Sahabat adalah perisai diri

Monday, October 31, 2011

Jenis Jenis Kanser

Salam, 

      Semalam  Kak Ros  pi melawat seorang kawan Kak Ros yang sakit   Sebelum ni dia mengidap penyakit kanser buah dada,agak lama jugak dia merawat penyakit dia tu, kenser dia dah teruk kedua dua belah buah dada dia dah di buang, alhamdulillah selepas tu nampak dia sihat sikit,nampak tu macam ok dah tapi selang dua tiga tahun kanser dia serang balik ,tapi kali ni kanser otak pulak.,la ni dia lumpuh tak boleh berjalan ..,cakap pun dah  tak boleh dah, sedih sungguh Kak Ros tengok dia, tapi nak buat macammana kan ni semua nya ketentuan ilahi,.Kita cuma boleh ikhtiar apa saja tapi ...allah jua yang menentukan nya. Kak Roa Doakan semoga  dia cepat sembuh.

Disini ,saja Kak ros senaraikan sedikit jenis jenis kanser yang ada. Gambar gambar ni semuanya Kak Ros dapat dari Google.

 1. Kanser pangkal rahim - Sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa,          
 sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.


  
2Kanser payudara - Bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairanberdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit dibuah dada.


3. Kanser usus besar - Perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan,sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.


4. Kanser paru-paru - Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafastermengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.



5. Kanser perut - Hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaanyg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.


                                                           
6. Kanser limpa - Sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turunberat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

       
      
7Kanser ovari - Haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen,sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadilebih mendalam.


    
8. Kanser otak - Sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemahatau lumpuh, pening / pitam, pelupa, perubahan personaliti.

                                                              
   
9 Kanser darah (Leukimia) - Letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).


      
10 Kanser tekak - Suara garau / serak, ada ketumbuhan di tekak, sukarmenelan dan kelenjar membengkak di leher.


10 PENYEBAB UTAMA KANSER

1. Makanan
2. Alkohol
3. Sinaran cahaya matahari
4. Pengambilan ubat
5. Perokok yang tidak aktif
6. Tembakau
7. Radiasi
8. Pekerjaan
9. Pencemaran air dan udara
10. Keturunan

Sunday, October 30, 2011

Bau badan tengik

Salam,
  Salah satunya masaalah orang orang kita ni adalah bau badan,adakalanya kita tak sedar pun yang badan kita ni berbau, kalau orang tak mau dok kat kita tu paham paham sendirilah...Jaga kebersihan diri ni penting dalam hidup kita,kalau tidak cammana nak dirikan solat.Kak Ros pernah duduk dalam situasi yang sungguh kurang menyenangkan,nak lari pun dah tak boleh sebab kat dalam lif,nak tegur, takut dia kecik hati pulak.Apa pun jagalah kebersihan diri. kalau diri kita bersih insyaallah badan kita pun tak berbau.

Oleh RAJA NORAIN HIDAYAH RAJA ABDUL AZIZ

CUACA panas dan terik bukan hanya membuatkan kulit terasa seperti ‘dibakar’ tetapi juga badan berpeluh dan lebih merumitkan apabila timbul bau kurang menyenangkan.

Peluh dan bau badan dianggap saling berkaitan walaupun hakikatnya peluh bukan penyebab utama timbulnya bau badan yang membuatkan kita tidak selesa.

Sama ada kita sedar atau tidak, bau badan sebenarnya berpunca daripada badan kurang bersih. Peluh tidak mempunyai bau, sebaliknya bau timbul apabila ia kering dan dipengaruhi tindakan bakteria yang wujud secara semula jadi pada kulit.

Bakteria ini menguraikan peluh dan bau badan hanya menjadi medium untuk pengeluaran bau, jadi walaupun hanya sedikit peluh, ia mampu mendedahkan kita kepada risiko bau badan.

Hasil kaji selidik dilakukan No Sweat menunjukkan, 65 peratus rakyat Malaysia sering menjadikan faktor bau badan rakan mereka sebagai bahan berseloroh.

Lebih mengejutkan, 60 peratus rakyat negara ini sanggup menahan nafas daripada menegur secara berterus terang mengenai bau badan orang lain.

Badan manusia menghasilkan dua jenis peluh iaitu apocrine dan eccrine. Peluh jenis eccrine menurunkan suhu badan, terutama ketika bersenam, manakala apocrine ialah pengaliran keluar peluh di ketiak, tangan, kaki dan pangkal paha.

Bukan hanya kepanasan, banyak faktor lain mempengaruhi pengeluaran peluh, antaranya aspek pemakanan, gaya hidup, emosi, tekanan, pergerakan ringan dan kelembapan.

Mengambil makanan atau minuman mengandungi kafein merangsang sistem saraf pusat dan mengaktifkan sistem kelenjar peluh. Semakin banyak kandungan kafein diambil, semakin banyak peluh anda keluar.

Makanan pedas turut menjadi faktor kerana ia mengeluarkan haba yang boleh mempengaruhi tubuh untuk berasa panas, sekali gus menyebabkan anda mengeluarkan peluh secara berlebihan.

Pemilihan bahan pakaian juga mempengaruhi kerana fabrik sintetik memangkinkan pengeluaran peluh secara berlebihan. Fabrik itu menghalang peluh mengewap dan menyebabkan tubuh bekerja sendiri untuk menyejukkannya.

Ada lima mitos berkaitan peluh dan bau badan:
1. Mitos: Kita hanya berpeluh pada hari panas

Hakikat: Kita mungkin berpeluh walaupun dalam bilik berhawa dingin. Peluh berpunca daripada emosi, suhu dan pergerakan fizikal.

2. Mitos: Berpeluh sedikit tidak menyebabkan bau badan

Hakikat: Peluh tidak berbau tetapi bakteria bertindak dengan peluh dan menyebabkan bau badan. Jadi, hanya sedikit peluh mampu menyebabkan bau badan.

3. Mitos: Wangian dapat melindungi daripada bau badan

Hakikat: Tidak. Hanya deodoran anti-peluh berupaya membasmi bakteria pada permukaan kulit, justeru melindungi bau badan.

4. Mitos: Saya tidak mempunyai bau badan

Hakikat: Kajian menunjukkan kita tidak berupaya mengesan bau badan sendiri. Malah, rakan kita juga segan untuk memberitahu kita mengenainya.

5. Mitos: Deodoran tidak selamat digunakan kerana menyumbat liang roma

Hakikat: Penggunaan deodoran selamat kerana membantu menghalakan peluh ke bahagian badan lain di mana peluh dapat menyejat dengan cepat.

Bagi yang berdepan masalah bau badan, cara terbaik ialah menjaga kebersihan diri dengan mandi sekerap mungkin iaitu sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Bakteria tidak akan singgah di tempat bersih.

Gunakan deodoran yang mampu menghalang aktiviti pembiakan bakteria daripada bertindak balas atas permukaan kulit.

Kebanyakan produk deodoran di pasaran hanya bertindak menghalang bahagian ketiak berbau, jadi bagi yang mempunyai masalah ini, guna produk mengandungi bahan anti-bakteria.

Berdasarkan kajian, enam daripada 10 individu tidak menggunakan deodoran kerana beranggapan mereka tidak berpeluh hanya kerana bekerja di tempat berhawa dingin serta tidak banyak bergerak.

Hakikatnya, anggapan itu tidak benar kerana pengeluaran peluh juga dipengaruhi perubahan emosi, suhu dan pergerakan fizikal.

Aspek pemakanan juga perlu diberi perhatian. Sebaik-baiknya kurangkan pengambilan kafein, coklat serta makanan mengandungi unsur zink kerana ia mampu bertindak balas dan menghasilkan peluh apocrine.

Produk berasaskan asid borik juga boleh mengawal bau badan kerana ia berupaya menghalang pertumbuhan bakteria pada badan.

Bagaimanapun, dinasihatkan supaya menggunakannya dalam kadar diperlukan kerana penggunaan berlebihan mampu mengakibatkan kegatalan pada kulit.

Amalkan minum air kosong sekurang-kurangnya satu liter sehari untuk menyingkir bahan toksik daripada badan. Sebaik-baiknya mulakan hari dengan minum dua gelas air yang dicampurkan sedikit perahan limau.

Saturday, October 29, 2011

Sotong Bakar Berkuah

Salam,
       Kak Ros tak tau nak masak apa hari,jadi Kak Ros selak selak dalam buku resepi Kak Ros,terjumpa lah resepi ni nampat sedap ja...tak pernah cuba pun ni baru nak cuba,resepi ni Kak Ros dapat kat sini.
     

Bahan-bahan:

350 gm sotong segar
1 batang serai - dikisar
1 cm halia - dikisar
16 biji gajus - digoreng kering
3 tangkai cili kering - digoreng dan digunting kasar
2 ulas bawang putih - dikisar
5 ulas bawang merah - dikisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
1/4 cawan sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis

Cara Menyediakan Kuah:

1. Gaul serai dan halia. Asingkan 1 sudu besar campuran tersebut dan ketepikan.

2. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bahan kisar termasuklah 1 sudu besar serai dan halia yang diasingkan tadi.

3. Masukkan sos tomato, air, garam dan gula. Biarkan sampai kuah agak pekat.

4. Masukkan gajus dan cili kering yang digunting kasar. Kacau dan angkat.

Cara Menyediakan Sotong Bakar:

1. Gaul sotong dengan perahan lebihan serai, halia dan garam.

2. Perap selama 20 minit. Panaskan kuali leper yang disapu sedikit minyak. Bakar sotong hingga masak sambil dialih-alihkan agar sotong masak rata. Setelah masak, letakkan sotong di dalam pinggan dan tuangkan kuahnya. Hidangkan.

Friday, October 28, 2011

Mencari rezeki yang halal.

Salam ,
      Biar apa pun orang nak kata, asalkan rezeki yang halal, tentu berat sungguh tanggungjawab dia ni kan...ya la,bukannya senang hari hari dok bawa nyawa orang, kena hadapi dengan semua kerenah orang, kena tahan telinga dengan kata kata orang tapi apa kan daya nak cari rezeki untuk anak anak.
Kak Ros kagum dengan ketabahan dan kecekalan hati dia ,kita ni di kira beruntung lah kerana masih ada tempat nak bergantung.

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR


PARA penumpang mengakui berasa lebih selamat menaiki bas yang dipandu oleh wanita.

SEBAIK meletakkan motosikal di dalam kawasan depoh Sentul, Norsiah Salim, 46, pantas membuka topi keledar yang dipakai. Rambut hitamnya yang panjang mengurai dibiarkan lepas bebas. Sesekali jari-jemarinya mengelus helaian rambut yang terdapat di muka.

Lengkap memakai persalinan kemeja rona biru lembut yang dipadankan dengan seluar hitam, wanita itu berjalan pantas untuk mengemas kini alat perakam waktu atau punch card bagi tugasan pada hari tersebut.

Langkahnya terus diatur menuju ke sebuah bas mesra Orang Kelainan Upaya (OKU) yang bernombor plat WVB 4123. Enjin kenderaan tersebut mula dihidupkan. Deruman kasar bergema memenuhi ruang di kawasan sekitarnya.

Sementara menunggu enjin bas panas, wanita berkulit cerah itu bertindak memeriksa kebersihan bas. Dari depan hingga ke bahagian belakang, dia teliti melakukan tugas berkenaan.

Selepas berpuas hati dengan keadaan dalam bas itu, barulah dia kembali ke posisi di bahagian tempat duduk pemandu dan membawa bas itu ke ruang mengisi minyak yang terdapat di dalam depoh tersebut.

Sejurus minyak memenuhi tangki bas, Norsiah mula memandu bas itu keluar dari depoh RapidKL yang terletak di Jalan Sentul Sehaluan, Sentul Pasar, Kuala Lumpur.

Gaya pemanduannya kelihatan bersahaja dan sesekali dia mencuri pandang ke arah cermin belakang bagi memastikan keadaan lalu lintas dari arah berkenaan.

Kerenah  penumpang

Hari itu seperti biasa bas yang dipandu akan dibawa melalui Jalan Pekeliling ke KLCC dan Jalan Bukit Bintang. Sebaik sampai ke destinasi laluan yang dituju, dia berhenti untuk mengambil beberapa penumpang.

“Selamat pagi kak, cantik hari ni,” tegur seorang penumpang lelaki yang kemudian dibalas Norsiah dengan senyuman tanpa sebarang jawapan.

Itu antara situasi yang sering dihadapi Norsiah dalam melayan pelbagai kerenah penumpang yang menaiki bas dipandunya. Malah, lebih teruk ada penumpang lelaki termasuk warga asing cuba mengurat dan meminta nombor telefonnya untuk dihubungi.

Namun, sebagai pemandu bas wanita yang berpengalaman selama dua dekad, dia menganggap gurauan itu sebagai ‘makanan’ hariannya di samping berpegang pada prinsip menjaga disiplin diri sewaktu melaksanakan tugas

SEBAGAI pemandu bas wanita, Norsiah sentiasa memandu dengan cermat dan berhati-hati bagi memastikan keselamatan penumpang lebih terjamin.

“Usikan sedemikian dah biasa sangat saya dengar. Tapi, semua itu saya tak peduli kerana niat saya hanya mahu mencari rezeki untuk menyara keluarga,” demikian ungkapan telus yang lahir di bibir Norsiah yang mula membawa bas sejak usia 26 tahun.

Sebelum membawa bas Rapid KL, dia pernah ditugaskan membawa bas mini yang begitu popular di ibu kota suatu ketika dahulu diikuti bas Intrakota. Malah, jika dahulu gaji yang diterima sekitar RM1,600 sebulan, tetapi kini Norsiah berpuas hati dengan pendapatan yang mencecah RM3,500 sebulan.

Apatah lagi sejak bergelar ibu tunggal kira-kira enam tahun lalu, Norsiah ternyata mampu berdikari untuk menampung kehidupan selepas ditinggalkan suami bersama empat orang anak.

Wanita itu mengakui dia sebenarnya langsung tidak berminat dengan kerjaya sebagai pemandu bas. Bagaimanapun menyedari tiada kemahiran lain dan tidak berpelajaran tinggi, Norsiah kuatkan hati untuk mencubanya.

“Sebagai wanita sudah tentu kita tidak mahu menceburi kerjaya yang rata-ratanya didominasi oleh golongan lelaki. Sebaliknya, pasti ramai yang suka dengan pekerjaan yang selesa seperti di pejabat berhawa dingin, menghadap komputer dan sebagainya.

“Namun, saya sedar tanpa sebarang kelulusan, impian memiliki kerjaya yang diminati tidak akan tercapai. Justeru, saya kuatkan semangat dan membuang rasa malu yang ada dalam diri untuk menjadi pemandu bas,” jelas Norsiah mengimbau detik-detik awal penglibatannya dalam kerjaya tersebut.

Apakah pengalaman yang dirasai ketika memandu bas buat kali pertama? Norsiah mengakui perasaan gementar menguasai fikirannya

                             .

“Memang sewaktu kali pertama memegang stereng bas, jantung saya berdebar-debar dan rasa gemuruh dalam hati. Malah, saya juga bimbang dan tertanya-tanya adakah saya mampu melakukan pekerjaan ini.

“Tetapi apabila memikirkan niat untuk bekerja mencari rezeki yang halal, perasaan takut yang bersarang di dada dibuang jauh-jauh. Sebaliknya saya tanamkan keyakinan dalam diri bahawa saya juga boleh memandu bas dengan baik,” tutur Norsiah yang tidak pernah mengalami kemalangan sepanjang membawa kenderaan tersebut.

Dipandang sinis

Berbicara lanjut, anak kelahiran Batu Pahat, Johor itu memberitahu sewaktu mula-mula bertugas sebagai pemandu bas, ramai sanak saudara yang memandang sinis kepadanya.

Tetapi, semua tanggapan negatif itu tidak dihiraukan kerana bagi Norsiah dia hanya mahu membantu keluarga mencari rezeki yang halal.

“Alhamdulillah, berkat kesabaran saya lama-kelamaan pandangan negatif sanak saudara tersebut lenyap kerana menyedari bahawa wanita juga sebenarnya mempunyai kemahiran tersendiri memandu kenderaan berat itu,” ujar wanita itu sambil menghela nafas panjang tanda lega dengan situasi yang dilalui ketika itu.

Menyelami kehidupan Norsiah, tanpa sedar ia mampu menerbitkan rasa kagum di hati apabila melihat ketabahannya dalam melaksanakan tugas.

Seawal pukul 4 pagi, Norsiah sudah bangun untuk bersiap-siap ke tempat kerja. Dia dikehendaki berada di   depoh sekitar pukul 5 pagi untuk memulakan tugas membawa bas pertama pada pukul 6 pagi.

MEMANDU kenderaan bersaiz besar seperti bas memerlukan kemahiran yang tinggi untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Jika ditugaskan pada sesi pagi, rutin kerjanya akan berakhir pada pukul3 petang. Bagaimanapun, jika khidmat diperlukan dia perlu menyambung tugas memandu bas sehingga pukul 8 malam.

Setiap hari, Norsiah akan berulang-alik mengambil penumpang di laluan yang telah ditetapkan sehingga 14 kali bergantung kepada lalu lintas di kawasan tersebut.

“Kalau jalan sesak, jumlah itu mungkin berkurang. Bayangkan saya pernah duduk sahaja di dalam bas yang hanya dapat bergerak seinci demi seinci selama hampir empat jam.

“Memang lenguh kaki dan badan. Tetapi, demi tugas semua perasaan letih dan penat yang dirasai dibuang jauh. Kesabaran juga perlu ditingkatkan semata-mata untuk menjaga keselamatan penumpang yang berada di dalam bas,” tegas Norsiah sambil menyatakan dalam tempoh sebulan, laluan akan diubah sebanyak dua atau tiga kali mengikut tugasan yang diberikan pihak pengurusan.

Kerabu daun selom dengan bunga kantan.

Salam ,

     Semalam mak Kak Ros ada bagi sikit daun selom..Kat rumah mak Kak Ros banyak daun selom ni,kalau kita selalu kerat lagi menjadi jadi rimbun dia. Daun selom ni selalunya orang makan buat ulam sambai belacan,makan dengan laksa atau pun buat kerabu.Daun selom ni jugak banyak khasiatnya,seperti penawar untuk demam selesema dan susah buang air kecil .caranya rebus dan minum air dia .biji selom ni pulak di guna kan sebagai penawar jika didapati terlalu banyak darah dalam saluran darah. Dan buah selom ni jugak digunakan sebagai perangsang bila nak buang air dan untuk mengeluarkan angin dalam perut dan usus.Daun daun hijau ni kan sememangnya  banyak khasiat dia dan bagus kalau di amalkan selalu.
 
    Jadi dengan adanya daun selom ni,pagi ni menu Kak Ros kerabu daun selom lah .....ni dia resepinya...


Bahan bahan:
 
Daun selom
4 sudu besar udang kering
1/2 cawan kelapa parut
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
1/2 inci halia.
2 kuntum bunga kantan
1 batang serai
10 biji cili api(kalau tak mau pedas boleh kurangkan)
1 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa.

Cara cara


Hiris daun selom dan ketepikan, kisarkan kesesemua bahan bahan dia
,kecuali bunga kantan  bawang besar dan buah limau ..kemudian gaulkan bahan kisar tadi dengan daun selom,masukkan garam,gula, perahan buah limau,hirisan bunga kantan dan bawang besar tu saja senang kan.

Thursday, October 27, 2011

Ciptaan tuhan

Salam,
     Cantik sungguh ciptaan tuhan ni kan...Kak Ros dapat gambar ni dari kawan Kak Ros tak tau dia pi dapat tang mana.Sejuk ja... mata memandang .
      









Keajaiban Tuhan dalam bencana di Turki

Salam,

Hayatilah cerita ni,seorang bayi yang baru berusia dua minggu selamat dari tragedi gempa bumi.inilah kebesaran tuhan.Bertapa kita menghargai ciptaan dan anugerah nya ini, bukannya sesetengah orang tu bila dah ada, dok buang sana sini.Cerita ni Kak Ros dapat dari blog ni.



Gempa bumi itu yang berlaku di Ercis, Turki pada Ahad lalu telah meruntuhkan lebih 2,000 bangunan dan menyebabkan 366 orang terbunuh. Bagaimanapun, boleh dikatakan satu keajaiban telah berlaku bilamana bayi perempuan berusia dua minggu dikeluarkan dari celah-celah runtuhan sebuah bangunan apartmen 72 jam setelah gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter melanda timur Turki.


Imej-imej di televisyen semalam menunjukkan beberapa anggota penyelamat yang memakai pakaian berwarna oren bertepuk tangan semasa bayi berkenaan dikeluarkan dari celah-celah runtuhan. Seorang anggota penyelamat mengendong bayi dalam keadaan bogel itu yang bernama Azra Karaduman.

Bayi itu kemudian dibalut dengan selimut dan diserahkan kepada anggota-anggota paramedik. Ibu bayi itu mendakap bayi tersebut di dada semasa para anggota penyelamat menemui mereka. Mereka turut melakukan usaha untuk mengeluarkan ibu bayi itu termasuk neneknya yang masih hidup.

"Saya amat teruja. Apa lagi yang perlu saya perkatakan. Biarkan Tuhan membantu mereka," kata seorang lagi nenek bayi itu, Sevim Yigit kepada Reuters.

Menurutnya, bayi itu dilahirkan dua minggu lalu. - Agensi


 



Sunday, October 23, 2011

Menantu biadap

 Salam,
       Sedihnya Kak Ros tengok bila ada warga emas diperlakukan sampai macam ni. Ni yang dikatakan bukan anak menantu tapi anak hantu. Tak dak peri kemanusiaan langsung.Sepatutnya kita yang muda ni menghalang orang tua tua ni daripada begaduh, ni dak kita yang lebih lebih lagi. Biasa la oarang tua tua ni, kadang kadang tu mulut depa ni lezer sikit, tapi takkan sampai patah kaki kut. Ingat... tak dak yang lama, tak akan ada yang baru.


Oleh ROSLI HASSAN

Kaki mertua patah dipijak menantu        

IBRAHIM ditenteramkan anak-anaknya (dari kanan) Rozita, Kamariah danJamaliah di Kampung
 Pengkalan Rama, Melaka semalam.

MELAKA – Seorang warga emas yang cacat penglihatan patah kaki kanan akibat dipijak menantunya dalam pertengkaran di Kampung Morten di sini baru-baru ini.

Pada kejadian pukul 3.30 petang 10 Oktober lalu itu, Ibrahim Omar, 65, yang menetap di rumah anak keduanya, Jamilah, 46, di Kampung Pengkalan Rama Pantai, pergi ke rumah pusakanya di Kampung Morten untuk mengambil baju.

“Tiba di rumah itu, isteri saya, Arah Mahmud, 64, menghalau saya dari rumah tersebut sehingga berlaku pertengkaran di antara kami berdua.

“Pertengkaran itu semakin teruk apabila menantu saya yang berusia 38 tahun dan tinggal di rumah itu masuk campur,” katanya ketika ditemui di Kampung Pengkalan Rama Pantai di sini semalam.

Ibrahim berkata, menantunya itu tiba-tiba bertindak ganas lalu memukulnya dari belakang.

“Dia menghumban saya ke luar rumah sebelum memijak kaki kanan saya dengan kuat sehingga patah,” katanya.

Menurut Ibrahim, jirannya yang menyaksikan kejadian itu terus menghubungi Jamilah yang kemudian datang untuk membawa Ibrahim pulang.

Katanya, pada malam selepas kejadian, kakinya berasa sakit dan beliau terus ke Hospital Melaka untuk menjalani pemeriksaan.

Saturday, October 22, 2011

Stim ikan...

Salam,
Kak Ros ingat nak masak yang rebus rebus ja malam ni, sekali sekala tu kena la jaga kesihatan kan. Resepi ni jugak sesuai dengan orang yang nak kurus kan badan.

Siang tadi cik abang Kak Ros pi memancing ngan anak anak jantan dia, ada la dua tiga ekor ikan, tak bebaloi pun duduk dari pagi sampai petang.kalau pi endap kat market pun, belambak tak payah nak tunggu sampai petang. tapi nak buat cammana kan dah minat depa anak beranak. Malam ni Kak Ros nak masak stim ikan ja, ikan yang depa pancing tu la...


Bahan bahan:


Bahan A
2 ekor ikan (ikan apa pun tak pa)
2 batang serai (di ketuk ketuk ja nak potong pun boleh ikut suka hampa)
7 biji cili api (di ketuk bagi pecah ja)
4 helai daun limau purut (di carit carit ja)
3 keping asam keping.
3 sudu besar jus limau.

Bahan B
2 biji buah tomato (kalau suka boh la)
2 sudu besar sos ikan.
2 sudu teh gula.
1 cawan stok ayam.
daun sup dan daun bawang cili merah sebagai hiasan.

Cara cara:
Bersih kan ikan lepas tu kelar kedua dua bahagian,. Kukus selama 12 minit. Setelah siap kukus buang iar lebihan dia. Panaskan minyak tak payah banyak sangat, cukup sekadar untuk menumis, setelah minyak panas masukkan bahan A, agak dah niak bau masukkan bahan B, masak lebih kurang 5 minit, angkat dan terus tuang keatas ikan yang telah di kukus tadi. Akhir sekali hiaskan dia dengan daun sup dan daun bawang.

Siap dah boleh makan.

Majlis Persandingan Yasmin Hani, Sha'arin Meriah

Salam,
    Selamat pengantin baru  buat depa berdua ni..harap tu sampai ke akhir hayat lah.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

Bagai Pinang Dibelah Dua: Shahrin dan Yasmin Hani ketika majlis persandingan mereka yang berlangsung malam Jumaat.Foto THE STAR Oleh: AZHAR MAHFOF

KUALA LUMPUR: Majlis persandingan pelakon Yasmin Hani Richardson,32, dan bekas gitaris kumpulan Black Rose, Sha'arin Mohammed Razali,40-an, berlangsung dengan meriah di Dutchess Duchess Place Jalan Ampang, di sini, malam Jumaat.
Pasangan mempelai yang tiba pada pukul 9 malam itu tampak berseri dan anggun dengan pakaian bewarna putih rekaan pereka popular, Hatta Dolmat.

Majlis yang berkonsepkan Taman Inggeris Kontemporari dengan menggunakan gabungan warna putih, merah jambu dan ungu dihiasi pula dengan lampu 'chandelier' dan bunga-bungaan tampak sederhana dan klasik.

Kata Yasmin, walaupun jodohnya sedikit lewat, dia bersyukur kerana diberi seorang suami yang sangat memahami dirinya.
"Dia seorang yang sangat positifdan pandai memujuk. Lebih penting sekali dia seorang yang sangat mementingkan keluarga dan ciri-ciri itu yang saya inginkan untuk seorang suami.

"Alhamdulillah, kami juga bersyukur kerana segala perancangan (perkahwinan) dijalankan dengan lancar," katanya.
Sha'arin pula mengharapkan agar segala rintangan dan dugaan rumahtangga yang dibina dengan Yasmin dapat diharungi bersama.
"Kami mengharapkan yang terbaik dalam perkahwinan ini,moga ia berkekalan," ujarnya ringkas.
Sha'arin sudah pun memiliki dua orang anak iaitu Siti Narissa Edora, 25, dan Armand, 23, hasil perkahwinan pertamanya.

Dengan kehadiran seramai 350 orang tetamu yang terdiri daripada saudara mara dan rakan taulan kedua-dua belah pihak pengantin, acara dimulakan dengan bacaan doa sebelum upacara merenjis dan menepung tawar mempelai menyusul.
Sepanjang majlis berlangsung, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan rakan karib mempelai, Atilia, Salamiah Hassan, Amir Jahari dan Lokman.
 
                                         Farid Kamil dan Diana Danielle antara artis yang hadir.

Selain itu, antara teman selebriti yang hadir ialah Dynas, Aishah Sinclair, Sazzy Falak, Ezlynn, Farid Kamil, Jojo Struys, Diana Danielle dan Diana Rafar.
Pasangan merpati dua sejoli ini selamat diijabkabulkan pada Jumaat (petang) di tempat yang sama dengan hanya sekali lafaz.

Lukisan menarik

Salam,
Kak Ros suka sungguh ngan lukisan ni tak kira lah lukisan apa pun, tak semua orang boleh melukis, ni adalah salah satu anugerah dari tuhan pada hambanya, kita patut bersyukur dengan apa yang tuhan anugerahkan kat kita...



 
 
 
 
 
 
 

Resepi rebung masak lemak cili api

Salam,

Hari ni Kak Ros pi pasar ngan anak dara Kak Ros , ramai sungguh orang, macam semua barang tu dapat percuma.  pi cari rebung depa teringin nak makan rebung masak lemak cili api.

La ni nak cari rebung tak payah dah pi ke hutan cari pokok buloh, ha.. mai kat pasar hari semuanya ada. siap duit saja.

Rebung ni kalau orang yang ada sakit urat tu tak payah lah dok gagah makan. Rebung ni buat masak apa pun sedap, Kak Ros lebih suka yang rebung yang tak di jerukkan sebab yang di rendam tu  bau dia Kak Ros tak tahan.

Alhamdulillah semua bahan dah dapat, tinggai nak masak saja. Sebelum tu Kak Ros nak kongsi lah ngan hampa semua resepi ni, kalau ada sapa sapa yang teringin nak cuba tu boleh lah cuba.

Bahan bahan nya:

500 gm rebung. (ikut suka lah kalau nak + lebih.)
500gm udang (ikut lah besar mana nak bubuh )
20 biji cili api (di tumbuk lumat ,ikut lah nak pedas mana)
santan dari sebiji kelapa.
1/2 inci kunyit hidup (di tumbuk lumat )
1/2 inci halia (di tumbuk lumat )
1 batang serai.
2 labu bawang besar (di tumbuk lumat )
4 ulas bawang putih (di tumbuk lumat )
garam dan sedikit gula (Kak Ros tak guna serbuk perasa, kalau ada yang nak bubuh pun tak pa, ikut suka.)

Cara-cara:

Ambil rebung yang telah di bersihkan tadi, kemudian potong ikut suka hampa lah, kemudian bersihkan udang. Udang ni pun ikut suka hampa la nak buang kulit ka tak mau buang, santan kita ambil bagi pekat sikit dari sebiji kelapa tu lah.

Cili api, kunyit hidup, bawang besar, bawang putih dan juga halia semuanya dikisar halus. Masuk kan semua bahan ke dalam periuk, masak sekejap di atas api, jangan lama sangat, kemudian masukkan rebung dan serai, dah agak masak masukkan santan garam dan gula biar kan di atas api yang perlahan. Kalau api kuat, nanti santan tadi akan pecah minyak kuah jadi tak cantik. akhir sekali masukkan udang . Udang ni tak payah masak lama sangat nanti hilang manis dia.


Selamat mencuba.

Friday, October 21, 2011

Geli Gelemannya.....

Salam,
Ni yang Kak Ros geli geleman nak makan kat luar ni, kat depan kedai kita tengok elok ja..tapi kat dalam masyaallah kotornya .apa salah nya kita jaga kat luar ka kat dalam ka semuanya kita bagi bersih. tuhan sayang pada orang yang suka jaga kebersihan. tambah tambah lagi bila kita masak nak bagi oarang makan,
Kita makan kat kedai ni bukan nya percuma, jadi tak patutlah depa buat lagu tu. Bagi orang yang tak bekerja macam Kak Ros ni tak pa la jugak boleh makan kat rumah, macammana bagi orang yang bekerja kat luar sana tu,depa tentu tak dak pilihan kan, ingat lah tuhan tau apa  yang kita buat.

JIJIK...keadaan dapur yang tidak bersih walaupun   perniagaan  baru beroperasi.
                     JIJIK...keadaan dapur yang tidak bersih walaupun perniagaan baru beroperasi. 

KUALA LUMPUR: Sangat kotor! Itulah ungkapan paling sesuai diberikan kepada sesetengah pemilik kedai makan sekitar Jalan Genting Klang yang tidak menjaga kebersihan sehingga memaksa pihak Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis penutupan kepada kedai berkenaan.
Harian Metro turut serta dalam operasi lawatan kebersihan ke beberapa premis makanan itu mendapati rata-rata pelanggan yang datang seolah-olah tidak sedar mengenai tahap kebersihan kedai yang mereka kunjungi itu amat teruk.
Tinjauan mendapati ayam yang sudah dimasak dibiar tergantung dekat longkang tiada penutup dan tersumbat. Malah, lipas berlegar-legar di setiap sudut dapur kedai berkenaan.
Seorang pelanggan, Malissa, 21, berkata, dia tidak pernah sakit perut atau keracunan makanan setiap kali ke kedai berkenaan.

“Saya tidak tahu pun kedai ini kotor, mungkin sebab saya selalu memesan makanan dari depan jadi tidak nampak apa yang berlaku di belakang.
“Rumah saya dekat kedai ini, sebab itu saya sering datang makan, tetapi selepas dapat tahu mengenai perkara itu, mungkin saya tidak akan datang lagi sehingga mereka bersihkan kedai terlebih dulu,” katanya.

Sementara itu Pegawai Kesihatan Parlimen Wangsa Maju dan Setia Wangsa, Dr Jamaiyah Mohd Yunus berkata, jika ada kedai yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan Seksyen 11 Akta Makanan 1983, premis mereka akan dikenakan kompaun atau kedai perlu ditutup.

“Antara syarat perlu dipatuhi semua pengendali makanan ialah perlu mendapatkan suntikan, memakai apron, topi dan menghadiri kursus asas pengendalian makanan,” katanya.

Sembilan kakitangan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL menyertai operasi itu dan enam kompaun dikeluarkan dengan kesalahan berniaga di luar premis, membuang sisa makanan di longkang awam, ada urungan lipas, tiada suntikan dan tiada lesen perniagaan.

Bomoh Keparat

Salam,
      Kak Ros heran la dengan segelintir orang kita ni,dah banyak dah cerita pasai bomoh bomoh ni,tapi masih jugak dok cari bomoh. Yang pentingnya kita ni ingat kat tuhan ja banyak banyak.,  barulah semua masaalah yang datang tu  dapat diatasi.  Bukan nya pi cari bomoh .Berhati hatilah dengan bomoh bomoh ni semua.


                                                    Ni bomoh apa pun Kak Ros tak tau

 Terpengaruh dengan dakwaan dirinya disihir dan perlu dirawat, seorang wanita berusia 42 tahun dirogol seorang lelaki di sebuah hotel di Kepong, di sini, ketika mahu melakukan rawatan bagi membuang sial, Selasa lalu.

Difahamkan, mangsa yang dipengaruhi lelaki berusia 38 tahun yang mendakwa mempunyai kebolehan membuang sial, bersetuju mengekorinya ke premis berkenaan sebelum dirogol kononnya kaedah berkenaan mampu merawat mangsa.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa yang menyedari ditipu, membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini.
Menurut sumber, mangsa mengenali suspek kerana dia menyewa bilik di rumah mangsa sejak April lalu.
“Suspek menyewa di bilik berkenaan dengan isterinya dan sejak tinggal di rumah mangsa, lelaki terbabit sering mendakwa mangsa terkena sihir individu yang berdendam dengannya.
“Pada mulanya mangsa tidak percaya namun akibat sering mendengar dakwaan itu, mangsa menjadi takut,” katanya.
Sumber berkata, akibat takut mangsa bersetuju mengikut suspek ke sebuah hotel bagi menjalani rawatan.
“Sebaik tiba di hotel, suspek merogol mangsa dan mendakwa kaedah itu mampu membuang sial dan sihir yang ada pada tubuhnya,” katanya.

Mangsa yang menyedari ditipu kemudian membuat laporan polis berhampiran kediamannya untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Khairi Arasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan

7 Ular Terbesar Di Dunia

Salam, besarnya ular ular ni,.





        

Thursday, October 20, 2011

Gambar menarik

Salam, kalau Kak Ros dapat mesti duduk dalam almari punya.sayang nak guna.

[teapots10.jpg]

Related Posts with Thumbnails