Salam,
Dua tiga hari ni Kak Ros tak dapat nak update blog Kak Ros ni.. Pasai Kak Ros tak sihat.. Maaflah yeee..
Kak Ros dapat tau Serina dapat baby lagi.....
Kak Ros ucapkan tahniah la dekat Serina ni.. Dah sepasang lah anak dia noo......
COMEL...Serina bersama Isabella.
Serina berkata, anak keduanya itu dilahirkan dalam keadaan normal seberat 3.3 kilogram dan hasrat suaminya, Gavin O’ Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar menyaksikan anak mereka dilahirkan pada Tahun Naga tercapai.
“Salahudin memang mengimpikan Isabella dilahirkan pada Tahun Naga dan ia bertepatan dengan sambutan Tahun Baru Cina kelmarin,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, di sebalik kelahiran Isabella, bapanya, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan adalah individu yang terkilan apabila tidak dapat bersama menyambut kelahiran anak keduanya itu.
“Kebiasaannya, ayah (Chef Wan) insan yang begitu fanatik dan gembira dengan kelahiran cucunya, namun kali ini dia tidak dapat berbuat demikian kerana berada di luar negara,” katanya.
Sementara itu, Chef Wan dalam kenyataannya menerusi facebook berkata, dia bersyukur kepada Allah s.w.t kerana Serina selamat melahirkan anak keduanya dan mereka sekeluarga gembira dengan kehadiran cahaya mata baru itu.
“Biarpun saya kecewa tidak dapat bersama, saya gembira dengan kelahiran Isabella dan dimaklumkan Serina bersama anaknya dalam keadaan sihat,” katanya.
Menurut Chef Wan, dia kini berada di Bangkok, Thailand atas urusan kerja dan tidak sabar pulang ke ibu kota membeli pakaian dan barang keperluan untuk cucu barunya.
Serina dan Salahudin yang bernikah pada 1 Januari 2010 sebelum ini dikurniakan seorang anak, Tristan yang berusia setahun lima bulan.



27 gatai tangan:
comel betul baby baru serina tu kan..
srnoknye dia dh ada sepasang..:)
*Moga k.Ros cepat sembuh
wahh cepat diorg ni kan, takde nak rancang2 nampaknya , bagus..
dah ada sepsang anak dia....semoga kakrose cepat sembuh yer...
comel bibir merah
sian kak ros, semoga cepat sehat ekk.. comel le anak serina.. mau tak mixed.. omputih .. mesti le anak cantik ..
comelnya isabella. sernoknya dapat anak.
kak ros take care yea...
wah... kira ong la yer? comel :)
wahhh sebelum demam, sempat lagi satu post lagi.memang baguslah k ros melayan tetamu blog ni...hehehe :)
tahniahlah pada ibu bapanya..tentu suka melayan org baru..
comelnya baby serina.....
semoga kak ros cepat sembuh....
seronok tengok baby baru, suci murni je
Salam Sweetmama,
Eemmm....comel sangat....
Terimakasih Sweetmama doakan Kak Ros...
Dah ok dah sikit hari ni..
Salam Mila,
Tu la kan Mila...Kak Ros rasa macam baru ja dia bersalin,ni dah dapat baby baru pulak,bagus la macam tu,nanti anak dia nampak sama besar ja.....
Salam Eye,
Emmmm suka dia dah dapat sepasang cahaya mata....
Terimakasih Eye doakan Kak Ros....
Hari ni Kak Ros sihat dah sikit...
Salam Lya,
Sama merah bibir mak dia kan....
Salam Mayangsayang,
Tu la kan...ayah dah orang putih,mesti putih gebu,mak pulak cantik,dah tentulah anak dia pun cantik kan....
Terimakasih Mayang doakan Kak Ros..
hari ni dah sihat dah sikit..
Salam idasm,
Anugerah yang tak ternilai dari Allah buat kita, mestilah seronok kan ida....
Ya...Kak Ros dah ok sikit dah hari ni....
Salam eB,
Kalau kaum cina tu,memang depa kira ong lah kan....comel sangat...
Kak Ros tak sihat dah banyak hari dah Mr,Clive...hari ni rasa ok sikit..tu yang Kak Ros boleh mai jengok kat blog ni...
Salam Sal,
9 bulan dok tunggu dia keluar kan Sal,mestilah tak jemu dok melayan...
Salam MulutPayau,
Emm...comel macam mak pak dia kan MP.....
Terimakasih MP,doakan Kak Ros...hari ni dah sihat dah sikit...
Salam Kasihibu,
Betoi tu kasihibu.....tak dak dosa langsung kan....suci ja muka dia...
akum,kak ros..trima kasih byk2 dh follow sy kmbali..cuma nk mtk tlg k'ros skit..sbb blog yg k'ros follow tu xvalid..mtk jasa baik k'ros utk follow http://theqas.blogspot.com ye..trima kasih :))
rezeki serina..sepasang da
Salam Qa's~mamapapa,
Waalaikumsalam...sama2...
Kak Ros dah follow dah...
Salam Khairin,
Ya Anies,memang rezeki dia...dapat sepasang cahaya mata....
huhu comel anak dia nie.. rasanya cm lagi putih gebu dari anak yg first tu. huhuu
Post a Comment