Sahabat adalah perisai diri

Monday, January 16, 2012

penting sangat untuk kaki nih.....

Salam,
Masaalah kita yang selalau dok sakit kaki ni....kebanyakkannya mai dari kasut yang kita pakai tu tak sesuai ngan kaki kita....Kak Ros pun bukan nya pandai sangat nak cerita pasai kasut ni....kat bawah ni ada la sikit tip mengenai kasut,mai kita baca sama2....



Oleh Norlaila Hamima Jamaluddin
norlaila@hmetro.com.my



MUNGKIN anda perasan, tumit kasut wanita sekarang semakin tinggi. Memang nampak cantik apabila digayakan tetapi sedarkah anda banyak kasut tumit tinggi terutama yang halus dan runcing boleh memberi kesan buruk bukan saja pada kaki tetapi keseluruhan badan?

Tidak hairan jika ada pakar penjagaan kaki atau podiatris menggelar kasut tumit tinggi ini sebagai ‘kasut pembunuh’ kerana ia boleh menyebabkan banyak masalah daripada buku lali tergeliat sehinggalah kesakitan kronik.

Kasut tumit tinggi 

Masalah: Sama ada tumit tinggi atau separa tinggi, ia boleh menyebabkan kesakitan pada belakang tumit. Material kasut yang keras akan menekan bahagian tulang kaki sehingga boleh membuatkan kaki melecet, bengkak, sakit atau tendon Achilles (iaitu keadaan di mana tendon pada otot di bawah betis, di pergelangan kaki akan alami kecederaan). Bentuk kaki juga akan berubah sedikit di mana tulang pada kaki akan tertonjol keluar. 
Kasut yang tumitnya terlalu tinggi akan memaksa semua tekanan (beban badan) tertumpu pada bola kaki. Bola kaki ini ialah bahagian kaki paling lebar di bawah ibu jari. Walaupun saiznya kecil, tetapi di sinilah pertemuan beberapa
tulang dan tekanan yang keterlaluan boleh menyebabkan tulang dan saraf di kawasan ini mengalami keradangan. Bahkan tekanan yang terlalu banyak juga boleh membuatkan tulang mengalami keretakan halus dan mengakibatkan kesakitan. Selain itu, semua kasut tumit tinggi boleh menyebabkan risiko pergelangan kaki terseliuh.

Penyelesaian: Carilah kasut dengan tumit lebih rendah. Ia dapat mengelakkan anda daripada berhadapan dengan risiko mengalami masalah yang disenarai di atas, tetapi pada masa sama, masih boleh bergaya. Pakar podiatris menyarankan memilih kasut yang tumitnya tidak lebih daripada dua inci (lima sentimeter) - itu pun tidak dipakai selalu.

Kasut tumit halus

Masalah: Walaupun semua kasut tumit tinggi boleh menyebabkan masalah, kasut yang lebih berbahaya ialah bertumit halus. Ini kerana semua berat badan akan tertumpu pada satu pusat saja. Orang yang memakai kasut tumit halus perlu berjalan lebih perlahan dan berhati-hati kerana risiko untuk terseliuh atau jatuh sentiasa menunggu, apatah lagi jika lantai agak licin.

Penyelesaian: Jika masih mahu memakai kasut tumit tinggi, carilah tumit yang tebal supaya berat badan diagihkan lebih sekata pada tumit. Ini membuatkan kaki lebih stabil berbanding memakai kasut tumit halus. Pun begitu, tekanan masih dirasai pada bola kaki, tetapi pemakaian kasut tumit tebal akan mengurangkan
risiko jatuh.

 Kasut tapak rata 

Masalah: Siapa kata kasut tapak rata ini ‘mesra’ pada kaki? Berdasarkan perbandingan yang dijalankan Jurucakap Persatuan Perubatan Podiatrik Amerika, Hillary Brenner, kasut tapak rata ini tidak memberikan sebarang sokongan kepada kaki. Ia menghalang kaki daripada berfungsi sepenuhnya dan boleh menyebabkan masalah lutut, pinggul dan pinggang. Kekurangan atau ketiadaan sokongan pada tapak kaki dikaitkan dengan kesakitan yang dipanggil plantar fasciitis (keradangan pada tisu tapak kaki dan membuatkan tumit sakit ketika berjalan).

Penyelesaian: Jika suka memakai kasut tapak rata, beli pelapik kasut yang boleh memberi sokongan kepada kaki, sekali gus memberi kusyen pada tumit. Pelapik ini terutama yang dibuat khas untuk kaki akan mengurangkan semua masalah dan kesakitan kaki. Sokongan pada lengkungan tapak kaki akan mengurangkan tekanan pada bahagian kaki yang sensitif.

Selipar

Masalah: Ia tidak menawarkan perlindungan pada kaki dan kaki anda terdedah kepada kecederaan. Mereka yang ada kencing manis tidak digalakkan memakai selipar untuk mengelakkan sebarang kecederaan. Ingat, pada
pesakit kencing manis, luka yang kecil pun boleh mendatangkan kemudaratan kerana kaki mereka sudah tidak sensitif dan mungkin tidak sedar luka menjadi semakin teruk.

Apa yang lebih membimbangkan, luka yang tidak dirawat dengan rapi boleh menyebabkan gangren (tisu mati) sehingga membawa kepada pemotongan kaki (amputasi).
Selipar juga seperti kasut tapak rata, ia tidak memberi sokongan kepada kaki.

Penyelesaian: Carilah selipar sporty yang memberi lebih banyak sokongan pada kaki. Tapak selipar yang lebih tebal akan melindungi kaki daripada berasa sakit terpijak batu. Lebih baik jika selipar itu direka mengikut lengkungan tapak kaki.

Kasut tebal dan baji

Masalah: Kasut tebal dan baji biasanya mempunyai lantai yang keras dan ia menghilangkan biomekanik ketika berjalan. Ini akan membuatkan kaki cuba membengkok dalam cara tertentu, tetapi tidak berjaya kerana kasut yang keras. Jika tumitnya jauh lebih tinggi daripada bahagian ibu jari, maka tulang jari kaki akan berasa banyak tekanan.

Penyelesaian: Beli kasut tebal atau baji yang lebih rendah. Walaupun ia masih tidak disarankan, kasut ini tidak memberikan banyak tekanan berbanding kasut bertumit tinggi. Kalau masih mahu memakainya, selang selikan dengan kasut jenis lain, bukan dipakai setiap hari.

Kasut runcing di depan

Masalah: Ia mungkin nampak bergaya, tetapi kasut runcing di depan ini akan menghimpit keseluruhan bahagian depan kaki. Selepas satu tempoh, ia akan menyebabkan kesakitan saraf, bunion (ada benjolan sakit di bawah ibu jari dan menyebabkan jari bengkok), melecet dan jari kaki bertindan serta senget. Kasut runcing di depan adalah faktor paling biasa yang menyebabkan masalah bunion pada wanita.

Selain itu jari kaki akan nampak cacat kerana ia dipaksa berhimpit antara satu sama lain. Apabila kecacatan berlaku, ia tidak boleh dikembalikan kepada keadaan asal kecuali melalui pembedahan.

Penyelesaian: Cari kasut yang mempunyai rekaan lebar di depan. Jika masih mahukan kasut yang runcing di depan, pilih kasut yang bahagian runcing ini melepasi jari.

Salah saiz

Masalah: Sembilan daripada 10 wanita membeli kasut yang satu saiz lebih kecil kerana mahu kaki mereka nampak comel. Malangnya ia boleh menyebabkan belulang, melecet, bunion dan pelbagai masalah lain. Kajian menunjukkan ramai kanak-kanak kini juga memakai kasut yang salah saiznya dan meningkatkan risiko mengalami kecacatan kaki ketika membesar.

Penyelesaian: Ukur kaki dan beli kasut yang sepadan dengan saiz kaki.
Ketika mencuba, cuba kasut baru sambil berdiri dan berjalan. Lebih baik beli kasut pada waktu petang ketika kaki kembang sedikit. Paling penting, ia perlu selesa dan memberi sokongan yang diperlukan oleh kaki dan seluruh badan.

29 comments:

  1. Banyaaaak dah saya try dan banyaaaak jugak masalah timbul. Last2 pakai kasut scholl lama punya edisi yang saya jumpa masa pi Langkawi hari tuh. Kat KL dah tak de keluar jenis camtu, heelsnya ada gel like function dan tak tinggi pun hanya 1 inci saja. Nak pakai flats pun saya tak boleh, sakit pinggang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah, bila pakai flat saya sakit tulang belakang, nk solat pon kena plahan2 nk sujud.huhu. saya cuma pakai 2 bln je,

      Delete
  2. kalaulah kaki tu ada mulut dan boleh bersuara, tentu dia nak pilih sendiri jenis kasut yang sesuai....:)

    ReplyDelete
  3. er, saya pun susah nak cari kasut yg sesuai..sebabnya kebanyakkan kasut tu licin, tapak tak mesra alam... saya sanggup cari kasut yg tak lawa tapi tak licin...

    ReplyDelete
  4. k.ros, sejak sakit tumit...say bye bye to high heels..kadang2 nampak tak kena gaya, apa nak wat...janji kaki tak sakit.
    alasan dr..dulu masa muda2 pakai kasut berheel yang tak sesuai...la ni,dapat "balasan" di usia 40++..

    ReplyDelete
  5. saya kalau pakai kasut tinggi, attend event atau meeting2 penting je. kalau x, lagi selesa pakai pump shoe. sedap kaki sket

    ReplyDelete
  6. sesetengah org xksh kena kutuk sbb kasut, asalkan kaki dia selesa je.pakai heel mmg xelokkan, efek kat sistem bdan di kemudian ari.

    ReplyDelete
  7. sye dlu suke kai mcm pesen kasut skali ble dh ade baby ni slalu kai yg xde tumit..lps bersalin kaki slalu skt²..huhuhu

    ReplyDelete
  8. saya lebih suka pakai sandal jer...

    ReplyDelete
  9. salam kak ros.. kita tak suka heels. sbb mmg tak reti pakai.. kita prefer ksut ballet yang rata tu. tp kata tak elok sgt pakai rata.. tinggi sgt pon tak boleh.. boar sedang je kan.. kalau kasut sedap2 ni byk kt kedai bata dgn scholl...

    ReplyDelete
  10. salam kak ros,

    ati ni tengah sakit tumit
    rasa mcm bengkak tapi tgk
    tak pula bengkak

    yg hairan tu tak pula pakai
    kasut tumit..aduhai..nk jejak
    lantai pun takut...sakittt!

    ReplyDelete
  11. yana suka pakai wedges..:)
    selesa dan sweet..ehehehe..

    ReplyDelete
  12. kalaulah kasut tu ada kaki...dah lama dok lariii hihi..

    psst Ati, sakit tumit eh? dah pi check kolesterol? kdg sakit tumit disebabkan banyak kolesterol dlm badan....pi lah jumpa doktor cepat..

    ReplyDelete
  13. assalam ros..dulu mama pakai tumit tinggi ni..skrg mama lbh selesa pakai kasut flat..hu2x !!..thanks share info !!..

    ReplyDelete
  14. memang risiko jugak pakai high heel nie...

    ReplyDelete
  15. susah jugak la ea nak cari kasut yang "betul" ni...haih...pening gak kepala lepas dibaca artikel ni.

    ReplyDelete
  16. kak, betul ke fakta ni? hehehehe

    dulu suka kasut tggi tp lps 1 insiden ni...slalu beli je tp x pakai2 heheeh

    ReplyDelete
  17. Saya pakai kasut yg tumitna tak berapa tinggi pun...tak mau la saya menyiksa diri pakai kasut tumit halus ni...

    ReplyDelete
  18. dulu sy suka sgt pakai kasut tumit tinggi tp skrg ni dah xpakai sbb mcm dah susah nk kne dukung ank n mcm2 lg la..hihii

    ReplyDelete
  19. akak kalau kasut memang tak berapa suka pakai...sendel biasa je oklah...

    ReplyDelete
  20. kasut tumit tinggi mmg bahaya utk kesihatan..tp itu jugaklah yg ramai org suka..

    ~sy lebih suka pakai sneekers & sports shoes..~

    ReplyDelete
  21. tak pakai tumit tinggi sebab masalah belakang

    ReplyDelete
  22. Salam kenal kak Ros

    Masa muda kita suka kasut tinggi...bermacam2 fesyen...laa ni tak larat lagi...saiz badan dah lain macam

    ReplyDelete
  23. Assallamualaikum kak Ros..
    Naz kan, masa zaman anak dara dulu mmg suka sgt pakai kasut bertumit. Walaupun tak le tinggi melebihi 2-3 inci tapi mesti ada tumit. Tapi semenjak dah ada anak2 ni, bila ada kasut tumit tinggi pun pakainya tak sampai 10 kali pun..hehehe.. Sebab cam rasa lebih selesa pakai yg flat jer tumit nya.. Kadang2 teringin gak nak pakai balik yg bertumit tinggi..hahaha..verangan!

    ReplyDelete
  24. isteri saya suka yang tapak rata.... katanya tak penat berjalan...

    ReplyDelete
  25. ooo patutlah walaupun nurul pakai kasut tapak rata still sakitgak pinggulnie..baru taw..tapi nurul takleh plak pakai kasut tumit tinggi sbb dulu xcdent dah belok kaki

    ReplyDelete
  26. saya pakai kasut tumit tinggi ni masa kerja jer.. itu pun ikut mood, lagi selesa pakai kasut biaser2 jer... terima kasih kongsi info ni.. yer kak ros

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails