Sahabat adalah perisai diri

Thursday, February 2, 2012

Mungubati mulut yang yang celupar.......


Salam,
Pernah dak kita terfikir dan sedar yang kita ni bermulut celupar........? Sedar dak kita apabila kita bercakap, tanpa disedari kita telah mengguris hati dan perasaan orang lain....? Pernah dak kita dipinggirkan pasai kita ni suka sangat dok bercakap lepas2...,ikut mulut kita ja.....?

Sebagai manusia biasa... kita tidak pernah terlepas dan lari dari melakukan kesilapan dalam segala tindakan serta percakapan kita seharian......

Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan dan petua yang berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya lah selain dari mulut celupar ni........

Pertama sekali...., Rasulullah menyuruh kita diam kalau mulut kita terdorong untuk bercakap perkara2 yang tidak sepatutnya kita cakap.....

Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan,“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik2 saja atau pun diam.”

Lepas tu....., Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah kita...... Kebanyakannya dari kita ni menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri saja dan terlupa dah untuk memuji kepada pencipta lidah ni setiap hari...... Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita......

Menurut sahabat Ibnu Umar, Rasulullah pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.”

Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari.., terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tapi sangat berat untuk diamalkan.

Kedua-dua kalimat itu adalah 'subhanallah wa bihamdihi' dan 'subhanallah hil azim' yang membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan, ‘Maha suci Allah yang Maha Besar'......

Selain dari itu....., dalam riwayat lain menceritakan..., kalau ada sapa2 yang membaca  'subhanallah wa bihamdihi' sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosa dia diampunkan oleh Allah SWT meski pun sebanyak buih di lautan......Tapi kalau boleh tu...biar lah kita buat semua ni dengan ikhlas hati kita,semata mata hanya kerana Allah....bukannya pasai mengharap kan sesuatu dari Nya.........

Ketiga, Rasulullah mengajar agar kita sentiasa beristighfar untuk mengelakkan lidah kita dari terus 'rancak' membicarakan perkara2 yang kita sendiri pun tak tau akan kesahihannya......

Istighfar bermaksud memohon keampunan dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, 'Astaghfirullahazim disertakan perasaan menyesal' di dalam hati.....

Rasulullah dalam amalan hariannya selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan keburukan dalam lidahnya......

Kalau Rasulullah yang maksum dan baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, macam mana pula k agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan ni.......?

Bagi depa dan kita jugak la.... yang ingin berubah, tidak salah kalau ingin mencuba dan mengamalkan formula dan teknik yang Rasulullah amalkan supaya kita dapat memperbaiki diri serta tidak sekali-kali 'meletakkan' manusia lain itu lebih rendah dari diri kita sendiri.......

Yang baik itu eloklah kita ambik sebagai ilmu dan pengajaran serta jauhkan lah perkara2 yang boleh membawa sifat mazmumah dalam diri kita.......... Insyallah.........

11 comments:

  1. Pernah...
    pernah dan sedar...
    kadangkala bila terlalu Emosi::

    lancar je mulut...

    Muhasabah diri=)

    ReplyDelete
  2. salam kak ros

    alhamdulillah, dapat ilmu hari ni
    thanks sharing kak =)

    ReplyDelete
  3. tqs for sharing..

    terkadang kalo dah naik hangin, memang keluar segala cacing & rimau daro mulut ni.. isshh.. moga tak lagi lepas ni..

    ReplyDelete
  4. skrang pun tgh ambik kelas anger management.slalu marah2.bile marah,mula la org yang disekliling kene.so,nak try kurangkan marah2 tu. :)

    ReplyDelete
  5. Kalau dgn org lain biasanya diam je bila marah sebab bimbang terkeluar perkataan yg bukan2.. tapi kalau dgn anak2 murid, lagi marah lagi banyak cakap..

    ReplyDelete
  6. 1 tanda yg kita dh berckp byk pd hari tersebut adalah tekak terasa perit so its the time 4 us to keep silent... kasi peti suara rehat...ihihihihih

    ReplyDelete
  7. ilmu yg sgt berguna dan bermanfaat di pagi hari yg mulia ini.. thanx kak atas peringatan ini...

    ReplyDelete
  8. terima kasih kak ros krn ingat mengingati sesama kita..

    ReplyDelete
  9. thanks kak sebab mengingatkan cheqna

    ReplyDelete
  10. salam kak ros. hehe.. biasa ler ni kan. biasanye kalau kita dlm keadaan marah mmg la mcm2 kuar dr mulut... tanpa kita sedar gak kita mngumpat.. so cepat2lah mengucap.. hehe... thanks sbb mngingatkn...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails