Sahabat adalah perisai diri

Friday, January 20, 2012

Bahayanya.....

Salam,
Kesiannya Kak Ros tengok depa ni...rutin harian ,perlu jugak di teruskan walaupun terpaksa menyeberangi titi yang hampir dah nak arwah tu....Amat bahaya kan...?Sepatutnya harus cepat diperbaiki,kalau ini saja jalan utama yang depa ada untuk keluar ke bandar.
Tengok lah adik2 yang kat depan tu,demi nak mendapatkan ilmu,depa sanggup bersabung nyawa untuk kesekolah...Kak Ros pun tak berani nak jalan kat atas titi yang macam tu....

SEORANG pelajar, Sofiah (depan) memegang kayu jambatan yang runtuh untuk menuju ke sekolah di Kampung Sanghiang Tanjung semalam.

KAMPUNG SANGHIANG TANJUNG, Indonesia - Beberapa pelajar bersabung nyawa untuk pergi ke sekolah apabila mereka menggunakan sebuah jambatan yang hampir runtuh akibat banjir.

Banjir akibat paras air Sungai Ciberang naik menyebabkan satu bahagian jambatan tersebut runtuh.
Menurut agensi berita Reuters, jambatan itu dibina pada 2001.

Seorang pelajar, Sofiah menyatakan dia perlu berjalan selama 30 minit jika mahu pergi ke sekolah di Kampung Sanghiang Tanjung dengan menggunakan sebuah lagi jambatan.

Para pelajar itu sanggup berjalan dengan tangan mereka memegang kayu yang berlubang dalam keadaan mengiring semasa mereka menggunakan jambatan tersebut.

Kepingan kayu tempat kaki orang ramai berjalan di jambatan itu berada dalam keadaan senget dan sebahagiannya berlubang selepas ia runtuh akibat banjir. - Agensi

12 comments:

  1. ya allah..
    cheqna tak berani ni..

    ReplyDelete
  2. takuttt...rasa mcm nak jatuh jerr..
    tapi mmg bersemangat anak2 ni mahu kesekolah...

    ReplyDelete
  3. ehem..kesiannya diaorg tu..kita lbh bernasib baik..hu2x..

    ReplyDelete
  4. Syukur atas segala nikmat...rupanya ada orang yang lebih susah dari kita.

    ReplyDelete
  5. tadi ada tunjuk dlm berita..Ya Allah kesian saya tgk kt budak2 tu..

    ReplyDelete
  6. tu la pentingnya kite ajar anak anak muda untuk belajar bersyukur.
    anak-anak muda complain pasal xde xbox la,iphone la sedangkan ada ramai yang kat luar tu yang struggle untuk hidup.

    ReplyDelete
  7. kak ros..ya allah.. kalau acik tak berani..tak kesekolah pun ak pe selagi jambatan tak dibaiki.

    ReplyDelete
  8. adui bahayanya tu...
    tp sebab hati mau sekolah,sanggup redah walaupun bahaya

    ReplyDelete
  9. kagum dengan anak2 ni, walaupun berhadapan dengan bahaya tapi sanggup diredahi demi ilmu

    ReplyDelete
  10. bagus budak2 nie even terpaksa berkorban nyawa tetap pergi sekolah..


    ~kalau sy mmg tak berani nk melintas titi mcm tue..gayat...huu~

    ReplyDelete
  11. trharu tgk semangat anak2 ni nk pg skolah..smoga dipermudahkn sgala2nya..sy follow ur blog..sudi2kn follow blog sy jgk,eh..tq :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails