Sahabat adalah perisai diri

Thursday, February 23, 2012

Al Fatihah Buat Anak Dan Takziah Untuk Amir Ukay's

Salam,
Al Fatihan buat anak Amir Ukay's.....semoga rohnya diterima disisi Allah dan ditempatkan bersama orang2 yang dikasihiNya.... Dan takziah buat keluarganya......



Penyanyi, Amir Ukay’s kehilangan anak lelakinya, Muhammad Imran,15, berikutan masalah kompilasi jantung yang dihidapi sejak kecil.

Menurut Amir, anaknya menghembuskan nafas terakhir waktu solat Maghrib semalam, ketika dalam perjalanan ke Hospital Gleneagles, Ampang.

“Saya tidak sangka dengan apa yang berlaku. Bagaimanapun saya redha dengan pemergiannya," katanya.
Jelas Amir, Imran menetap bersama ibu mertuanya sejak dia bercerai dengan isterinya pada 2006.

“Kali terakhir saya berhubung dengan arwah, empat hari lalu
"Ketika itu Imran ingin memberi tahu nombor telefon bimbitnya yang baru,” katanya.

Amir berkata, sepanjang hayat, arwah pernah menjalani tiga kali pembedahan kerana masalah jantung.
Tambah Amir, semasa arwah kecil, doktor pernah memberitahu penyakit Imran agak kompleks dan tidak ada penawarnya, malah bergantung pada ubat-ubatan yang diberikan.
Malah dia sering berdepan masalah kesihatan tidak menentu.

“Setiap tiga bulan sekali dia akan menjalani pemeriksaan doktor. Saya dan bekas isteri sentiasa berusaha memberikan yang terbaik buatnya tetapi apakan daya, semuanya bergantung pada kuasa Tuhan,” ujarnya yang turut memberitahu bekas isterinya berada di London di saat putera kesayangan mereka meninggal.

Jenazah anaknya dikebumikan malam tadi di Masjid Attaqwa Taman Tun Dr Ismail.
Sementara itu, vokalis kumpulan Ukay’s yang terkenal dengan lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu, ini turut mempunyai seorang lagi anak yang merupakan saudara kembar Imran

Sumber Asal:

14 comments:

  1. alfatihah..br beberapa hari lps dgr suara amir kt sinar

    ReplyDelete
  2. Salam Anies,

    Kak Ros pun suka sangat dengar suara dan lagu2 dia ni...semoga dia tabah menghadapi ujian Allah ni.......

    ReplyDelete
  3. Salam Cik Aini,

    Ya..Al Fatihah buat arwah................

    ReplyDelete
  4. Salam Cheqna,

    Ya..Al Fatihah buat arwah............

    ReplyDelete
  5. al-fatihah,
    semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman

    ReplyDelete
  6. Al-Fatihah...buat MUHAMMAD IMRAN..semoga roh mu tenang disana yer Nak...dan ditempatkan dikalangan insan2 yg Allah redhai....

    ReplyDelete
  7. Cepatnya dia pergi - baru 15 tahun. Moga rohnya aman. Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  8. Salam Mawar,

    Ya ..Al Fatihah buat arwah..semoga macam tu lah hendaknya...

    ReplyDelete
  9. Salam Eye_nee,

    Ya Al Fatihah buat arwah...semoga doa kita semua di perkenan Allah...

    ReplyDelete
  10. Salam Kakzakie,

    Ya Al Fatihah buat arwah....Allah lebih menyayanginya kan kakzakie....

    ReplyDelete
  11. Salam Fabulous,

    Ya Al Fatihah buat arwah.......

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails