Sahabat adalah perisai diri

Friday, February 24, 2012

Info Yang Sangat Penting Buat Ibu Bapak...

Salam,
Mencegah lebih baik dan lebih murah dari merawatnya kan.......Anak2 yang masih kecik ni,memang depa mudah sangat terkena jangkitan........Jadi mai lah sama2 kita mengambik langkah2 awai untuk mencegah dari
jangkitan2 yang dok ada ni semua......

Oleh NURUL IZZA ROSLY


PNEUMOKOKAL merupakan satu penyakit yang berpunca daripada kehadiran bakteria Streptococcus pneumoniae (pneumokokus) yang boleh membawa maut kepada kanak-kanak. Bakteria Streptococcus pneumoniae biasanya ditemui di dalam saluran pernafasan kanak-kanak dan disebarkan melalui batuk dan bersin.

Kini terdapat lebih daripada 90 jenis pneumokokal yang diketahui namun, hanya lebih kurang 10 peratus dari- padanya boleh menyebabkan penyakit yang serius di seluruh dunia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menempatkan penyakit pneumokokal iaitu satu penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin sebagai punca nombor satu kematian kanak-kanak di bawah umur lima tahun di seluruh dunia.

Penyakit itu sangat serius kerana boleh mengakibatkan kerosakan otak, hilang pendengaran dan kematian.

Tahukah anda kira-kira 70 hingga 80 peratus kanak-kanak Malaysia terus tidak dilindungi daripada penyakit pneumokokal.

Angka itu amat membimbangkan dan memeranjatkan bagi sebuah negara seperti di Malaysia yang mempunyai sistem penjagaan kesihatan antara yang terbaik di rantau ini tetapi, masih belum memasukkan Vaksin Berkonjugat Pneumokokal (PCV) ke dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP).

Bakteria pneumokokus menyebabkan jangkitan invasif termasuk bakteremia/sepsis (jangkitan bakteria darah), meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak), pneumonia (radang paru-paru) dan otitis media (jangkitan telinga tengah) yang boleh membawa maut atau kehilangan upaya.

Sedar mengenai kepentingan vaksin itu diberikan kepada kanak-kanak Malaysia, kempen Aim For Broader Coverage (ABC) atau Sasarkan Liputan Lebih Luas, menyeru rakyat Malaysia supaya menyokong kemasukan PCV ke dalam NIP dengan menandatangani ikrar di laman web www.abc4pneumococcal.com.

BAKTERIA yang menyerang bahagian otak boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami kecacatan kekal.
Jangkitan penyakit pneumokokal terus meningkat di seluruh dunia dan Asia Tenggara mencatatkan bilangan kes pneumokokal paling tinggi dan angka kematian paling tinggi.

Mengapa senario ini terjadi? Ia disebabkan kurangnya kesedaran terhadap penyakit pneumokokal digabungkan dengan kesukaran untuk mendapatkan diagnosis jangkitan pneumokokus secara tepat.

Malah, dalam kes ini pencegahan adalah lebih baik daripada pengubatan dan pencegahan penyakit pneumokokal adalah pilihan lebih selamat dan menjimatkan kos jika dibandingkan dengan kesan serius daripada penyakit pneumokokal.

Sokongan ibu bapa

Kempen ABC adalah kerjasama antara Pfizer Malaysia dan Asian Strategic Alliance for Pneumococcal Disease Prevention (ASAP) dan juga portal asuhan seperti Parenting2u, Pitter Patter dab SJ Echo.

Ia dilancarkan pada bulan Jun 2011 untuk menyemaikan kesedaran terhadap penyakit pneumokokal dan menekankan bahawa penyakit tersebut boleh dicegah melalui pelalian.

Sebagai lanjutan kempen itu, ABC Parent Coalition ditubuhkan untuk mendapatkan sokongan dalam kalangan ibu bapa di Malaysia.

Menurut Datuk Dr. Zulkifli Ismail yang merupakan ahli pengasas ASAP dan Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik Hospital Pakar KPJ Selangor, penyakit pneumokokal adalah punca kematian di dunia yang boleh dicegah dengan vaksin.

“Pelalian adalah cara paling cekap dan berkesan untuk mengurangkan kadar kematian akibat penyakit ini.

“Kita perlu menjadikan vaksin ini sebahagian daripada NIP supaya semua kanak-kanak Malaysia akan mendapat perlindungan daripada penyakit ini,” katanya.

Dalam pada itu, pengasas bersama Parenting2u.com, salah satu kumpulan ibu bapa yang mengetuai ABC Parent Coalition, Chan Li Jin, memberitahu, walaupun mendapat publisiti yang luas, ramai ibu bapa masih tidak menyedari tentang komplikasi dan keseriusan penyakit pneumokokal.

“Kami berharap dapat menarik ibu bapa dan individu untuk menandatangani ikrar ini dan menunjukkan kebimbangan mereka terhadap nasib begitu ramai kanak-kanak Malaysia yang masih terus tidak dilindungi daripada penyakit ini,” katanya semasa sidang media di Persatuan Kebajikan Ti-Ratana di Desa Petaling, Kuala Lumpur.
Dalam majlis tersebut juga, seramai 47 penghuni Ti-Ratana diberi PCV secara percuma.

PENCEGAHAN melalui vaksinasi adalah lebih baik berbanding merawat penyakjit itu yang boleh menelan belanja ribuan ringgit.

Suntikan tersebut telah diberikan oleh Dr. Low Kok Thye yang juga merupakan ahli ABC Parent Coalition bersama rakan setugasnya dari Klinik Medijaya yang menyumbangkan masa dan kepakaran perubatan untuk menjayakan kempen pelalian tersebut.

Kok Thye memberitahu, sebanyak 900,000 kematian setahun dicatatkan di seluruh dunia akibat bakteria pneumokokal.

“Kanak-kanak ini tidak berdosa dan kita mahu memberikan kesedaran kepada ibu bapa betapa pentingnya vaksin ini untuk melindungi anak-anak mereka.

“Peningkatan kes semakin membimbangkan. Bayangkan 60 peratus kanak-kanak yang menghidap meningitis akan mati. Jika hidup pun, mereka akan berdepan dengan kecacatan kekal seperti kecacatan otak,” ujarnya.

Dengan bimbingan pakar perubatan dalam ASAP, ABC Parent Coalition merancang untuk melancarkan satu kajian penyelidikan yang akan menyediakan data kuantitatif dan kualitatif bagi mengenal pasti kesan emosi serta kewangan yang dibawa oleh penyakit pneumokokal di Malaysia.....

18 comments:

  1. salam kak ros,

    betuilah tu ..
    baik mencengah dari
    dah kena baru nak ubat
    mahai tak vaksin tu?

    ReplyDelete
  2. Elok laa pada ibubapa yg punya anak kecil ambil pencegahan awal.. kan..

    ReplyDelete
  3. Iyer, setuju Ros.. mencegah itu lebih baik dari merawat...
    Hari ni ma sukses! Buat sendiri... Dah masukkan blog ros dalam blog list ma... Hahaha, camane yer boleh jadi pandai hari ni? Kalu cam tu, takpayah harapkan anak lagi, kaaaan...?!

    ReplyDelete
  4. adesss...kak...slalu tunjuk gambar yang menyebabkan sy mual...kehkehkehhh....
    apa apa pun, satu yang sy sedar skrang semakin byk penyakit yang "menyerang" kanak-kanak...takut gak dengar nyer...

    ReplyDelete
  5. yup.... mencegah lebih baik dari mengubati...

    ReplyDelete
  6. hmmm...kalau sebegitu penting dan serius kesannya, patutnya kene lah wajibkan kan.

    ReplyDelete
  7. blurr saya...nama sakit nih...jup google lagi...bahaya tu sampai menyerang otak kan :)

    ReplyDelete
  8. Salam Ati,

    Waalaikumsalam.....Kak Ros pun tak tau berapa harga vaksin ni,Ati cuba pi tanya kat farmasi....rasanya tak mahai sangat kot..

    ReplyDelete
  9. Salam Rinna,

    Betoi tu Rinna....apa pu kita cuba lah mencegah dulu kan....kalau dah dapat sakit tu,memang lagi teruk la kita nak berubat....

    ReplyDelete
  10. Salam Kamariah,

    He.he.he....terima kasih ya Kamariah....apa pun kalau kita suka belajar ni mesti kita akan pandai kan Kamariah....

    ReplyDelete
  11. Hi Mr.Clive,

    Alaaa.....ya ka Mr.Clive....he.he.he....mana ada....Ok lah tuh...he.he.he...

    ReplyDelete
  12. Salam dwaty,

    Betoi tu dwaty......kalau dah dapat sakit tu memang susah la... kan dwaty....

    ReplyDelete
  13. Salam KhaiRin,

    Tu la Anis kak Ros pun risau jugak dengar penyakit ni....

    ReplyDelete
  14. Salam GadisBunga,

    Betoi tu GB...tak boleh di pandang ringan benda2 yang serius macam ni kan....

    ReplyDelete
  15. Salam Bitt,

    Tu la kan Bitt....macam2 dan banyak sangat penyakit la ni sampai kita nak sebut nama dia pun tak tau.....

    ReplyDelete
  16. As a mom, kesihatan anak2 mmg ditangga teratas dkm otak fikiran.... Lakukan yg terbaik utk anak anda.... Me too.... ;)

    ReplyDelete
  17. As a mom, kesihatan anak2 mmg ditangga teratas dkm otak fikiran.... Lakukan yg terbaik utk anak anda.... Me too.... ;)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails