Sahabat adalah perisai diri

Saturday, January 7, 2012

Hebat betoi budak2 la ni....

Salam,
Hebat betoi la budak2 la ni.... bila setan dah kuasai diri, camni la jadinya. Lupa kot Tuhan tu lebih berkuasa, hampa ingat senang ka nak ambik nyawa orang. Sib baik la budak pompuan tu tak mati.

Kalau camni lah punya gaya nak tunjuk kata sayang.... kelam kabut habih la dunia.

Anak-anak dara la ni kalau nak bercinta tu hati-hati laa... Mak pak wajib sangat kena ambik tau pasai anak-anak kita, tang mana depa pi, ngan sapa depa berkawan dan apa kerja buat depa hari-hari.

Bukannya apa, risau gak kak Ros ni haa... maklum ja la kan, kak Ros pun ada anak dara yang tengah ranum... Takut pujukan syaitan melebihi pertimbangan. Ngeri kan macam cerita kat bawah nih...


***************************

Dendam cinta ditolak
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad dan Yusmawati Mhd Yusof
am@hmetro.com.my
DITAHAN...suspek yang menikam teman wanitanya menggunakan pisau pemotong sayur (gambar kecil).

MELAKA: “Kalau aku tak dapat kau, aku pastikan orang lain pun tak dapat.” Itu kata seorang lelaki sebelum menikam kekasihnya dengan sebilah pisau selepas mereka bertengkar berikutan mangsa tidak mahu lagi meneruskan percintaan mereka.

Kejadian berlaku berhampiran tempat letak kereta sebuah restoran berhadapan bangunan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Ayer Keroh di sini, kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Akibat dua tikaman oleh teman lelakinya itu, mangsa, Norzila Alismadi, 22, yang bekerja sebagai juruwang restoran makanan segera, cedera parah di perut serta rusuk kiri dan kini menerima rawatan di Hospital Melaka (HM).

Suspek yang bekerja sebagai penarik kereta dikatakan nekad menikam Norzila menggunakan pisau pemotong sayur kerana cemburu selepas wanita itu berkawan dengan lelaki lain serta mahu memutuskan hubungan mereka yang dijalin sejak lapan bulan lalu.

“Sebelum itu dia (suspek) tanya betul saya tak nak dia lagi? Saya kata kalau hendak pun, dia kena bekerja dan saya minta dia cari perempuan lain. Dia kemudian berkata kalau dia tak dapat saya, dia akan pastikan orang lain pun tak dapat.

40 comments:

  1. k.ros... budak sekarang buat kerja tak pikiaq dulu. xde istilah pikiaq 10x, 100x...

    ReplyDelete
  2. Melihat keadaan sekeliling inilah membuat kakak nekad hantar semua anak-anak kakak ke sekolah aliran agama... mahu dia perkuatkan iman di dada sebelum terus menikmati kebejatan dunia hari ini...

    Betul siapa tak takut....

    ReplyDelete
  3. “Kalau aku tak dapat kau, aku pastikan orang lain pun tak dapat.”

    penah jadi perkara mcm ni dekat kwn baik sy..tp si lelaki tu guna ilmu hitam..~ apa yg jadi kdg2 x terjangkau di fikiran..

    mak sy selalu pesan, amalkan doa pendinding & amalkan solat hajat mohon perlindungan dgn Tuhan..~

    kalau berfikir dgn akal logik kita, mmg kita xkan fhm kenapa org boleh bertindak sekejam itu..tp dunia skrg,apa pun x mustahil..~ hmm..

    ReplyDelete
  4. sebab perempuan sanggup bertindak macam ni? akai ada?

    ReplyDelete
  5. macam macam zaman sekaarang, rendah betul pemikiran diorang, ingat lepas bunuh orang selesailah masalah kot?

    ReplyDelete
  6. ganas sangat la budak2 sekarang..beza sangat dgn zaman sy dulu...

    ReplyDelete
  7. bkn setakat setan je kak ros..hantu raya dan segala jin semua da dirasuk...

    ReplyDelete
  8. pelik kn, bila dah cinta tak kesampaian tue teima lah dgn redha nie siap nk tikam2 dgn pisau..

    cinta kpd manusia melebihi cinta kpd Tuhan mmg bahaya..

    ReplyDelete
  9. ORG ZAMAN SKRG DH SUSAH NAK CONTROL AMARAH, X SABAR, ITU YG BYK KES BUNUH SKRG NI..

    BTOL TU IBUBAPA MEMAINKAN PERANAN PENTING DH SEMAKIN MENCABAR PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB IBUBAPA SKRG NI.

    ReplyDelete
  10. memang menakutkan...bnyak sangt kes2 macam ni berlaku....

    ReplyDelete
  11. ngeri tul..pisau potong sayur pun jadi..

    ReplyDelete
  12. MasyaAllah... menakutkan... mintak2 lah anak2 kita dijauhkan dr semua ni...

    ReplyDelete
  13. bak kata mak sy.. budak2 macam sy payah nk ditegoq

    ReplyDelete
  14. assalam ros..kerana cemburu manusia sanggup melakukan perkara2 yg diluar jangkaan..hu2x..kena berhati2 skrg ni bila berkawan..

    ReplyDelete
  15. istigfar banyak2..

    klu emosi menguasai diri..kewarasan dan pertimbangan semua dah hilang..

    mudah2an dijauhi Allah pekara2 buruk terhadap anak2 kita..

    ReplyDelete
  16. ini yg guna cara kasar..yg guna cara halus pon ada lagi...adoi...dunia sekarang...takot plak.

    ReplyDelete
  17. ouh itu lah puncanya ye.. ish2.. betul gak tu.. kita pon , parents tau kita kwn dgn sape , siap bwk jumpa mak ayah lg... huhu.. sbb takut jd apa2..

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum.

    Mohon dijauhkan daripada perkara-perkara sebegini.

    ReplyDelete
  19. Aslmkum K.Ros.
    Inilah akibat bila cemburu menguasai diri.....hilang pertimbangan dan akal fikiran. kena berhati2 dlm memilih kawan....

    ReplyDelete
  20. Salam Anim,

    Betoi tu Anim...Allah suruh kita berfikir dan bersabar masa kita dok tengah menghadapi satu2 masaalah....kalau diri tu dah lupa kat tuhan....mana nak boleh pikir dan sabar lagi dah,pasai setan dah menguasai diri....

    ReplyDelete
  21. Salam kakzakie,

    Tindakan yang sangat baik,untuk mengatasi masaalah tingkah laku anak2 ni....ni lah yang Kak Ros dok katakan, mak pak ni memang harus kena mainkan peranan yang penting dalam hidup anak2 kita...Anak2 kita adalah tanggungjawab kita,depa adalah amanah Allah kat kita....bukannya hanya sekadar bagi pelajaran ekademi dan agama saja...yang pentingnya...kita harus kena bagi depa paham apakah itu agama dan jugak kita mesti terapkan nilai2 hormat menghormati,kesabaran dan kasih sayang sesama insan....

    ReplyDelete
  22. Salam SaL IjOu,

    Benda2 yang macam ni lah setan suka sangat tu....dia tepuk tangan ja pasai dia dah berjaya menyesatkan umat nabi muhammad....Allah bagi kita akai dan pikiran,tapi tak mau nak pakai...ni lah jadinya...

    ReplyDelete
  23. Salam Lya,

    Manusia yang macam ni memang tak dak akai pun Lya....orang macam ni kan,dia tak tau pun cinta kasih sayang tu lagu mana...

    ReplyDelete
  24. Salam Kasihibu,

    Tu la kan kasihibu...lagi pun dia ingat dia boleh terlepas ka bila dah buat kat orang macam tu.....kalau terlepas sekali pun,di akhriat nanti ada lagi balasan yang dok tunggu..hakikatnya takkan terlepas jugak la dari hukuman...

    ReplyDelete
  25. Salam Norh,

    Tu la kan Norh....zaman la ni kan zaman canggih,semuanya ada.....bab2 cerita ganas ni,belambak dok ada,dalam filem la,dalam game la,bersepah di mana2....semuanya benda2 ni boleh mempengaruhi minda anak2 zaman la ni.....

    ReplyDelete
  26. Salam khaiRin,

    Emmm....memang pun Anies....tak dak yang tetinggai satu pun lah..semuanya ada....

    ReplyDelete
  27. Salam Terbang Bersamaku,

    Emmm.... memang pelik dia ni....macam budak tu saja pompuan kat dunia ni....dia ni kan mana faham cinta kasih sayang tu macam mana.....Kat sesama insan pun tau tau nak berkasih sayang, apatah lagi kat Allah yang maha esa....Kalau kita sayang kat Allah...kita akan menyayangi kesemua ciptaannya.....

    ReplyDelete
  28. Salam Sweetmama,

    Mengawal kemarahan dan nak kekalkan kesabaran dalam diri kita ni,bukannya mudah untuk seseorang tu melakukannya....dia hanya boleh diatasi dengan mengingati Allah selalu dan diterapkan kedalam dirinya dari dia mula2 mengenali mak pak dia lagi....

    ReplyDelete
  29. Salam Mulut payau,

    Betoi tu MP...tambah2 lagi kita ni ada anak perempuan kan....

    Zaman la ni anak lelaki ka anak perempuan ka sama saja....mesti kena bagi perhatian lebih....

    ReplyDelete
  30. Salam Tiramisu Fatiema,

    Emmm....Kak Ros tak boleh nak bayangkan,memang mengerikan la Tiramisu Fatiema.......kalau setan dah menguasai diri,memang dah tak ingat apa dah...

    ReplyDelete
  31. Salam IntaNBerliaN,

    Ya Intan....Dunia la ni memang menakutkan,apa2 saja boleh berlaku tampa di duga..jangan lah lupa mengingati Allah selalu...Dia akan ingat kat sapa yang sentiasa dok ingat kat Dia....

    ReplyDelete
  32. Salam cik Nisa,

    Betoi kata mak Cik Nisa tu....Payah bagi orang yang tak mau dengar,tapi tak susah bagi orang yang nak dengar kan.....

    ReplyDelete
  33. Salam mama aini,

    waalaikumsalam mama......ya berhati hati lah bila nak berkawan tu,kita tak tau macammana hati budi seseorang tu kan mama....?

    ReplyDelete
  34. Salam Sal,

    Macam tu lah yang selalunya dok terjadi...Jangan lupa mengingati Allah selalu...Hanya Allah jua yang dapat melindungi kita dari benda2 yang tak elok ni semua...

    ReplyDelete
  35. Salam Nuwairani,

    Tu la kan Nuwairani....kalau dah iman tak dak di dada ni,apa pun depa boleh buat..dah lupa dah yang Allah tu mengetahui dan lebih berkuasa dari segalanya....

    ReplyDelete
  36. Salam Cik pipi Tembam,

    Bagus la kalau macam tu Cik pipi Tembam.....sekurang kurangnya mak pak kita tau ngan sapa kita dok berkawan....Kadang2 tu kan...Kak Ros rasa macam kita sendiri pulak yang dok mengudang benda2 yang tak elok macam ni kan....?

    ReplyDelete
  37. Salam Ashrafi,

    waalaikumsalam Ashrafi.....Ya....sentiasalah mengingatiNya....kerana Allah jua lah tempat untuk kita berlindung....

    ReplyDelete
  38. Salam Mamasya,

    Betoi tu Mamasya....zaman la ni jangan dok mudah percaya sangat kat orang...pasai Kak Ros dok tengok la ...kebanyakkan nya orang zaman la ni depa utamakan dunia lagi daripada akhirat,tu yang banyak dok jadi macam2 tu...

    ReplyDelete
  39. uiii mintak jauhlah ek kak..budak2 skang ikut hatijer bukan nak guna akai

    ReplyDelete
  40. Salam Wan nurul hezrina,

    Emmm...memang pun Wan....nak simpan buat apa pun tak tau la akai tu nooo....apa pun hati2lah bila nak bergaul ngan orang yang kita tak kenai tu ya....kadang2 tu yang kita kenai pun,dia boleh buat hal.....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails