Sahabat adalah perisai diri

Friday, February 24, 2012

Bahaya Betoi nih.....

Salam,
Bahaya ni kat mana2.....Duduk kat dalam rumah pun belum tentu kita selamat...Haaaa....tengok macam cerita kat bawah ni....Alhamdulillah mujur tak dak sapa2 pun kat ruang tamu rumah tu kan......

Apa masaalahnya pemandu kerata tu pun tak tau lah....

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my



TERBALIK...anggota bomba memeriksa Toyota Camry yang terbalik di ruang tamu.

 
ROBOH...keadaan rumah mangsa selepas dirempuh kereta, kelmarin.

SEREMBAN:
“Jantung saya bagaikan terhenti apabila terdengar dentuman kuat sebelum rumah bergegar,” kata Ahmad Yusof, 48, yang rumahnya di Taman Tiroi, Labu, di sini, dilanggar sebuah kereta, malam kelmarin.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, Ahmad dan anak perempuannya, Khairul Baiyinah, 11, terselamat.

Kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah Toyota Camry dipandu seorang lelaki berusia 40-an hilang kawalan dan merempuh rumah Ahmad.

Pemandu berkenaan cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.

Menurut Ahmad, ketika kejadian dia dan anak bongsunya sedang menunaikan solat Isyak berjemaah dalam sebuah bilik apabila dikejutkan dengan dentuman kuat.

“Rumah bergegar kuat dan pada masa itu saya hanya fikirkan keselamatan diri dan anak. Saya segera menjenguk keluar untuk memeriksa apa yang berlaku.

“Saya terkejut melihat sebuah Toyota Camry putih di ruang tamu rumah dengan empat tayar ke atas,” katanya ketika ditemui di sini, malam kelmarin. Ahmad berkata, beberapa penduduk yang menyedari kejadian segera ke rumahnya untuk membantu.

Menurutnya, pemandu kereta yang cedera dan tidak sedarkan diri dikeluarkan orang ramai sebelum dikejarkan ke hospital oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

“Saya turut menghubungi pasukan bomba dan penyelamat kerana khuatir berlaku tumpahan minyak apabila kereta itu terbalik,” katanya.

Menurutnya, dua motosikal dan empat basikal yang diletakkan di depan rumah rosak teruk akibat rempuhan itu.
“Walaupun rumah saya rosak, saya bersyukur kerana saya dan anak tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang yang dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan masih dilakukan untuk mengetahui punca kemalangan...


8 comments:

  1. ni la yang org katakan...xpandai nak memandu membahayakan nyawa org lain... >_<

    ReplyDelete
  2. ishhh...kesian, tak pasal2 terbabit sekali...

    ReplyDelete
  3. Syukur alhamdulillah pemilik rumah selamat.

    ReplyDelete
  4. macam ni duduk dalam rumah pun tak senang kan?

    ReplyDelete
  5. br lps bc..huuu..

    driver tu bw kereta laju sgt agaknya..

    ReplyDelete
  6. syukur alhamdulillah tuan rumah & anak selamat..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails