Sahabat adalah perisai diri

Monday, February 27, 2012

Minyak masak tuala wanita

Salam,
Tak kira apa pun yang ada kat dalam minyak tu,tapi apa yang pentingnya ia membabitkan soal kebersihan dan kesihatan kita......Awat depa ni cuai sangat...ambik mudah ja kerja2 yang depa buat ni....jangan dok pikir nak buat duit ja...pikirlah sama kebersihan dan nyawa orang sama......

surayaroslan@hmetro.com.my
JIJIK...minyak masak mengandungi tuala wanita.

JELEBU: "Apabila diamati, saya percaya ia tuala wanita," kata pekedai, Mohd Ifzal Dzulkiffli, 31, yang terkejut apabila menemui tuala wanita di dalam peket minyak masak yang diterimanya di Kampung Titi, Kuala Klawang, di sini.

Mohd Ifzal berkata, minyak masak seberat satu kilogram (kg) itu diterima daripada pemborong dua bulan lalu, namun berikutan tidak sahih ia adalah tuala wanita dia tidak membuat laporan.

“Bagaimanapun, selepas berfikir kejadian ini mungkin terjadi kepada orang lain, saya bertindak melaporkan kepada pihak berwajib.

“Saya mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak berkenaan berikutan ini membabitkan soal kesihatan dan kebersihan,” katanya.

Menceritakan penemuan mengejutkan itu, Mohd Ifzal berkata, perkara itu terjadi apabila seorang pelanggan mahu membeli minyak masak datang ke kedainya.

17 comments:

  1. adoii..tu la kak..saya baru jer lepas baca kt metro...ntah hape2 la..mcmna blh termasuk plk mende tu..

    ReplyDelete
  2. adoii..tu la kak..saya baru jer lepas baca kt metro...ntah hape2 la..mcmna blh termasuk plk mende tu..

    ReplyDelete
  3. Kakak rasa pekerja sykt tu sengaja dengki... mana mungkin benda begitu tidak disengajakan.

    ReplyDelete
  4. haihhh...ape ke bende laaa yang dipikirkan oleh dorang ni... >_<

    ReplyDelete
  5. Salam Fieda,

    Benda punya la besar macam tu pun depa tak nampak,apatah lagi benda yang kecik2 tu....lagi la depa tak ambik kisah kan Fieda....

    ReplyDelete
  6. Salam Kakzakie,

    Boleh jadi jugak la kan Kakzakie....tapi apa pun memang meloyakan....

    ReplyDelete
  7. Salam Cik Rose,

    Tu la....sepatutnya depa ni kena periksa lebih ketat lagi...pasai benda ni semua bersangkutan dengan makanan....

    ReplyDelete
  8. Salam Lya,

    EEmmm...memang meloyakan......

    ReplyDelete
  9. Hi Mr.Clive,

    Yang Kak Ros herannya kan Mr.Clive.....dari mana mainya benda yang kat dalam minyak tu....

    ReplyDelete
  10. Adoiiii...nape la dieorg nie mcm nie..kembang tekak falsya nengok..

    ReplyDelete
  11. kadang2 rasa tak logik je..takkan sorang pun kat kilang buat minyak tu tak perasan benda tu..sangat menjijikkan...

    ReplyDelete
  12. Salam Falsya,

    Ni yang kita tau dan nampak kan ....Tah apa la lagi yang kita tak tau ni kan Falsya....

    ReplyDelete
  13. Salam Ummiarissa,

    Tu yang kak Ros dok heran sangat tu....benda punya la besar macam tu pun tak kan la tak boleh nampak kot....

    ReplyDelete
  14. ni QC tido waktu kerja la ni..... heee3x

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails