Sahabat adalah perisai diri

Monday, February 20, 2012

Jet peribadi Jackie Chan dipamer

Salam,
banyaknya duit Jackie Chan ni noooo...sampai dia boleh beli jet sendiri....Hebat betoi la kan....Kak Ros minat sangat lakonan dia ni.....

JACKIE CHAN
KANAN: .JET peribadi Jackie Chan mendarat di lokasi Pertunjukan Udara Singapura di Singapura pada 14 Februari lalu.


SINGAPURA - Sebuah jet peribadi milik pelakon dan pengarah terkenal, Jackie Chan dipamerkan pada Pertunjukan Udara Singapura di sini pada minggu lalu.

Jet Legacy 650 itu yang berwarna putih, merah dan kuning diilhamkan daripada mitos haiwan naga dalam
kepercayaan bangsa Cina.

Chan menjadi duta syarikat Embraer yang mengeluarkan jet itu.Jet itu mempunyai 13 kerusi dan berharga AS$31.5 juta (RM95.87 juta), lapor agensi berita AFPsemalam.


RUANG dalam jet peribadi Jackie Chan. 
KANAN: MEJA mewah yang terdapat dalam jet peribadi Jackie Chan.

Ia dipamerkan sebagai sebahagian daripada kempen promosi penjualan oleh syarikat Embraer.

"Asia Pasifik, seperti yang anda ketahui, merupakan satu pasaran yang semakin berkembang," kata Presiden Embraer, Ernets Edwards.

Asia kini mempunyai bilangan jutawan kedua paling ramai selepas Amerika Syarikat, menurut kajian 
Pengurusan Kekayaan Merrill Lynch Global dan Capgemini. - Agensia


12 comments:

  1. kekadang nak beli alas meja baru pun berfikir sampai 7,8 kali, ini kan pulak jet peribadi... huhuhu

    ReplyDelete
  2. Salam Ros.
    Mahalnya tak mampu lah jawabnya .

    ReplyDelete
  3. mahai nyer...
    tp msti bnyak pndapatan dia kn
    kalu lah ada aritis kite yg ada jet peribadi gini camne la gaya nyer

    ReplyDelete
  4. bla byk duit n x tau nk buat pe..ni la jwpn nyer

    ReplyDelete
  5. Salam SudipVssenduk,

    He.he.he betoi tu sudipVSsenduk...Bila duit dah banyak ni macam tu la kan....nak beli apa pun tak payah dok pikir dulu macam kita ni dah....he.he.he......

    ReplyDelete
  6. Salam Intan,

    Waalaikumsalam Intan....kita ni nak beli moto sebijik pun terhegeh hegeh...he.he.he.....

    ReplyDelete
  7. Salam Nieda,

    Waalaikumsalam Nieda....kerja sampai mati pun belum tentu kita boleh beli kan.....he.he.he.....

    ReplyDelete
  8. Salam norhidana,

    Filem dia pi satu dunia...filem kita ni sampai tang mana ja kan....?

    ReplyDelete
  9. Salam KhaiRin,

    Betoi tu Anies.....tapi kalau banyak duit beli menatang ni...ok lah kan Anies daripada dok habis berjudi...apa pun tak dak....

    ReplyDelete
  10. Salam Bitt,

    he.he.he....memang menarik sangat...boleh tengok pun jadi lah kan Bitt...he.he.he...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails