Sahabat adalah perisai diri

Monday, January 9, 2012

jangan dok pandang ringan....

Salam,
Jangan la kita dok pandang ringan kalau kita ada mengalami masalah kesihatan diri...salah satunya ialah masaalah hidung berdarah,Kalau kita mengalami hidung berdarah ka atau hidung tersumbat, lebih2 lagi,di sebelah bahagian saja cepat2lah pi jumpak doktor....Selalunya kita mungkin akan menyangka masaalah ni disebabkan suhu badan kita terlalu panas sampai darah keluar dari hidung atau hidung kita tersumbat disebabkan selesema.....

Walaupun ia menyerupai gejala masalah kesihatan lain, tapi ia juga sebenarnya adalah antara gejala kanser hidung atau nasopharyngeal carcinoma (NPC).
Kanser ini terjadi pada bahagian belakang hidung dan di atas tekak.

Pesakit kanser hidung ni jugak mungkin tidak menyedari yang depa ni menghidap penyakit itu pasai pesakit ni cuma mengalami sakit biasa seperti bengkak kat leher, telinga berdengung di sebelah bahagian, sakit kepala yang berterusan mahupun penglihatan kabur atau imej yang dilihat berbayang.

Risiko lelaki mendapat kanser hidung dua kali ganda lebih tinggi berbanding orang perempuan...
Kat Malaysia ni....penyakit ini sering dihidapi oleh lelaki Cina dengan nisbah 14:100,000 manakala perempuan Cina (3.8).
Di kalangan lelaki Melayu pulak daripada 100,000 orang, empat mungkin terdedah penyakit itu manakala wanita Melayu dengan nisbah 1.3. Dan masyarakat India lah yang paling sedikit sekali dikesan mengalami masalah itu iaitu 1:100,000 (lelaki) dan 0.2 (wanita).

Kebanyakkan kita yang berusia 50 hingga 69 tahun akan lebih terdedah kepada risiko kanser hidung. Antara punca penyakit pembunuh ini ialah genetik, faktor pemakanan, terutama makanan yang diawet dengan kandungan garam tinggi seperti ikan masin dan sayuran jeruk atau jangkitan kuman Epstein-Barr Virus (EBV).

Kebanyakannya kanser ni berpunca daripada sel yang menyerang tetapi untuk NPC, serangan virus memang terbukti menjadi antara puncanya kerana ia terkandung dalam sel kanser hidung.

Individu yang pernah diserang virus EBV, dalam masa 10 tahun boleh mendapat 200 kali lebih tinggi kanser hidung berbanding mereka yang bebas virus itu.

Jangkitan EBV boleh merebak daripada ciuman, air liur, jangkitan sakit tekak dan faktor kebersihan. Depa yang terdedah dengan persekitaran kotor atau tidak menjaga kebersihan boleh mendapat jangkitan kuman berkenaan.

Kanser hidung ni boleh dirawat dan disebabkan itu, kesedaran masyarakat mengenai
gejala berkenaan perlu dipertingkatkan. 

“Ia tidak dialami di seluruh dunia tetapi lebih banyak dihidap penduduk di Asia dan Afrika. Kanser hidung paling banyak berlaku di China.

“Bagi depa yang tidak mempunyai apa2 gejala, pencegahan dan pengesanan awal boleh dilakukan dengan cara menjalani ujian darah (EBV serology) atau pemeriksaan menggunakan kamera melalui hidung (teleskop kamera). Ujian ini digalakkan untuk semua orang dan terutama sekali bagi depa yang ada ahli keluarga menghidap kanser hidung,”.......

Malangnya, kurang 10 peratus pesakit mendapatkan rawatan pada tahap awal menghidap kanser itu, sebaliknya kebanyakan pesakit datang berjumpa doktor apabila penyakit itu di tahap serius.

kalau kita lambat mendapatkan rawatan, kanser hidung ni boleh merebak ke mata dan pangkal otak.
Rawatan untuk penyakit ini ialah kemoterapi dan radioterapi. Pesakit yang menjalani kemoterapi dan radioterapi tetapi selepas itu penyakit berkenaan menyerang kembali perlu menjalani pembedahan.

Kalau masalah ni terjadi kat leher, pembedahan membuang bahagian diserang kanser akan dilakukan manakala kalau kat hidung pulak, pesakit akan menjalani prosedur endoskopi.

Kira-kira 70 peratus pesakit kanser hidung mempunyai bengkak kat leher yang berbentuk berbiji-biji.

GEJALA

Hidung berdarah; 

Hidung tersumbat (di sebelah saja);

Bengkak kat leher;

Telinga berdengung (di sebelah saja); 

Sakit kepala yang berterusan; 

Penglihatan kabur dan berbayang.

PENCEGAHAN

Jaga kebersihan makanan — kurangkan pengambilan ikan masin, merokok dan minuman keras. Untuk semua kes kanser, rokok dan arak menyebabkan risiko lebih 20 kali untuk mendapat penyakit itu berbanding mereka yang tidak mengambilnya;

Amalkan pemakanan seimbang. Pesakit ni jugak digalakkan mengambil makanan tambahan seperti acai berry, delima, epal , anggur atau jus buahan berkenaan mahupun ‘transfer factor’.

Apa pun kita cuma berikhtiar....Allah jua yang menentukan nya.......

48 comments:

  1. anak sulung sya pon pernah berdarah hidung...rasanya dah 2 kali..1st time kat skolah...agaknya panas main kat padang kot...2nd time kat umah...tgh tdo pas maghrib..bangun2 jer idung kua darah...

    bahaya gak ek...igtkan biasa2 jer

    ReplyDelete
  2. ms kecik2 dulu slalu kena..alhamdulillah da meningkat dewasa ni krg sket...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillak tak pernah kene hidung berdarah

    ReplyDelete
  4. k.ros..tq kongsi info..
    berhajat nak bawa anak p check specialist bila baca n3 k.ros..
    2,3 kali dah hidung dia berdarah bangun tidur...
    risau saya..

    ReplyDelete
  5. hidung berdarah ni ada bermacam sebab yeee....

    ReplyDelete
  6. dulu masa kecik² pernah jgk kene.. alhamdulillah.. sekarang dah xde lagi...

    ReplyDelete
  7. anak saya yg faeiz ni pg tadi hidung berdarah lagi..bila nmpk ni,terus baca..tp,tula dia selalu berdarah bukan kat sebelah je,kadang2 sebelah kanan,kadang2 sebelah kiri.harap2 takde apa2..

    ReplyDelete
  8. ramai gak member yang kena...

    ReplyDelete
  9. bila panas sangat kat luar mmg uidung berdarah..takot gak ek kaka..harap mintak jauhlah dr penyakit

    ReplyDelete
  10. sy slalu mgalamami masalah hdung bdarah.. tp doc suspek sy ada ketumbuhan dlm otak.. ekceli..sy dh buang ktumbuhan tu msa umur 15 thn.. mybe tumbuh balik.. tp smpai skarang x dpt result.. sbb ada sejenis ubt y knna cucuk msa buat mri x dpt msuk dlm badan sy.. reject.. jd smpai skarang xtau reesult camner..

    ReplyDelete
  11. Anak jiran kakak kalau main lari-lari atau terlebih main selalu keluar darah. Tapi kakak nampak nanti dia gulng daun sireh dan masukkan di lubang hidung. Sekejap dah baik tau.... tapi kerap anak dia kena. Sebab itu tak boleh masuk sukan...

    ReplyDelete
  12. ALAMAK TAKUTNYER SAYA.. ANAK2 SERING IDUNG BERDARAH KALAU TERLALU LAMA SGT MAIN DI LUAR RUMAH DI KALA ARI PANAS2 GINI... KALI NI X BLEH DI PANDANG RINGAN ...

    ReplyDelete
  13. salam kak ros,

    bahaya juga part hidung ni..
    selalu kita ambik mudah saja
    thanks kak for the info :)

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah
    seingat cheqna masa kecik2 dulu je pernah kena..skang tidak lagi

    ReplyDelete
  15. Dulu sepupu kak Zai selalu kena tapi sekarang tak ada lagi.

    ReplyDelete
  16. takutnye! anak yg bongsu tu selalu hidung berdarah.. nnti pi cek doktor lah. Tq 4the info.

    ReplyDelete
  17. Dulu anak saya selalu berdarah hidung. Punyalah byk, macam air mengalirnya. Alhamdulillah bila check doktor tak de apa2. Cuma jari dia ni besar sangat dan lubang hidung kecik pulak. Bila korek hidung, berdarahlah. Nak gelak pulak rasanya bila doktor cakap cam tu. Rupa2nya anak saya tuh selalu korek bijih. Hahaha.

    ReplyDelete
  18. as salam & salam perkenalan...
    thx singgah blog...

    arwah datuk saya dulu meninggal disebabkan kanser hidung lah sis...
    zaman2 dulu kan...
    org2 tua mana suka gi hospital...
    dah tu teknologi tak secanggih zaman skarang...
    masa detect pun dah stage 3....
    sempat gak buat kemo bagai...
    tapi dah ajal kan....
    Al-Fatihah....

    ReplyDelete
  19. kena beringat la..akak kan..takut jugak..thanks kak share

    ReplyDelete
  20. assalam ros..thanks share info ni..

    ReplyDelete
  21. hhuhuu ngeri pulak.. selama ni sy selalu pikir mesti sbb bdn panas... perlu lebih peka la lps ni..

    ReplyDelete
  22. thanx 4 d infos... risau pulak sbb ank sulung sy ada mngadu hidung bdrh baru ni

    t.leh pndng ringan, kan!

    ReplyDelete
  23. sgt berguna info ni sis...jgn pandang ringan semua perkara..ini yg paling penting....

    ReplyDelete
  24. Salam Intan Morsalin,

    Bahaya tu intan...la ni macam2 penyakit yang dok ada..kalau dulu2 demam sikit2 ni,kita berubat sendiri ja kat rumah,tapi la ni kita dok ingat demam sikit2,rupanya boleh bawak maut.dah banyak dah kes yang macam ni Kak Ros dengar.jadi la ni kita tak boleh nak pandang remeh dah walau pun dengan penyakit yang besa2.....

    ReplyDelete
  25. Salam Khairin,

    Dulu2 kalau sakit2 macam ni kan Anies,besa ja bagi kita kan....tapi la ni tak leh ingat lagu tu dah,cara hidup kita ni dah tak macam dulu lagi dah.Baru2 ni anak menakan kak Ros demam,umur baru 11 tahun...nampak macam demam biasa ja,bila bawak pi chek doktor,rupa2nya kedua dua buah pinggang dia dah mengecuk pasai dia kurang minum air...kalau la mak dia dok ingat demam biasa ja,tak bawak pi jumpak doktor,mesti buah pinggang dia dah rosak.

    ReplyDelete
  26. Salam Lya,

    Alhamdulillah....bagus la kalau macam tu......harap tu dijauhkan kita dari semua penyakit2 merbahaya ni ya Lya......

    ReplyDelete
  27. Salam Anim,

    sama2 Anim.....kita ingat memperingati sesama kita....Kalau dah Anim kata macam tu.....elok sangat la,jangan dok tunggu lagi dah,bawak ja anak Anim tu terus pi jumpak doktor.... kak Ros pun risau gak ni...

    ReplyDelete
  28. Salam Kazman,

    ya betoi tu Kazman.....hidung berdarah ni ada banyak sebab dia,bukannya pasai panas badan ja.....

    ReplyDelete
  29. Salam Masya,

    Alhamdulillah la dah tak jadi dah...tapi kan Masya,bukan bedarah hidung ja,penyakit apa pun,kita tak boleh ambil ringan...

    ReplyDelete
  30. Salam Kamalia,

    Harap2 tu tak dak apa2 la kan....tapi,kak Ros rasa kan lebih baik lah Kamalia pi chek...lebih puas hati.

    ReplyDelete
  31. salam dwaty,

    Kes berdarah hidung ni memang ramai yang pernah alami,pasai banyak penyakit yang simtom dia berdarah hidung....

    ReplyDelete
  32. salam wan nurul hezrina,

    Betoi tu Wan....Selalunya yang kita dok dengar,kebanyakkan yang berdarah hidung ni memang pasai panas badan la.....tapi ada banyak penyakit lain jugak yang menyebabkan hidung berdarah ni...

    ReplyDelete
  33. Salam LYA,

    Ya ka LYA....bahaya tu,pasai apa depa buat macam tu...LYA jangan dok tunggu lagi dah,pi terus ja tanya depa...takut depa terlupa ka,pasai pesakit banyak sangat la ni....

    ReplyDelete
  34. salam kakzakie,

    Daun sirih ni,untuk menghentikan darah ja KakZakie...kalau hidung dia berdarah pasai badan panas tak pa la nak buat macam tu,tapi kalau hidung dia berdarah pasai penyakit lain,macammana...?kalau sekali atau 2 kali hidung dia berdarah tak pa la...tapi kalau dah kerap sangat,Kak Ros rasa lebih baik bawak pi chek...takut2 ada penyakit lain...

    ReplyDelete
  35. Salam Mayangsayang,

    Betoi tu mayang....bukan hidung berdarah saja.sakit perut ka,pening kepala,demam ka,semuanya kita tak boleh pandang ringan dah di zaman la ni,pasai banyak sangat penyakit yang dok ada ni,yang tak pernah kak Ros dengar pun ada....

    ReplyDelete
  36. Salam Ati,

    waalaikumsalam Ati....Sama2...

    Betoi tu Ati,tapi zaman la ni apa pun kita tak boleh ambik mudah dah..banyak sangat yang dah tercemar..pasai tu la macam2 penyakit yang dok mai....yang tak bahaya pun dah jadi bahaya dah la ni...

    ReplyDelete
  37. Salam Cheqna,

    Alhamdulillah lah ya Cheqna,harap tu tak berulang lagi dah la...pasai kalau orang dewasa lah yang berdarah hidung ni lagi la bahayanya...pasai selalunya yang dewasa ni lah lebih banyak dapat kanser hidung daripada kanak2...

    ReplyDelete
  38. Salam Zaitun,

    Harap tu tak berulang lagi lah ya zaitun...

    ReplyDelete
  39. Salam sudipVSsenduk,

    Ya sama2....elok lah tu,lebih baik kita pi chek,walau tak dak penyakit apa pun tak pa,asal kan hati kita lega dan tak was2 lagi dah kan....

    ReplyDelete
  40. salam Aidah,

    Banyak mana bijih tu ha Aidah....he.he.he...hobi seseorang ni kannya sama betoi dak Aidah...?

    ReplyDelete
  41. salam rasp,

    Waalaikumsalam...salam perkenalan jugak dari Kak Ros....sama2....

    Alfatihah buat datuk rasp..ajal maut tu di tangan Allah,kalau canggih macam mana sekali pun kalau dah sampai masa dia...dia tetap akan tinggaikan kita..kita hanya boleh berusaha ikhtiar saja,Allah yang menentukan semuanya...

    ReplyDelete
  42. Salam Tiramisu Fatiema,

    Ya sama...Betoi tu Tiramisu Fatiema..mau kita dok beringat selalu....

    ReplyDelete
  43. salam mama aini,

    Waalaikumsalam mama....sama2....Apa pun info yang baik insyaallah kak Ros akan kongsi bersama...

    ReplyDelete
  44. Salam IntaNBerliaN,

    Memang pun Intan...selalunya pasai badan panas lah yang berdarah hidung ni kan....Kak Ros pun baru tau saja,rupa2nya ada banyak lagi penyakit yang menyebabkan hidung berdarah ni...

    ReplyDelete
  45. Salam So Shy Lady,

    Ya sama2...harap tu tak dak apa2 lah kan...tapi pendapat kak Ros la..elok lah bawak dia pi chek....hati pun rasa lega kan...

    ReplyDelete
  46. Salam Eye_nee,

    Betoi tu Eye...Kak Ros setuju sangat..jangan pandang ringan dalam semua perkara terutamanya bab penyakit dan kesihatan diri ni lah kan....

    ReplyDelete
  47. Salam kak rose.. Berbiji kat leher tu macam mana keadaannye... Nampak secara luaran atau biji tu bila kita pegang kat leher br rasa?

    ReplyDelete
  48. Punca Hidung Berdarah
    http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/07/punca-hidung-berdarah.html

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails