Sahabat adalah perisai diri

Sunday, February 26, 2012

Dibenam dalam kolah Kejamnya....

Salam,
Ya Allahhhh.....kejamnya....Duduk kat dalam rumah sendiri pun dah tak selamat....hanya iblis saja yang sanggup buat kerja gila macam ni......Harap pembunuh ni cepat2 dapat di berkas.......

Laporan dan foto YAHYA AWANG
am@hmetro.com.my

TERKEJUT... Saedah dengan anaknya Mohd Azrul menceritakan kejadian yang menimpa Nurul Aien.


TAIPING: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditemui maut, dipercayai dirogol sebelum kepalanya dibenam di dalam kolah di bilik air rumahnya di sini, petang kelmarin.

Mayat pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Dato’ Wan Ahmad Rasdi (SMKDWAR) itu ditemui adik lelakinya dalam keadaan kepala dan seluruh badan dalam kolah selain cedera parah di kepala akibat dipukul benda keras.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa seorang diri di rumah sebelum kediamannya dimasuki individu tidak dikenali yang kemudian cuba merogol dan mencabul mangsa sebelum dia dibunuh.

Dalam kejadian jam 4.30 petang di Batu 9, Jalan Trong, Changkat Jering, mangsa dikenali sebagai Nurul Aien Mohd Saimon ditemui maut oleh adik lelakinya yang baru pulang dari rumah neneknya, 300 meter dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk kampung jam 4.30 petang.


7 comments:

  1. pekebenda dalam kepala hotak mamat tu kak ros?

    haihhh...geram btol la bila baca berita gini.memang....tension btol.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah... siksanya gara2 iblis yang bertopengkan manusia.

    ReplyDelete
  3. semoga perogol tu terima balasannya ..

    ReplyDelete
  4. takutnya..bdk2 sekolah skrg kak ros, ramai yg balik sendiri dr sekolah krn ibu bapa keluar bekerja. rasanya lama si malaun ni dok intai dan tunggu masa ambil kesempatan. semoga menjadi ingatan buat kits, ibu baoa di luar sana ...

    ReplyDelete
  5. na'zubillah...penjenayah dah berani pecah masuk rumah orang untuk merogol..ya Allah...takutnya..

    ReplyDelete
  6. jahat betullah orang yang buat perbuatan keji tu..sangat-sangat jahat!...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails