Sahabat adalah perisai diri

Thursday, February 23, 2012

Spesies Baru Ditemui...

Salam,
Binatang apa pulak ni.....nak kata cacing pun dak,nak kata ular pun dak ni.....tapi yang pastinya  binatang ni memang geli la........eeeeeeeee

Gambar yang disiarkan www.frogindia.org semalam menunjukkan seekor chikilidae dewasa bersama anaknya yang baru menetas.

NEW DELHI -
Sejak sebelum era dinosaur lagi satu spesies amfibia yang tidak berkaki hidup bebas di bawah tanah yang beriklim monsun di pedalaman utara India tanpa diketahui saintis.

Sekumpulan saintis India yang menemui spesies baharu amfibia memberikan ia nama chikilidae setelah menggali tanah untuk mencari haiwan berkenaan di hutan selama lima tahun.

Ketua kajian tersebut, Profesor Sathyabhama Das Biju dari Universiti New Delhi berkata, chikilidae tergolong dalam keluarga caecilian iaitu yang paling primitif antara tiga kumpulan amfibia termasuk juga katak dan salamander.

Disiarkan dalam jurnal Royal Society of Londonsemalam, penemuan mereka mengukuhkan lagi bukti bahawa India dipenuhi hidupan amfibia dengan habitat yang perlu dilindungi.

Menurut Sathyabhama, chikilidae bukan sahaja tidak berbahaya tetapi ia turut membantu petani dengan memakan ulat dan serangga yang merosakkan tanaman manakala pergerakan spesies itu di bawah tanah dapat membantu menyuburkan tanah.

Namun, penduduk tempatan kerap membunuh chikilidae kerana tersilap anggap bahawa amfibia itu merupakan seekor ular berbisa. - AGENSI


22 comments:

  1. yup..mcm cacing jer...may b ant. spesis cacing gak nie

    ReplyDelete
  2. spesis cacing juga kut..

    dulu2 buat umpan memancing..
    sanggup tak mkn ikan tu..?

    ReplyDelete
  3. yang besar macam cacing la...yg kecik macam ular je tgk...

    ReplyDelete
  4. adoiii..gelinye..naik bulu roma..hehe..

    *salam kenal..;)*

    ReplyDelete
  5. alamak..... macam keluarga cacing la ni.... heee3x

    ReplyDelete
  6. mcm cacing..
    tapi tengok lame2 jadi geli la pulak...

    ReplyDelete
  7. oh my gucci sungguh terkejutzzz tgk sebab ai geli benda alah ni uwaaa

    ReplyDelete
  8. wallawei..gelinyeeee..x leh tgk lama rasa loya lak..

    ReplyDelete
  9. BINATANG LEMBIK DAN SEJUK MACAMMNI MUNNA GELILAH....

    ReplyDelete
  10. Salam Cheqna,

    Kak Ros dok tengok ni pun nampak macam cacing la jugak.....

    Macam cacing... tapi kulit dia keras macam kulit ular kot Cheqna.....

    ReplyDelete
  11. Salam Nyue,

    Kak Ros rasa pun macam tu jugak la Nyue....spesis cacing gak nih....

    ReplyDelete
  12. Salam Cinnamon,

    Oooo....minat memancing jugak la ni...ingat kan Kak Ros ja....masa muda2 dulu ja...pakai umpan kerang atau udang pasai cacing atau umpan yang lembik2 ni memang kak Ros geliiii...he.he.he...

    ReplyDelete
  13. Salam Aishah,

    He.he.he....kacukkan kot Aishah....

    ReplyDelete
  14. Salam Falsya,

    Salam kenai jugak dari Kak Ros...

    Memang geli sangat ..yang mana kepala,yang mana ekornya pun tak tau la...

    ReplyDelete
  15. Salam Kazman,

    Kak Ros pun rasa macam tu la jugak Kazman....mungkin kulit dia ja kot keras macam ular...

    ReplyDelete
  16. Salam ainnoraini,

    kak Ros pun nampak macam tu jugak....Tapi kalau kita tengok dia betoi2 kat luar ni,mungkin ada bezanya kot nooo.. ainnoraini........

    ReplyDelete
  17. Salam Ayu,

    He.he.he.....kak Ros kalau tengok ja ok,tapi jangan suruh pegang dah la memang geliiii sangat...

    ReplyDelete
  18. Salam ieja,

    Ya ka ieja.....ni memang geli tahap kronik dah ni....he.he.he...

    ReplyDelete
  19. Salam Munna,

    Sama lah kita ya Munna...Kak Ros pun geli gak ngang binatang yang lembik2 ni....

    ReplyDelete
  20. Salam KhaiRin,

    He.he.he.....Haaaa.....dah...,jangan dok tengok lama2.....Anies kata macam tu,Kak Ros pun rasa macam kembang jugak dah ni...he.he.he....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails