Sahabat adalah perisai diri

Friday, January 20, 2012

Betoi ka apa yang Kak Ros baca ni.....

Salam,
Betoi ka.....ni puncanya banyak anak2 kita yang bermasaalah dan gagal dalam hidup depa...?Pada pandangan Kak Ros la.....ada betoinya jugak..ia adalah salah satu simptom yang boleh mengganggu minda depa..benda ni semua selalunya berlaku tampa kita sedar....
Kalau dah hari2 kita dok sogok depa dengan benda2 yang nagetif,akan nagetiflah jadinya kan.....apa pun,ibu bapak,guru2 ,kawan2,orang disekeliling dan terutama sekali diri depa sendiri lah,mesti kena hapuskan semua simptom2 ni dalam pemikiran depa....

Pemikiran punca kita gagal
ANAK-ANAK juga sering disogok dengan pemikiran kononnya subjek Sains dan Matematik adalah subjek yang sukar. - Gambar hiasan

SESI persekolahan sudah pun bermula. Ramai daripada kita kembali sibuk menghantar dan mengambil anak ke dan dari sekolah. Saban hari, kita juga mengharapkan kejayaan anak-anak, baik dalam bidang akademik atau sahsiah diri.


Bagaimanapun, harapan semata-mata tidak memadai untuk membuahkan kejayaan kepada mereka. Ada isu psikologi yang sesekali menyebabkan impian kita tergendala. Ia boleh berpunca daripada ibu bapa, guru-guru atau ahli masyarakat. Namun, hal ini jarang kita sedari.

Dalam kehidupan seharian, ada satu simptom yang selalu berlaku, walaupun kita mungkin tidak menyedarinya.

Ia berlaku dalam kognitif pemikiran kita. Simptom ini yang dinamakan sebagai nujuman penyempurnaan kendiri atau dalam istilah bahasa Inggeris, self fulfilling prophecy.

Simptom ini berlaku apabila kita meramalkan sesuatu tingkah laku terlebih dahulu. Kemudiannya, ia disusuli dengan tindakan-tindakan kita bagi membolehkan tingkah laku yang kita andaikan itu benar-benar berlaku.

Misalnya, Ali mengandaikan bahawa Abu ialah seorang yang sombong. Andaian tersebut menyebabkan setiap kali Ali terserempak dengan Abu, dia tidak akan bertegur sapa atau menghulurkan senyuman.

Pendidikan

Tentulah, Abu juga tidak akan menegur Ali juga kerana tidak ada wajah mesra daripada Ali. Hasilnya, Abu yang mungkin bukan seorang yang sombong, kemudiannya benar-benar menjadi individu yang sombong.

Pernahkah ini berlaku dalam hidup anda? Ia selalu berlaku tetapi kita tidak menyedarinya. Ia selalu terjadi, tetapi kita tidak mengetahuinya.

Bagaimana pula dalam konteks pendidikan anak-anak? Di sekolah, biasanya terdapat kecenderungan guru mengandaikan pelajar yang duduk di barisan belakang sebagai malas dan tidak berminat dalam pembelajaran. Sesekali mereka juga diandaikan sebagai pelajar yang nakal. Hasilnya, guru tersebut tidak memberi perhatian kepada pelajar di barisan belakang. Keutamaan hanya diberikan kepada pelajar di barisan hadapan. Disebabkan kurang perhatian, pelajar di barisan belakang kemudiannya benar-benar gagal dan menjadi mereka yang nakal.

Dalam keadaan bagaimanakah simptom ini berlaku?


Kita juga sering melihat anak-anak sekolah yang ponteng dan melepak di belakang bangunan atau kaki lima pusat beli-belah. Sesekali kita juga melihat mereka merokok atau melakukan sesuatu yang tidak bermoral. Walaupun kita tahu bahawa anak-anak ini berkemungkinan ponteng sekolah, tetapi kita tida          menegurnya.Minda psikologi kita telah terlebih awal memberikan isyarat bahawa mereka ini anak-anak nakal dan tidak   berminat dengan pelajaran. Masa depan mereka bakal binasa kerana kedegilan mereka.

GURU-GURU seharusnya memberi perhatian yang sama rata kepada semua pelajar di dalam kelas.- Gambar hiasan

Justeru tidak ada ahli masyarakat yang mengambil tahu, walaupun gejala ponteng ini hanya berlaku di belakang kawasan perumahan mereka, hasilnya pelajar tersebut benar-benar menjadi pelajar yang bermasalah. Mereka ini asalnya mungkin hanya sekadar suka-suka. Natijah daripada pemikiran kita tadi, mereka juga mungkin bermasalah pada kemudian hari.
Semua ini sebenarnya ialah reaksi psikologi yang selalu berlegar dalam kehidupan kita tanpa kita sedari.

Mata pelajaran Sains dan Matematik telah dianggap sebagai subjek yang sukar. Bahkan, kita selalu menyebutnya. Selain guru Sains dan Matematik, guru-guru lain juga menyebutnya.

Kurang minat

Pelajar-pelajar yang pernah gagal dalam Matematik dan Sains juga selalu menyebutnya. Terpedaya dengan mitos yang dikembangkan dalam masyarakat, anak-anak kita juga menyangka bahawa Sains dan Matematik ialah subjek yang sukar. Kesannya, mereka tidak berminat untuk mengulangkaji mata pelajaran tersebut.

Mereka juga yakin gagal dalam subjek tersebut. Lama-kelamaan, akibat kurang berminat dan tidak mengulangkaji, Sains dan Matematik yang asalnya mungkin sekadar subjek seperti subjek yang lain, menjadi mata pelajaran yang benar-benar susah. Mereka pula gagal.

Inilah sebenarnya kekangan minda yang selalu membantutkan kejayaan anak-anak kita di sekolah. Kita mengandaikan bahawa dengan menghantar anak-anak ke sekolah setiap hari, mereka akan membawa pulang sesuatu yang membahagiakan.

Namun, kita terlupa, adakalanya kita sendirilah yang meramal kegagalan mereka. Mudah-mudahan kita semua terhindar daripada simptom ini.

15 comments:

  1. sy setuju kak! sbb ada kaitan dgn diri sendiri

    ReplyDelete
  2. setuju sangat.. terutama yg sombong tu.. saya ni klu mula² jumpe mmg biaser jer tak berpa nak bercakap.. tp orang yg xmoo tegur terus kata sy ni sombong huhuhuhuhu....

    ReplyDelete
  3. betul kak ros.. tanpa sedar kita sendiri yang buat silap ye..

    ReplyDelete
  4. complex jugak tuh! mmng rmai plajar luarannya nmpak normal sj tp sbnarnya ada kcelaruan minda. pndapat sy, pkra ini tjadi dsbbkn sikap parents sndiri yg alpa ttng tggjwb mreka @ kurng pnddahn ttng parenting skil. sudahnya ank tsbut akn sntiasa bfkirn -ve

    'kecenderungan guru mengandaikan pelajar yang duduk di barisan belakang sebagai malas dan tidak berminat dalam pembelajaran' rsnya statement ni agk kurang tpat. slalunya pljr yg malas bljr itulah sndiri yg cuba m elak utk duduk d hdpn n ada antra mrk tanpa segan silu mnunjukkn muka bosan/tidur sms klas blangsung

    subjek sains n math d anggp susah buat plajar yg byk guna otak kanan. ada kaedah ttentu sbenarnya utk tarik minat golongan ini

    ReplyDelete
  5. rasanya betoi jugak ni.. mcm kes sombong tu ada kebenarannya

    ReplyDelete
  6. jenuh saya ckp kat anak saya yg maths tuh senang jer, tp dia tetap kata susah hahha... selalu saya ckp ummi loves maths, loves maths in order to be my daughter hahaha.. sebenarnya nak motivate dia supaya look it at +ve way..

    ReplyDelete
  7. Salam Ros..
    Berfikiran positif akan mendorong tindakan yang positif jugak dan menghasilkan respon yang positif jugak. Harap2 kita dapat selalu berfikiran positif, agar auranya dapat dirasai oleh orang2 di sekeliling kita..

    ReplyDelete
  8. hmmmmmmmmmmmmmmm
    ssh nk komen nih, kami laki bini pn kontra. hik3

    ReplyDelete
  9. kita sendiri dulunya telah dimomok kan dgn kata2 bahawa Math ini satu subject yg susah tak semestinya kesinambungan itu kita teruskan pada anak2 kita pula..dorongan kita dan bantuan guru2 mampu memupuk keinginan meraka utk lebih menyukai dan mengusai subject Math itu...

    ReplyDelete
  10. sgt setuju ngn apa yg akak tuliskan... kite terlalu suke bt keputusan dulu sblum betul2 kenal seseuatu perkara itu... kite perlu ubah mentaliti kita...

    ReplyDelete
  11. assalam kak ros..semoga anak2 kita sentiasa positif..dan berjaya dalam hidup ..

    ReplyDelete
  12. mmy fav subject masa kat sekolah dulu matematik... hehehe

    ReplyDelete
  13. memang ada benarnya senikata lagu ini: engkaulah apa kau fikirkan

    ReplyDelete
  14. ada kebenaran, bolehlah jadikan panduan untuk berubah kepada yg lebih baik

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails