Sahabat adalah perisai diri

Thursday, February 2, 2012

Besarnya.......

salam,
Benda apa la kat dalam perut ular tu kan..........
masyaallah.....Panjang dan besar sungguh .....
Lama mana  dah la dia duduk kat dalam hutan tu.....memang mengerikan.......

ANGGOTA JPAM menunjukkan ular sawa yang ditangkap di sebuah kebun getah di Felda Kepis, Kuala Pilah semalam.

KUALA PILAH - Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) daerah ini berjaya menangkap seekor ular sawa batik sepanjang enam meter selepas ia gagal meloloskan diri akibat terlalu kenyang di ladang getah Felda Kepis, dekat sini semalam.

Reptilia seberat 130 kilogram itu ditemui dalam keadaan tidak bergerak selepas membaham mangsanya yang tidak diketahui.

Ketua Operasi JPAM daerah, Khairul Anuar Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 11.45 pagi dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian bersama empat anggota.

Katanya, mereka mengambil masa 15 minit untuk menangkap ular tersebut berikutan reptilia itu berada di tempat sempit sehingga menyukarkan pergerakan anggota JPAM yang turut dibantu penduduk kampung berkenaan.

"Ketika ditangkap, ular berkenaan agak agresif. Kami juga percaya ular itu telah lama mendiami ladang tersebut berdasarkan tempat aliran keluar masuknya," katanya dengan menambah, reptilia itu terpaksa dibawa keluar menggunakan jengkaut disebabkan saiznya yang begitu besar.

27 comments:

  1. salam kak ros

    mak aihhh besaq nya ulaq tuuuu
    kalau saya jgn harap la nak pegang. geli geleman. tgk ni pon dah meremang tekak.hehehe

    ReplyDelete
  2. Mak saya kalau tengok ni, menjerit dia. Sangat takut pada ular. Kitorang letak tangan dia atas gambar ular pun dia jerit.

    ReplyDelete
  3. allah..
    makan ape tu..
    ya allah...seriaunyer

    ReplyDelete
  4. Kak Zai tak suka reptilia ini.

    ReplyDelete
  5. mak aih.. besarnya. agaknya dia dh telan kambing seekor kot..

    ReplyDelete
  6. Scarynyer kalau jumpa depan mata...

    ReplyDelete
  7. uikssss ngeri sungguh... besarnya...

    ReplyDelete
  8. ntah2 ada seketui kambing yang ditelan bulat dalam perut ular tu.. tak sempat nak kunyah..

    ReplyDelete
  9. perghhh apa la yg ditelannya tuhh...

    ReplyDelete
  10. Salam Lya,

    Waalaikumsalam....Ni bukannya geli saja dah Lya...tapi dah jadi menakutkan,mengerikan,menyeramkan dan semuanya lah.....

    ReplyDelete
  11. Salam Aidah,

    Mak Aidah tu sama lah ngan Kak Ros...he.he...kalau ada sapa2 mai letak ular ni kat kak Ros....sah pengsan punya....

    ReplyDelete
  12. Salam Cheqna,

    Tak tau la apa yang dia makan tu Cheqna......harap2 tu bukan manusia lah kan.....

    ReplyDelete
  13. Salam Khairin,

    Anies ni buat Kak Ros seram sejuk ja......he.he.he...

    ReplyDelete
  14. Salam nuwairani,

    Eemmm....betoi tu nani...pasai dia besar sangat....dah tu ada benda kat dalam perut dia pulak tu....

    ReplyDelete
  15. Salam Zaitun,

    Ya la kan Zaitun....dah la geli,bahaya pulak tu....

    ReplyDelete
  16. Salam idasm,

    Kambing tak pa la jugak idasm kan....?jangan orang dah la.....

    ReplyDelete
  17. Salam eynda,

    Tengok kat dalam ni pun dah menyeram kan,apatah lagi kalau dok ada kat depan mata kita kan eynda.....?

    ReplyDelete
  18. Salam bunga,

    Emmmm...tengok badan dia tu...berapa tahun lah usianya ya bunga....?

    ReplyDelete
  19. Salam Mila,

    EEmmmmm...Kak Ros pernah tengok ular besar macam ni,kat dalam Zoo ja....

    ReplyDelete
  20. Salam Queen Teratal,

    Ya la Queen....besar kita ni senang2 ja dia telan kan.....Ish..memang mengerikan....

    ReplyDelete
  21. Salam Anaa,

    Ha.ha.ha Anaa ni suka buat lawak la....kalau dia sempat kunyah pun mesti tak hancur punya....pasai dia tak dak gigi he.he.he....

    ReplyDelete
  22. Salam Bitt,

    Harap2 tu bukannya manusia lah kan Bitt....?eeeeeeeee menakutkan bila Kak Ros dok ingat apa la yang ada kat dalam perut ular tu....

    ReplyDelete
  23. ehem besarnya..mcm ni besar org pun bolih ditelannya..hu2x..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails