Sahabat adalah perisai diri

Friday, February 24, 2012

Anak Derhaka....

Salam,
Macam ni ka balasan kita kat orang yang bersusah payah membesar kan kita.....?Harta banyak mana pun kita boleh cari kalau kita mau......tapi ibu dan ayah hanya satu ,kalau dia dah pergi......kita tak boleh nak cari ganti lagi dah.....Ibu dan ayah lah harta yang paling bernilai sekali di dunia ni...macam tu jugak lah bagi ibu bapak anak2 lah harta yang paling bernila sekali bagi depa...........

Oleh Mary Victoria Dass dan Mahaizura Abd Malik
am@hmetro.com.my

AMBIL BERAT...Norijah melayan Wak di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas.

JOHOR BAHRU: Amat menyedihkan apabila lima anak seorang warga emas hanya ‘meminjam’ ayah mereka beberapa jam bagi menyelesaikan urusan pembahagian harta sebelum lelaki berusia 75 tahun itu dipulangkan semula ke rumah kebajikan.

Ketika mahu mengambil ayah mereka dari Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas, di sini, pertengahan bulan lalu, dua anaknya bersungguh-sungguh memberitahu mereka dan adik-beradik lain sudah insaf.
Justeru, mereka meyakinkan pengurus pusat kebajikan itu, Norijah Bidin, bahawa warga emas yang mesra dengan panggilan Wak itu mereka jaga dengan baik.

“Bagaimanapun, saya terkejut apabila kerana selepas beberapa jam, mereka datang dan menyerahkan semula Wak kepada kami untuk dijaga.

“Apabila ditanya, kelima-lima mereka memberi alasan konon kehadiran bapa mereka mencetuskan pelbagai masalah dalam keluarga,” kata Norijah.

10 comments:

  1. simpati dgn wak.... jangan la kite wat cmtu... anak2 wak tak takut ke tak cium bau syurga nanti??

    ReplyDelete
  2. Astaghfirullahal'azim... anak jenis apa agaknya. Percayalah balasan Allah pada yg derhaka pada ibu-bapa biasanya tak perlu tunggu kiamat dah ditunjukkan. Moga anak-anak wak taubatlah cepat...

    ReplyDelete
  3. aduhai...pedihnya hati baca kisah pakcik ni.. =(

    ReplyDelete
  4. mendatangkan masalah pada mereka????.... tengoklah nanti Allah datangkan masalah pada mereka dunia dan akhirat nanti.....

    ReplyDelete
  5. mak n ayah boleh jage 10 org anak tp 10org anak xleh jage satu mak n satu ayah..pity them..masa dieorg akan tibe..cume masa penentu segalanya..

    ReplyDelete
  6. Salam Hajar,

    Orang yang macam ni kan Hajar...memang depa tak ingat dosa pahala lagi dah....

    ReplyDelete
  7. Kakzakie,

    Betoi tu Kakzakie.....kat atas dunia ni pun Allah akan balas dah...ni lah anak yang tak mengenang jasa...

    ReplyDelete
  8. Salam Munnafendy,

    Memang pedih sangat.. pasai anak dia sendiri yang perlakukannya sampai macam tu sekali kan Munnafendy....memang anak derhaka...

    ReplyDelete
  9. Salam Kazman,

    Betoi tu Kazman.....Allah ni maha adil....depa akan terima balasannya nanti...

    ReplyDelete
  10. Salam Falsya,

    EEmmm.....Ini lah anak derhaka yang tak mengenag jasa ibu dan ayah sendiri....depa tetap akan dapat balasan dari Allah nanti....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails