Sahabat adalah perisai diri

Thursday, February 16, 2012

Macam mana boleh jadi lagu tu.....

salam,
Naya nenek ni kan... dia mintak bantuan apa pun sebagai warga emas mesti tak dapat punya.....macam mana boleh jadi lagu ni ha......?

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
dan JUNHAIRI ALYASA
berita@kosmo.com.my


PUAN menunjukkan MyKad yang menyatakan dia dilahirkan pada tahun 1996 atau berusia 15 tahun sedangkan cucunya, Siti Noor Atikah Mat Yusop pula berusia 21 tahun di rumah mereka di 
Sanglang, Perlis semalam.


KANGAR – Seorang warga tua dari Kampung Padang Keria, Simpang Empat di sini yang memiliki 47 orang cicit kini tidak sanggup lagi menghadapi dilema usia beliau hanya 15 tahun 10 bulan berdasarkan catatan dalam MyKad.

Puan Ahmad yang mendakwa usianya kini melebihi 90 tahun berkata, masalah itu berlaku selepas MyKad yang diperolehnya pada tahun 1996 tertera dengan nombor 960412-02-0558*.

Dia juga bingung melihatkan wujud tanda * pada penghujung nombor MyKad itu.

Puan kini kecewa kerana mendakwa masalah itu menyebabkan dia terlepas peluang mendapat banyak kemudahan khusus untuk golongan warga emas selain gagal memohon wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Saya sudah rujuk masalah nombor MyKad ini kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perlis pada tahun lalu tapi mereka minta saya terus guna kad yang sama,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Puan yang kini mempunyai empat orang anak, 19 cucu dan 47 cicit, dilahirkan di Tasik Melati, Padang Besar pada tahun 1920-an.

Katanya, masalah itu berlaku selepas dia memohon kad pengenalan baharu di JPN Kuala Nerang, Kedah, beberapa tahun lalu.

20 comments:

  1. hahah da baca pasal citer ni...geli hati la kak ros...hehe :P

    ReplyDelete
  2. Erkkkkk???

    Terserlah sapa sambil lewa buat koje....

    Ke ada kesilapan yg tersirat...

    Hehheeee, lawok la...

    ReplyDelete
  3. cnmer bleh jd lagu nie..
    erm...wt keje silap..kalu org silap bising2..

    ReplyDelete
  4. kesian nenek ni
    menyusahkan dia

    ReplyDelete
  5. tak pasal² jerkan.. sape yg bersalah ni.. hahah kan nenek dah jadi muda..

    ReplyDelete
  6. kak, boleh suh sesapa gi meminang tu hehehehe

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Kak Ros..

    Eh,saya tua lagi la dari nenek ni...

    Hihihiihi..:)

    ReplyDelete
  8. hehehe... typing error la tue tp x kan x double check

    ReplyDelete
  9. mcm mana ada kesalahan mcm2 ek?sepatutnya dowg serius dlm hal mcm nie.mmg banyak faedah diberikan mcm diskaun naik kenderaan awam,penginapan di penginapan percutian di hotel2,n klinik2.byk sgt.bila jd mcm nie kesian makcik2.

    org kat pjbt pndftrantuh ptutnya dia lebih perihatinlah..kesian

    ReplyDelete
  10. alamak..muda belianya nenek ni..
    hehhe..
    ytapi, kesian jugak..hoho

    ReplyDelete
  11. Ishh..kesian kat nenek tuh.diorang ni pun amik mudah je perkara2 camni, tak ke menyusahkan org namanya tu..dah keluar paper baru le nak sibuk2 tolong tue...ish2...

    ReplyDelete
  12. benda ni jadi sebab buat keje main2..bila dah salah buat bodoh jer langsung tak nak tanggung..yang jadi mangsa nenek ni laa.nenek tu dh pegi balik kat jpn tp diorang suh guna jugak ic tu..kot yer pun bagi laa penerangan knp nak kna pakai ic tu jgk walau thn tu 96..kang bila ckp byk mula nak naik angin tapi sapa yng buat keje cuai mcm ni??

    ReplyDelete
  13. sian plok...
    takan lah xleh buat yang lain...
    ni lah hasilnya kalau buat keje sambil lewa...

    ReplyDelete
  14. merasa jadi muda semula..heheh

    ReplyDelete
  15. merasa jadi muda semula..heheh

    ReplyDelete
  16. akekekkekke ada baca kat fb tadi...syok betul umur cenggitu...tapi susah la nak p mana2 pulak kann...akekekkekeke

    ReplyDelete
  17. ehem kesian kat nenek ni..org2 JPN tak nak tanggung jawab atas kesalahan tersebut..hu2x.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails