Sahabat adalah perisai diri

Thursday, February 23, 2012

Jepun nak bina lif ke angkasa....

Salam,
Hebatnya perancangan Jepun ni..............Kat bumi ni pun kita jalan tak habis lagi kan...ni depa pulak dah pikir dah macam mana nak bawak pelancung pi makan angin kat angkasa lepas.....Kagum sungguh la Kak Ros ngan Jepun ni...


TOKYO - Sebuah firma pembinaan Jepun mendakwa semalam ia mampu melaksanakan rancangan luar biasa untuk meletakkan pelancong di angkasa lepas dalam tempoh 40 tahun dengan membina sebuah lif setinggi 96,000 kilometer (km) atau suku jarak Bumi ke bulan.

Firma Obayashi Corp mendakwa lif itu boleh dibina dengan menggunakan teknologi karbon nanotube yang lebih 20 kali ganda lebih kuat daripada besi.

Menurut firma berkenaan, lif itu dapat membawa sehingga 30 penumpang pada sesuatu masa dan bergerak pada kelajuan 200 kilometer sejam selama seminggu sebelum berhenti di sebuah stesen pada jarak 36,000km.

Ketua projek itu, Satomi Katsuyama berkata, pelancong akan tinggal di stesen berkenaan manakala kumpulan penyelidik dan pakar akan meneruskan perjalanan.

"Manusia sejak dahulu lagi kagum dengan menara tinggi. Kami akan membina lif ini dari angkasa lepas dan bukan Bumi," katanya.

Walaupun Katsuyama yakin pelan tersebut akan berjaya, beliau belum menetapkan anggaran kos, lokasi dan pembiaya bagi membina struktur berkenaan.

Firma itu membina bangunan tertinggi di Jepun, Tokyo Sky Tree, yang setinggi 634 meter.

Antara penglibatan syarikat itu dalam pembinaan bangunan ialah Dubai Metro di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Studio Universal Osaka, Jepun dan Stadium Australia yang digunakan untuk Sukan Olimpik Sydney. - AFP


8 comments:

  1. salam kak ros
    ish macam2 idea jepun ni kan
    inovatif sgt

    ReplyDelete
  2. wahhh...ish2..tak mustahil kan?hehe

    ReplyDelete
  3. hahahah macam macam je strategi jepun nie. bole keee! pelik je. :D

    ReplyDelete
  4. Salam Lya,

    Waalaikumsalam Lya......Tu la jepun kan Lya.....tak henti2 dok pikir nak majukan rakyat dan negara depa....yang orang tak pikir lagi...depa dah pikir jauh kedepan dah....

    ReplyDelete
  5. Salam Fieda,

    EEmmmm.....betoi tu Fieda....Depa ni semakin hari semakin maju....

    ReplyDelete
  6. Salam Yayansmum,

    Apa pun kalau ada kemahuan disitu ada jalannya kan Yayansmum......tambahan pulak negara depa ni negara yang paling baik sekali dari segi cipta memcipta ni....dan ekonomi pun rasanya kukuh....

    ReplyDelete
  7. Salam Asfira,

    He.he.he....mana lah tau satu hari nanti kita boleh pi makan angin kat atas angkasa pulak kan Asfira.....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails