Sahabat adalah perisai diri

Saturday, February 11, 2012

Wabak AGE Serang Kanak2 dan Bayi

Salam,
Wabak apa pulak dah nih.....macam2 la kan ...wabak ni dengarnya menyerang kanak2 dan bayi....Kalaulah tedapat simtom2 yang tertulis kat bawah ni...jangan dok tunggu lagi dah...cepat2 la bawak anak kita pi jumpak doktor.....

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Ravale Savarinathan
am@hmetro.com.my



PRIHATIN...Mah (berdiri kiri) melawat kanak-kanak yang dirawat di Hospital Tapah dipercayai akibat wabak AGE.

TAPAH: Punca kematian mengejut dua bayi awal minggu lalu, dipercayai akibat sejenis wabak dikenali sebagai Acute Gastroenteritis (AGE) yang dibawa virus rotavirus yang kini sudah menyerang 2,236 bayi di Perak.

Difahamkan wabak dibawa virus itu tersebar melalui air dan makanan dan hanya menjangkiti bayi di Teluk Intan, Hutan Melintang, Chenderong Balai, Langkap di Hilir Perak dan Batang Padang, Tapah, di sini.

Berdasarkan aduan diterima, rotavirus lebih mudah menyerang bayi berusia antara dua bulan hingga 10 bulan menyebabkan mangsa cirit-birit dan demam panas sebagai tanda awal.

Exco Kesihatan Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata penemuan punca wabak AGE itu diperolehi hasil ujian makmal sejurus dua bayi mati mengejut awal minggu lalu.

Katanya, virus berbahaya itu menyebabkan bayi menghidapnya hilang selera makan, sakit kepala, sakit perut, loya dan pelbagai tanda lain.

Dalam kejadian 30 Januari lalu, dua bayi, Tamil Selvan, sembilan bulan dan Varagaran Murugan, dua bulan, mati mendadak selepas diserang demam dan cirit-birit berulang.

Kedua-dua mangsa yang berasal dari Taman Julaiha dan Kampung Teluk Buluh, Hutan Melintang, di sini, mempunyai simptom sama iaitu cirit-birit, demam panas, mata bengkak dan badan bertukar kehijauan.

Menurut Dr Mah, sejak 27 Januari lalu sehingga semalam, 2,236 kes AGE dengan gejala cirit-birit dan muntah dikesan di dua daerah iaitu 1,397 kes di Hilir Perak dan 839 kes di Batang Padang.

“Bagaimanapun jumlah kes menunjukkan penurunan sejak seminggu lalu di hospital daerah itu. Kebanyakan kes AGE yang dikesan menunjukkan gejala cirit-birit dan muntah dan sebahagian besar bayi dijangkiti mendapat rawatan pesakit luar,” katanya pada sidang akhbar di Klinik Kesihatan Tapah, semalam.

Menurutnya, kajian sedang dijalankan Jabatan Kesihatan negeri Perak dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perubatan dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan untuk mengenal pasti punca merebaknya wabak itu.

“Antara langkah berkesan bagi mengelak wabak itu merebak ialah memasak air sebelum diminum, membasuh tangan menggunakan sabun sebelum dan selepas makan serta ke tandas. “Mengurangkan memakan makanan mentah seperti ulam atau tidak dimasak, memasak makanan dengan sempurna, membersihkan peralatan pemakanan dan minuman bayi dengan merebus terlebih dahulu sebelum digunakan,” katanya.

Mah berkata, orang ramai yang mengalami demam, cirit-birit, muntah, loya, sakit perut, sakit kepala serta hilang selera makan perlu segera mendapatkan rawatan.

Berdasarkan data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan lebih 440,000 kematian kanak-kanak dan bayi di seluruh dunia disebabkan rotavirus.

30 comments:

  1. ye, skrg kat kampung (teluk intan), semua heboh dah pasal wabak ni. kena jaga-jaga...

    ReplyDelete
  2. kesian anak anak kecil kalau di jangkiti wabak tu kan?
    sedang kita pun tak tahan kena sakit perut muntah gitu,inikan daya ketahan anak anak

    ReplyDelete
  3. Ya Allah.... samapai macam tu akibatnya. Kena berhati-hati dan segera kembali beringat yg Allah akan menguji berbagai cara bila semakin ramai yg lalai utk kembali ke jalan yg benar...

    ReplyDelete
  4. Semoga kerajaan dapat cari jalam penyelesaiannya secepat mungkin

    ReplyDelete
  5. bahya2... cian kat budak2 yg kene...
    ermm.. kalo sudi, mai la dtg blog kite :)

    ReplyDelete
  6. SAlAM KENAL...

    Macam2 penyakit sekarang ni..

    Kesian kat budak2...

    ReplyDelete
  7. assalam ros..ehem mcm2 penyakit skrg ni..hu2x.. kena berhati2 atas penjagaan kanak2..

    ReplyDelete
  8. salam ros...

    tu lah seriau dgr pyakit ni...
    lagi2 el ada anak2 yg umur 5 taun kebwh...hat kecik 10bln mtk2 lah dijauhkan dr penyakit2 cam gini

    ReplyDelete
  9. hi kak ros,

    aduh...cian nyer kecik2 dah jangkit ngan penyakit merbahaya gini... :(
    harap2 dptlah cari jalan penyelesaian secepat mungkin...

    ReplyDelete
  10. Sejak akhir2 ini macam2 penyakit timbul.Kesian kanak2 dan bayi yang jadi mangsa.

    ReplyDelete
  11. macam2 penyakit dah sekarang nih,,
    bahaya betui..

    p/s : tq sudi singgah ke blog.. :)

    ReplyDelete
  12. salam kak ros...dah berubah wajah rumah kak ros ya?lama tak singgah..entah kenapa kat page saya tak naik2 blog kak ros..ingat kak ros yg dah tak aktif..hari ni baru nampak..
    anak saya menuntut di Tapah..tapi penyakit ni kena pada anak2 kecik ja kan..harap sgt cepat dpt penawar penyakit ni..kesian budak2 tu..

    ReplyDelete
  13. nauzubillahmin zalik..seram pulak baca cerita ni...

    ReplyDelete
  14. Salam Najwa,

    Ya Najwa....mesti kena berjaga jaga nih....tapi yang Kak Ros herannya tu,dah 2 ribu lebih bayi yang telah deserang virus ni..,pasai apa baru nak di war2 kan....

    ReplyDelete
  15. Salam Kasihibu,

    Betoi tu Kasihibu....kalaulah ada tanda2 macam kat bawah ni,cepat2 pi jumpak doktor...

    ReplyDelete
  16. Salam Kakzakie,

    Ya Kakzakie....ujian dari Allah ni berbagai bagai dan tak kira lah di mana manapun......

    ReplyDelete
  17. Salam Munna,

    Harap2 macam tu lah ya Munna....dan kita sama2 lah berdoa kat Allah semoga penyakit ni boleh di tangani...dan semua bayi yang telah di jangkiti virus ni segera sembuh....

    ReplyDelete
  18. Salam NurSherLinah Ahmad,

    Memang bahaya ...apatah lagi budak2 pulak kan....

    EEmmm...mesti lah Kak Ros sudi kan NurSherLinah....kak Ros dah pi dah.....he.he.he......TQ jugak sudi mai kat blog Kak Ros ni....

    ReplyDelete
  19. Salam Noorieda,

    Salam kanai jugak dari Kak Ros....Tu la kan Noorieda....macam2 penyakit la ni yang tak besa kita dengar kan...

    Zaman dah canggih kan...jadi penyakit pun turut canggih jugak la.....

    ReplyDelete
  20. Salam mama,

    Waalaikumsalam mama....rasanya sesiapa ada bayi yang masih kecik tu,kena lah lebih hati2....kita yang tua ni pun kena dok beringat jugak kan mama...

    ReplyDelete
  21. Salam el,

    Waalaikumsalam el....Ya semoga Allah melindungi kita semua....

    Kalau boleh la kan el....jangan lah dok bawak anak2 kecik kita ni kat tempat2 yang ada ramai orang....budak2 ni daya tahanan badan depa bukannya kuat...senang sangat nak kena apa2 pun jangkitan...

    ReplyDelete
  22. Hi Mr.Clive,

    Ya Mr.Clive.....tu lah yang kita dok harap2 kan...semoga penyakit ni cepat2 dapat di tangani...

    Pandai sungguh penyakit la ni kan...boleh dok pilih2 pulak sapa mangsanya....nak serang bayi ka atau pun orang dewasa.....

    ReplyDelete
  23. Salam Zaitun,

    Betoi tu Zaitun....Kena dok hati2 selalu...kebersihan amat penting....semoga budak2 ni semua cepat sembuh....

    ReplyDelete
  24. Salam Lia,

    EEmmm......macam2 sampai nak sebut nama penyakit tu pun tak tau...banyak yang tak besa kita dengar...

    ReplyDelete
  25. Salam Saniah,

    Waalaikumsalam Saniah...Ya ka....?Kak Ros masih ada kat sini he.he.he....

    Takut kan Saniah....la ni macam2 penyakit yang kita dok dengar kan.....semoga budak2 tu semua cepat sembuh....

    ReplyDelete
  26. Salam Arina,

    Tu la kan Arina.....tak mustahil jugak...kita yang tua ni pun boleh dijangkiti penyakit ni kan....memang menyeramkan....

    ReplyDelete
  27. nk kata mcm aun x jg...mmm mcm2 penyakit akhir2 zaman ni

    ReplyDelete
  28. mcm-mcm penyakit baru yg muncul sekarang ni.. takut dibuatnya. Moga kita semua dilindungi drp penyakit berjangkit yg merbahaya, Amin.

    ReplyDelete
  29. salam Khairin,

    Emmm....lebih kurang sama.....tapi penyakit ni serang budak2 ja....kesian kan Anies...semoga budak2 ni semua cepat sembuh....

    ReplyDelete
  30. Salam sudipVSsenduk,

    Betoi tu sudipVSsenduk.....semoga kita semua dijauhkan Allah dari penyakit2 yang merbahaya ni.....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails