Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, January 31, 2012

Tip penjagaan kaki dan lutut.....


Salam,
Kaki ni amat penting buat kita semua, terutama sekali di bahagian kaki ngan lutut adalah antara anggota badan yang selalu dok kena dera tanpa kita disedari.... Kita menggunakan kaki sepenuhnya sama ada untuk berjalan, berlari, bersukan dan juga bergaya dengan kasut tumit tinggi tanpa bagi peluang langsung untuk ia ´berehat´.....

Kita selalu terlupa, seperti anggota lain , kaki dan lutut jugak perlukan penjagaan.... Malangnya bila dah berasa sakit tu, barulah kita nak mula bagi perhatian, yang kadang-kadang tu dah terlewat dah pun akibat keadaan kaki yang dah menjadi teruk......

Terdapat beberapa sebab yang mengakibatkan kesakitan kat kaki ngan lutut ni.... Bagaimanapun, di kalangan pakar ortopedik mengatakan bahawa masalah kaki ngan lutut ni tidak hanya berlaku kat golongan orang tua2 saja......

Antara penyebab masalah pada kaki ngan lutut ni termasuklah kecederaan kat otot akibat aktiviti sukan atau pun kemalangan, osteoarthritis yang melibatkan hakisan tulang rawan atau terdapat ketumbuhan kat lutut....

Sekiranya seseorang itu aktif bersukan, ia mungkin akan mengalami sakit lutut pada usia muda. Manakala bagi wanita bekerja atau suri rumah sepenuhnya, sakit lutut biasanya akan menyerang ketika depa berusia lingkungan 40-an. Bagaimanapun, serangan sakit kaki ngan lutut ini berbeza-beza, bergantung kepada pelbagai faktor termasuk jenis aktiviti harian, usia, pemakanan atau gaya hidup seseorang tu.....

Sakit kaki ngan lutut ni selalunya ia lebih banyak menyerang kaum wanita pasai tulang punggung wanita lebih lebar daripada lelaki. Tulang punggung yang lebar menyebabkan lebih tekanan pada otot peha bahagian dalam.....

Tekanan ini akan memberi kesan kat bahagian tempurung lutut dan kalau ia berlaku dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan otot-otot di sekitar lutut membengkak.....

Pergerakan masa kita dok buat kerja-kerja menguruskan rumah tangga boleh jugak memberi kesan kalau kita dok buat terus tak berenti.... Membongkok dan mencangkung selalunya akan bagi tekanan yang berlebihan kat bahagian lutut.....bahaya ni....

Selain dari itu.... berat badan yang berlebihan jugak boleh menjadi penyumbang kuat kat sakit kaki ngan lutut ni.......Pasai bahagian kaki ngan lutut ni terpaksa menanggung berat keseluruhan badan dan kaki lah sebagai bahagian paling bawah akan terima bebanan yang paling banyak. Satu lagi masalah yang boleh menimbulkan masalah kat kaki ngan lutut ni, ialah tapak kaki yang rata atau tidak berlekuk......

Kat bawah ni ada Kak Ros letakkan sikit tip macam mana kita nak jaga kaki kita ni.....

Antara tips untuk menghindari sakit kaki ngan lutut ialah:

1. Sekiranya tugas yang dilakukan memerlukan anda banyak berdiri, 
    elakkan daripada berdiri tegak sepanjang masa.. Bengkokkan lutut 
    berselang seli antara kedua-dua kaki   supaya bebanan berat badan
    dapat diseimbangkan antara kedua-dua kaki..

2. Pastikan lutut dan kaki dalam keadaan selesa setiap kali duduk. 

3. Sekiranya lutut anda sakit, letakkan bantal di bawah pelipat kaki
    apabila tidur telentang supaya tidak berlaku ketegangan pada otot
    lutut ketika tidur.

4. Jangan mencangkung atau bertinggung ketika melakukan kerja. 
    Duduk di atas bangku rendah supaya dapat melakukan tugas dengan selesa.

5. Elakkan daripada berada dalam posisi yang sama lebih daripada 30 minit.
6. Sekiranya lutut sakit, jangan terlalu rajin berjalan jauh, ia akan hanya 
    memburukkan lagi keadaan.

7. Hentikan sebarang senaman atau aktiviti yang dilakukan sekiranya terasa
    lutut anda sakit.

8. Tuam dengan air batu atau air panas bagi mengurangkan kesakitan.
    Air batu berkesan untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak,
    manakala air panas boleh mengurangkan ketegangan pada otot.



26 comments:

  1. ouhh terima kasih atas perkongsian ni

    ReplyDelete
  2. Tips yg baik. Terima kasih Ros...

    ReplyDelete
  3. betul tu kak!
    1 lg jgn minum ais byk sgt

    ReplyDelete
  4. Ptt le kdg2 sakit kaki / lutut..huhu...thanks for the info

    ReplyDelete
  5. thanks kongsi tips ni.. slalu kita nmpk org2 tua sakit lutut kn..

    ReplyDelete
  6. huhu...skang sakit benda biasa pd org tua or org muda :)

    ReplyDelete
  7. sakit lutut dah tak kira org tua atau muda..sume pon boleh kena kan ....

    ReplyDelete
  8. wow tankz berkongsi info yg sgt berguna..lps ni leeh share ngn my mum..

    skt lutut n tulang ni bkn org² tua je dpt yg muda² ni pon kne..lgilah kalo aktif bersukan..

    ReplyDelete
  9. kadanng2 yang muda nie pun dah rasa sakit lutut..lenguh..huhu..thanks share kak ros

    ReplyDelete
  10. thanks for sharing, saya singgah dari blog cheqna :)

    ReplyDelete
  11. hoyeah! trime kaseh utk tips ni..

    ReplyDelete
  12. terima kasih berkongsi tips yg berguna ni......
    Sekarang ni pun dah rasa sakit lutut...

    ReplyDelete
  13. kak ros... kalau kita duduk di angkasa mungkin kita tak kena sakit kaki dan lutut..... tapi kena sakit lain la pulak nanti... heee3x... nice sharing info...

    ReplyDelete
  14. skrg ni x rasa sakit kaki & lutut lagi, tp suatu masa nnti bila usia dh semakin meningkat mmg x leh elak dgn masalah kesihatan kaki &lutut..tq tips kesihatan yg bagus utk dikongsi bersama :))

    ReplyDelete
  15. salam... hehe.. kita tidur mmg terlentang ! haha. sebab rasa rilekss sgt :)

    ReplyDelete
  16. dan saya dgr dan pernah saksikan sendiri result, sesape yang sakit lutut tu apa kata try bekam lintah?banyak positif feedback dgr2.dulu penah bawak bapak g berubat ngan rawatan bekam lintah ni.membantu banyak gak la... :)

    ReplyDelete
  17. ilmu yg baik..ain salu sakit2 kat tumit la...

    ReplyDelete
  18. oooo, masalah sakit lutut skrg mmg org muda pon dh ramai yg kena, so far sya lom rasa lagi, tp sakit pinggang dan sendi mmg rasa lah, kadang2 nak pusing badan pon kena buat mcm robot, dh dua kali beranak ni, kesihatan badan mmg merosot sgt rasa, x pantang betul2 agaknya...
    skrg mmg terpaksa amik supplement la tok maslaah sakit sendi dgn urat nih, nasib baik berkesan...

    ReplyDelete
  19. Salam Sis Ros,
    Banyak cara untuk meredakan sakit lutut macam ni. Antaranya secara fisioterapi yang sis kongsikan. Untuk membantu meningkatkan keselesaan, boleh diambil Advanced Joint Tablet Health sebagai kusyen dan pelincir. Kajian menunjukkan mereka yang mengamalkan tablet ini selama kurang dari seminggu akan nampak improvement nyer..Dengan izin Allah jua...

    ReplyDelete
  20. Thanks atas info yang di berikan..

    ReplyDelete
  21. Thanks atas info. Sya pun br je seminggu kena sakit lutut. Maybe terlalu aktif bsukan. Sya trus je gie farmasi..then dorang rakemen flexsa utk sya minuj. Alhamdulillah bkesan

    ReplyDelete
  22. tq for the info... tapi nak tanya untuk yang bersukan plak macam mana? Adakah ia akan berterusan sakit?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails