Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, February 28, 2012

10 Jenis Lelaki Yang Tak Layak Dijadikan Suami...

Salam,
Buat semua anak2 dara yang dok tengah mencari pasangan hidup ni berhati hati lah ya.....jangan dok terpengaruh sangat dengan kata2 dan janji2 yang manis ni.....Berfikir lah masak2 dulu sebelum membuat sesuatu keputusan tu ya....

Kat bawah ni ada sikit tip yang sangat berguna untuk dijadikan peringatan buat  kita semua......


1. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak
bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya sudah bertahun-tahun. Ini bermakna bahawa anda bukan orang yang diinginkannya. Mungkin anda juga tiada di dalam kamus hidupnya.

2. Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki jenis ini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi apabila anda memerlukannya dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelak.

3. Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana sahaja hanya anda berdua. Ibarat merpati dua sejoli dari pandangan orang lain. Malangnya dalam hati lelaki itu tidak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang kosong itu. jangan buang masa anda dengan lelaki seperti ini.

4. Lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati tetapi tetap mahukan anda. Selalunya lelaki jenis ini mempunyai ramai teman wanita dan hanya mahu memenuhi nafsunya sahaja.

5. Lelaki yang hanya memandang dirinya sahaja yang betul. Pandangan dan apa yang dibuat anda adalah salah. Selalunya ketika menjalinkan hubungan dengan lelaki jenis ini anda sering dimarahi atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal. kadang kala hal yang kecil juga diperbesarkan.

6. Lelaki yang naif dan mementingkan diri sendiri. Selalunya lelaki jenis ini tidak akan faham akan kehendak wanita. Walaupun anda telah berterus terang mengenai sesuatu tetapi dia tetap tidak mengendahkannya. Lelaki jenis ini sering menganggap semua perkara adalah remeh dan selalu mengambil mudah sesuatu perkara.

7. Lelaki yang tidak tahu kehendak dirinya sendiri. Jika lelaki jenis ini tidak mengetahui apa kehendak dirinya sendiri, cuba anda bayangkan bagaimana dia hendak memahami masalah anda jika hidup bersamanya nanti.

8. Lelaki yang tetap akan mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu yang anda terlalu sibuk tetapi lelaki ini tidak memperdulikannya. Lelaki jenis ini selalunya hanya ingin berkepit siang dan malam.

9. lelaki yang suka memburukkan lelaki lain dengan harapan anda akan menjauhi lelaki yang diburukkan olehnya itu. Lelaki jenis ini selalunya kuat cemburu dan akan cuba sedaya upayanya supaya anda tidak akan berhubung dengan lelaki lain. Relakah anda dikongkong oleh lelaki jenis ini?

10. Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan yang betul pada wanita. Anda tidak nampak ciri kepimpinan pada lelaki jenis ini. Bagaimana anda mahu sandarkan segala harapan pada lelaki seperti ini nanti?


16 comments:

  1. betul kak...lelaki begini mmg patut dijauhi...

    ReplyDelete
  2. bagi y sdgn mncari calon suami.. harus ambik panduan ni.. dan bg y dah berkahwin..jika ada tnda2 macam ni.. cubalah utk bentuk suami jd lbh baik..

    ReplyDelete
  3. akan menjadikan ini sbg panduan,kak. :)
    terima kasih

    ReplyDelete
  4. lelaki2 yg spt di atas tu mmg ptt dijauhi... penah ada kwn2 lelaki yg camtu tp nsb lah udah dijauhi

    ReplyDelete
  5. wah.... ini macam mesti lelaki di luar sana tak leh cari makan ni.... semua wanita dah berhati2x... heee3x

    ReplyDelete
  6. Biar lambat asal selamat.

    Buat apa ada kekasih, tapi sangat menyakitkan, apatah lg nak jadikan teman berkongsi hidup. Berhati2 ye....

    ReplyDelete
  7. ermmm...laki ni mmg xlayak dijadikn suami...dgn nak hidup bukan utk 1 hri...

    ReplyDelete
  8. tapi laki g2 yg ramai kan kak.. slm :)

    ReplyDelete
  9. salam kak ros.. laki mcm nie perlulah dielakkan lah kan.. ntah pape je.. haha.. mintak2 la nanti saya dpt bakal suami yg baik2.. yg pnting hormat mnghormati dan yg ada agama,.

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah dia x termsk dlm list ni

    ReplyDelete
  11. apa2hal pun k.ros..
    nasihat wat adik2 kita yg baru nak cari calon..
    kena lah ikut petunjuk Allah..
    buat sembahyang istikharah...

    ReplyDelete
  12. assalam ros..susah skrg ni nak jumpa lelaki yg baik..hu2x..

    ReplyDelete
  13. carilah lelaki yang sentiasa dekat dengan masjid,insyaallah dia ada smua yg diinginkan.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails