Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, January 18, 2012

Berhati hatilah semasa berbekam....

Salam,
Berbekam ni,memang sangat baik untuk kita,pasai dia boleh buang darah kotor yang ada kat dalam badan kita,terutamanya bagi orang lelaki lah kan.....Bagi sapa2 yang selalu dok mengamalkan berbekam ni,harap
berhati-hati semasa berbekam tu.....pasai ada bahayanya...Kak Ros baca satu berita pagi ni mengenai berbekam....cerita dia ada kat bawah ni........

Oleh KHAIRI MOHAMADkhairi.mohamad@kosmo.com.my


SEORANG peserta kajian menjalani rawatan bekam yang dilakukan oleh Pusat Pengajian Sains 



Perubatan, USM Kubang Kerian di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati menggunakan khidmat bekam pengamal perubatan alternatif bagi mengelak risiko penyakit berjangkit termasuk HIV dan AIDS.

Pensyarah Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail (gambar kecil) berkata, peralatan seperti jarum yang digunakan dalam rawatan tersebut boleh mengundang jangkitan pelbagai penyakit berbahaya.

Menurut beliau, ia berikutan peralatan yang digunakan oleh pembekam tidak diketahui tahap kebersihannya malah ada yang menggunakan jarum sama berulang kali.

"Di mana-mana sahaja ada perkhidmatan berbekam pada masa sekarang tetapi kita harus bijak memilih, kerana jarum, pisau atau cawan yang digunakan apabila terkena darah pembawa pelbagai penyakit dan jika ia digunakan semula, penyakit itu boleh tersebar kepada orang lain.

"Saya harap pengamal perubatan alternatif ini supaya lebih bertanggungjawab dan memastikan peralatan yang digunakan benar-benar bersih supaya penyakit tidak disebarkan kepada orang lain," katanya ketika ditemui semalam.

Ab. Aziz berkata, beliau kini mengetuai lima pakar daripada universiti tersebut yang sedang menjalankan kajian secara saintifik mengenai kebaikan berbekam mengikut kaedah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

40 gatai tangan:

mayangsayang said...

tu le dengar gak kat radio tadi takut plak kann... semmg nyer pengamal bekam kena guna jarum tu sekali sahaja untuk sorang patient, macam yg dipraktikkan kat sepital ... gerun ooo leh dapat sakit aids ke, hepetitis ke..... baru aje plan nak wat bekam utk resdung.. nampaknyer kena fikir 2-3 kali ...

KhaiRin - anies said...

yg penting pengamal tu bkn pengamal haram...means mesti ada lesen perubatan...

So Shy Lady said...

btul tu...skrng nk kna jg2 smntelah rmai umat skrng ni bpnyakit plik2 t.mcm umat zmn dhulu

err spital tde ke rwtn bekam neh? klau dpntau oleh phk spital kn bagus

kasihibu said...

ermmm..ngeri tengok macam tu, akak pernah berbekam setakat ni

Mila@Rimbun said...

uihh takut jugak kan... saya selalu jugak berbekam, tapi selalunya bekam angin jerlah.. best, dapat buang angin dlm badan

Tiramisu Fatiema said...

takut tengok..xpernah bekam..tp elok buang darah kotor kan

Eye_nee said...

Risiko dijangkiti penyakit lain pulak...kena berhati-hatilah memilih pusat2 bekam ni...nak buang satu penyakit ditimpa satu penyakit lain pulak nnt..

Aidah said...

Ngeri tgk org berbekam walaupun tahu ia bagus dan jadi amalan Rasulullah saw. Yag penting apa yang kita buat kebersihan tu mesti no.1.

Kazman & Sue said...

nak cuba tapi ngeri la pulak... heee3x

IntaNBerliaN said...

eee takut tgk org berbekam..

saniah said...

Yg penting kena bersih dan pastikan jarum2 tu dibuang setlh merawat pesakit...1 jarum 1pesakit..barula senang hati pesakit/pelanggan kan

suri solehah said...

oh macam tu pulak ye..logik gakkan...takkan nak guna peralatan baru tiap kali buat bekam tu kan

ainnoraini said...

ee takutnya....
tapi tak pernah pulak berbekam ni...mcm ngeri la pulak...

QueeN TerataI said...

sbb memikirkan kes jangkitan nila saya x berani nak berbekam... nak pastikan tahap kawalan barangan yg digunakan mcm mana nak tahu? so kalo was2 xpyh la buat... :)

lyza said...

Salam perkenalan dari saya.

Saya penah buat bekam sekali.. memang badan rasa lega n best..

Sepatutnya satu jarum utk satu pesakit..kita pergi tempat yang d kenali or d rekemen kan..jgn tangkap muat je..takut klau kena penyakit2 ni.. huhuhu..

gadisBunga said...

tgk je terus rasa nak pengsan!

norhidana said...

ngeri kalu tgk org berbekam... eeeee
lg lah kalu yg berbekam ngn lintah tu... eeeeeee mmg ngeri

eB ezrin said...

uish takot . hu3

Mr.Clive said...

betul.masalahnya standardization ngan practice dengan cara yang betul belum meluas kat negara ni.siap ada yang wat brbekam ni kat sisi jalan lah,kat pasar malam.so,walaupun perubatan tradisional,tak bermakna perlu compromisekan hygiene ngan keselamatan semasa rawatan tu...haish...btul la nasihat tu.berhati-hati.

ha,baca sekali kat sini.aku pun ade tulis pasal rawatan tradisional bulan lepas.

http://byclive.blogspot.com/2011/12/im-sucking-and-i-love-it.html

baca betul betul and cuba kongsikan korang punye perspektif. :)

thanks

mama aini said...

ehem takut mama dengar cerita ni..

Ros said...

Salam Mayangsayang,

Tu la mayang...kena pastikan dulu terjamin ka dak....sesetengah orang ni,depa kan nya peduli nyawa pun asalkan depa dapat duit...

Ros said...

Salam Khairin,

Betoi tu Anies...kena pastikan semua tu dan jugak kebersihan...

Ros said...

Salam So Shy Lady,

Kak Ros tak tau la pulak kat hospital ada ka dak rawatan berbekam ni....yang Kak Ros tau rawatan ni banyak dok ada kat luar....

Ros said...

Salam Kasihibu,

Kak Ros pun tak pernah jugak,pasai takut....Tapi bila dok dengar cerita yang macam ni,rasanya Kak Ros tak kan cuba dah rawatan ni sampai bila2 kut......

Ros said...

Salam Mila@Rimbun,

Ya ka MIla....Kak Ros tak tau pasai berbekam ni....Berbekam angin tu,depa guna jarum ka dak..?

Ros said...

Salam Tiramisu Fatiema,

Kak Ros pun tak pernah jugak Fatiema...takut....

Ros said...

Salam Eye_nee,

Betoi tu Eye...memang kita mesti berhati hati walau apa pun yang kita nak buat....pasai nak kena jangkitan ni.. senang sangat..

Ros said...

Salam Aidah,

Emmm...betoi tu Aidah..kebersihan ni amat penting dalam apa jua sekali pun....

Ros said...

Salam Kazman @ Sue,

Kak Ros tak besa berbekam...tapi Kak Ros besa la tengok orang berbekam ni,memang mengerikan,pasai darah banyak keluar....

Ros said...

Salam IntaNBerliaN,

Eemmmm...sama lah kita he.he....Kak Ros pun takut jugak...tak tahan tengok darah2 ni....

Ros said...

Salam Saniah,

Macam tu la sepatutnya kan Saniah....apa pun kebersihan ni amat lah penting dalam apa jua sekali pun...

Ros said...

Salam Suri Solehah,

Pasai tu lah Solehah, kita dok kena berhati hati selalu takut2 penyakit lain pulak yang mai nanti...

Ros said...

Salam ainnoraini,

Memang mengerikan lah ainnoraini...Kak Ros pun takut...

Ros said...

Salam QueeN Teratal,

Betoi tu QueeN...Kak Ros setuju sangat....kalau nak buat jugak pastikan ianya betoi2 selamat...

Ros said...

Salam lYZA,

Salam perkenalan jugak dari Kak Ros..

Tu la kan..yang pentingnya kita kena pastikan semuanya selamat untuk rawatan tu...

Beraninya lYZA....Kak Ros tak besa berbekam ni,tapi Kak Ros besa la tengok orang berbekam...dia tak apa2 pun,sebaliknya Kak Ros yang pengsan....he.he.he...punya la takut sampai macam tu jadinya....

Ros said...

Salam gadisBunga,

Ha.ha.ha.....sama la ngan Kak Ros....

Ros said...

Salam norhidana,

Sebut pasai lintah ni kan norhidana....,jangan kata nak berbekam,nak tengok dia pun Kak Ros tak boleh...jangan kata nak lekat kat Kak Ros...dok kat badan orang lain pun Kak Ros dah menjerit....eeeee ...subut pasai dia ja pun Kak Ros dah geli geleman dah ni...

Ros said...

Salam eB,

Eemmmm...Kak Ros puk macam eB jugak,takut.....

Ros said...

Kak Ros rasa berbekam menggunakan lintah ni lagi bagus kan Mr,Clive....Eeeee...tapi Ka Ros geli sangat la ngan lintah ni...

Maaf la Kak Ros nak tanya...Mr.Clive ni berbangsa dan beragama apa..?

Ros said...

Salam mama aini,

Memang pun mama....senang sangat kita nak dijangkiti penyakit ni kan....

Related Posts with Thumbnails