Sahabat adalah perisai diri

Friday, January 13, 2012

Seramnya Kak Ros.....

Salam,
Semalam kak Ros ada dapat satu cerita dari kawan Kak Ros...memang ngeri sungguh Kak Ros baca cerita dia...nasihat kak Ros lah kat kawan2 semua terutamanya sekali orang perempuan ni lah.....berhati hati lah walau di mana kita berada.....

Kak Ros letakkan cerita ni kat sini.....mai semua kita pakat baca.....


Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak.

Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.

Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti. Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang .

Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..

Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.

Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!

Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :

1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!.

24 comments:

  1. benda2 yg sukar kita jangkakan....kena lebihhhhhh berhati-hati kita ni..

    ReplyDelete
  2. better kita hati2..kena alert selalu..

    ReplyDelete
  3. ya Allah tkutnyeee...mcm² je skrg ni kn..harap kita kaum hawa lbh bhati²...

    ReplyDelete
  4. ya Allah... apa la nk jadi kt msia skrg nih!

    bnyakkn mngingat Allah stiap ms InyaAllah Allah akn mlindungi kita dr mnusia btopeng syaitan - psann utk dr sndiri

    ReplyDelete
  5. MasyaAllah... mcm2 hal skrg ni.. sy yg bc cite ni pulak jd takut...

    ReplyDelete
  6. baca je pun dah meremang bulu roma.. skang ni macam2 jenayah kan kak.. kalau takde urusan nak kuar, dok je lah kat umah ...

    ReplyDelete
  7. sebab tu saya mmg x berani nak isi minyak sendiri.. selalunya akan meminta tolong en hubby utk isikan minyak kenderaan, kuarkan duit di bank... zaman skrg ni mmg zaman kejam.. zaman dah xde perikemanusiaan.. org sanggup buat apa sahja demi wang.. maka berhati2lah.. terutamanya wanita dan kanak2...

    ReplyDelete
  8. amaran nih dh lamer kan kak?
    sampai skarang eB kalo nk siis minyak x mo dlm gelap. takot.

    ReplyDelete
  9. Ros,
    kadang-kadang masa kita keluar dari kereta dan buka pintu pagar rumah pun, diorang boleh menyelinap masuk dalam kereta tau... banyak dah terjadi kepada kawan-kawan Amie!

    ReplyDelete
  10. betul la.. kekadang nak bukak pintu pagar pun kena hati2...

    ReplyDelete
  11. tu yg sy tkt nk kuar mlm2 tp terpaksa kuar sbb ada hal

    ReplyDelete
  12. serammya bila baca kisah begini..minta jauh

    ReplyDelete
  13. memang menakutkan membaca..mintak allah jaukan dengan musibah

    ReplyDelete
  14. thanks share ni..hu2x..memang menakutkan..mcm2 taktik penjenayah skrg ni..malaysia semakin tidak selamat !!..ehem pendatang asing pun dah ramai..hu2x..

    ReplyDelete
  15. k.ros..semoga Allah melindungi kita dari syaitan yg bertopengkan manusia.

    ReplyDelete
  16. saya pun pernah dengar cerita yg sama..cerita ini menjadi pengajaran pd kita supaya lebih berhati2

    ReplyDelete
  17. Takutnya kak ros..
    Jauhkan la perkara yg tak diingini berlaku kt kite semua...

    ReplyDelete
  18. ini memang menyeramkan! adoi....mcm2 jenayah di negara kita skrg...baru2 ni kecoh rumah wardina kena rompak. anak2nya trauma sampai muntah2...

    ReplyDelete
  19. Aslmkum k.Ros.takutkan dengar kesah rompakan....perompak mmg pjg akal...akal jahat..boleh masuk dlm kereta tanpa kita tahu.moga kita lebih hati2.
    re; k.Ros nasi dagang beras merah...nasi dagang kelantan sama cara masak dgn nasi dagang ganu.

    ReplyDelete
  20. eii...seramnya kak..baru tadi singgah isi minyak dgn anak kecik tu..yg seram sgt ni sebab saya pesan anak kunci pintu masa saya gi bayar dia plak lupa..dah la kunci kereta tersangkut je kat stering tu..haii tak pernah2 saya lupa mcm tu...Allah lindungi anak saya...Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum.. kak ros, kita nk kena lebih hati2 ni..

    ReplyDelete
  22. memang menakutkan...kena sntiasa berhati2...

    ReplyDelete
  23. haiyooo... seram pulak dengar.. adeh.. bahaya kan? lagipon mak kita tak bagi kuar malam.. nasib baik.. kalau siang2 buta pon mesti ada teman. takut kuar sorang2

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails