foto ihsan teakdoor.com

Kelmarin kita dikejutkan dengan kematian 3 rakyat Malaysia termasuk sorang kanak-kanak berusia tiga tahun manakala lebihkurang 50 yang lain cedera dalam tiga letupan di bandar selatan Thailand malam tadi. Ketiga-tiga letupan itu dilaporkan berlaku di sepanjang Jalan Cheroen Ket, berhampiran sebuah hotel dan pusat kebudayaan.

Timbalan Datuk Bandar Sungai Golok Rusdi Che Omar dipetik berkata, mangsa yang terbunuh dikenal pasti sebagai Foong Foo Keah, 45, dari Kuantan, Pahang; Wong Hong Yep, 63, dan cucunya Wong Kai Sien, kedua-duanya dari Jalan Hamzah, Kota Baru.

Dalam pada itu, laporan New Straits Times Online pula menyebut, bom meletup berhampiran dua hotel iaitu Parkson Hotel dan Merlin Hotel, yang masing-masing terletak dalam jarak 50 meter. Kedua-dua hotel itu popular di kalangan rakyat Malaysia, katanya.

Yang rajin sangat ramai ramai pi Sungai Golok tu buat hapa... shopping atau ada kerja lain?

Lagi2 takut la kak Ros...

PESAWAT P-51 Mustang yang terhempas di hadapan astaka penontondi Reno, Nevada, semalam.

Seumoq hidup tak pernah pijak kaki pun, tak pernah naik... hihi... memang kak Ros penakut. Bila tengok berita kelmarin kemalangan sebuah pesawat kat Nevada, AS... lagi lagi la kak Ros takut...

Setakat ni 9 orang terbunuh dan 56 lagi cedera bila sebuah pesawat merempuh kawasan berhampiran tempat duduk penonton dalam pameran udara di Nevada, Amerika Syarikat.

Sekurang-kurangnya 12 mangsa berada dalam keadaan kritikal dalam nahas yang berlaku di Reno itu apabila pesawat Perang Dunia Kedua yang dipandu seorang juruterbang veteran berusia 74 tahun merempuh astaka yang padat dengan penonton.

Saturday, September 17, 2011

Uweekkk.... depa sendiri pun tak lalu makan...

Ikan besar di kolam kumbahan

Oleh Mohd Yusoff Ahmad

MUHAMMAD Firdaus berjaya menaikkan keli seberat setengah kilogram dalam masa tidak sampai 20 minit.Pemancing tak hirau najis terapung untuk dapatkan keli di Permas Jaya

JOHOR BAHRU: Najis terapung pada permukaan kolam kumbahan yang tidak diselenggara dengan sempurna dekat Permas Jaya di sini, tidak menghalang kaki pancing mengunjungi kawasan takungan terbabit untuk memancing pelbagai jenis ikan, yang mampu diperoleh dengan mudah.

Berbekalkan umpan seperti perut ayam, pemancing yang mengunjungi empat kolam kumbahan berair hijau di situ, mampu menaikkan ikan keli, tilapia, haruan, malah ikan hiasan seperti flower horn yang membiak selepas dibuang ke situ.

Dua keli yang dipancing dari kolam kumbahan mampu capai berat sekilogram sebelum dijual kepada peraih pada harga RM6. Jika bernasib baik, saya mampu dapat lima kilogram ikan keli dalam masa setengah hari. - Muhammad Firdaus Ahad, Pemancing.Semua hasil pancing diperoleh bukan dimakan sendiri kerana pemancing turut jijik berikutan najis yang terapung di sekitar kolam terbabit, sebaliknya ikan besar itu dijual kepada peniaga pasar yang dikenali mereka untuk jualan kepada orang ramai.

Pemancing, Ibrahim Ali, 38, berkata kolam najis terbabit menjadi tumpuan dia dan rakannya memancing bagi mendapatkan ikan yang dijadikan makanan kepada ikan toman yang dipeliharanya di kolam sendiri.

"Biasanya, saya singgah memancing di sini bagi mengisi masa terluang. Berbekalkan umpan perut ayam, agak mudah untuk kami peroleh hasil lumayan di sini, cukup untuk dijadikan makanan ikan toman yang dipelihara di kolam saya,” katanya.

Rakannya, Muhammad Firdaus Ahad, 26, berkata dua keli yang dipancing dari kolam kumbahan terbabit mampu mencapai berat sekilogram sebelum dijual kepada peraih pada harga RM6.
"Biasanya, jika bernasib baik, saya mampu mendapat sehingga lima kilogram ikan keli dalam masa setengah hari dan semuanya dijual kepada peraih," katanya ketika ditemui sejurus menaikkan seekor ikan keli seberat 500 gram.

Tiga pemuda dari Sri Alam, Nurul Azhar Razlan,28; Hafizuddin Zulkifli,24 dan Danial Ismail 25, sepakat menyifatkan kolam kumbahan terbabit sebagai lokasi memancing yang baik untuk mengisi masa terluang.

“Ikan yang kami peroleh dari sini bukan untuk dimakan sendiri, sebaliknya dijual kepada rakan yang berniaga di pasar. Daripada duduk membuang masa, ada baiknya memancing di sini kerana hasil tangkapan ikan itu boleh digunakan untuk perbelanjaan harian.

“Tambahan pula, ikan dari kolam ini bukannya memudaratkan, sebaliknya boleh dimakan tanpa sebarang masalah," katanya.

Penduduk Jalan 5/6 Taman Permas Jaya, Leong Lee, 46, berkata sejak kolam kumbahan terbabit tidak diselenggara dan mempunyai penjaga, ia sering menjadi tumpuan pemancing dan peminat ikan air tawar yang sanggup menjala di kawasan itu.

"Setiap hari cuti atau hujung minggu, orang ramai berkunjung ke sini sama ada waktu siang atau malam untuk memancing atau memasang jaring.

"Memang ikan yang membiak dalam kolam kumbahan ini kebanyakannya bersaiz besar kerana banyak sumber makanan daripada bahan buangan yang kotor dan orang yang membeli ikan berkenaan tidak mengetahui dari mana hasil tangkapan itu diperoleh.

"Saya berharap, pihak bertanggungjawab dapat memasang kembali pagar yang sudah roboh daripada membiarkan kawasan kolam ini terus dicerobohi pemancing serta kanak-kanak yang bebas masuk bermain di tepi tebingnya, sebelum sebarang kejadian buruk berlaku," katanya.

Perbicaraan khalwat pelakon Razak Ahmad

Khalwat : Razak Ahmad Hanya Mahu Ambil Baju

Oleh SALWA SHA'ARI

Razak Ahmad

PETALING JAYA: Pelakon, Razak Ahmad memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini, Khamis, kehadirannya di rumah seorang ahli perniagaan berstatus isteri orang pada malam mereka ditangkap berkhalwat pada 1 April 2006 hanya disebabkan dia mahu mengambil baju yang ditaja wanita itu untuk satu program televisyen.

Razak, 44, yang sinonim dengan watak orang alim dalam drama televisyen itu menambah, wanita tersebut, Selamah Sahudin, 45, sering menaja baju berunsurkan keislaman seperti baju Melayu, jubah dan kurta yang dipakainya dalam sesuatu program seni.

"Pada masa itu saya dipanggil untuk terlibat dalam siaran langsung di RTM yang sedang membuat percubaan untuk disenaraikan dalam Buku Rekod Malaysia kerana bersiaran selama 60 jam tanpa henti.

"Saya dijemput untuk mengisi slot secara langsung pada pukul 4 hingga 5 pagi dan disuruh untuk bercerita bagaimana seorang yang bergelar Qari boleh menyanyikan lagu-lagu asli dan berlakon," kata Razak atau nama sebenarnya Abdul Razak Ahmad.

Tambah Razak, mengikut perancangan asal, dia akan membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan menyanyikan lagu Ahmad Jais di dalam program tersebut.

Mengenai kehadirannya di rumah itu pada pukul 1 pagi, Razak memberitahu waktu tersebut ditetapkan oleh Selamah memandangkan dia perlu ke RTM pada pukul 2 atau 3 pagi untuk menjalani latihan.

Tambahnya, itu adalah kali pertama dia berkunjung ke rumah itu yang dianggapnya sebagai tempat stor menyimpan pakaian memandangkan pada hari lain, baju-baju akan diambil dari sebuah kedai milik Selamah pada waktu siang.

Mengimbas kejadian yang berlaku, pelakon drama “Geng Surau” itu memberitahu, Selamah mempelawa dia untuk masuk ke rumah bagi mencuba beberapa baju yang dirasakan sesuai untuk dipakai dalam siaran langsung tersebut.

Katanya lagi, Selamah kemudiannya mengunci pintu jeriji dan menutup pintu utama rumah kerana dua unit yang terletak berhampiran rumah tersebut dijadikan sebagai asrama pekerja-pekerja asing.

Ketika peguam syarie Mohammad Azman Karim yang mewakili dirinya mengenai pakaian yang dipakai oleh Selamah, Razak menjawab wanita itu berpakaian lengkap.

"Dia berpakaian biasa, menutup aurat iaitu bertudung. Saya tidak pernah melihat dia tanpa tudung. Tapi saya tidak beberapa ingat pakaian yang dipakai kerana saya tidak perhatikan, cuma pakaian itu senonoh," katanya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis.

Razak seterusnya memberitahu, dia mencuba tiga pasang baju di dalam bilik utama rumah tersebut sebelum memperagakannya kepada Selamah yang berada di ruang tamu bagi memastikan baju tersebut benar-benar selesa.

Malah, dia juga membuat aksi seperti sedang mengaji lengkap dengan Al-Quran dan rehal yang dibawanya sebagai persediaan untuk ke RTM.

Selepas mencuba, Razak kemudiannya kembali ke dalam bilik untuk membuka baju tersebut yang digantung untuk mengeringkan peluh sebelum digosok semula oleh Selamah.

"Saya pula berada di birai katil kerana mahu mengeringkan peluh," katanya sambil menambah, hanya bersinglet dan berseluar pada masa itu.

Pada keterangannya, Razak juga berkata, dia mendengar pintu jeriji digoncangkan dan diberitahu oleh Selamah bahawa suaminya datang ke premis tersebut.

"Saya hanya duduk di dalam bilik. Saya beranggapan yang datang itu suaminya kerana mereka membahasakan diri sebagai mama dan papa. Saya mendengar suami Selamah menjerit menyuruh saya keluar dan mendapati ada anggota polis bersamanya," katanya.

Razak juga memberitahu, dia kemudiannya menyerahkan kad pengenalan dan telefon bimbitnya kepada anggota polis tersebut yang menurutnya 'mengikut' arahan daripada suami Selamah untuk meminta barang-barang tersebut.

Tambahnya, dia diminta untuk ke Balai Polis Seri Kembangan bersama dua anggota polis untuk diambil keterangan dan diarahkan supaya hadir di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam, dekat sini untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat.

"Saya terlepas program RTM pada hari tersebut dan hanya dibenarkan balik selepas seorang rakan datang untuk menjamin saya," katanya yang secara tiba-tiba menangis.

Ujarnya, tidak lama selepas hadir di pejabat JAIS, dia kemudiannya dihadapkan ke mahkamah.

Razak didakwa berkhalwat dengan Selamah pada pukul 2.15 pagi, 1 April 2006 di sebuah rumah di Apartmen Blok A, Taman Serdang Perdana, dekat sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 29 (1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 14 September 2006, Selamah yang mengusahakan perniagaan butik, mengaku bersalah dan didenda RM2,850 atau penjara tujuh bulan, jika gagal membayar denda itu.Prosiding yang dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JAIS, Shafezan Rusli di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad bersambung pada 6 Oktober depan.

Friday, September 16, 2011

Pengotoq betoi laa...


Ada lipas dalam coklat

Klang: Terkejut, jijik dan meloyakan. Itu perasaan seorang pekerja swasta apabila mendapati biskut coklat yang dimakan selepas membelinya di sebuah kedai runcit, di sini, mengandungi telur lipas.

Malah, lebih menjijikkan, Mohd Syahmi Saad, 36, berkata apabila diperiksa di dalam tin biskut itu turut menemui bangkai seekor lipas.

Menceritakan kembali, Mohd Syahmi menyatakan dia bersama beberapa rakan sekerja mengisi masa rehat dengan berbual kosong sambil makan biskut itu.

“Ketika bersembang, saya tertarik melihat bijian coklat yang terdapat pada biskut berkenaan kerana agak pelik dan mengambil pen untuk memecahkan bijian coklat itu.

“Saya dan rakan hampir termuntah apabila melihat beberapa anak lipas yang masih putih keluar dari bijian coklat itu dan terdapat beberapa ulat yang bergerak-gerak,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Lebih memeranjatkan, apabila Syahmi dan rakan yang memeriksa kandungan di dalam tin biskut berkenaan menjumpai seekor lipas yang sudah mati.

“Syarikat biskut terbabit sepatutnya memeriksa tahap kebersihan lebih-lebih lagi syarikat mereka mempunyai nama besar sepatutnya tidak mempunyai masalah dari segi kebersihan.

“Apapun, mana-mana syarikat perlu menjaga kebersihan kerana ia memberi kesan kepada kesihatan pengguna dan pembeli,” katanya.

Menurutnya, dia sudah menghabiskan hampir 70 peratus daripada tin biskut coklat bertarikh luput pada 2013 itu sebelum menyedari kejadian itu kerana biskut yang mempunyai telur lipas itu berada di lapisan bawah.

Sementara itu, wakil syarikat pengeluaran biskut terbabit, ketika dihubungi, berkata cara penutupan yang tidak rapat boleh menjadi punca lipas memasuki tin biskut itu.

“Bagi telur lipas yang menyerupai bijian coklat itu, saya menolak sekiranya ada yang menganggap kami menggunakan telur lipas bagi mengurangkan modal.

“Kebersihan syarikat kami tidak perlu dipertikaikan kerana berada pada tahap amat memuaskan dan pemeriksaan kebersihan dilakukan dengan kerap,” katanya. -hm

Wednesday, September 14, 2011

Penyediaan makanan cara sihat

Setiap orang perlu peka tentang proses dalam penyediaan makanan kerana ia turut memberi kesan kepada kesihatan. - Gambar hiasan

APA yang kita makan perlulah daripada sesuatu yang baik. Bukan hanya untuk selera dan cita rasa tetapi juga untuk kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan.

Terdapat pelbagai faktor yang boleh memudaratkan dalam makanan yang kita ambil antaranya kandungan tinggi gula, lemak serta juga kolesterol.

Tetapi adakah kita peka tentang proses dalam penyediaan makanan? Adakah kita perlu tahu secara terperinci proses itu sebelum memilih apa yang perlu untuk dimakan?

Dan jawapannya adalah "Ya" kerana apa yang kita makan akan mempunyai kesan buruk atau baik terhadap kesihatan dan sistem badan.

Kebanyakan makanan yang telah diproses sudah tentu ditambah 'perisa' dan 'perasa' selain daripada bahan untuk mengekalkan ketahanannya.

Penyakit akut, kronik

Terdapat pelbagai penyakit serius yang berlaku di dunia kini dengan kadar yang begitu menakutkan. Ia dikatakan disebabkan pemakanan lemak yang tidak sihat selain penggunaan minyak masak yang telah ditapis dan diguna semula yang begitu mudah didapati pada masa kini.

"Asid lemak memang perlu dalam diet individu, tetapi ia harus bebas daripada bahan kimia dan campuran. Asid lemak perlu wujud dalam bentuk asal supaya ia tidak kehilangan nilai untuk kesihatan," demikian menurut Udo Erasmus, satu nama yang tidak asing lagi dalam bidang kesihatan pemakanan.

Udo yang merupakan saintis dan pensyarah berasal dari Jerman dikenali sebagai 'Bapa Minyak Flaks'. Beliau ditemui di Kongres Ultimate Life and True Health yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, makanan yang diproses dengan mengambil kira aspek kesihatan akan membawa kebaikan terhadap sesiapa yang memakannya.

"Pengambilan makanan diproses yang mungkin mempunyai molekul toksik boleh menyebabkan terjadinya penyakit kronik yang boleh mengganggu kesejahteraan hidup.

"Makanan diproses akan hilang khasiat mineral dan ini boleh mengakibatkan sistem badan jadi tidak seimbang dan terdedah kepada ancaman penyakit," kata Udo.

Udo telah menghasilkan produk Udo's Oil 3.6.9 Blend daripada bahan seperti minyak biji flaks, bijan dan bunga matahari selain daripada enam bahan lemak yang dicampur bagi menghasilkan kandungan dua kali ganda asid lemak.

Jangan goreng dalam minyak?

Nasihat Udo ialah makanan jangan digoreng dengan minyak.

"Minyak yang baik memberikan 40 hingga 60 peratus lebih tenaga. Anda mesti tahu cara menggunakan minyak dengan baik agar ia tidak mendatangkan kemudaratan.

"Menggoreng bahan karbohidrat, protein dan minyak boleh menyebabkan pertumbuhan sel kanser," kata beliau.

Badan manusia memerlukan Omega 3 dan 6. Ini merupakan asid lemak yang tidak dikeluarkan badan tetapi terkandung dalam makanan.

Kehilangan khasiat

Makanan yang telah diproses kehilangan khasiat serta mineral semula jadi selain daripada timbul kewujudan molekul toksik, katanya.

Udo menasihati warga pengguna supaya mengambil minyak yang asli dan tidak menggunakan yang telah diproses. Beliau percaya penyebab utama penyakit bahaya masa kini ialah pemakanan minyak yang telah bertapis.

Kedua-dua Omega 3 dan 6 adalah penting dalam kadar yang betul bagi setiap insan di dunia ini. Kurangnya kandungan Omega 3 dalam badan boleh menyebabkan 'kelembapan' dalam tindakan hormon badan.

"Ini boleh menyebabkan individu itu mengalami kemurungan," kata Udo.

Biji flaks mengandungi protein berkualiti tinggi dan ia merupakan sumber terbaik bagi Omega 3 selain daripada menjadi sumber yang tinggi untuk Omega 6.

Biji flaks juga kaya dengan sarat boleh larut dan gandingannya dengan minyak boleh menjadikan bahan itu sebagai satu 'laksatif' yang cukup baik.

Kajian yang dilakukan Udo dalam dua dekad yang lampau menyaksikan beliau mengeluarkan minyak yang kaya dengan asid lemak Omega 3, Omega 6 dan Omega 9.

"Saya gunakan biji flaks dan bahan tumbuhan organik yang lain. Melalui teknik ciptaan saya, minyak ini tidak akan kehilangan asid lemak dan khasiatnya yang asli.

"Minyak ini mempunyai banyak kebaikan antaranya stamina dan kecerdasan mental yang lebih baik selain daripada koordinasi motor dan sistem imun yang lebih efisien," tambah Udo.

Golongan wanita dinasihatkan melihat semula kandungan asid lemak yang mereka ambil kerana pertambahan kandungan ini boleh mengukuhkan kuasa memori mereka.

"Dengan mengambil lebih Omega 3 dan 6, wanita boleh memperbaiki IQ mereka antara 3 hingga 6 mata. Sememangnya ini membantu perkembangan otak," kata Udo.

Selain daripada ikan salmon, sumber yang kaya dengan asid lemak Omega 3 adalah kacang walnut. Hanya dua sudu besar minyak Udo memberi persamaan 14 gram Omega 3 dan 6, lebih daripada apa yang disyorkan di Amerika Syarikat dan Kanada," katanya.

Produk semula jadi

Sementara itu, pengamal perubatan, Dr. Omar Jantan bersetuju dengan apa yang disarankan dan dinyatakan oleh Udo.

Kata Dr. Omar, bahan semula jadi tidak boleh sewenang-wenangnya dicampurkan bahan seperti steroid kerana ini boleh memudaratkan pengguna.

Minyak organik adalah agak mahal, jadi mungkin tidak ramai yang mampu membelinya, kata beliau.

"Saya nasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak menggunakan minyak masak yang dikitar semula kerana kita tidak tahu apa yang dicampurkan ke dalam minyak itu semasa mengitar semula.

"Kalau anda mampu untuk membeli suplemen bagi menambah kandungan asid lemak Omega 3, Omega 6 dan Omega 9, baguslah kerana asid lemak ini baik untuk kesihatan jantung anda," kata Dr. Omar.

— BERNAMA

Tuesday, September 13, 2011

Facebook menghina Nabi


Nauzubillah siapakah yang membuat page ini sanggup menghina Nabi Muhammad S.A.W. Sepatutnya pekara sebegini tidak berlaku. SK sungguh kecewa dengan pekara ini, sebagai umat nya dan orang islam pekara ini perlu di ambil tindakkan yang sewajarnya.

SKMM perlu pantau dan mengambil tindakkan terhadap orang yang membuat page ini dan Jabatan Agama Islam juga perlu mengambil tindakan dan buat laporan polis. Page ini terlalu terlampau menghina Nabi Muhammad dan orang islam dengan meletakan gambar babi ini - Siasahkini

Panas! Gambar dari FB boleh diguna untuk sihir


Ira disihir guna gambar dalam FB

IRA (tengah) ditemu bual oleh wartawan Kosmo!, Suhana Md. Yusop sambil diperhatikan oleh Shamsuri Shafie di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan kelmarin.

NILAI - Disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB).

Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.

Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.

"Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur.

"Kami tidak mengenali antara satu sama lain.

"Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya," dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu.

Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya.

Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja.

"Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,'' ceritanya.

Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya.

Penoreh dihukum mati


MOHD. HARIS dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam selepas dijatuhi hukuman gantung.

ALOR SETAR - Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam setelah didapati bersalah membunuh seorang gadis di Baling dekat sini dua tahun lalu.

Mohd. Haris Abdul Talib, 28, kelihatan tenang selepas mendengar hukuman yang dijatuhkan terhadapnya selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa dia telah membunuh Farhanim Ahmad Ibrahim, 17.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zakiah Kassim dalam prosiding menyebut tertuduh dalam pembelaannya tidak dapat menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes ini sebaliknya ia bersifat penafian semata-mata.

"Mahkamah tiada budi bicara menjatuhkan hukuman gantung sampai mati mengikut peruntukan undang-undang namun tertuduh masih ada peluang untuk merayu," kata beliau.

Zakiah kemudian menasihatkan tertuduh supaya membaiki diri sementara menunggu keputusan rayuannya.

Sunday, September 11, 2011

Eksklusif - Lisa Surihani

200 maut terjun dari Menara WTC

SEORANG lelaki terjun dari bangunan WTC yang runtuh akibat serangan pengganas sedekad lalu.

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Seramai 200 orang dilaporkan terjun dari Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini ketika pengganas menyerang beberapa lokasi utama di AS pada 11 September 2001, lapor sebuah akhbar semalam.

Berdasarkan rekod tidak rasmi, hampir semuanya menemui ajal secara bersendirian tetapi beberapa saksi mengakui mereka pernah menyaksikan satu pasangan terjun sambil berpegangan tangan.

Malah kata saksi, ketika berada di hujung nyawa seorang wanita turut dilihat memegang kuat skirtnya supaya dia tidak mati dalam keadaan yang memalukan.

Sebahagian lagi mangsa cuba membuat payung terjun daripada langsir dan alas meja tetapi daya graviti menyebabkan ia terlucut daripada pegangan sekali gus menyebabkan nyawa mereka melayang.

"Mangsa-mangsa itu memilih untuk terjun daripada mati terbakar dan saya dapat melihat mereka jatuh seorang demi seorang," kata seorang anggota bomba yang bertugas pada hari kejadian, Maureen McArdle-Schulman.

"Kerana terlalu ngeri, saya dan seorang rakan setugas mengalihkan pandangan kami pada dinding bangunan berdekatan, namun kami masih dapat mendengar bunyi tubuh mereka terhempas di tanah," tambahnya.

Menurutya, dia turut berang dengan tindakan sebahagian individu tidak berhati perut di lokasi kejadian yang merakam mangsa- mangsa itu terjun.

Hampir semua mangsa terjun dari tingkat-tingkat teratas WTC. Mereka jatuh pada kelajuan 200 kilometer sejam dan memiliki 10 saat untuk mengimbas kembali hidup mereka sebelum menemui ajal di tanah.

WTC yang setinggi 417 meter dan memiliki 110 tingkat, terdiri daripada Menara Utara dan Menara Selatan dibuka kepada orang ramai pada 1973. Pembinaannya ketika itu menelan belanja AS$400 juta (RM1.2 bilion).

Pada 11 September 2011, kumpulan pengganas merempuh dua pesawat Boeing 757 ke atas WTC yang menyebabkan ia terbakar dan runtuh. Kejadian itu meragut 2,753 nyawa.

Sebelum ini, berita dan gambar-gambar mereka tidak disiarkan media AS.

Pemerintah AS beranggapan bahawa mereka yang memilih untuk membunuh diri daripada mati terbunuh sebagai tidak patriotik sekali gus mencalar imej negara.

Sementara itu, kawalan keselamatan di sini dan beberapa lokasi utama lain di AS diperketatkan menjelang sambutan ulang tahun ke-10 insiden serangan pengganas ke atas AS hari ini. - Agensi

Saturday, September 10, 2011

Eksklusif - Abby raya

Thursday, September 8, 2011

Gila orang bukan semacam...


Motor RM165,000

LAJU... ia mampu mencecah kelajuan 193 kilometer sejam dan boleh dibeli secara dalam talian.

JIKA anda mempunyai wang sebanyak £33,000 (RM165,000) dan berhasrat mencari barangan lasak buat golongan lelaki, ia mungkin sesuai untuk anda.

Sebuah motosikal dicipta untuk menyerupai motosikal yang dilengkapi sistem komputer dalam filem cereka sains, Tron: Legacy, kini dijual.

Dalam filem itu, motosikal terbabit direka menggunakan kesenian grafik CGI dan dikawal oleh program komputer.
CANGGIH... motosikal berharga RM165,000 ini dilengkapi program komputer dan direka berdasarkan inspirasi filem cereka sains Tron: Legacy.

Versi sebenar yang direka Parker Brothers Choppers mempunyai tubuh berukuran lapan kaki, 23 inci panjang dan seberat 215 kilogram. Ia juga mempunyai kelajuan 193 kilometer sejam. Tayarnya pula dihasilkan menggunakan tayar lama trak yang diubah suai dan dihias dengan jalur pantulan cahaya. Kaca gentian digunakan bagi menyaluti rangka motosikal dan penunggangnya juga perlu meniarap seperti dalam filem itu.

Motosikal terbabit dijana oleh kuasa tenaga Suzuki 996 cc, enjin empat lejang dengan muatan spring di depan dan belakangnya. Setiap motosikal ditempah khas dan boleh dibeli secara dalam talian daripada Hammacher Schlemmer.
Jurucakap Trish Hammond berkata: “Motosikal ini direka dengan sempurna supaya setiap aspeknya serupa dengan motosikal dalam filem terkenal itu.

“Ia menarik dan pasti ramai akan terpegun jika anda menunggangnya menelusuri jalan raya.” Motosikal bercahaya mula muncul dalam filem Tron terbitan 1982 dan juga filem susulannya, Tron: Legacy yang diterbitkan tahun lalu menampilkan pelakon Jeff Bridges.

Awal tahun ini Pengurus Operasi, Jeff Halverson berkata: “Motosikal itu mempunyai kuasa TL1000R yang mengawal sistem pemanduannya. Ia boleh bergerak hingga 193 kilometer sejam tetapi kami belum mencuba kelajuan itu.

“Perkara paling sukar ketika mencipta motosikal itu ialah merealisasikan ia ke dalam kehidupan sebenar daripada seni grafik CGI. Pada awalnya, kami sekadar membuat percubaan sama ada kami mampu melakukannya.” Motosikal itu juga mempunyai teknologi angkasa yang direka khas — termasuk sebuah ruang untuk iPad dan apabila disambungkan akan memuat turun mesin pemanduan daripada pemuka komputer.

Kisah yang tak dak penghujung...

Salam,
Kak Ros rasa kisah along si ceti haram ni bukan benda baru malah dah berkurun dah kisah berkenaan ceti haram ni diceritakan. Kerja mereka hanyalah menindas orang ramai terutama sekali peniaga peniaga kecil yang ingin mengembangkan perniagaan mereka dengan mengharap belas ikhsan si along nih.... akhirnya, yang dikejar belum tentu dapat tapi hutang bertimbun timbun.

Biasa la.... bank bank dan pusat kewangan lainnya terlalu menekan dengan kerenah birokrasi yang tak habis habis menyesakkan lagi dada si pengusaha yang ingin mengembangkan perniagaan mereka. Lalu, along ja la tempat yang paling senang dan cepat untuk menungkat dagu... :-)

Sebuah kisah dibawah yang dipaparkan oleh myMetro baik sebenarnya untuk dijadikan teladan bagi semua...

Hafis menyerahkan salinan laporan polis yang dibuatnya kepada Aryati sebelum masuk hospital.

Jerat ceti haram atau along bukan sekadar memerangkap peniaga kecil-kecilan yang ingin mengembangkan perniagaan, malah seorang usahawan bergelar Datuk turut menjadi mangsa apabila berhutang RM24 juta daripada 64 along.... mak aihh... RM24 juta tu bukan sikit datuk oiii....

Akibatnya, lelaki berusia 50-an yang hanya mahu dikenali sebagai Hafis itu kini dihimpit pelbagai ancaman dan tekanan daripada along terbabit serta konco mereka sehingga dia kini terlantar di hospital sejak lebih sebulan lalu selepas serangan penyakit jantung.

“Lebih menyeksakan, along serta konco mereka bukan saja mengancam nyawa saya, tapi ada antara mereka mengugut mahu menculik anak bongsu saya yang berusia dua tahun,” katanya ketika ditemui.

Hafis berkata, sebelum ini dia terbabit beberapa perniagaan termasuk industri perfileman dan memiliki kira-kira 600 pekerja.

“Tapi kini, semua 600 pekerja itu terpaksa saya berhentikan dan saya tiada aset lagi melainkan hutang yang bertimbun,” katanya.

Perghh... buaya terbesar

Penduduk mendepa tangan untuk mengukur seekor buaya air masin berukuran 6.4 meter yang disyaki menyerang beberapa penduduk, selepas ia ditangkap di Neuva Era di bandar Bunawan, Agusan del Sur, selatan Filipina semalam. Buaya terbabit yang ditangkap petang Ahad lalu mempunyai berat 600kg dan dilaporkan sebagai buaya terbesar pernah ditangkap setakat ini di negara berkenaan, kata Pusat Pemuliharaan dan Menyelamat Hidupan Liar Palawan. - Foto Reuters

Tuesday, September 6, 2011

Tak baik woii dok penaya budak...

Sapa la gamaknya penaya bebudak camni... hihi... tak baik woi ada niat nak parutkan bebudak camni...

Saja ja kak Ros tarok gambaq lawak nih... ngeee... kot kot la boleh bagi hilang tensen sikit... hihi...

Beramal tidak berhenti dengan berakhir Ramadan

Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM

TANGGAPAN kebanyakan orang Islam khususnya dalam negara kita, bahawa Ramadan adalah bulan yang dipenuhi dengan musim pelbagai jenis amal ibadat, maka mereka akan melakukan dengan semaksimum mungkin tenaga, masa dan kesungguhan bagi mencapai pahala yang banyak.

Tenaga yang dikerahkan sepanjang Ramadan dengan keletihan beribadat puasa wajib di siangnya dan bertarawih pada malamnya dianggap berbaloi walaupun ia dilakukan tanpa disandarkan kepada ilmu, kefahaman dan makrifat yang boleh membantu seseorang Muslim itu meraih pahala yang besar di sisi Allah SWT.

Mengapa tidak? Ramadan menjanjikan rahmat, keampunan, pelepasan daripada api neraka, terdapat di dalamnya penurunan kitab suci al-Quran yang menjadi petunjuk kepada umat Islam hingga hari kiamat, malam al-Qadar, ganjaran pahala yang tidak ada pada bulan-bulan lain, justeru umat Islam hanya menumpukan ibadat pada bulan ini dan tidak pada bulan lain, apakah amalamal selepas Ramadan tidak diganjari dengan pahala?

Inilah persoalan yang ingin diketengahkan kepada saudarasaudari sekalian, bahawa amalamal ibadat tidak hanya tertumpu pada satu bulan sahaja, akan tetapi ia berterusan sepanjang masa kerana Allah SWT juga tidak hanya wujud pada bulan Ramadan sahaja, tetapi sepanjang masa, malah tidak mengantuk dan tidak pula tidur.

Apa yang perlu kita tahu tentang amal ibadat ialah – Ibadat itu adalah kata nama yang terkandung di dalamnya apa-apa yang disukai dan diredai oleh Allah SWT, sama ada yang terdiri daripada perkataan atau perbuatan hamba zahir dan batin, ia juga bercabang terlalu banyak dan boleh diringkaskan beberapa yang terpenting untuk panduan bersama.

1. Beriman kepada Allah SWT – ia merangkumi semua rukun iman yang enam.

2. Sembahyang pada awal waktu – khususnya sembahyang lima waktu pada waktu pagi, petang dan malam, sesungguhnya para sahabat bersepakat mengatakan bahawa berdosa bagi mereka yang melambat-lambatkannya.

3. Haji mabrur – ia memberi erti bahawa pelaksanaan haji daripada sumber hasil yang halal, jauh dari sebarang perbuatan dan perkataan keji, dosa, banyak berbantah, menepati sunnah haji baginda Rasulullah, ikhlas kerana Allah dan tidak menyusulinya dengan maksiat kepada Allah.

4. Menyantuni kedua ibu bapa – kerana mentaati keduanya bermakna mentaati Allah SWT, tetapi tidak pada perkara yang menyalahi agama, tidak meninggikan suara di hadapan mereka, tidak menyinggung perasaan mereka dengan katakata kesat, memberikan khidmat terbaik buat mereka, berbelanja keperluan untuk mereka.

5. Jihad pada jalan Allah – menyebarkan dakwah Islam mengikut kemampuan dan golongan sasaran.

6. Kasih dan benci kerana Allah - iaitu mengasihi muslim dan membenci mereka kerana Allah SWT.

7. Membudayakan pembacaan al-Quran – ia dimulakan dengan beberapa ayat sehari dan dikembangkan kepada dua halaman seterusnya satu juzuk sehari, ia bukan setakat membaca, tetapi merangkumi maksud berdiskusi serta memahami maksud ayat-ayat yang dibaca dengan baik.

8. Sentiasa komited dengan ketaatan walaupun sedikit – umpama bersedekah 50 sen sehari tetapi ia bersifat berterusan begitulah juga dengan amal-amal ibadat yang lain.

9. Menunaikan amanah – iaitu segala kewajipan yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap muslim dengan penuh kesedaran dan bukan seperti golongan munafik.

10. Memaafkan orang lain – kerana baginda ada menegaskan menerusi sebuah hadis yang bermaksud: “Seseorang itu bertambah mulia dan perkasa apabila sedia memaafkan orang lain.” Hadis sahih riwayat Imam Muslim

11. Sentiasa bercakap benar dalam apa jua keadaan – Nabi bersabda : “Sesorang itu adalah benar dan sentiasa memelihara kebenaran sehingga ditulis di sisi Allah sebagai orang yang benar. Sesungguhnya benar itu akan menyelamatkan pelakunya, ia adalah akhlak mulia dan agung yang dimilki oleh para anbiya dan pengikut mereka dengan benar.” (Hadis sahih riwayat Imam Muslim)

12. Berbelanja pada jalan Allah - ia merangkumi perbelanjaan seseorang itu untuk menaja program berbentuk jihad, membantu kedua-dua orang tua, fakir miskin, mereka yang memerlukan, untuk pembinaan masjid, maahad tahfiz, mencetak kitab-kitab agama, menyara keluarga dan anak-anak.

13. Memelihara diri dari membahayakan saudara seagama - elak diri daripada suka mengadu domba, mengumpat, menghina saudara seagama, mencaci, mengutuk, begitu juga mendera perasaan dan tubuh badan Muslim lain.

14. Suka menjamu orang lain - iaitu tabiat baik belanja kawan-kawan, jiran tetangga, sanak saudara dengan kelebihan wang yang dimiliki termasuk suka beri makan kepada haiwan jinak bukan peliharaannya.

15. Suka memberi salam – ia termasuk kepada yang kenal dan yang tidak dikenalinya.

16. Suka bantu mereka yang dalam kesempitan - seperti ibu tunggal, ketua keluarga yang ditahan dalam penjara bukan kerana jenayah, golongan kurang upaya atau orang-orang tua yang tidak bermaya.

17. Suka menjauhkan bahaya daripada ditimpa ke atas orang ramai – seperti membuang paku, serpihan kaca, kulit pisang dan sebagainya di jalan raya agar tidak membahayakan pengguna yang boleh mengakibatkan kemalangan.

18. Amar makruf nahi mungkar – iaitu sentiasa menyampaikan nasihat berguna dengan menyuruh orang supaya melakukan amal-amal yang baik serta mencegah mereka dari terjerebak dalam kancah maksiat yang boleh menjauhkan seseorang itu daripada rahmat Allah SWT.

Amalan yang menjauhkan seseorang itu daripada disentuh api neraka Ia dapat disimpulkan secara ringkas bahawa ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya adalah paling penting yang mesti ada dalam minda setiap yang bernama Muslim lelaki atau perempuan iaitu dengan melakukan apa sahaja yang diperintahkan dan meninggalkan apa sahaja yang ditegah dengan penuh rasa pasrah, ikhlas dan bertanggungjawab.

Ia seperti mana yang pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis: “Semua umatku akan masuk syurga melainkan yang enggan.” Para sahabat bertanya siapa yang enggan wahai Rasulullah? Baginda bersabda: “Sesiapa yang mentaatiku masuk syurga dan yang menentangku masuk neraka.” (Hadis sahih riwayat Imam Bukhari sampai kepada Abu Hurairah)

Bagi menggalakkan segenapMuslimin agar sentiasa dapat melakukan amalan terbaik dan mengekalkannya khususnya selepas Ramadan, maka ulama telah menggariskan beberapa amalan yang insya- Allah akan menjauhkan mereka daripada disentuh api neraka.

1. Banyak menyebut LaIlaha Illallah dengan penuh yakin dan ikhlas kepada Allah – ini kerana baginda menegaskan bahawa sesiapa yang menyebutnya dengan ikhlas lahir dari hatinya yang yakin, maka Allah haramkannya daripada disentuh api neraka. Maksud hadis sahih riwayat Imam Bukhari dan Muslim

2. Berakhlak mulia dan berlembut dalam tindakan – Rasulullah bersabda: “Mahukah aku beritahu kamu, bahawa mereka yang diharamkan daripada disentuh api neraka ialah yang berakhlak mulia dan berlembut dalam tindakan sesama makhluk.

3. Bermandi debu kerana berjuang pada jalan Allah – maksudnya golongan yang sanggup berada dalam jihad menegakkan kebenaran agama Allah hingga kedua kakinya bergelumang dengan debu ketika bertempur dengan musuh di medan peperangan. Sabda baginda: “Sesiapa yang kedua kakinya berdebu kerana berperang pada jalan Allah nescaya dia diharamkan Allah memasuki neraka.” (Hadis sahih riwayat Imam Ahmad)

4. Solat – Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah haramkan neraka ke atas (dahi-dahi) yang ada kesan sujud (dalam solat).” - Hadis sahih riwayat Imam Bukhari dan Muslim

5. Memelihara dan membiasakan empat rakaat sebelum dan sesudah Zuhur – ia berdasarkan hadis baginda yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara empat rakaat sebelum dan selepas Zuhur, maka Allah haramkan jasadnya untuk dihumban ke dalam neraka.” (Hadis sahih riwayat Imam Tirmizi sampai kepada Ummu Habibah)

6. Tauhid dan zikrullah menjelang kematian – Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang berkata – LaIlaha Illallah, Wallahu Akbar, maka Allah berkata kepadanya benarlah hamba-Ku ini kerana Tiada Tuhan melainkan Aku dan Akulah Yang Maha Besar.” Sabda baginda lagi: “Sesiapa yang berkata dengan perkataan itu, maka dia diberi rezeki untuk mati (dalam kebenaran), maka jasadnya tidak akan disentuh oleh api neraka.” - Hadis sahih riwayat Imam Bukhari

7. Tangisan kerana takut kepada Allah dan berjihad pada jalan- Nya – Sabda baginda s.a.w.: “Dua biji mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka – iaitu mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang celik kerana berjaga-jaga ketika berjuang pada jalan Allah.” - Hadis sahih Imam Tirmizi sampai kepada Ibnu Abbas.

8. Memelihara pandangan mata – Sabda baginda s.a.w.: “Tiga jenis mata yang tidak akan disentuh api nereka – iaitu mata yang celik kerana berjaga-jaga ketika berjuang pada jalan Allah, mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang terpelihara daripada melihat perkara yang diharamkan Allah SWT.” - Hadis sahih riwayat at-Tabarani daripada Bahaz Bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya

9. Sabar di atas kematian anak – sabda baginda : “Sesiapa yang mengkebumikan tiga orang anaknya dan bersabar, maka Allah haramkan jasadnya daripada disentuh oleh api neraka.” - Hadis sahih riwayat at-Tabarani daripada Waelah Adakah dosa-dosa besar akan menghapuskan amalan-amalan baik yang pernah dilakukan oleh seseorang itu di dunia?

Seperti yang sabit dalam al-Quran dan sunnah baginda Rasulullah s.a.w. bahawa maksiat dan dosa-dosa besar tidak akan menghapuskan amalan-amalan dan kebaikan Muslim semuanya melainkan dia terbabit dalam perkara kufur dan syirik kepada Allah SWT.

Monday, September 5, 2011

Gila orang bukan semacam... hihi...


Motor RM165,000

LAJU... ia mampu mencecah kelajuan 193 kilometer sejam dan boleh dibeli secara dalam talian.

JIKA anda mempunyai wang sebanyak £33,000 (RM165,000) dan berhasrat mencari barangan lasak buat golongan lelaki, ia mungkin sesuai untuk anda.

Sebuah motosikal dicipta untuk menyerupai motosikal yang dilengkapi sistem komputer dalam filem cereka sains, Tron: Legacy, kini dijual.

Dalam filem itu, motosikal terbabit direka menggunakan kesenian grafik CGI dan dikawal oleh program komputer.
CANGGIH... motosikal berharga RM165,000 ini dilengkapi program komputer dan direka berdasarkan inspirasi filem cereka sains Tron: Legacy.

Versi sebenar yang direka Parker Brothers Choppers mempunyai tubuh berukuran lapan kaki, 23 inci panjang dan seberat 215 kilogram. Ia juga mempunyai kelajuan 193 kilometer sejam. Tayarnya pula dihasilkan menggunakan tayar lama trak yang diubah suai dan dihias dengan jalur pantulan cahaya. Kaca gentian digunakan bagi menyaluti rangka motosikal dan penunggangnya juga perlu meniarap seperti dalam filem itu.

Motosikal terbabit dijana oleh kuasa tenaga Suzuki 996 cc, enjin empat lejang dengan muatan spring di depan dan belakangnya. Setiap motosikal ditempah khas dan boleh dibeli secara dalam talian daripada Hammacher Schlemmer.
Jurucakap Trish Hammond berkata: “Motosikal ini direka dengan sempurna supaya setiap aspeknya serupa dengan motosikal dalam filem terkenal itu.

“Ia menarik dan pasti ramai akan terpegun jika anda menunggangnya menelusuri jalan raya.” Motosikal bercahaya mula muncul dalam filem Tron terbitan 1982 dan juga filem susulannya, Tron: Legacy yang diterbitkan tahun lalu menampilkan pelakon Jeff Bridges.

Awal tahun ini Pengurus Operasi, Jeff Halverson berkata: “Motosikal itu mempunyai kuasa TL1000R yang mengawal sistem pemanduannya. Ia boleh bergerak hingga 193 kilometer sejam tetapi kami belum mencuba kelajuan itu.

“Perkara paling sukar ketika mencipta motosikal itu ialah merealisasikan ia ke dalam kehidupan sebenar daripada seni grafik CGI. Pada awalnya, kami sekadar membuat percubaan sama ada kami mampu melakukannya.” Motosikal itu juga mempunyai teknologi angkasa yang direka khas — termasuk sebuah ruang untuk iPad dan apabila disambungkan akan memuat turun mesin pemanduan daripada pemuka komputer.

Hantu stesen bawah tanah


STESEN Underground London merupakan stesen kereta api bawah tanah tertua di dunia.

JIKA berkunjung ke London, tidak lengkap kunjungan tersebut sekiranya tidak menaiki kereta api bawah tanah yang dikenali sebagai London Underground atau The Tube.

Menarik tentang The Underground di kota dengan populasi 7.7 penduduk ini, sistem laluan kereta api bawah tanah tersebut merupakan jaringan tertua dan tersibuk di dunia. Mempunyai 268 stesen di sepanjang 400 kilometer landasan, ia merupakan sistem metro terpanjang di dunia. Tidak hairanlah, pada tahun 2007 sahaja, lebih satu bilion perjalanan penumpang direkodkan.

Mula dibuka pada tahun 1863, The Underground menyimpan banyak kisah misteri sepanjang 148 tahun ia beroperasi. Aktiviti paranormal dikatakan berlaku hampir di setiap stesen sehingga ada stesen yang dikenali sebagai stesen berhantu seperti Hyde Park Corner berhampiran Taman Hyde, London.

Tanpa wajah

Seperti kebanyakan stesen bawah tanah lain, ramai pengguna pernah terserempak dengan jelmaan hantu di sini, terutamanya pekerja di stesen berkenaan.

“Kami pernah melihat bayangan hitam dan jelmaan roh di ruang penempahan tiket. Ia muncul secara tiba-tiba dan suasana ketika itu memang menyeramkan.
KEADAAN di dalam sebuah daripada koc kereta api bawah tanah di London.

“Pernah juga eskalator berfungsi sendiri sedangkan tidak ada sesiapa di kawasan tersebut,” ujar pekerja Underground London, Sheila Parker. Dia mengakui ada beberapa pekerja yang pernah terserempak dengan entiti menakutkan tidak lagi datang bekerja di situ.

Di Stesen Beantree, lain pula ceritanya. Pada tahun 1992, seorang pekerja yang sedang bekerja sendirian di tingkat bawah mendengar pintu pejabatnya berdetar seperti ditiup angin kuat, sedangkan pintu tersebut mempunyai pemberat di bahagian atas dan akan tertutup secara automatik apabila dibuka.

Dengan perasaan gementar, dia naik ke tingkat atas untuk melihat apa yang berlaku dan mencari rakannya.

Namun, tiada sesiapa di tingkat atas. “Saya rasa seperti diperhatikan. Apabila saya menoleh ke belakang, saya melihat kelibat wanita berambut perang tanpa wajah berdiri di muka saya.

“Apabila saya bercerita dengan rakan-rakan sekerja, rupa-rupanya mereka juga pernah terserempak dengan wanita tanpa wajah itu,” kata pekerja tersebut.

Hantu berambut perang yang ditemui di Beantree sebenarnya turut ditemui di stesen lain.

Menurut cerita seorang rakyat Malaysia yang pernah menuntut selama tujuh tahun di Kota London, dia pernah terserempak dengan jelmaan wanita berambut perang memakai gaun panjang pada waktu malam di stesen Underground London.

“Saya dan rakan pernah terserempak dengannya di platform Stesen Aldwych. Menurut cerita orang tempatan, jelmaan wanita tersebut sering dilihat sama ada oleh penumpang mahupun pekerja pembersih di stesen berkenaan. Namun, wanita ini berwajah cantik.
TIDAK semua orang berani untuk berada di dalam tren seorang diri pada waktu malam.

Bunuh diri

“Mereka percaya, itu adalah jelamaan roh pelakon teater Royal Strand. Sebelum ini, stesen ini adalah tempat pementasan teater,” kata Mohd. Noor Yusuf, 32.

Stesen bawah tanah di jaringan Piccadilly Line, di antara Stesen Holborn dan Covent Garden ini bagaimanapun ditutup pada tahun 1994 dan kereta api hanya melintasinya.

Mohd. Noor menambah, tidak jauh dari situ, di antara Tottenham Court Road dan Holborn di jaringan Central Line, kelibat seorang lelaki bertopi tinggi dengan sebatang cerut dikatakan sering menghantui stesen berkenaan.

“Dengar cerita, kelibat lelaki itu mula dilihat sejak tahun 1950-an lagi. Kata orang, lelaki itu ialah William Terriss yang mati dibunuh di stesen tersebut pada tahun 1890-an,” katanya.

Selain kelibat lelaki dan wanita, kisah misteri suara tangisan bayi di bekas Stesen Farringdon di Metropolitan Line juga sering diperkatakan.

“Suara tangisan menyayat hati itu biasanya kedengaran bergema di dinding terowong. Katanya ia milik seorang remaja penjual topi yang terbunuh di dalam terowong ini,” kata Mohd. Noor yang pernah mendengar cerita bahawa ramai orang menjadikan terowong Underground London sebagai lokasi untuk membunuh diri.

Jelas Mohd. Noor, jika datang ke London, kalau menaiki kereta api bawah tanah dan terlihat platform gelap yang tiada manusia di dalamnya, itu merupakan bekas stesen yang telah ditutup dan dikenali sebagai stesen hantu.

“Sepanjang 400 kilometer landasan ini, ada lebih kurang 40 stesen hantu dan masing-masing ada cerita di sebaliknya.

“Sejauh mana benar cerita yang disampaikan, saya sendiri kurang pasti,” ujarnya.

Kewujudan aktiviti paranormal yang aktif di kawasan stesen Underground London memang sudah lama disedari malah ia juga pernah didokumentarikan dalam The History Channel.

Namun atas fungsinya sebagai nadi pengangkutan utama di kota London, ramai yang tidak mahu terlalu memikirkannya. – SITI NOR AFZAN KASIMAN

Sunday, September 4, 2011

Sebab tu Islam haramkan mabuk, HILANG AKAI BETOI...

Lelaki mabuk gigit ular sawa ditangkap

SACRAMENTO: Seorang lelaki ditahan selepas dituduh menggigit seekor ular sawa peliharaan rakannya.

Suspek, David Senk, 54, ditangkap semalam kerana disyaki mencederakan reptilia itu, kata jurucakap polisn Sacramento, Sarjan Andrew Pettit. Ular yang cedera teruk itu terpaksa menjalani pembedahan. Ketika diwawancara di penjara, Senk berkata, dia tidak ingat kejadian itu selepas tidak sedarkan diri akibat mabuk.

“Apabila ditanya kenapa dia mungkin menggigit ular itu, dia berkata: “Saya tak sedar. Saya mabuk.” Senk ditahan selepas polis menerima aduan mengenai kejadian itu. Mereka menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan darah pada mukanya.

Seorang wanita memberitahu polis, Senk baru saja menggigit ular sawanya ketika dia membenarkannya memegang reptilia berkenaan.

“Tidak ada tanda-tanda menunjukkan ular itu mengancamnya. Dia tiba-tiba menggigit ular itu,” kata wanita itu.

Senk, dalam wawancara itu berkata, dia tidak meminati ular. “Saya tidak pernah cuba menggigit ular. Haiwan itu yang cuba menggigit saya,” katanya. - Reuters

Saturday, September 3, 2011

Tulang kuda, pedati 3,000 tahun ditemui

LIMA pedati kayu dan 12 rangka tulang kuda ditemui di dalam sebuah makam di Luoyang, China.

LUOYANG, China – Beberapa ahli arkeologi telah menemui rangka tulang kuda dan pedati kayu di sebuah makam Dinasti Zhou di sini, lapor sebuah akhbar semalam. Usia rangka tulang kuda dan pedati itu dipercayai hampir 3,000 tahun.

Sebanyak lima pedati kayu dan 12 rangka tulang ditemui di dalam makam tersebut.

Ahli-ahli arkeologi percaya makam itu milik seorang pegawai terkenal pada zaman itu. – Agensi

Mercun meletup kat muka

Sakit... Ezzwan terlantar di hospital, semalam.... myMetro

Salam,
Sakit... memang sakit la sampai melupas kulit muka camtu....

Ini yang kak Ros selalu pesan kat anak anak, jangan sesekali main mercun. Mercun tu bukan budaya kita. Memang dari dulu kak Ros cukup fobia dengan mercun ni sampai kan anak anak kak Ros tak pernah pun kak Ros dan suami kak Ros belikan mercun untuk depa. Sampai hari ni dah besaq panjang semua dah tapi depa tak tau pun mai mercun....

Ca tengok berita Metro hari ni, tindakan sorang remaja singgah melihat sekumpulan rakannya bermain mercun ketika dalam perjalanan ke kedai runcit berdekatan rumahnya di Kampung Tabuan Melayu, Kucing mengundang padah apabila dia kini mungkin hilang penglihatan sebelah mata akibat terkena letupan mercun bola.

Pada jam 12 tengah malam menjelang 1 Syawal itu, Ezzwan Yuswan Jemat, 18, ke kedai runcit milik keluarga yang terletak tidak jauh dari rumahnya untuk mengambil barangan bagi persiapan Aidilfitri. Menurut ibu mangsa, Rosnah Umar, 57, anak bongsu daripada empat beradiknya itu singgah melihat sekumpulan rakannya bermain mercun ketika dalam perjalanan ke kedai.

Difahamkan ketika itu seorang rakan anaknya membakar mercun bola, namun tidak meletup dan Ezzwan membongkokkan badan untuk melihat mercun berkenaan sambil menyuluh menggunakan lampu telefon bimbitnya.

“Tiba-tiba mercun bola berkenaan meletup dan percikan api terkena seluruh muka serta mata kanannya menyebabkan anak saya meraung kesakitan. “Mujurlah beberapa penduduk kampung yang melihat kejadian itu terus membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, semalam.

Menurut Rosnah, hasil pemeriksaan doktor mendapat kornea mata kanan anaknya mengalami kerosakan dan berkemungkinan menyebabkan penglihatannya terjejas atau lebih teruk lagi boleh mengakibatkan buta.
“Namun perkara itu belum dapat disahkan 100 peratus kerana doktor masih merawat kecederaan itu. Mujurlah kecederaan mata kiri anak saya tidak terlalu teruk kerana dia masih boleh melihat walapun penglihatannya agak kabur,” katanya.

Katanya, berikutan insiden itu, sambutan Aidilfitri keluarganya tidak meriah berbanding sebelumnya kerana terpaksa menjaga Ezzwan yang kini masih dirawat di hospital.

Jurukamera BERNAMATV maut ditembak di Somalia

KUALA LUMPUR: Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia selepas terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia, malam ini.

Wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya, yang turut serta dalam misi itu berkata, dalam kejadian 10.30 malam waktu Malaysia itu, Noramfaizul bersama rakan media elektronik menaiki trak ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita apabila beliau terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi paru-parunya.

"Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada 11.07 malam waktu Malaysia," katanya.
Waktu Malaysia lima jam lebih awal daripada Mogadishu.

Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media membuat liputan berita tetapi tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini. - BERNAMA

Friday, September 2, 2011

Rumah terbuka Shah Rukhkhan

Shah Rukhkhan anjur rumah terbuka

SHAH RUKHKHAN berdiri di balkoni rumahnya semasa para peminatnya berhimpun untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri di Mumbai kelmarin.

MUMBAI – Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukhkhan menganjurkan rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini kelmarin.

Rumah terbuka itu turut dihadiri oleh bintang-bintang Bollywood seperti Karan Johar, Farhan Akhtar dan Hrithik Roshan.

Antara senarai tetamu di rumah Shah Rukhkhan itu ialah Ashutosh Gowarikar dan isterinya Sunita, Dino Morea, Arjun Rampal, Chunky Pandey, Priyanka Chopra, Raveena Tandon, Anushka Sharma, Preity Zinta serta Sonali Bendre.

Pelakon Sunjay Dutt dan isterinya, Manyata turut hadir.

Wartawan-wartawan akhbar turut menunggu di luar kediaman pelakon terkenal itu untuk membuat liputan.

Polis terpaksa berkawal di luar rumah pelakon terkenal itu selepas sejumlah peminat mengerumuni kereta-kereta bintang Bollywood sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya.

“Anak-anak saya sudah membesar. Kami meraikan setiap perayaan seperti Deepavali dan Krismas,” kata Shah Rukhkhan. – Agensi

Thursday, September 1, 2011

Anak Aziz M Osman

PENGARAH terkenal, Aziz M Osman, 48, dan isteri, Puteri Salbainun Lokman, 22, cahaya mata mereka Puteri Nur Azzara yang lahir pada 11.17 malam 31 Ogos 2011 di mana Malaysia menyambut hari Kemerdekaan ke-54 di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
Related Posts with Thumbnails