Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, February 14, 2012

Bahaya nih....

Salam,
Dah 8 bulan dah,masih dok macam ni jugak.....tak dak apa2 perubahan pun,lama tu.....tak kan nak tunggu sampai ada yang hilang nyawa kot  baru nak bertindak......Bahaya sangat nih......

Oleh Rosyahaida Abdullah
rosyahaida@hmetro.com.my


TERBIAR...kesan runtuhan di Taman Sri Gombak Town Villa, Gombak.

GOMBAK: Selepas lebih lapan bulan sejak Taman Sri Gombak Town Villa di sini, ditimpa bencana tanah runtuh pada penghujung Mei tahun lalu, kerja baik pulihnya mengecewakan penduduk apabila sehingga kini tiada tindakan susulan.

Pengerusi Penduduk perumahan berkenaan, Zulkifli Abdul Rahman, berkata sejak bencana terbabit melanda kawasan rumah mereka, bekas runtuhan berkenaan hanya ditambak dengan tanah membabitkan 40 lori oleh pemilik lot tanah itu sendiri.

Katanya, beliau beberapa kali menghubungi Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bagi mendapatkan maklum balas serta perkembangan berhubung perkara itu, sekali gus meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit mempercepatkan kerja baik pulih sebelum insiden lebih buruk berlaku.

“Saya diberitahu, peruntukan untuk melaksanakan kajian berhubung struktur tanah oleh Kumpulan Ikram Sdn Bhd (Ikram) di kawasan runtuhan itu sudah diluluskan MPS, namun Ikram belum menerima bayarannya.

“Setiap kali hujan, kami berdebar-debar kerana risau kejadian itu berulang dan boleh menjadi lebih teruk disebabkan struktur tanah tidak stabil. Malah, perkara ini juga membabitkan keselamatan penduduk Kampung Sungai Chin Chin di kaki bukit perumahan kami,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, lebih merisaukan penduduk apabila sijil layak menduduki (CF) sementara diberikan MPS yang tamat pada September tahun lalu tidak diperbaharui seolah-olah rumah mereka tidak selamat didiami.

Sementara itu, jurucakap MPS berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama pemilik tanah terbabit berhubung perkongsian kos untuk memperbaiki runtuhan itu dalam masa terdekat.

“Laporan kejadian itu sudah siap disediakan MPS, malah sudah pun dibawa kepada pihak Ikram untuk perhatian lanjut dan kami perlu menunggu hasil perbincangan bagi mencari kata sepakat sebelum melaksanakannya,” katanya. Harian Metro Mei tahun lalu melaporkan kebimbangan lebih 200 penduduk perumahan berkenaan selepas tebing bukit berhampiran rumah mereka runtuh dan pada masa sama hakisan tanah berlaku disebabkan hujan lebat beberapa hari sebelumnya.

53 comments:

  1. Ros, tgu karam sing walia datang, baru la diorang bukak mata luas- luas...eheheee

    Biasa mcm tu la, kalo da terjadi mcm2 baru nk bertindak kan...

    ReplyDelete
  2. tmpt sy pon hmpr mcm ni tp blom serius

    p/s a good news 4 u @ my blog! ;-)

    ReplyDelete
  3. takot ade budak2 main kat situ pun bahaya.....rumah yang berdekatan tu kna extra berhati-hati

    ReplyDelete
  4. Ish..bahaya la...kang ader jd apa2 baru le masing2 tunding jari kan?

    ReplyDelete
  5. Ish..bahaya la...kang ader jd apa2 baru le masing2 tunding jari kan?

    ReplyDelete
  6. dah thantuk nanti baru la nak tmengadah... nak tunggu ada korban jiwa dlu kot baru nk btindak ;(

    ReplyDelete
  7. kejadian tanah runtuh gini bahaya sebab kite xleh nak agak biler akan berlaku...dan takut2,masa berlaku,sekeluarga tengah tido pastu sia-sia aje nyawa melayang... :(

    ReplyDelete
  8. lambat betul dorang nak amik tindakan, selagi belum ada nyawa yg terancam rasanyer lambat lg la tu..bla dah berlaku insiden nnt ,mulalah masing2 menuding jari..

    ReplyDelete
  9. mmg bahaya sgt2.. cepat la ambik tindakan

    ReplyDelete
  10. Kesian kpd mangsa2 tuh kn? Hope ade la yang amik berat n ketengahkan. Jgn skali kluar berita dan terus sepi.

    ReplyDelete
  11. bahaya mmg bahaya... lg2 time mlm2 kot tak perasan ke... pd kanak2...

    diaorang ni selalu lps tgn..bile dh jd sesuatu baru la nk bising2

    ReplyDelete
  12. tersangat bahaya....
    lagi tak masuk tv...lagi tak bising...lagi takde yang cedera....
    memang situ lah jugaknya...takde nak buat pun....
    kat sini pun sama....

    ReplyDelete
  13. memang bahaya tu... jangan la ada yang tercedera..

    ReplyDelete
  14. Bila berlaku trajedi baru kelam kabut tuduh menuduh.RAKYAT DI UTAMAKAN.....

    ReplyDelete
  15. a'ah bahaya nih tambah2 kalo ada budak2 plak.
    cik ros kol aje lah tv3 update kat dorang nak =)

    ReplyDelete
  16. kena buat aduan rakyat tb3 baru ambik tindakan kowt

    ReplyDelete
  17. Jangan bila berulang semula..masing2 menunding jari sesama sendiri...MPS kata PBT..PBT kata IKRAM...

    ReplyDelete
  18. selalu mcm tulah.. dh jadi apa2 baru nak bukak mata.

    eh .. nama wartawan ada nama ros.. kebetulan ke atau akak yg tulis artikel ni.. hehe...

    ReplyDelete
  19. ni mesti karam sing walia terlepas pandang blog k.ros ni...

    ReplyDelete
  20. bahaya ni..melibatkan nyawa...diaorg ni kalau bukan jadi kat tempat diaorg atau sedera diaorg tu yg tak ambik port tu....kalau dah kena baru ka kelam kabut kan

    ReplyDelete
  21. kat mesia kena ada org mati baru depa ambil tindakan akak...bukan nak mengata tapi hakikatnya....ingat area umah akak td

    ReplyDelete
  22. hati tkkan tenang bila duk kat kawasan perumahan macam ni..

    ReplyDelete
  23. kena panggil kru aduan rakyat ni...

    ReplyDelete
  24. memang bahaya sangat tu....kalau ada nyawa melayang, baru dia orang bukak mata dan ambik tindakan....

    ReplyDelete
  25. salma kunjungan balas Ros..mmg sungguh bahaya tu.harap2 ada pihak yg berwajib cepat mengambil tindakan..
    Terima kasih ziarah blog atie ya...Singgah la lagi :D

    ReplyDelete
  26. Salam Aine,

    Tak kan nak tunggu ada yang mati kot...,
    Tak kan nak tunggu orang pi kata macam2 kot,pas tu...baru nak mai buat....
    Bukannya baru...dah 8 bulan dah masaalah ni,lama tu...
    Ni la masaalannya orang2 yang tak dak tanggungjawab ni....

    ReplyDelete
  27. Salam KhaiRin,

    EEEmmm....tu la kan Anies....jangan dok tunggu sampai jadi serius,mesti kena dok pi kacau depa selalu.....

    masaalah yang dah teruk pun,depak tak ambik kisah,apatah lagi yang sikit2 tu...lagi lah depa tak nampak langsung kan Anies.....

    Kak Ros dah pi tengok dah he.he.he terima kasih Anies.....

    ReplyDelete
  28. Salam Mawar,

    Betoi tu Mawar budak2 ni,mana la depa tau bahaya ka dak....

    Kemalangan ni bila2 pun boleh berlaku....Tapi kalau lah ia berlaku kat tempat yang kita dah pun tau yang tempat tu merbahaya dan dok tunggu masa ja apa2 pun boleh tejadi....boleh ka kita terima....?

    Ya la,ajal maut ni di tangan Allah...tapi sekurang kurangnya kalau kita dah ikhtiar buat bagi cantik dah nak jadi kemalangan jugak..yang tu kita pun tak boleh nak kata apa dah la kan....dah ketentuan Allah....sekurang kurangnya kita dah cuba yang terbaik dah mengelak dari terjadinya trajedi kan........

    ReplyDelete
  29. salam Yayansmum,

    Betoi tu Yayansmum.....ni masaalahnya yang dok terjadi macam2 kat Melaysia ni...Setiap aduan apa pun yang kita dah buat,mesti berbulan bulan,boleh pi bertahun tahun,ada kalanya tu tak di perdulikan langsung.....

    Nak kata depa makan gaji buta,sat ni marah pulak kan......

    ReplyDelete
  30. Salam So Shy Lady,

    Selalunya dok terjadi macam tu lah kan So Shy Lady.....

    memang depa ni belajar macam tu kot....tunggu dah ada mangsa terkorban,baru lah depa boleh bertindak....

    ReplyDelete
  31. Hi Mr.Clive,

    Betoi sangat tu Mr.Clive....tanah tu dah sekali dah runtuh,jadi bila2 masa ja dia boleh runtuh lagi kan....

    Apa pun...Yang takutnya kita ni....,malam pun tidur tak lena...bukannya depa sedap ja tidur....yang nak jadi mangsa tu pun penghuni2 yang tinggai kat situ ,bukannya keluarga ataupun rumah depa kan Mr.Clive........

    ReplyDelete
  32. Salam ieja,

    Eemmm......perkara ni.. memang penduduk2 kat situ mesti kena buat sesuatu yang lebih lagi supaya depa yang bertanggungjawab ni tak dok nganga.....

    ReplyDelete
  33. Salam Nureen,

    Ya la Nureen....bila2 masa ja tanah tu boleh runtuh kan....kalau dah masuk surat khabar pun tak jalan jugak,lepas ni bawak perkara ni masuk TV pulak....

    ReplyDelete
  34. Salam Fabulous,

    Betoi tu Fabulous....ini lah yang kita dok harap2 kan,supaya depa yang bertanggungjawab ni cepat2 lah bertindak....jangan dok tunggu sampai trajedi dan kemalanga jiwa berlaku....

    ReplyDelete
  35. Salam Norhidana,

    Memang bahaya sangat2 kan Norhidana.....tambah2 lagi kalau time musim hujan...apa yang depa dok tunggu lagi tu.... Kak Ros pun tak tau la.... sampai 8 bulan lamanya.....

    ReplyDelete
  36. Salam eita,

    Ini lah masaalahnya kan eita.....selalu sangat kita dok dengar perkara2 yang macam ni,dari dulu lagi,sampai lah la ni.....

    Tak boleh ka,bila dapat ja aduan tu..jangan dok tunggu lagi dah,perkara ni bersakutan dengan nyawa orang kan...

    ReplyDelete
  37. Salam Mulan,

    Harap2 macam tu la ya Mulan....semoga Allah lindungi depa semua kat situ....

    ReplyDelete
  38. Salam Zaitun,

    Ayat tu memang betoi sangat2 lah Zaitun....."Rakyat di utamakan"

    Apa2 pun semuanya rakyatlah yang di utamakan dulu.....nak dapat penyakit apa pun,rakyat dulu,nak hidp susah pun rakyak dulu,Rumah nak runtuh pun rakyat mesti kena dulu,macam2 lagi lah kan yang rakyat di dulukan ni kan Zaitun.......

    ReplyDelete
  39. Salam Cik Aini,

    Tu la kan Aini...Kak Ros ingat pun nak buat macam tu jugak la....Tapi TV 3 ni pun, boleh percaya ka....?

    ReplyDelete
  40. Salam Wan Nurul Hezrina,

    Kak Ros rasa la Wan... penduduk kat situ pun mestinya dah buat macam2 aduan dah kan....Kesian ngan nasib penduduk2 kat situ tak terbela.....

    ReplyDelete
  41. Salam Cahaya,

    Salam ziarah jugak la dari Kak Ros....

    ReplyDelete
  42. Salam Eye_Nee,

    Macam tu lah selalunya yang dok berlaku kan Eye....,Tak pernah berubah dan tak akan berubah.... ,sedangkan perkara2 macam ni banyak dah yang dok terjadi........

    ReplyDelete
  43. Salam Idasm,

    Betoi tu Idasm.....

    He.he.he......Mana ada Idasm ni.....
    Kak Ros nak mengarang pun tak pandai,macam mana nak menulis pulak ni.....Ish.ish.....ada2 ja la idasm ni he.he.he....

    ReplyDelete
  44. Salam sudipVSsenduk,

    He.he.he......nanti nak kena tulis bagi besar2 sikit lah....baru dia nampak kot nooo.... he.he.he.....

    ReplyDelete
  45. Salam Preety,

    EEmmm....betoi sangat tu Preety....Tapi kalau lah perangai depa macam tu susah la kan....

    ReplyDelete
  46. Salam Ayu,

    Emm.....memang tu lah hakikatnya Ayu,bukannya nak mengata tapi kenyataan.....selalu sangat dah macam tu kan Ayu.....

    ReplyDelete
  47. Salam Whitecappuccino,

    Betoi tu....Kak Ros yang tak duduk kat situ pun bimbang jugak ni....

    ReplyDelete
  48. Salam EyqaLuvender,

    Emmm....rasanya nak kena buat lagu tu la kot nooo Eyqa......

    ReplyDelete
  49. Salam Mulut Payau,

    Tu la kan MP....kita tak mau la dah sampai jadi lagu tu dah,baru la nak bukak mata.......nak buat apa...? dah tak dak maknanya dah kan....

    ReplyDelete
  50. Salam azatiesayang,

    Ya terima kasih lah ya azatie....

    Ya.... tu lah yang kita dok harap2 kan...

    Sama2....insyaallah Kak Ros akan singgah kesana lagi nanti....he.he.he

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails