Sahabat adalah perisai diri

Monday, February 20, 2012

19 Keistimewaan Wanita Berbanding Lelaki

Salam,
Bila baca ja artikel ni...... Kak Ros berasa beruntung sungguh di lahirkan sebagai seorang wanita.......Wanita ni amat mudah mandapat pahala Allah dan amat mudah jugak masuk syurgaNya berbanding ngan lelaki.....
Semoga semua wanita berasa bangga dan bertambah semangat untuk menjadi wanita yang solehah,yang akan masuk ke syugaNya dengan mudah...Insyaallah

Mai kita pakat tengok apakah keistimewaannya tu.....



1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap Wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah
SWT.

24 comments:

  1. wwoow :D
    hebatnya wanita yang Allah ciptakan :)

    ReplyDelete
  2. tu la kak..sebab tu la perempuan sgt senang masuk syurga tp hakikatnya lebih ramai yg masuk ke neraka..sedih kan kak..

    ReplyDelete
  3. masyaAllah..tabarakallah...
    tq k.ros krn mengingatkan!

    ReplyDelete
  4. besar jasa setiap wanita.bukan senang.nanti dorang yang mengandungkan anak-anak selama 9 bulan,dan banyak lagi yang bukan tanggungjawab yang mudah untuk digalas.... :)

    kerana itu sy tidak pernah pandang rendah kepada kaum hawa ni...

    ReplyDelete
  5. ada semangat baru lepas baca entry kak ros ni...thanks 4 sharing

    ReplyDelete
  6. perkongsian yg baik..mmg betul semuanya..tepuk dada tanya selera..jalan yg mn satu kita nk pilih kan..

    ReplyDelete
  7. salam kak ros
    nice sharing
    bangga menjadi seorang wanita =)

    ReplyDelete
  8. Semoga kita sama-sama terpilih ke syurga..Aminn

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah.betapa indahnya menjadi sorang wanita..begitu istimewa di sisiNya

    ReplyDelete
  10. Salam Fiqa,

    Ya la kan Fiqa...perempuan ni banyak sangat kelebihannya....kita kena pandai lah dok cari kelebihan tu kan.....

    ReplyDelete
  11. Salam Fieda,

    EEEmmm....betoi sangat tu Fieda....sebab tu lah kan... kita kaum wanita ni mestilah kena dok berusaha cari tang manakah kelemahan tu....

    ReplyDelete
  12. Salam Anim,

    Sama2 Anim.......sama2 lah kita ingat memperingati sesama kita ya Anim....

    ReplyDelete
  13. Hi Mr.Clive,

    Syukur alhamdulillah kalau macam ni lah pandangan Mr.Clive terhadap kaum hawa ni....

    Bertuah sungguh sapa yang akan menjadi teman hidup Mr.Clive ni nanti....he.he.he

    ReplyDelete
  14. Salam Bitt,

    Sama2 Bitt....

    Bagus..bagus..bagus sangat tu Bitt.....

    ReplyDelete
  15. Salam ariana,

    Biar lah kita pilih jalan yang diredhai Allah kan ariana....

    ReplyDelete
  16. Salam Lya,

    Waalaikumsalam Lya...Allah jadikan wanita ni sangat istimewa kan....

    kita mestilah kena pelihara keistimewaan ni baik2... kan Lya....?

    ReplyDelete
  17. Salam Mulut Payau,

    EEEmmm....Kak Ros pun MP...memang bangga sangat...he.he.he....

    ReplyDelete
  18. Salam Maya Mayana,

    Ya Maya Mayana.....itu lah yang kita semua harap harapkan semoga kita semua ni di pelihara Allah selalu ya Maya.....

    ReplyDelete
  19. Salam Fabulous,

    Sama2 fabulous....

    ReplyDelete
  20. Salam LYAfrina,

    Betoi tu LYA....sama2 lah kita peliharanya ya LYA...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails