Sahabat adalah perisai diri

Thursday, February 2, 2012

Hebat betoi la.........

Salam,
Risau sungguh la..Kak Ros tengok anak2 yang baru nak besar ni.... dulu kita dengar anak2 lelaki saja yang selalu dok bergaduh...la ni,anak2 perempuan pun dah banyak yang berani pukul orang.......
Baya depa ni .....sepatutnya belajar dan menimba sebanyak mana ilmu yang boleh,tak kira lah ilmu dunia ka,ilmu akhirat ka,yang penting ilmu....bukannya cari boyfriend atau girlfriend.......bukannya cari musuh dan bukannya dok cari gadoh ngan orang.......

faizal.nazaruddin@kosmo.com.my
NOOR yang cedera selepas dibelasah 15 pelajar perempuan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar semalam.

KANGAR – Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini teruk ‘dikerjakan’ sekumpulan 15 pelajar perempuan lain gara-gara pertelingkahan berebut teman lelaki sehingga mangsa terpaksa dimasukkan ke hospital.

Dalam kejadian antara pukul 5 hingga 6 petang kelmarin berhampiran sekolah itu yang terletak dekat sebuah taman perumahan, mangsa yang hanya dikenali sebagai Noor, 15, mendakwa dia ditampar, dipukul dan dipijak oleh kumpulan pelajar tersebut yang mengamuk selepas menuduhnya merampas kekasih mereka.

Serangan ganas itu berlaku ketika mangsa baru keluar dari sekolah untuk pulang dengan menunggang basikal selepas selesai mengikuti latihan sukan.

Kumpulan pelajar perempuan itu didakwa sudah menunggu mangsa sebelum mereka terus membelasahnya. Pada masa itu mangsa yang tinggal di Pangsapuri Sena kira-kira 500 meter dari sekolahnya dalam perjalanan pulang seorang diri.

Setelah puas dikerjakan hampir 15 minit, Noor yang dalam kesakitan terpaksa mengagahkan diri mengayuh basikal pulang ke rumah. Kejadian malang yang menimpanya tidak dimaklumkan kepada ibunya.

Bagaimanapun, pada pukul 12 tengah malam, mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital oleh ibunya setelah dia muntah-muntah.

Mengimbas kejadian itu, Noor memberitahu, pertelingkahan tersebut berpunca apabila dua orang daripada kumpulan pelajar perempuan yang dikenalinya itu mendakwa dia mempunyai hubungan dengan teman lelaki mereka.

“Saya beritahu saya tiada apa-apa hubungan namun kedua-dua pelajar itu tidak berpuas hati dan terus menarik rambut dan memukul saya sebelum rakan lain ikut serta membelasah saya,” kata pelajar itu ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini semalam.

Noor, anak kedua daripada tiga beradik, baru sebulan belajar di SMK Perlis itu setelah berpindah dari Sungai Petani, Kedah bagi mengikuti ibunya yang bekerja di kedai makan di sini. Mangsa telah pun kematian bapa.

Katanya, dia langsung tidak menyangka kumpulan pelajar terbabit akan bertindak bagaikan orang hilang akal apabila tergamak membelasahnya sehingga dia hampir terjatuh ke dalam longkang.

“Malah ketika itu ada dua remaja lelaki iaitu teman lelaki kepada dua pelajar yang menuduh saya menjalin hubungan dengan kekasih mereka.

“Namun, kedua-dua remaja lelaki itu termasuk seorang yang bersekolah di sekolah sama dengan saya tidak membantu menjelaskan keadaan sebenar, sebaliknya kedua-dua lelaki itu turut menonton dan bersorak apabila melihat saya dibelasah.

“Hanya tiga pelajar perempuan dalam kumpulan itu yang saya kenal termasuk dua pelajar yang menuduh saya mempunyai hubungan dengan kekasih mereka. Ketiga-tiga pelajar itu sebaya dengan saya dan sama kelas dengan saya,” ujarnya.

13 comments:

  1. ohhh...ganas bdk perempuang skang ni
    hilang sifat lemah lembut..

    ReplyDelete
  2. allahuakbar
    ya allah..takut pulok rasanya

    ReplyDelete
  3. takut dengar..macam-macam hal..skunk nie...

    ReplyDelete
  4. saya pun dgr berita pagi td pasal kes budak kena belasah ni.. takutkan.. bkn bdk lelaki jer.. bdk perempuan skrg pun pandai gaduh² mcm ni...

    ReplyDelete
  5. sebenarnya mereka2 ni masih tiada hala tuju.. apa sebenarnya yg mereka tekad dan azamkan dlm hidup mereka.. kalau kita dulu mmg dah set dalam minda aku nak jadi ini.. jadi itu.. sbb tu kita concentrate pd pelajaran je & x pk pada hal2 nak cari pakwe or makwe... waallahualam

    ReplyDelete
  6. terkejot betol tgk news pagi tadi.. apa nak jadi depa ni..

    ReplyDelete
  7. melampau budak2 zmn skrg nih... ntah kt mana lah dioarang nyer fikiran agaknyer... sedap2 hukum anak org lain ngn pukul... camne lah kalu dh bsr esok2... mintak2 di jauhkan...

    ReplyDelete
  8. ntahla....

    takut sgt tgk perkembangan anak2 sekarang,,..

    ReplyDelete
  9. ya Allah ape nk jdi budak skrg..dh pndai blasah² org..mcm gengster kn akak..skrg nk bg ank main kt luar umh pon tkut.mcm bnda leh jdi..org xtau pape leh kne simbah acid...

    kita ni sentiasa bhti² la ye..moga sentiasa d lindungi Allah swt..

    ReplyDelete
  10. kadang2 akak tenguk budak2 pompuan ni lebih brutal dr budak2 lelaki...

    ReplyDelete
  11. ehem..semuga mangsa cepat sembuh !!!..apa nak jadi ngan budak2 perempuan skrg ni..semakin ganas perlakuan mereka..hu2x..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails