Sahabat adalah perisai diri

Friday, February 17, 2012

Akibat salah pilih ubat......

Salam,
Biar betoi cerita ni......... Tua sebelum masanya.. Tua bukan sikit2 pulak tuh.. Memang tua macam umur 80 tahun.. Kesian kat dia ni kan.. Mesti sedih gila punya.. Tu la kan, kita mesti kena berhati hati memilih ubat apa yang kita nak makan................. 

Misteri: Wanita Vietnam Menjadi Tua Dalam Masa 5 Tahun

Perubahan wajah seorang wanita Vietnam yang menjadi tua dalam masa lima tahun kini membingungkan para doktor di negara itu.
Lima tahun lalu umur Nguyen Thi Phuong ialah 21 tahun dan wajahnya cantik mencerminkan rupa paras seorang gadis di umur itu.

Namun, kini umurnya 26 tahun tetapi wajahnya umpamanya wanita yang sudah berusia lebih daripada 70 tahun.
Kulit muka, dada dan perutnya kendur.
“Kulit perut saya berlipat umpama seorang wanita yang bersalin sedangkan saya belum pun mempunyai anak,” katanya.

Bagaimanapun, kitaran haid dan jumlah gigi, rambut serta pemikirannya masih seperti wanita muda.
Katanya, perubahan terhadap dirinya bermula selepas dia menjamah makanan laut pada tahun 2008.
Mungkin disebabkan alergik, dia mengalami gatal-gatal di seluruh badan.

Mulanya Nguyen memakan ubatan hospital yang menghilangkan rasa gatal tetapi meninggalkan parut gatal.
“Kemudian saya beralih kepada ubat tradisional, rasa gatal dan parut itu hilang namun kulit saya pula yang mula kendur dan berlipat,” katanya.

Beliau dan suaminya tidak ingat ubat tradisional apakah atau di mana ia dibeli.
Suaminya, Thanh Tuyen mempertahankan versi cerita isterinya itu dan setia bersama Nguyen walaupun wanita itu sudah kehilangan keremajaan wajahnya.

Wanita itu bagaamanapun bernasib baik apabila menerima rawatan percuma dari Hospital Universiti Ho Chi Minh yang mana para doktornya mengesyaki dia mungkin mengalami masalah kulit peringkat serius yang dinamakan mastocytosis.

Daripada diagnosa yang dibuat, doktor yakin antara 50 hingga 70 peratus keadaan kulitnya yang asal mungkin dapat dikembalikan.

14 comments:

  1. aaaaaa apakah mimpi ngeri ini??
    hhe

    anyway,pasai tu la perlu hati2 apa yang ditelan,disapu etc.jgn main bubuh aje...

    ReplyDelete
  2. macam tak caya je kan...memang sedih sangatlah...tak pasal-pasal jadi tua...apa lah malang nasib wanita tu..

    ReplyDelete
  3. huwaaa..kesiannya dia!!
    alamak rasa takut pula...-_-'

    ReplyDelete
  4. waaa....sungguh menakutkan.....

    ReplyDelete
  5. kesiannye die.. :(..

    mesti tertekan.. :(

    ReplyDelete
  6. kesiannya! harap2 semboh selepas mdpt rawatan drp doktor di Hosp. Ho Chi Minh tu

    ReplyDelete
  7. salam kak ros,

    skerinya...minta di jauhkan
    dari kita semua ye...nahi..nahi :)

    ReplyDelete
  8. sian dia..sbb tu bla ambil ubat kena ada nasihat doc

    ReplyDelete
  9. UIII,SERAM...
    NAUZUBILLAH JADI KAT KITA SEMUA

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Kak Ros..

    Menakutkanlah..kesian dia...

    ReplyDelete
  11. kesiannya......
    memang menakutkan.....!!!

    ReplyDelete
  12. ishh kesiann gila.. err tak sanggup lah klu jd mcm ni

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails