Sahabat adalah perisai diri

Monday, February 27, 2012

Anak tiru ‘aksi’ bapak Syaitan...

Salam,
Sepatutnya suami dah ayah ni menjadi tempat berlindung bagi anak2 dan isteri.....bagi contoh yang terbaik buat anak2...Tetapi apa yang berlaku ni sebaliknya.......Suami dan ayah yang macam ni memang tak layak langsung menerima gelaran sebagai ketua keluarga...........

Gambar Hiasan Google.....
shamsulmunir@hmetro.com.my

KANGAR: Neraka dunia. Itu yang terpaksa diharungi seorang penjawat awam wanita berusia 30-an apabila sering dipaksa suaminya yang juga berusia 30-an melakukan aksi seks, termasuk luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka di ruang tamu rumah sejak tujuh tahun lalu.

Lebih menjijikkan suami bernafsu binatang itu juga gemar merakam aksi ‘bersama’ mereka sejak malam pertama perkahwinan sehingga kini.

Sumber berkata, lebih mengaibkan mangsa, anak perempuan mereka yang berusia tujuh tahun sering melakonkan kembali adegan seks itu bersama abang sulungnya berusia 15 tahun.

Katanya, hati ibu mana yang tidak hancur melihat perbuatan jijik suami yang merosakkan ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh hingga 15 tahun itu.

“Mangsa mendakwa dia sudah diperlakukan sedemikian sejak berkahwin dengan suaminya lebih 15 tahun lalu, malah pada malam pertama aksi mereka di dalam bilik dirakam suaminya menggunakan telefon bimbit dan kamera video.

“Namun, selepas mendapat cahaya mata, suaminya bertambah pelik dengan memaksanya melakukan aksi bersama termasuk di luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka,” katanya.

Kata sumber itu, jika si isteri enggan menuruti kemahuan gila suami, dia dibelasah.

Dia berkata, lelaki terbabit baru saja berkahwin lain awal bulan lalu dengan seorang wanita dari negara jiran, namun sikap jijiknya melayan mangsa tidak berubah.

“Suami mangsa juga bukan saja merakamkan aksi seks mereka, malah aksi mangsa yang membuang air kecil di dalam tandas juga dirakam bagi tujuan koleksi.

“Daripada pengakuan mangsa, suaminya sudah mempunyai banyak koleksi rakaman aksi ‘bersama’ mereka dan tidak mengetahui tujuan dia bertindak demikian,” katanya.

Tidak tahan dengan tabiat buruk suaminya, wanita berkenaan memohon fasakh untuk bercerai dan membuat laporan polis awal bulan lalu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri (JPWN) Perlis, Muhamad Hazimin Jamaludin berkata, kes penderaan wanita berlaku berdasarkan pelbagai faktor.

Katanya, kes penderaan seksual kebanyakannya berpunca daripada suami yang terpengaruh dengan bahan video lucah yang ditontonnya.

“Mereka mungkin terdedah dengan bahan lucah ini selepas ia terlalu mudah didapati dan pendedahan itu akan memberi kesan kepada perubahan seksual mereka, termasuk mencubanya ke atas isteri,” katanya.

Menurutnya, sebarang kes yang diterima disiasat dan memberi khidmat prakaunseling dalam usaha memberi maklumat mengenai tindakan yang perlu diambil.

Pihaknya juga sedar mangsa trauma akibat nafsu buas suami yang jika tidak dituruti mengundang kepada penderaan fizikal.

“Kami akan membantu daripada segi kaunseling, termasuk mengemukakan masalah kepada pihak berkuasa seperti Mahkamah Syariah atau jabatan berkaitan.

“Jika orang ramai yang berasakan diri mereka didera, mereka boleh tampil membuat aduan untuk bantuan,” katanya.

Mengulas kes terbabit, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.

Menurutnya, polis sudah menyerahkan laporan kepada Jabatan Agama Islam Perlis bagi tindakan lanjut kerana ia di bawah bidang kuasa mereka.

“Wanita berkenaan membuat laporan polis, tetapi ia lebih menjurus kepada masalah rumah tangga dengan suaminya,” katanya.


25 comments:

  1. slepas 15 thn baru wife dier tuntut fasakh? itu pn lps hubby dier kawen laen?
    nk kena kaunseling lagi plk sblom leh bercerai... astarafirullahalazim...

    nauzubillah... Ya Allah jauhilah kami dari segala anaisr yg merosakkan akidah... aminnnnnnnnn

    ReplyDelete
  2. astagfirullah... nauzubillah...

    mmg berhati syaitan tul lah somi nyer... yg kesian anak2 pun ikut sama... yelah kalu dh didedahkn awal2 lg...
    betapa malu nya isteri tuh... kesian

    ReplyDelete
  3. mintak jauh..
    nauzubillah....

    pelik2 sudah manusia skng..apa nak jadi la..

    ReplyDelete
  4. Astagfirullah....
    Ada jugak suami/ayah yg beperangai camni!Mcmana la si isteri blh bersabar selama bebelas tahun kawen.
    Xhairan la nanti anaknya pasti mengikut jejak si ayah jika tidak diberikn kaunseling...mintak2 ankanya tidak brperangai spt ayahnya.Aminn

    ReplyDelete
  5. kesian wanita ngan anak perempuan tu...kan kak?
    memang patut diheret sepanjang jalan tar yang panas si suami ni...!!!

    ReplyDelete
  6. tak tahu nak ckp apa...cuma mohon Allah lindungi isterinya itu..Tapi kenapa lambat sgtt si isteri buat aduan...Dunia semakin tua dan mungkin menghampiri penghujungnya...

    ReplyDelete
  7. macam ni punya kes pun ada jugak.... dunia nak kiamat dah ni...

    ReplyDelete
  8. dari awal dia dah tau kepelikan suaminya tapi kenapa dia berdiam?

    Depan anak2? MasyaAllah ..

    ReplyDelete
  9. Astaghfirullah...apa nak jadi dengan anak2 yang dah dari awal didedahkan dengan benda2 yang menjijikkan.

    ReplyDelete
  10. Astaghrirulahhalazim... gila betul.. takut baca

    ReplyDelete
  11. Astaghfirullahhalazim...apa ke gilanya manusia mcm ni!Tak pasal2 anak pun rosak sekali!!

    ReplyDelete
  12. salam kak ros.. mintak simpang lah dpt laki cmnie.. adehhh.. kesiann wife dia kan.. trpaksa tnggung semua tu.. anak2 plak mcm trpaksa je turut kemahuan bapak sndiri...

    ReplyDelete
  13. ya..allah ape la nak jadi..kesian kat anak2 tu..manela sifat malu

    ReplyDelete
  14. huwaa menakutkan betul kenapa baru sekarang...tabah sungguh dia melalui derita 15 tahun tu wuwuwu...

    ReplyDelete
  15. nauzubillahmin zalik..suami/bapa apa kah itu?? sama peel ngan binatang..spatutnye dia yg bagi perlindungan kat isteri dan ank2..tapi sebaliknye..betul2 perangai syaitan..geram betul sy..

    ReplyDelete
  16. :(
    Sedih bila baca cerita sebegini...
    Bila kewarasan dicemari dengan nafsu yang membuak2 ..maka nampak tiadanya akal & pertimbangan dek keimanan yg hilang di jiwa..:)

    ReplyDelete
  17. astaagfirullah~ mana akhlak seorang suami ni? patut dah kawin tu tanggungjawab tu kena ada..

    ReplyDelete
  18. Inilah kesannya bila hidup menjadikan
    nafsu sebagai raja,agama sebagai hiasan,filem lucah sebagai rujukan,toksah cakap soal akidah,maruah pun tak tahu nak jaga,pakai main campak....inilah kisah kehidupan manusia jahilliah

    ReplyDelete
  19. astaagfirullah..kadang tu nak tercakap je...bunuh je manusia gitu

    ReplyDelete
  20. assalam ros..sakit hati baca cerita ni..hukk2x..kenapa nak tunggu 15 tahun baru nak report?..dunia sermakin akhir zaman..hu2x..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails