Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, February 22, 2012

Bunuh ibu kandung sendiri....

Salam,
Kerana dadah sanggup buat apa saja.....ibu yang melahir dan membesarkan pun dah tak kenai dah....sedih sungguh Kak Ros bila dengan berita yang macam ni....anak yang di anggap boleh melindungi ibu bapanya,tetapi sebaliknya telah membunuh ibu kandungnya sendiri..........Inilah penangan dadah......

Oleh Omar Osman
am@hmetro.com.my

GEMPAR...penduduk kampung di pekarangan rumah mangsa, semalam.

SUNGAI PETANI:
“Saya terkejut hingga menggigil bila melihat Tok Teh terbaring berlumuran darah berhampiran singki di dapur,” kata Fadzilah Hussin, 26, cucu saudara A’inshon Abd Rahman, 60, yang mati ditetak dengan golok perak oleh anak lelakinya di Kampung Padang Buluh, Sidam Kiri, dekat sini, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku antara jam 11.30 pagi dan jam 1 tengah hari dan mayat mangsa ditemui seorang penjual ikan yang lalu di situ sebelum terlihat warga emas itu terbaring di lantai menerusi pintu dapur yang terbuka.

Difahamkan, mangsa yang memasak untuk makan tengah hari ditetak anak lelakinya berusia 26 tahun yang juga penagih dadah apabila dia tidak memberi wang yang diminta suspek.

Fadzilah berkata, sebelum kejadian dia menyuruh anak lelakinya, Khainursyani Mohd Khizri, 3, ke rumah nenek saudaranya itu jam 11 pagi dan anaknya pulang membawa sebiji pisang yang diberikan mangsa.

Menurutnya, dia langsung tidak mengesyaki sesuatu yang pelik kerana tidak mendengar pertengkaran mangsa dengan anak bongsunya walaupun jarak rumah mereka hanya lima meter.

11 comments:

  1. orang sekarang hilang akal.
    kerana kebendaan sanggup buat mcm2.
    nauzubillah.
    minta kita di jauhkan

    ReplyDelete
  2. hilang akal dh manusia skng..
    xder rsa perikemanusiaan langsung!

    salam ziarah ^^

    ReplyDelete
  3. giler la dorang ni..ntah mana silap otak dorang ni..

    ReplyDelete
  4. kalau dah dadah nak buat camner payah... .

    ReplyDelete
  5. sedih dengan perkara perkara begini, akal sudah hilang kewarasan dan pertimbangan

    Innalillah...

    ReplyDelete
  6. penangan dadah....org dah hilang kewarasan n sanggup bunuh mak ayah sendiri..;(

    ReplyDelete
  7. la....is...ada jugak org mcm ni....tergamak kan kak

    ReplyDelete
  8. Sedih tetapi itulah hakikatnya...DADAH.....orang.....boleh membuat apa sahaja

    ReplyDelete
  9. inilah dia kesan kesan seperti game yang dipasarkan,movie yang ditayangkan yang semakin mengutamakan violence sebagai tema.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails