Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, February 21, 2012

Harga minyak lonjak ke paras tertinggi

Salam,
adakah kat negara kita ni akan naik lagi harga minyak gara2 harga minyak mentah dunia melonjak keparas yang tertinggi la ni........?

BEBERAPA orang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Teheran, Iran kelmarin.

SINGAPURA – Harga minyak melonjak ke paras tertinggi sejak sembilan bulan lalu kepada hampir AS$105 (RM318) setong di Asia semalam selepas Iran menyatakan ia menghentikan eksport minyak mentah ke Britain dan Perancis di sebalik peningkatan perbalahan berhubung program nuklear Teheran.

Harga minyak mentah naik AS$1.50 (RM4.54) kepada AS$104.74 (RM316.7) setong pada waktu tengah hari di Singapura semalam.

Sebelum itu, harga minyak mentah meningkat kepada AS$105.21 (RM318.1) yang paling tinggi sejak bulan Mei tahun lalu.

Pada Ahad lalu, Kementerian Minyak Iran menyatakan negara itu menghentikan penghantaran minyak mentah kepada syarikat-syarikat Britain dan Perancis yang merupakan satu tamparan kepada Kesatuan Eropah (EU) selepas EU melaksanakan sekatan ke atas eksport minyak Iran.

Sekatan itu termasuk pembekuan aset bank Iran yang akan bermula pada Julai depan.

Menteri Minyak Iran, Rostam Qassemi memberi amaran pada awal bulan ini bahawa negaranya akan mengurangkan eksport minyak kepada negara-negara Eropah.

Negara-negara EU yang dianggotai 27 buah negara meggunakan 18 peratus minyak Iran yang dieksport.

– AgensiA


6 comments:

  1. perang lagi pasal minyak neh nanti...

    ReplyDelete
  2. kalu kt mesia naik..kompem sy jual kete

    ReplyDelete
  3. Salam Bitt,

    Pasai minyak naik ni tak habis2 kan Bitt....

    ReplyDelete
  4. Salam Khairin,

    Tu la kan Anies......gaji kita nak makan ngan keperluan barang lain pun tak cukup......

    ReplyDelete
  5. ini la dier...disebabkan keputusan yang dilakukan oleh segelintir pemimpin,bukan sahaja rakyat negara mereka yang sakit,tapi seluruh dunia yang dibabitkan...

    ReplyDelete
  6. Hi Mr.Clive,

    Betoi tu Mr.Clive.....Pemimpin yang macam ni kan memang tak layak nak jaga rakyat....pasai depa tak pikir pun pasai rakyat...bukannya depa yang nak susah...depa tak besa dok pi isi minyak pun...tak besa pegang duit pi beli keperluan hidup pun...nak apa2 tu cakap ja.....

    Rakyat lah yang dok menaggungnya kan....nak makan pakai,anak2 nak belajar,bil sana bil sini....macam2 lagi lah kan...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails