Sahabat adalah perisai diri

Saturday, January 28, 2012

Bina keberanian dalam diri anak2.....

Salam,
Banyak Kak Ros dok tengok anak2 yang tak tak dak keyakinan diri,keberanian dan tak boleh hidup berdikari...Tak boleh nak salah kan depa jugak...kadang2 tu kita sendiri yang buat depa jadi macam tu...Sapa yang tak sayangkan anak kan....?
Kak Ros ada tengok satu video,anak dia kecik lagi,Kak Ros rasa baru 5 atau 6 bulan macam tu lah...dia nak ajar anak dia berenang,dia pun ada sama la kat dalam kolam renang tu,tapi bayang kan lah anak yang sekecik tu dia biar tenggelam kat dalam air....Kak Ros tengok kesian sungguh,tapi dengan usaha budak tu sendiri dia boleh timbul.....akhirnya Kak Ros tengok dia jatuh kat dalam kolam,dia boleh kalih dan apung diri dia sendiri...
Bila Kak Ros pikir2 balik,...ini lah kasih sayang yang sebenar benarnya untuk anak2 kita ni kan........bukannya sayang tapi tak bagi depa buat apa2 pun...nanti pasti akan menyusahklan diri depa balik....

Kat bawah ni ada sikit tip macam mana nak bagi anak2 kita ni ada keberanian dan keyakinan diri...mailah  kita sama2 baca untuk menambahkan lagi pengetahuan kita semua.... 



Oleh Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamaddrasmadi@maptraining.com.my
Anak-anak yang berjaya di sekolah sama ada dalam pelajaran atau ko kurikulum adalah mereka yang ada keberanian.

Berani mencapai kecemerlangan, bercakap di depan orang ramai, bergaul, bertanya apabila tidak faham, menjadi ketua, memegang jawatan, mewakili kelas atau sekolah.

Apabila anak-anak menunjukkan keberanian, mereka akan diberikan pelbagai peluang. Mereka yang aktif di alam persekolahan adalah kerana mereka berani untuk membabitkan diri dalam kelas serta program sekolah.

Keberanian membolehkan mereka mendapat pelbagai anugerah dan pengiktirafan. Ini membantu anak-anak di alam dewasa nanti.

Bayangkanlah, ketika anak orang lain boleh berdikari, anak kita hendak bertanya sesuatu pada cikgu pun masih minta orang lain temankan.

Ketika anak orang lain berani ikuti program perkemahan, anak kita enggan turut serta sebab tiada kawan.

Sebab itulah anak-anak perlu ditanam dengan sifat berani pada usia muda. Berani bukanlah sesuatu yang hadir ketika lahir sebaliknya bergantung kepada cara ibu bapa mendidik dan membesarkan anak-anak.

Kita tidak mahu anak-anak berani tidak bertempat lalu dia melawan dan biadap dengan guru, merempit dan menyertai lumba haram, mencuri atau bergaduh.

Berikut adalah beberapa tip boleh dilakukan ibu bapa bagi menjadikan anak-anak seorang yang berani:

1. Usah cepat membantu anak dalam pelbagai perkara.

Setiap ibu bapa sayangkan anak-anaknya tetapi usah jadikan rasa sayang sebagai alasan untuk cepat
membantu mereka.

Bukanlah salah membantu anak-anak tetapi ada ketikanya anak-anak perlu mencuba dan melakukan kesilapan.

Daripada kesalahan dan kesilapan inilah mereka belajar. Ketika anak masih bayi, apabila dia mula pandai berjalan maka dia mula belajar naik tangga.

Biasanya ibu bapa akan terus dukung anaknya dan bawa naik ke tingkat atas sebab takut anak jatuh. Ibu bapa yang prihatin sebaliknya akan mengawasi dan membiarkan anak-anaknya menapak satu anak tangga ke anak tangga yang lain. Dari situ anak itu belajar.

2. Biarkan anak dimarahi guru apabila mereka melakukan kesalahan.

Ada ibu bapa yang sanggup menghantar buku latihan anaknya semula ke sekolah kerana bimbang anaknya dimarahi guru atau didenda.

Mungkin jika itu kesalahannya yang pertama, kita hulurkan bantuan dengan menghantar buku itu ke sekolah tetapi bagaimana jika masalah yang sama dilakukan si anak? Bermakna anak kita membentuk satu tabiat tidak bertanggung jawab.

Oleh itu, biarkan anak dimarahi dan didenda gurunya. Dari situ, dia belajar dan menjadi seorang yang berani menerima kesalahan dan berhadapan dengan risiko. Ibu bapa usah campur tangan.

3. Berikan anak-anak peluang bergaul.

 Dunia internet hari ini meluaskan pergaulan anak-anak. Mereka boleh kenal sesiapa melalui laman sembang, facebook dan twitter.

Namun, pergaulan bentuk ini tidak sama seperti pergaulan secara langsung. Anak-anak tidak boleh dikurung di rumah dan dihalang daripada keluar bersosial. Biarlah anak berkawan asalkan kita tahu siapa rakannya, ibu bapa mereka, aktiviti yang dilakukan serta lokasi pertemuannya.

Pada masa sama lakukan pemantauan sebab kita tidak mahu anak-anak terbabit
dengan aktiviti tidak sihat.

4. Dedah anak-anak dengan aktiviti lasak.

Aktiviti lasak seperti ‘flying fox’, panjat dinding batu, berkuda, memanah dan berenang dapat meningkatkan keberanian dalam diri anak.

Bayangkan di barat ada aktiviti ‘bungee jumping’. Aktiviti ini memerlukan kaki kita diikat dan kemudian terjun dari satu kedudukan yang tinggi langsung ke bawah. Pasti menakutkan dan menggerunkan.

Tetapi, apabila selesai mencuba, pastilah keberanian diri meningkat. Sebenarnya banyak lagi aktitivi yang boleh dilakukan bagi menguji keberanian anak-anak. Misalnya adakah anak kita berani naik ‘roller coaster’ atau sentiasa mengelak.
Jadikanlah anak kita seorang yang lasak dan berani kerana ia penting dalam pembentukan jati diri mereka.

5. Bawa anak ke majlis orang dewasa.

Berikan anak-anak bergaul dengan orang tua atau mereka yang lebih dewasa daripada usianya.
Berikan dia ruang bertanya dan bercerita.
Pengalaman ini akan menjadikan dia seorang yang berani berdepan dengan orang ramai nanti.

Ada ibu bapa yang masih berpegang pada kepercayaan bahawa membawa anak-anak ke majlis orang tua sebagai kurang adab.

Kita tengoklah apa bentuk majlisnya itu. Memang ada yang tidak sesuai di bawa anak. Tetapi jika majlis menyambut bayi, hari lahir, kenduri atau perkahwinan, bawalah mereka.

6. Latih anak mengambil risiko. 

Anak-anak perlu dilatih agar berani mengambil risiko. Ini bukan bermakna mereka melakukan sesuatu pekerjaan secara membuta tuli.
Ada bezanya melakukan kerja bahaya dengan kerja berisiko.

Memanjat pokok itu kerja berisiko tetapi jika bergayut di dahan tinggi tanpa sebarang langkah keselamatan, itu kerja berbahaya.

Begitu juga memberi peluang anak remaja belajar membawa motosikal itu kerja berisiko tetapi membiarkannya membawa motosikal tanpa memakai topi keledar dan memecut laju itu kerja berbahaya.

7. Bercakap secara positif.

Bagi menanamkan keberanian dalam diri anak, ibu bapa perlu bercakap secara positif dan sentiasa menunjukkan pada anak kita yakin serta percaya akan kebolehan dirinya.

Anak-anak juga perlu tahu dan sedar yang ibu bapanya bersedia menerima kekurangan, kesalahan dan kesilapan mereka dengan hati yang terbuka asalkan belajar sesuatu dari pengalaman itu.

Sifat terbuka ibu bapa penting bagi menjadikan anak-anaknya seorang yang berani mencuba dan bertindak.
Sebenarnya, sifat berani itu boleh dididik.

Dalam program Motivasi Alihan Pelajar, anak-anak dilatih berani tampil di pentas dan bercakap di khalayak ramai hinggakan ada ibu bapa yang menitiskan air mata terharu melihat perubahan anaknya.
Tetapi, ibu bapa perlu berkorban sedikit bagi memastikan anak-anaknya lebih berani selepas ini.

Dengan memasukkan anak-anak ke program Motivasi Alihan Pelajar, ibu bapa akan mendapati anak-anak mereka lebih bersedia berbanding pelajar lain.
Motivasi Alihan Pelajar adalah satu program motivasi yang wujud sejak 1995.

Program yang diadakan mampu membuka mata dan menggerakkan hati serta meningkatkan kemahuan anak-anak bagi mencapai kecemerlangan.

Hubungi 03-22734622/016-5580719 atau 05-3134622/016-5580619 atau layari laman web kami di www.laman-map.com untuk maklumat lanjut.

33 comments:

  1. k.ros,anak2 sy semua lelaki
    mmg kena bagi betul2 jadi anak jantan

    ReplyDelete
  2. terima kasih sudi berkongsi tips yang sangat berguna ..

    ReplyDelete
  3. Thanks for this post its really interesting i bookmark your blog for future stuff like this..
    Buick Enclave AC Compressor

    ReplyDelete
  4. a'aa betoi tu kak.. sy setuju tu... kalu kita terlalu mnjakn ank.. nanti akn dtg.. ank jugak yg susah..

    ReplyDelete
  5. terima kasih kak ros..bagus entry ni...saya setuju semua tu kak ros jangan terlalu manjakan anak2...

    ReplyDelete
  6. betul tu.sebaik-baiknya bagikan dorang guide,tapi jangan sampai terlebih tolong.biarkan dorang cari keberanian dalam diri sendiri untuk hadapi masalah dalam hidup dorang,walaupun kecik lagi.

    it's best untuk ingatkan dorang yang the parents will always be there to guide. :)

    ReplyDelete
  7. terima kasih kak ros sudi berkongsi tips yg berguna ni....

    ReplyDelete
  8. assalam ros..thanks sahre info2 yg begini..

    ReplyDelete
  9. ehem `share`..hu2x..mama tersilap taip..

    ReplyDelete
  10. betul tu kak ros...sekarang ni saya tengah mengajar anak bujang saya bagaimana berbelanja dgn berhemah...dia di uitm skrg..mmg takreti nak berbelanja dgn bijak

    kami bg dia 500rgt sbln setiap 2mgu abahnya masukan 250rgt tapi kan dia tau nk minta tambah je..so sekarang saya off kan hp saya..takde duit?pandai2 la dia berjimat dgn balance yg tggl sampai hujung bulan..ok ke mcm tu?

    ReplyDelete
  11. Terima kasih Ros, sudi berkongsi tips yang sangat berguna ..

    ReplyDelete
  12. baca kali ketiga da ni,masih tersenyum bce post ni. :)

    ReplyDelete
  13. Salm Fieda,

    Sama2....benda yang baik kita kongsi bersama....

    ReplyDelete
  14. Salam Anim,

    Betoi tu Anim....anak jantan ni, mesti lah lagi kena berani,kalau tak, macam mana depa nak jadi ketua keluarga nanti kan...

    ReplyDelete
  15. Salam Acik,

    Sama2.....benda yang baikkan Acik....apa salahnya kita berkongsi ngan semua orang.....

    ReplyDelete
  16. Salam IntaNBerliaN,

    Semua orang sayangkan anak2 depa kan....tapi biarlah sayang tu dengan cara yang betoi....

    ReplyDelete
  17. Salam ainnoraini,

    Sama2.....ya bagus buat panduan kita semua....

    ReplyDelete
  18. Salam Khairin,

    Ya....betoi tu Anies....

    ReplyDelete
  19. Ya betoi tu Mr.Clive...tapi kadang2 tu di sebabkan sayang,kita tak sedar pun yang kita dah terlalu manjakan anak2 ni.....sampaikan depa dah tak boleh nak hidup berdikari lagi dah..kalau lah ini terjadi,kasih sayang kita jugak lah yang akan menyusahkan hidup depa nanti kan....?

    Sama2lah kita bagi kasih sayang yang betoi kat anak2 kita.....

    ReplyDelete
  20. Salam Mulut Payau,

    Sama2....Apa2 yang berguna tu iasyaallah Kak Ros akan kongsi bersama....

    ReplyDelete
  21. Salam Mulan,

    Ya sama2 lah Mulan.....

    ReplyDelete
  22. Salam mama aini,

    Waalaikumsalam mama......Sama2....

    Tak dak masaalah pun la mama,silap sikit ja tu.....

    ReplyDelete
  23. Salam Saniah,

    Pendapat Kak Ros la Saniah....Walau macam mana cara sekali pun kita mengajar anak2 kita ni kan biar lah dengan adil dan bersederhana....janganlah terus menerus tolong bagi bantuan kat depa dan jugak jangan terus menerus biarkan depa tampa bantuan...

    ReplyDelete
  24. Salam Norsalmi,

    Ya...sama2 lah Salmi...

    ReplyDelete
  25. Terima kasih la Mr.Clive.....tak jemu2 dok baca N3 ni....Apa yang membuatkan Mr.Clive dok tersenyum sangat tu......he.he.he.......

    ReplyDelete
  26. Salam YaYaNsMuM,

    Ya...sama2.....

    ReplyDelete
  27. wahh kak memang berguna sangat2 ilmu nie=)tq sharing

    ReplyDelete
  28. Salam Wan nurul hezrina,

    Ya sama2 Wan.....ilmu yang baik ni pakat2 la kita berkongsi kan....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails