Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, February 15, 2012

Hampa belajar mana ni ha.......

Salam,
Kita pi sekolah ni untuk belajar menimba ilmu sebanyak mana yang boleh........Sekolah ni bukannya setakat belajar akademik saja,malah jugak adap sopan,akhlak, dan hormat menghormati di antara satu sama lain...Bukannya tempat belajar bergaduh,buli orang dan menjadi samseng.....

Aduh......bimbang sungguh la ...kak Ros dengan budak2 la ni......pihak sekolah memang tak boleh dok pandang  ringan lagi dah dalam kes2 yang macam ni nih......mesti kena buat sesuatu,takut lama kelamaan dia akan menjadi lebih serius.....


myMetro

PETALING JAYA: Hanya kerana didakwa tidak menghormati senior, seorang pelajar junior cedera dibelasah sekumpulan pelajar terbabit dengan kayu selain menyepaknya di badan hingga pengsan dalam kejadian di sebuah sekolah asrama di Sungai Buloh, di sini kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 malam itu, mangsa yang berusia 16 tahun berada di bilik asramanya di tingkat tiga sebelum didatangi seorang rakan yang memaklumkan seorang pelajar senior ingin berjumpanya.

Sumber berkata, sebaik tiba di bilik pelajar senior terbabit, mangsa diherdik kerana didakwa tidak menghormati pelajar senior.

Ketika mangsa hendak menerangkan kepada pelajar terbabit, tiba-tiba dia ditendang di dada.

“Sikap mangsa mendiamkan diri itu menyebabkan pelajar terbabit naik angin sebelum rakan sebiliknya datang menyepak mangsa di tepi badan hingga jatuh.

“Tidak cukup dengan itu, seorang lagi pelajar senior menyepak mangsa di badan selain mengugut melanggar ibu bapa mangsa jika dia mengadu kejadian terbabit kepada pihak pengurusan asrama atau sekolah,” katanya.

Menurutnya, mangsa pengsan di biliknya dan jam 11 pagi semalam, mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buluh untuk menerima rawatan selepas mangsa sesak nafas berterusan.

Mangsa disahkan cedera pada bahagian tisu di beberapa bahagian badan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamad mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dijalankan.

25 comments:

  1. betullah kak.skangnie nurul blehlah tak pkr sangat tapi besok2 bila merah n sofia n mybe anak2 seterusnya gaknya mcm manalah pergaulan kat sekolah.apelah yang dibuat.mcm mana nak letak kepercayaan n ajarkan..semuatuh mmg terpikir.pengaruh sekeliling n rakan sebayanie mcm mana nak kawal.kang terlebih kawalpun susah..nak bebeas sangat tak kawalpun lagi susah..huhu

    kita kena banyak belajar motivasi gakkan.mungkin ada buku2 atau pakar yang bleh kita rujuk bersama

    ReplyDelete
  2. Mula baja tajuk tadi kakak ingatkan hampa tu kecewa... wrong interpretation hihi...

    Semakin menjadi-jadi sekarang nie kes budak sekolah membuli teman satu sekolah. Takut kakak sebab anak kakak pulak tu ketua asrama sedangkan dia baru tingkatan 4, bimbang yg lebih senior tak suka...

    ReplyDelete
  3. budak asrama mmg suke buli..tapi sampai pukul tu mmg tak patot la....

    ReplyDelete
  4. Ya Allah... nape lah jadi gini... suka membuli.. risau pulak.. sekarang ni makin menjadi tak kira lelaki or perempuan..

    ReplyDelete
  5. salam kak ros
    budak2 ni, asal konon jadi senior tu kira mcm dah ada pangkat la nak membuli org.tang tu laju je nak membelasah. tang belajar buat main2. apa nak jadi ntah
    zaman saya sekolah dulu2, xde pon kes mcm ni. budak2 nakal je, xde sampai tahap belasah org ni. skrg, hoih jgn buat main. cikgu pon kadang2 terkena sebijik

    ReplyDelete
  6. sebab tu didikan asas agama tu penting,ramai ibubapa terlalu sibuk dengan kerjaya hingga lupa apa anak2 buat?tapi anak2 pun satu,tujuan ke sekolah tu?.....tanggungjawab ke sekolah?teruklah tu..

    ReplyDelete
  7. kejadian sperti itulah kadang2myebabkan sy takut nk masukkan anak dok asrama..Ya Allah minta dijauhkan.

    ReplyDelete
  8. ni bukan nakal dah ni.. ni namanya jahat.. teruk tul mrk ni.. bgmn boleh berlaku mcm ni..

    ReplyDelete
  9. xtau la nk ckp bdk2 skrg..mcm2 perangai..bkn sek men je..sek ren pon lbh krg sm jer


    p/s akk nnt check emel ye

    ReplyDelete
  10. ni namanya kurang ajar,tak berperikemanusian dan seorang pembuli yang merasakan diri megah kerana dikelilingi oleh ramai kawan-kawan yang kononnya boleh "backup".

    masa sekolah dulu,paling pantang dengan pelajar-pelajar yang tunjuk lagak gini.

    pasal tu penting untuk ibu bapa bertanya kan khabar kat anak-anak supaya boleh tau dorang kene buli ke tak.

    kadang-kadang dorang takut nak cakap and dorang aka buat seolah-olah semuanya ok kat sekolah.

    pasal tu ibu bapa perlu buat lebih dari bertanya - kalau boleh,tanyalah rakan-rakan rapat mereka...

    ReplyDelete
  11. kalau dah kat sekolah memang tanggungjawap cikgu la kan kak nak pantau...takkan nak mak bapak pulak buat spotcek hari2...adehhh...ngerikkk n sedih saya :(

    ReplyDelete
  12. culture bdk2 skrg mmg berbeza dgn budk2 dulu..klu dulu mereka sume takut/hormatkan guru..sekarang dgn guru2 sekali dia naik kepala..apa lah nak jd ngan mereka..ni lah jadinyer klu asas agama kurang diterapkan dlm dada..siapa nak dipersalahkan??ibubapa?? sekolah @ ank2 kita??

    ReplyDelete
  13. saya pun takut gak.. amir pun dah nak sekolah.. maklum jerlah anak saya tu pemalu.. nanti mesti senang kene buli..

    ReplyDelete
  14. slm :) aduhhhhhhhhhhh kalo kena anak kiter mmg sakit ati. ishhhhh pengaruh tv la kot eh kak ros?

    ReplyDelete
  15. risau betul kalu nengok budak2 zmn sekarang nih... kadang sbb pmpuan, sbb gosip, sbb ckp2 pun boleh jd sbb nk pukul memukul... mana lah otak pikiran diaorang nih agaknyer... naper tak pikir betul2...
    sekolah lg dh pandai2 jthkan hukum..pkl org tanya ada belas kasihan...

    *sorry kak panjang berjela...geram

    ReplyDelete
  16. kawan saya pernah cerita kat saya budak2 sekarang jenis tak respek cikgu..kalau zaman dulu anak murid takot dengan cikgu..

    ReplyDelete
  17. dunia akhir zaman...budak2 sek lebih berani dr cikgu,buat apa sj sesuka hati..xtahu nk salahkan siapa?

    ReplyDelete
  18. apa la nak jadi dgn budak2 zaman la ni..

    ReplyDelete
  19. apa la nak jadi dgn budak2 zaman la ni..

    ReplyDelete
  20. mcm2 perangai budak2 skrg ni...menakutkan jer...

    ReplyDelete
  21. bdk2 skg makin gengster kot..hoho..

    ReplyDelete
  22. tu yang risau bila hantar anak2 ke asrama...ada anak jenis bercerita so kita tahu masalah dia..tapi ada anak2 yg diamkan diri dan benda ni makan dalam..kdg2 buatkan anak2 ada masalah dalaman..itulah kita ni kan k.ros..jadi ibu asyik la risau hal anak2..zaman sekrg mencabar btl..kesian budak tu

    ReplyDelete
  23. mmng teruk betul perangai budak2 sekarang ni...

    ReplyDelete
  24. budak2 sekarang memang teruk, kekadang lawak mereka terlebih2, kalau kat kelas akak ingat bertumbuk betul2 tapi rupa2nya saja buat lawak,... selidik dulu dr semua segi baru nak tuding jari pd sesapa...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails