Sahabat adalah perisai diri

Friday, February 3, 2012

Pilih tudung ikut raut wajah

Salam,
Kalau macam ni ......,Kena tau jugak la kan,macam mana rupa bentuk muka kita.....kan nya apa senang nak pilih tudung yang sesuai nanti...Muka Kak Ros ni.... bentuk macam mana ha......?

myMetro  Ayu

SEPERTI pakaian, ramai tidak tahu pemilihan tudung yang menarik harus bersesuaian dengan bentuk wajah seseorang. Sebab itu ada tudung yang nampak cantik apabila dipakai namun kurang menawan bagi wanita lain.
Justeru, bagi memastikan keselesaan, pastikan memakai terlebih dulu tudung yang dibeli. Di bawah terdapat beberapa panduan mengenai pemilihan gaya tudung mengikut bentuk wajah:


Bentuk wajah bujur

Wanita yang memiliki bentuk wajah bujur bebas memilih sebarang gaya tudung.
Jika anda penggemar selendang, bebas memakai apa juga jenis selendang sama ada daripada fabrik kapas, sifon atau net. Begitu juga dengan tudung siap bersengkuap atau jenis Syria.


Bentuk muka berpetak

Ciri-ciri bentuk muka berpetak adalah lebih lebar di antara pelipis manakala tulang rahang dapat dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar.
Dalam mengenakan tudung, pastikan tulang rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung.

Gunakan anak tudung supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Jika ingin memakai selendang, perlu bijak menggayakannya. Elakkan gaya ikatan Bienda atau ikatan di belakang tengkuk kerana gaya ini tidak mampu menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilih gaya selendang yang menjurus kepada lilitan dan menutupi rahang. Tudung siap bersengkuap juga sesuai dengan bentuk muka berpetak.

Bentuk muka panjang

Mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagu yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening.

Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang adalah disarankan kerana ia dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, semua jenis
selendang sesuai digayakan.

Bentuk segi tiga

Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga, ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan pangkal rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka. Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti net.

Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan cekak lembut sebelum menggunakan anak tudung. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukan satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka bujur. Bagaimanapun, pastikan cara pemakaian selendang dapat menutupi kekurangan wajah. Paling sesuai adalah gaya pintalan atau gaya sanggul kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.


Bentuk muka bulat

Mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat disarankan menggunakan cekak lembut terlebih dulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung diperbuat daripada bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pilih selendang daripada fabrik nipis agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan.

Selendang nipis atau mini sangat sesuai digayakan. Bagaimanapun, disarankan menggunakan anak tudung bawal

28 comments:

  1. muka bentuk aku bulat. hahah

    anyway kak ros,akak punya komen setailo untuk post pelacur tu.jadi saya dah hasilkan blog header untuk akak.tgklah kat sini.

    kalau nak ambik,bagila tau.nanti bagi. :)

    http://palirsm.blogspot.com/2012/02/wanita-berkarier-vs-suri-rumah.html

    ReplyDelete
  2. aku tak pernah tau nak kategorikan bentuk muka aku cane. hahaha..

    ReplyDelete
  3. Salam eB,

    Ya ka eB....Eemmm...Kak Ros Tengok tudung yang eB dok pakai la ni pun memang sesuai dah dengan eB....

    ReplyDelete
  4. untung org yg berwajah bujur..semua blh mmasuk..

    ReplyDelete
  5. Bentuk muka bulat ya Mr Clive...Kak Ros Syor kan pakai anak tudung ja lah sesuai sangat he.he.he......

    Terkejut dan terharu sungguh Kak Ros bila baca komen Mr Clive ni....Apa lah sangat komen Kak Ros tu...hanya sekadar bagi pandangan ja....

    Apa pun,Kak Ros ucapkan banyak2 terima kasih di atas pilihan Mr.Clive dan hadiah yang sangat cantik tu....

    ReplyDelete
  6. Salam Hani,

    Kak Ros pun macam tu jugak la Hani,pakai hentam ja.....semua jenis tudung kak Ros pakai...

    ReplyDelete
  7. Salam Bitt,

    Ya.. sama2 Bitt....kak Ros pun baru nak tengok muka kak Ros ni macam mana rupa bentuk dia....he.he.he...

    ReplyDelete
  8. Salam Fieda,

    Ya la Fieda kan.....untung la depa...tapi tak pa lah Fieda...kita pakai ja mana yang sesuai ngan kita....,Kak Ros pakai semua jenis tudung...Haa...ambik janji tutup aurat kan...

    ReplyDelete
  9. hihihi..salam..sy xpkai tudung..ekekeke

    ReplyDelete
  10. Salam EZAD AMIR,

    Amboi sukanya dia...mentang2 la dia tak pakai tudung....

    Ha....lagu mana pun....kena ambik tau jugak,he.he.he.........pasai nanti boleh la Ezad bagitau tip ni kat isteri kan....he.he.he...

    ReplyDelete
  11. Ros...apasal gambar muka segi tiga tu pakai lipstik? Jeles yg lain tak ada lisptik hihi...

    Kakak muka bulat, kena ikutlah ye:)

    ReplyDelete
  12. skrg ni pakai yg senang pakai.. sbb takde masa nak beger2 atas kepala.. takut hubby tinggal.. arwah bapak gitu jugak, kalo lambat dia tiggal je.. serius.. kalo kluar dgn adik or kawan2, pakai jgk kenkadang.. yg penting tak nampak funny muka ni.. hehehe...

    ReplyDelete
  13. sy muka bulat.so kebanyakkan tudung skrg krg sesuai utk sy. so sy masih kekal dgn tudung bawal

    ReplyDelete
  14. assalam ros..mama rasa mama muka pnjang kot?..he2x..thanks share info ni ya.. :)

    ReplyDelete
  15. salam kak ros. hikss. kita muka bolat.. haha... cekak apa yg dimksudkan tu ? tak brape nk fhm...

    ReplyDelete
  16. terimakasih tentang info ini..
    klu kena dan sesuai dengan tudung yg dipakai..tentu lebih berseri terupa anak2 remaja yee..

    ReplyDelete
  17. Salam Kakzakie,

    Yang lain tu tak dan nak pakai lagi dah kalut sangat nak tangkap gambar..he.he.he...

    ReplyDelete
  18. Salam coklatberapi,

    Macam Kak Ros la jugak he.he.he..semua jenis tudung Kak Ros pakai..

    ReplyDelete
  19. Salam Mulan,

    Tu la kan Mulan....janji tak kena tinggai sudah....

    ReplyDelete
  20. Salam KhaiRin,

    kak Ros rasa la kan...tudung bawai ni memang sesuai ngan rupa bentuk muka macam mana pun... kan Anies....

    ReplyDelete
  21. Salam mama aini,

    Waalaikumsalam....

    Sama2 lah mama.....

    ReplyDelete
  22. Salam Cik Pipi Tembam,

    Waalaikumsalam Cik Pipi Tembam...

    Bukannya cekat..,tapi tip untuk memilih jenis tudung mana yang sesuai ngan bentuk muka kita......

    ReplyDelete
  23. Salam Sal,

    Sama2 Sal...

    Betoi sangat tu Sal...kalau kena yang sesuai ngan muka kita memang nampak cantik ja...

    ReplyDelete
  24. Salam Wan nurul hezrina,

    He.he.he....Kak Ros tengok gambar nurul pun dah tau.....bulat sangat he.he.he....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails