Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, February 22, 2012

Kebaikan Makanan Pedas

Salam,
Pedas pun ada kebaikan rupanya....Tapi jangan dok makan terlalu pedas sangat,kalau perut yang tak tahan tu...nanti aka cirit birit pulak kan....



1. Menurunkan berat badan
Menurunkan berat badan. Siapapun pasti setuju, makanan apapun kalau diberi sambal pasti akan lebih menambat selera. Kalau boleh, makanan diet anda pun mesti nak kena ada sambal. Kalau hal ini boleh membuat anda boleh menikmati makanan sihat dengan lebih berselera, kenapa tidak? Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa bahan utama dalam cili, iaitu kapsaisin, memiliki efek termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit.

2. Menyihatkan jantung
Menyehatkan jantung. Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah. Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan peradangan. Keduanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.

3. Mencegah Kanser
Mencegah kanser. Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.

4. Menurunkan Tekanan Darah
Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.

5. Mengurangkan Stress
Mengurangkan stress. Makanan pedas boleh meningkatkan produksi hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.

14 comments:

  1. YM mmg suka sgt makanan pedassss..feveret.hehe

    ReplyDelete
  2. suke sangat makan pedas.. tp sejak ade anak ni.. kenelah ikutka selera anak yg xmoo mkn pedas sgt huhuhuhu....

    ReplyDelete
  3. akak,walaupun da dekat 7 tahun duduk kat bumi semanjung ni,masih xdapat nak makan pedas...hehe... :P

    ReplyDelete
  4. kita memang suka makan pedas....
    rasa tak lengkap kalau tak pedas...

    ReplyDelete
  5. dulu tak thn pedas
    tp bila dah kawin dgn org n9
    lidah ni dah boleh mkn pedas2..
    pandai lak lidah ni kan :)

    ReplyDelete
  6. X pedas, x ble makan..

    Ops, bole la jugak, tp lg berselera la kalo ade pedas...ehehee

    ReplyDelete
  7. turunkan berat..?? kena makan cabai hari2 camni...

    ReplyDelete
  8. Xle hidup tanpa pedas. Loya if xde rase pedas. Tapi nape tak kurus2 pon :(

    ReplyDelete
  9. kalau makan pedas sangat, kening saya bergerak2..

    ReplyDelete
  10. favourite tu,kalu x pedas ,xda umphh mknn tu:)

    ReplyDelete
  11. favourite tu,kalu x pedas ,xda umphh mknn tu:)

    ReplyDelete
  12. Pedas mmg dh sinonim dh..kalau x pedas mesti x complete rase..hehe..

    ReplyDelete
  13. Salam,
    Ni dia peminat tegar makanan pedas, klu tak pedas, tak umphhhh... Pernah terbaca, masyarakat India kurang menghidapi kanser kerana makanan mereka yg pedas....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails