Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, November 29, 2011

Gambar ombak yang menarik....

Salam,
Cantik sungguh gambar2 permandangan ombak ni kan....rasanya Kak Ros tak pernah lagi berpeluang tengok ombak yang cantik macam ni secara real......Dalam Tv tu ada la....Kak Ros suka sangat bila boleh tengok gambar2 yang indah2 macam ni...Kak Ros dapat gambar ni semua dari sini...Jom...mai kita layan gambar2 ni.....










Monday, November 28, 2011

Sayangilah rambut kita

Salam,
 Sebahagian daripada kecantikan orang perempuan ni adalah rambut,walaupun kita memakai tudung tapi kita tetap nakkan rambut yang lebat,hitam berkilat,lembut dan sudah semestinya  kita maukan rambut yang sihat kan.....Jangan dok jaga kulit badan ngan muka ja,rambut dan kulit kepala pun amat penting  kena jaga jugak...
Keindahan kulit kita dari hujung kepala sampailah ke hujung kaki akan mencerminkan kesihatan kita. Rambut yang kusam tidak bercahaya dan bercabang di hujungnya menandakan rambut kita tak sihat. Masaalah rambut ni disebab kan pola pemakanan yang tidak baik,ketidakseimbangan hormon atau rawatan rambut yang kurang sesuai.
Secara amnya..rambut yang normal dia akan tumbuh diantara 0.2 milimeter sehingga 0.3 milimeter sehari. Pertumbuhan rambut kita ni mengalami beberapa tahap iaitu tahap pertumbuhan,tahap rehat iaitu beberapa bulan dan keguguran mengambil masa dalam 100 hari.
Waktu rambut kekal kat kepala kita ia boleh mencapai dua setengah tahun manakala rambut yang luruh pulak sebanyak 40 hingga ke 100 helai sehari.Tapi ni boleh dikatakan masih normal lagi..Tapi kalau rambut kita luruh lebih daripada 100 helai sehari,memang ada masaalah lah ni....kita mesti lah buat sesuatu kat rambut kita....takkan la kita nak kera kut berapa lai rambut kita luruh tiap2 hari kan....kita agak2 sudah la...kalau segenggam tu ada la 100 lai kut nooo....

Rambut ni ada 3 jenis semuanya iaitu:


1. Rambut berminyak

Jenis rambut ini mempunyai kelenjar minyak yang bekerja secara berlebihan,sehingga rambut kelihatan berminyak,basah dan melekit pasai minyak terlalu banyak,mudah kotor sehingga membentuk rumpun rambut. Apabila menghias rambut,selalunya dia tak akan kekal lama pasai strukturnya cepat berubah. Satu cara nak jaga rambut yang macam ni dengan merawat secara rapi iaitu dengan cara memcuci rambut dengan kerap.



2. Rambut normal
Rambut jenis ni pulak memiliki kelenjar minyak yang mengeluarkan minyak dengan cukup. Rambut kita tak kan cepat kotor dan kembang.Rawatan untuk jenis rambut ni juga cukup mudah,cuci saja dengan menggunakan syampo dan gunakan perapi rambut bagi mengekalkan kelembapannya.




3. Rambut kering
Rambut jenis ni pulak selalunya nampak kembang,kering,suram dan mudah rosak. Ni disebabkan kandungan minyak kat kelenjar lemak sangat sikit dan kurang aktif. Rambut jenis ni jugak cepak kusut,batang rambut rosak dan hujung rambut kita akan pecah apabila disikat dan jugak diikt dengan kuat.Terlalu kerap menggunakan syampo dan pengering rambut jugak menyebabkan  rambut menjadi rapuh. 
Selalunya la masaalah orang permpuan ni adalah kelemumur dan keguguran rambut,tapi ramai yang tak tau punca sebenar masaalah ni kan....Kelemumur ni selalunya terjadi kat kulit kepala kita yang sudah mati,kering dan bersisik. Terjadi pengelupasan kulit kepala normal sekitar 5 hingga 10 peratus daripada keseluruhan kulit kepala.
Kelemumur ni jugak boleh tumbuh kat semua jenis rambut. Ini bukannya penyakit,tapi proses fisiologi normal. Umumnya kelemumur ni banyak dok terjadi kat remaja dan berkurangan pada usia pertengahan dan tak dak langsung pada usia tua.
Selalunya perempuan selepas bersalin,akan mengalami keguguran rambut yang serius.Namun kehilangan rambut disebabkan faktor ni tak akan kekal lama dan ia akan berubah.
Rambut luruh ni selalunya disebabkan faktor keturunan dan genetik,perubahan hormon,serangan kulat atau pun  bakteria,menggunakan syampo yang tak sesuai ngan rambut,tekanan perasaan dan diet yang tak seimbang tampa pengambilan karbohidrat,vitamin dan protien,pengambilan vitamin A yang berlebihan,kesan perubatan kemoterapi pada pesakit barah dan amalan mewarna,mencelup,melurus atau kerinting rambut.

Cara atasi rambut yang gugur.
Kalua rambut kita selalu ja luruh,ini bermakna rambut kita ni kering dan kurang vitamin E.Untuk mengatasi masaalah yang macam ni,lumurkan minyak bijan kat kulit kepala sebelum kita masuk tidur.Syampo dan basuh rambut sampai bersih pada keesokkan paginya.

Penjagaan rambut yang betoi
1. Setiap kali kita mencuci rambut,pastikan syampo benar2 bersih,pasai kalau cuci tak
    bersih boleh  menyebabkan rambut berkelemumur.
2. Urut kilit kepala perlahan lahan ketika bersyampo supaya aliran darah dapat    
     berjalan dengan lancar dan jugak menyihatkan akar rambut...
3. Menyikat rambut semasa rambut masih lagi basah boleh menyebabkan kelembapan
    rambut hilang dan rambut menjadi kering.
4. Selepas kita bersyampo,gunalah perapi rambut .Tak kira lah  lelaki ka,                            
    permpuan ka semuanya harus menggunakan perapi rambut untuk
    melembabkan rambut..
5. Elak kan rambut kita dari terlalu kena cahaya matahari,pasai dia boleh merosakakn
    struktur rambut.
6. Makan makanan yang berkhasiat,bersenam dan jangan merokok.
7.Seminggu sekali amalkan mengguna daun bunga raya atau pun santan.Ramaskan  
   daun  bunga raya sampai keluar lendir dia,pas tu lumurkan rata di atas kepala
    hingga kena  kulit kepala  dan urutlah pelan2,biarka dua tiga jam
    barulah di bilas ngan air yang bersih.Santan pun buat macam tu la jugak...        



Sunday, November 27, 2011

Mau seribu daya kan....

Salam,
Kak Ros baru saja dapat gambar ni dari kawan Kak Ros,La ni Kak Ros dok tengah pikir pasai gambar ni....rasanya bini dia la kut kan....
Kak Ros nak tanya hampa  la......ini satu pengobanan bini dia demi keluarganya ka.....atau pun kena dera ngan laki dia....?sampai tak dak tempat nak pegang dah ha......

Kesiannya kak Ros tengok....

Saturday, November 26, 2011

Tom Yam Thai

Salam,
  Kak Ros harap semuanya sihat2 ja pagi ni......Hari ni semuanya ahli keluarga Kak Ros ada kat rumah, cuti...suka sangat Kak Ros boleh dok berimpun dengan depa semua macam ni...Maklum la kan...bukannya  selalu dapat bersama lagu ni ngan depa,ya la....dah masing2 ada yang kerja la,ada yang belajar la.....jarang sangat nak boleh jumpak ngan semua macam ni....Jadi hari ni Kak Ros bercadang  nak masak Tom Yam  la....sebelum tu Kak Ros nak letakkan dulu resepi dia kat sini,boleh la kita pakat sama2 masam Tom Yam ni hari ni....Jom......

Ehsan dari google.
Bahan bahan:
Untuk perncah Tom Yam:

1. 6 ulas bawang merah.*
2. 2 biji cili merah.*
3. 7 biji cili kering(ikut kepedasan masing2)*
4. 1 inci lengkuas.*
5. 2 batang serai.*
6. 1 sudu besar udang kering.*
7. 4 helai daun limau purut.*
8. 1 inci belacan di bakar dulu sikit.*
9. Air asam jawa,gula dan garam.

Untuk Sup Tom Yam:

1. Seekor ayam.
2. 7 ekor udang.
3. 4 ekor sotong.
4. 1 labu bawang besar di potong 6.
5. 5 ulas bawang putih di ketuk.
6. 1 inci lengkuas di ketuk.
7. 2 batang serai di ketuk.
8. sebatang lobak merah,bunga kubis,putik jagung dan cendawan.(ikut suka la nak bubuh
    banyak mana)
9. 6 helai daun limau purut.
10. 2 biji buah tomato(potong ikut suka lah)
11. 1 ketul kiub tom yam.
12. 1 sudu besar sos ikan
13. 2 bijik limau nipis(ikit suka lah nak masam macammana)
14. 3 sudu susu cair / susu sejat.
15. 6 cili padi di ketuk(ikut kepedasan masing2)
16. Garam dan daun ketumbar.

Cara cara:
   Kisar semua bahan yang bertanda ngan bintang tu. Panaskan sedikit minyak,tumis bahan kisar hingga naik bau.Kemudian masukkan air asam jawa,garam dan gula secukup rasa. Masak lah sampai dia menjadi pes.
 
 Untuk Tom yam pulak,rebuskan ayam beberapa minit,lepas tu,masukkan bawang besar,bawang putih,daun limau purut,serai,cili padi dan lengkuas. lepas tu masukkan sotong,udang,biarkan sebentar. Dah agak masak,baru lah kita masukkan kesemua sayur sayuran tadi.
   
Kemudian masukkan pes Tom Yam yang kita dah buat tadi,ikut suka  lah nak bubuh banyak mana pun pes Tom Yam tu,masukkan sos ikan,perahan limau nipis dan sedikit garam.
Akhir sekali padamkan api..masukkan susu cair dan daun ketumbar.    

Ok... ni la resepi dia...jom kita pi buat sama2......

Friday, November 25, 2011

Tahniah kat depa ni

Salam ,
Tahniah buat Along Raja lawak dan isterinya Zila,yang kini telah bergelar ibu dan ayah....Sebelum ni tanggungjawab kita hanya untuk suami atau isteri saja  ,dan la ni dah bertambah lagi satu ahli keluarga dalam rumah kita,bermakna bertambah jugak lah tanggungjawab kita sebagai ibu dan bapa pulak kan......harapan Kak Ros la kat depa ni semoga depa ni akan menjadi ibu dan ayah yang baik dan jugak yang penyayang....

Oleh KEMALIA OTHMAN

Along Raja Lawak dan Isteri Zila

SUBANG JAYA: Pelakon Muhammad Nizamudin Ahmad, 28, atau lebih dikenali sebagai Along Raja Lawak mengakui lebih menghargai pengorbanan seorang wanita selepas melihat penderitaan isterinya, Zila AF4 melahirkan anak sulong pada 12 November lalu.

Kata Along, pengalaman tersebut telah menginsafkan dirinya untuk menjadi seorang anak dan suami yang lebih baik.

"Saya ada bersama Zila saat-saat dia ingin melahirkan anak kami, tuhan saja yang tahu perasaan takut ketika itu.
"Saya tidak sanggup melihat keperitan dia kerana sebelum ini saya tidka pernah melihat dia sakit sebegitu dan ketika itu juga saya rasa sangat bersalah pada ibu.
"Sekarang saya faham kenapa syurga itu di bawah tapak kaki ibu kerana pengorbanan mereka melahirkan kita hanya bertarung dengan maut," katanya ketika ditemui di sidang media, Anugerah Bintang popular, di sini, Rabu.

Zila atau nama sebenar Nur Azilah Seeron melahirkan anak lelaki mereka pada pukul 2 petang dengan berat 2.5 kilogram.

Bayi yang diberi nama Ahmad Danial itu dilahirkan secara normal di sebuah hospital swasta di Bangi.

Kata Along, pada asalnya kandungan tersebut kembar, namun seorang daripadanya gugur pada usia dua minggu usia kandungan tersebut.

"Saya agak terkilan kerana kalau tidak kerana lebih berhati-hati saya mungkin dapat anak kembar, namun itu semua adalah rezeki daripada Allah.
"Apa pun yang lebih penting anak dan isteri saya selamat," tuturnya.

Jelas Along, sejak mengetahui isterinya mengandung dia sudah bekerja lebih keras daripada biasa.

"Saya tahu tanggungjawab saya lebih besar dan perbelanjaan juga akan meningkat, saya mesti berusaha lebih kuat untuk keluarga kami," katanya.

Punca utama kematian kanak2 di seluruh dunia.

     Salam,
Macam2 penyakit yang dok ada la ni kan....yang tak pernah Kak Ros dengar pun ada,macam penyakit kat bawah ni la.....penyakit ni selalunya menyerang kanak2 sahaja, tapi tak mustahil kan.....boleh dapat kat orang dewasa jugak.Kak Ros nak cerita banyak2 pasai penyakit ni pun Kak Ros tak tau...Jom... mai kita pakat baca kat bawah ni....

Oleh NURUL IZZA ROSLY

MUNGKIN ramai pernah mendengar perkataan pneumokokal, namun tidak semua yang tahu apa pneumokokal itu sebenarnya.

Jika anda mempunyai anak kecil dan tidak pernah mengambil vaksin pneumokokal atau tidak mahu memberikan anak anda vaksin itu, anda perlu berfikir sekali lagi selepas anda membaca artikel ini.

Pneumokokal merupakan suatu penyakit yang berpunca daripada kehadiran bakteria Streptococcus pneumoniae (pneumokokus).

Punca kematian kanak-kanak

Ia biasanya ditemui di dalam saluran pernafasan kanak-kanak dan disebarkan melalui batuk atau bersin.
Kini terdapat lebih daripada 90 jenis pneumokokal yang diketahui, namun hanya lebih kurang 10 peratus dari padanya boleh menyebabkan penyakit yang serius.

Bakteria itu menyebabkan jangkitan invasif termasuk bakteremia/sepsis (jangkitan bakteria dalam darah), meningitis (radang membran yang menyelaputi saraf tunjang dan otak), pneumonia (radang paru-paru) dan otitis media (jangkitan telinga tengah).

Tahukah anda bahawa penyakit pneumokokal merupakan punca utama kesakitan dan kematian kanak-kanak di seluruh dunia?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit pneumokokal mengakibatkan sehingga satu juta kematian dalam kalangan kanak-kanak berusia kurang daripada lima tahun di seluruh dunia.

Ia meragut lebih banyak nyawa kanak-kanak berbanding penyakit AIDS, malaria dan campak secara bergabung.

“Lebih separuh daripada kejadian dan kematian akibat penyakit pneu- mokokal berlaku di rantau Asia Pasifik yang merangkumi 28 peratus daripada kematian berkaitan pneumokokus global.

“Kita perlu mendidik ibu bapa dan orang ramai tentang cara melindungi kanak-kanak daripada penyakit pneumokokal kerana kesan penyakit ini adalah amat buruk tetapi sebenarnya boleh dielakkan,” kata Pakar Perunding Pediatrik Hospital Pakar Damansara, Datuk Dr. Musa Mohd. Nordin.

Tambahnya, kaedah pencegahan berkesan perlu disediakan untuk semua kanak-kanak di Malaysia.
ANAK kecil tidak perlu menderita hanya kerana kegagalan ibu bapa memberikan mereka suntikan vaksin pneumokokal.

Di Asia sahaja, hampir seorang kanak-kanak di bawah usia lima tahun meninggal dunia setiap dua minit akibat penyakit pneumokokal.

Menurut WHO, penyakit pneumoko- kal adalah punca kematian yang boleh dicegah dengan vaksin dan imunisasi boleh dianggap sebagai cara paling cekap dan menjimatkan kos untuk mengurangkan penyakit dan kematian.

Dr. Musa yang juga Ahli Pengasas Pakatan Strategik Asia bagi Pencegahan Penyakit Pneumokokal (ASAP) turut menceritakan pengalamannya berdepan dengan beberapa kes melibatkan kanak-kanak yang menghidap penyakit tersebut.

“Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun datang dengan batuk yang berlarutan selama tiga minggu, demam panas, tidak memberikan respons terhadap antibiotik. Di hospital, keadaannya lemah, nafasnya laju dan dada berombak.

“X-ray menunjukkan paru-parunya penuh dengan cecair. Apabila dikeluarkan cecair itu kita dapati bakteria pneumokokus di dalamnya. X-ray mendapati paru-parunya mengalami kerosakan yang teruk,” ceritanya.

Sambungnya lagi, kes kedua melibatkan seorang bayi perempuan berusia lima bulan yang telah demam selama 36 jam, masalah pemakanan (poor feeding) dan muntah.

“Dari klinik saya bergegas ke Unit Rawatan Rapi dan kami sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk menyelamatkannya, namun bayi tersebut meninggal dunia selepas masa 10 minit.

“Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana ia dapat dielakkan dan dapat menyelamatkan nyawa dengan memberikan vaksin,” katanya.

Jelasnya, pemberian vaksin pneumokokal bukan sahaja memberikan perlindungan kepada kanak-kanak, malah turut melindungi seluruh ahli keluarga kerana kuman tersebut tidak akan disebarkan kepada orang sekeliling.

Pemberian vaksin pneumokokal itu mampu mengurangkan penyakit tersebut kepada 99 peratus bagi mereka yang mengambilnya dan menunjukkan penurunan 60 peratus terhadap mereka yang berusia 50 tahun ke atas tanpa mengambil vaksin tersebut.

“Mengenai menjadikan vaksin ini sebahagian daripada Program Imunisasi Kebangsaan (NIP), kita telah mengutarakan perkara itu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 2005 lagi dan ia mengambil masa sedikit,” katanya.

Laman web pneumokokal
  
Sejajar dengan usaha meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung penyakit pneumokokal, Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd. dengan sokongan ASAP, Pitter Patter, parenting2u.com dan SJ Echo melancarkan sebuah laman web baharu iaitu www.abc4pneumococcal. com baru-baru ini.

Laman tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran tentang penyakit pneu- mokokal dan menekankan hakikat bahawa penyakit itu boleh dicegah menerusi pemvaksinan.

Sempena Hari Pneumonia Sedunia yang disambut di seluruh dunia pada 12 November lalu, pelancaran laman web tersebut diadakan sebagai lanjutan Kempen Sasarkan Liputan Lebih Luas (ABC) yang dilancarkan bulan Jun lalu.

Ia menyeru ibu bapa dan individu yang memperjuangkan matlamat sama untuk menyokong seruan bagi memastikan setiap kanak-kanak di Malaysia dilindungi daripada penyakit pneumokokal menerusi vaksinasi.

Laman web www.abc4pneumococcal.com mengandungi pelbagai maklumat tentang segala perkara yang berkaitan dengan penyakit itu, sekali gus ibu bapa boleh melindungi anak mereka daripada jangkitan.

Kempen itu turut menggalakkan ibu bapa untuk menandatangani ikrar sokongan dalam menyeru agar pemvaksinan dimasukkan sebagai Program Imunisasi Kebangsaan.

Presiden dan Pemimpin Serantau Asia Pasifik bagi Persekutuan Organisasi Meningitis (CoMO), Bruce Lan- goulant memberitahu, penyakit pneumokokal perlu diambil perhatian.

“Saya merupakan seorang bapa kepada seorang anak yang pernah menghidap penyakit pneumokokal. Semasa berusia enam bulan, anak perempuan saya, Ashleigh menghidap penyakit pneumokokal yang menyebabkan meningitis.

“Ia menyebabkan anak saya pekak sepenuhnya, sawan dan kurang upaya dari segi intelektual. Saya merupakan salah seorang daripada ribuan ibu bapa dan keluarga yang mengalami kesan penyakit yang mengancam nyawa ini,” luahnya.

Perjuangan ibu

Beberapa ibu bapa yang hadir pada majlis pelancaran tersebut turut berpeluang melontarkan pandangan serta berkongsi pengalaman
.
PERLINDUNGAN vaksin pneumokokal kepada kanak-kanak mampu melindungi mereka daripada penyakit-penyakit yang membawa maut.

Pengalaman yang dikongsi oleh Zura Baharudin, 29, amat menyentuh hati penulis dan membuatkan hadirin sebak.

“Saya mempunyai seorang anak lelaki berusia 11 bulan yang baru sahaja keluar hospital Jun lalu kerana penyakit pneumokokal meningitis.

“Pada mulanya saya tidak tahu ia adalah pneumokokal kerana hanya menyangka anak saya mengalami demam biasa. Tetapi selepas dia muntah-muntah tanpa henti, tidak kenal saya sebagai ibunya, saya terus bergegas ke hospital. Anak saya dimasukkan ke ICU selama lima hari,” ceritanya menahan sebak.
Zura amat sedih melihat keadaan anaknya. Lebih terkilan apabila menyedari keadaan tersebut tidak sepatutnya berlaku jika dia memberikan vaksin pneumokokal kepada anaknya.

“Syukur, kini anak saya berusia 16 bulan kembali sihat dan dia membesar seperti kanak-kanak lain. Sejak kejadian itu, saya lebih memahami apa itu pneumokokal dan mula menyebarluaskan mesej mengenainya melalui blog saya, Facebook dan memberitahu kepada rakan-rakan saya betapa pentingnya mengambil vaksin pneumokokal ini,” katanya.

Sebelum ini Zura pernah mendengar mengenai pneumokokal, namun dia enggan memberikan vaksin tersebut kepada anaknya.

“Ketika melihat anak saya terlantar di hospital, saya ingatkan saya akan kehilangannya selama-lamanya.
“Saya tidak mahu ibu bapa di luar sana membuat kesilapan sama yang saya lakukan. Mencegah itu lebih baik daripada merawat,” ujarnya.

Thursday, November 24, 2011

Ini lah orangnya...

Salam,
 Ha...ni la dia rupa2 nya orang yang sanggup tinggalkan anaknya  sendiri kat tepi tandas tempoh hari.... kak Ros  tak tau la apa masaalahnya  mamat ni,dia tak mengaku salah pun dengan apa yang telah dia buat ni...Dia mintak di bicarakan...Kak Ros pun tak berani nak kata apa lagi pasai kita tak tau cerita dia ni... ,jadi kita tunggu lah cerita selanjutnya nanti...

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my

TERTUDUH...Hii dibawa keluar dari mahkamah, semalam.

MELAKA
: Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan dengan sengaja menganiaya anak perempuannya sendiri dengan meninggalkan mangsa sendirian di tandas pusat beli-belah Mahkota Parade, dekat sini, pada 5 November lalu.

Tertuduh, Hii King Kit, 23, yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran dan beralamat di Lorong 3, Jalan Pisang Barat, Kuching, Sarawak, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan meminta dibicarakan di depan Hakim Harmi Thamri Mohamad@ Shaharuddin.
Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Haslinda Abu Bakar, sementara tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mengikut kertas pertuduhan, Hii sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan iaitu bapa kepada Anna yang berusia setahun dan 11 bulan didapati sengaja menganiaya iaitu dengan meninggalkan dia seorang diri di tempat awam.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di pada 5 November lalu, kira-kira jam 8.48 malam di dalam tandas lelaki Tingkat 1, Mahkota Parade, Jalan Merdeka, dekat sini.

Dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Haslinda mencadangkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Hakim yang menimbangkan rayuan tertuduh menetapkan jaminan RM5,000 dan syarat melapor diri di balai polis.

Kes itu akan disebut semula pada 14 Disember depan untuk lantikan peguam bela.

Sementara itu, suasana sedikit kecoh sebelum prosiding bermula apabila bapa tertuduh melarang jurugambar dan media merakam gambar Hii dan menulis namanya di dalam akhbar.

Lelaki terbabit juga sanggup merayu dan menyembah wartawan dan jurugambar daripada pelbagai agensi termasuk meminta nombor telefon untuk berhubung dengan editor akhbar.

Isteri tertuduh yang ditemui di luar pula menyatakan dia belum menemui Anna yang kini masih ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di rumah Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah, Seremban, Negeri Sembilan.

Sejurus selepas membayar denda, tertuduh kemudiannya ditahan anggota polis sebelum dibawa menaiki van ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

Harian Metro sebelum ini melaporkan kontinjen negeri memberkas seorang lelaki yang juga bapa kandung kanak-kanak perempuan berusia setahun yang disifatkan tidak berhati perut dan kejam apabila meninggalkan mangsa di tepi tandas pusat beli-belah Mahkota Parade, dekat sini, pada 5 November lalu.

Wednesday, November 23, 2011

Keindahan Alam Semulajadi

Salam,
  Nampak cantik sangat gambar2 air terjun ni kan......semua air terjun ni terdapat kat negara Cina. Bagi sapa2 yang ada niat nak pi melancong ke Cina tu...nanti boleh la mai kat tempat air terjun ni..Kak ros jumpak gambar2 ni semua dekat sini...Ok..jom ,mai kita pi tengok betapa cantiknya salah satu lagi ciptaan allah yang maha esa......
6
Terletak di daerah perbatasan Zhenning County,terdiri dari air terjun Huangguoshu dan sekelompok air terjun yang lebih kecil .Dengan lanskap subtropis dan peninggalan budaya Buyi  dan Miao.

5
Dari semua air terjun yang menawan di Jiuzhaigou,air terjun Nuorilang,adalah yang paling menakjubkan.Berada di ketinggian 2.365 meter di atas permukaan laut,325 meter pada titik terlebar,dengan kepala air terjun 30-40 meter dan arus air rata rata 5,8 meter kubik per detik.

4
Air terjun Jiulong selama musim banjir,membawa tanah merah ke lebih dari setengah wilayah Yunnan,sehingga provinsi ini di kenali sebagai "Dataran Tinggi Tanah Merah".pada musim banjir.arus air meningkat secara dramatis,membawa banyak tanah merah mengakibatkan air terjunnya berwarna merah.

3
Air terjun Hukou(Kettle' Mouth) di sungai kuning terletak di bahagian Shanxi-Shaanxi dari lembah sungai kuning. Ini adalah salah satu dari beberapa air terjun kuning di dunia  dan memiliki ketinggian sekitar 30 meter,dengan lebar lebih dari 1,000 meter,dan memiliki arus air rata rata 1.010 meter kubik per detik.

2
Air terjun Detian(Virtuous Heaven) ini terletak di perbatasan dua negara,iaitu antara kota Shuolong,Daxin County di Guangxi dan Yuxi Chongqing County di CaobBanf, Vietnam

1
Air terjun Tsangpo Badong adalah air terjun  yang paling spektakuler,primitifdan misterius di Cina.Dengan total panjang 2.840 km,ini merupakan sungai terpanjang  ke-23 di dunia Dalam hal arus air,air terjun ini     menepati urutan ketujuh-16,290 meter kubik per detik.


buah Ni Ada Khasiatnya Tesendiri

Salam,
  Kak Ros suka sangat kalau boleh dok kongsi perkara2 yang macam ni ngan semua orang.... Kali ni N3 Kak Ros mengenai  khasiat satu jenis buah ni....  Buah ni popular sungguh di bulan ramadan. Selalunya dalam bulan puasa ja kita dok makan dia...mungkin dalam bulan puasa saja kut musim buah ni.....nak tau buah apa...?Ha....pandai pun... buah kurma..Buah ni banyak sungguh khasiatnya yang tersendiri...Sangat baik untuk kita amal kan. La ni Kak Ros tengok,buah kurma ni ada jugak berbentuk jus.Senang la kalau macam tu kan...,kalau kita tak dapat buah,kita boleh minum jus dia...Kat sini ada la sikit khasiat dia yang Kak Ros tau...mai kita sama2 ambik tau....

Khasiat buah kurma.

1.Menguatkan daya ingatan kita.
2.Mencegah penyakit barah.
3.Menambah tenaga seksual.
4Mengatasi masaalah insomnia.
5.Melancarkan peredaran darah keseluruh badan.
6.Membunuh kuman di dalam badan
7.Meredakan tekanan darah tinggi.
8.Membantu mencergaskan minda.
9.Merawat penyakit buah pinggang.
10.Merangsang dan memudahkan kehamilan.
11.merawat penyakit gangguan usus kronik dan sembelit.
12.Menghilangkan batuk dan gatal2 dalam kerongkong.

Tuesday, November 22, 2011

Binatang Aneh Kat Laut Dalam..

Salam,
Semuanya binatang ni adalah binatang2 yang terdapat kat dasar laut yang sangat dalam.....Rupa2nya banyak lagi binatang2 ciptaan tuhan ni yang belum pernah kita tengok ...Ini adalah sebahagian daripadanya..Aneh dan begitu unik sekali kan.....gambar ni Kak Ros dapat dari sini....Jom kita layan....

annelidworm

aurelialabiata

grimpoteuthis

leuckartiara

mitrocoma

siphonophore

deiopea

teuthowenia

Ikan Pekasam Goreng

Salam,
   Musim2  hujan ni,banyak sungguh orang dok tangkap ikan darat(ikan sungai).Ikan darat ni,kalau buat gulai dengan daun kesom dan ubi kemili memang sedap..Kebanyakkannya  orang tak makan ikan darat ni..pasai dia hanyir sikit dari ikan laut,nak masak dia pun kena rajin, pasai proses nak menghilagkan hanyir dia tu agak rumit sikit..

 Kak Ros paling suka ikan darat ni kalau di buat pekasam..Makan nasik dengan dia saja pun boleh pi sampai 2 pinggan. Ikan pekasam ni lebih kurang dia macam ikan gelama masam tu lah...tapi ikan pekasam ni di peram dengan beras yang telah di goreng sikit,garam ,asam keping dan sedikit gula merah. Kalau kita tak pandai nak buat ,jangan dok gagah buat,kalau tak kena gayanya nanti ikan tu akan jadi busuk..

 Seperti biasa la gambar ni dari google..Kak Ros tak ada gambar yang asli..

Cara masak ikan pekasam ni tak payah pun...hanya goreng saja ,selepas dia garing angkat kedalam pinggan,kemudian goreng cili api dengan bawang besar yang di potong bulat2.goreng bawang dulu sehingga garing lepas tu masukkan cili api sekejab saja..akhir sekali tuangkan bawang dan cili api ke atas ikan pekasam yang telah  kita goreng tadi...Dah siap pun...Jom  makan dengan nasik yang panas2...memang sedap.......

Monday, November 21, 2011

Kreatif nya....

Salam,
   Kreatif sungguh orang yang buat ni kan....Cantik tu memang la cantik.. tapi bila Kak Ros tengok ukiran dia ni takut pun ada jugak..Kak Ros terjumpa gambar ni kat sini...
3dp02 Seni Ukiran Labu yang Menakutkan Tapi Sangat Cool

3dp03 Seni Ukiran Labu yang Menakutkan Tapi Sangat Cool

3dp04 Seni Ukiran Labu yang Menakutkan Tapi Sangat Cool

3dp05 Seni Ukiran Labu yang Menakutkan Tapi Sangat Cool

3dp10 Seni Ukiran Labu yang Menakutkan Tapi Sangat Cool

3dp13 Seni Ukiran Labu yang Menakutkan Tapi Sangat Cool

3dp12 Seni Ukiran Labu yang Menakutkan Tapi Sangat Cool

3dp11 Seni Ukiran Labu yang Menakutkan Tapi Sangat Cool

3dp09 Seni Ukiran Labu yang Menakutkan Tapi Sangat Cool

3dp08 Seni Ukiran Labu yang Menakutkan Tapi Sangat Cool

3dp06 Seni Ukiran Labu yang Menakutkan Tapi Sangat Cool

Ezylnn bergelar isteri

salam ,
Tahniah dan selamat penganti baru lah...buat pasangan ni....

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my

ADAM menyarungkan cincin di jari manis Ezylnn selepas majlis pernikahan mereka di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Tempoh pertunangan penyanyi dan pelakon Ezylnn yang terkenal dengan lagu Hai Hai Bye Bye mungkin antara yang terpendek di dunia.

Penyanyi itu selamat bertunang dengan pengurusnya sendiri, Adam Fahmy Shamsudin, 35, di Roof Garden, Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara di sini pada pukul 3.45 petang semalam.

Sejam 15 minit selepas itu, Ezylnn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 30, selamat diijabkabulkan dengan Adam oleh bapanya sendiri, Ariffin Alang Ahmad pada pukul 5 petang.

Majlis pernikahan itu disaksikan oleh jurunikah Masjid Sungai Penchala, Muhammad Ridwan Mohd. Yunus.

"Saya akui gemuruh sebelum majlis bermula dan Alhamdullilah selepas bercinta selama tiga tahun, hari ini (semalam) merupakan hari paling gembira buat saya kerana telah selamat bergelar isteri.

"Saya memilih Adam sebagai suami kerana tertarik dengan sifat bertanggungjawab dan mementingkan kesempurnaan yang ada pada dirinya," ujar Ezlynn.

Ezlynn menerima wang hantaran sebanyak RM20,020.20 sebagai simbolik kepada tarikh lamaran yang dibuat oleh Adam kepadanya pada 20 Januari 2010 serta tarikh lahir Adam pada 20 Januari di samping mas kahwin sebanyak RM80.

Ezlynn dan suami merancang untuk berbulan madu di Eropah selepas majlis resepsi yang akan diadakan pada bulan Januari tahun depan.

Atlit negara lemas

Salam,
 Al fatihah buat adik Abu Huzaifah dan takziah untuk keluarga dia...

Oleh Hamzah Osman
am@hmetro.com.my

PILU...jenazah Abu Huzaifah dituntut ahli keluarganya di bilik mayat Hospital Langkawi, semalam.
TINGGAL KENANGAN...Abu Huzaifah bersama ‘Brumby’.

LANGKAWI: “Abu Huzaifah sentiasa berlatih bersama kuda kesayangannya, ‘Brumby’ pada setiap petang, tetapi selepas ini sudah pasti ia (Brumby) akan berasa sunyi kerana arwah sudah pergi buat selama-lamanya.”

Begitu kata Muhammad Hamzah Abdullah, 52, apabila anaknya, Abu Huzaifah, 17, ditemui lemas selepas bot dinaikinya bersama tujuh penumpang lain pecah dan karam selepas terlanggar batu kira-kira 100 meter dari Telaga Habour Park, di sini, kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku jam 7.30 malam ketika mangsa dan enam rakannya bersama seorang pemandu, menaiki bot untuk bersiar-siar sekitar Pantai Kok dan Chenang, sekitar jam 5 petang.

Abu Huzaifah, atlet sukan kuda lasak negara adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra, di sini yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Muhammad Hamzah berkata, kali terakhir dia bertemu arwah jam 12 tengah hari kelmarin ketika mereka menghadiri kenduri kahwin di kampung berkenaan.

Katanya, sejurus pulang dari rumah kenduri, Abu Huzaifah meminta kebenaran menaiki bot bersama rakan-rakan sekolahnya bagi meredakan tekanan selepas mentelaah pelajaran untuk persiapan menghadapi SPM.

“Bagaimanapun, jam 7.30 malam (kelmarin) saya dikejutkan dengan panggilan telefon mengatakan anak saya dipercayai lemas selepas bot dinaiki mereka pecah dan karam berhampiran rumah api di THP.

“Saya bergegas ke tempat kejadian dan mendapati Abu Huzaifah sudah tidak bernafas. Malah, saya lihat darah keluar dari hidungnya, selain ada kesan luka di kepala,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat, Hospital Langkawi, di sini.

Muhammad Hamzah berkata, arwah Abu Huzaifah dan kembarnya, Abu Ubaidah serta adik mereka, Mohamad Ziyad, 16, adalah atlet sukan kuda lasak negara dan sering menyertai kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Sejak beberapa bulan lalu, arwah berlatih bersama ‘Brumby’ pada setiap petang untuk persiapan ke Sukan Malaysia (Sukma) 2012 di Pahang dan kejohanan antarabangsa di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

“Selain itu, arwah teruja dan tidak sabar untuk menyertai Kejohanan Lumba Kuda Lasak di Terengganu International Endurance Park (TIEP) di Lembah Bidong, Kuala Terengganu pada hujung Disember ini,” katanya.
Related Posts with Thumbnails