Sahabat adalah perisai diri

Monday, March 5, 2012

38 Korban Puting Beliung.....

Salam,
Alhamdulillah la kan....negara kita ni tak pernah pun mengalami puting beliung yang teruk sampai macam ni.....Inilah kuasa Allah yang tak dak sapa pun boleh melawannya.....


SUKARELAWAN membantu membersihkan sisa runtuhan di Harrison, Tennessee.

CHICAGO: Penduduk di sekitar negeri di barat tengah Amerika Syarikat meratapi kematian ahli keluarga dan sahabat handai, semalam selepas beberapa siri puting beliung melanda kawasan tengah negara itu, membunuh sekurang-kurangnya 38 orang, mencederakan ratusan yang lain dan melenyapkan seluruh komuniti.

Bagaimanapun, ujian lebih berat sedia menanti di kawasan berkenaan. Walaupun pemerhatian terhadap bencana puting beliung sudah dihentikan, badan ramalan kaji cuaca kebangsaan meramalkan keadaan cuaca sejuk dengan kemungkinan salji mungkin melanda kawasan itu.

Suhu dijangka menurun di bawah tahap beku malam ini, badan itu memberi amaran dengan kombinasi hujan dan salji serta salji sepenuhnya, perkembangan yang memberi cabaran kepada mangsa yang kehilangan tempat tinggal.



SEBUAH bas sekolah merempuh tembok sebuah rumah selepas dilanda puting beliung.

KENDERAAN yang musnah di tengah sisa runtuhan kediaman di East Bernstadt, Kentucky.

Presiden Barack Obama menghubungi pentadbiran tempatan di Indiana, Kentucky dan Ohio untuk mengucapkan takziah atas kematian penduduknya dan berkata, agensi pengurusan kecemasan persekutuan sedia memberikan bantuan, kata Rumah Putih. Kematian dilaporkan di Indiana, Kentucky, Ohio, Alabama dan Georgia apabila ribut bergerak ke arah timur negara itu. “Tahap kemusnahan sesetengah komuniti kita tidak seperti yang saya pernah lihat sebelum ini,” kata Gabenor Kentucky, Steve Beshear, yang pejabatnya mengesahkan 19 angka korban daripada lebih puluhan puting beliung yang melanda negeri itu.

Beberapa trak terbalik dan deretan pokok tercabut sebaik puting beliung melanda sebahagian daripada lapan negeri di kawasan barat tengah dan selatan negara itu.

Imej kemusnahan itu termasuk sebuah bas sekolah yang menembusi tembok sebuah kediaman, trak yang tercampak ke dalam tasik, kediaman daripada binaan batu yang kukuh berkecai menjadi sisa runtuhan dan kediaman daripada kayu bersepai, selain kediaman bergerak rosak seperti tin kemek. Kira-kira 300 kecederaan dilaporkan di Kentucky, menurut Beshear yang menyiasat kerosakan di bandar yang musnah teruk di West Liberty. Terdapat kerosakan di 40 daerah dengan bekalan elektrik ke puluhan ribu kediaman terputus. Satu rakaman video amatur yang ditayangkan CNN menunjukkan puting beliung gergasi kekelabuan melanda West Liberty Jumaat lalu, manakala seorang wanita berdoa dengan kuat “Wahai Tuhan, ambil ia daripada kami, ya Tuhan!” - AFP


22 comments:

  1. Sungguh kunfayakun Allah tiada siapa dapat menandinginya...

    ReplyDelete
  2. salam kak ros.. alhmdulillah negara kita tak penah lg alami bencana mcm nie.. ksiann tgok.. tp Allah menurunkan bencana begini pasti ada sbbnya kan..

    ReplyDelete
  3. slm kak ros,
    nauzubillah mizalik. takut kan? hu3

    ReplyDelete
  4. Hanya Allah tahu kan kenapa & mengapa ia terjadi....syukur Malaysia tak dilanda bencana begini...~amin~

    ReplyDelete
  5. puting beliung ni memang ganas... tahap bas pun boleh terbang...

    ReplyDelete
  6. Kuasa Allah..tiada siapa dapat menduga..mohon Allah pelihara kita dari musibbah sebegini...

    ReplyDelete
  7. tu la kite perlu lebih bersyukur sbb negara xde berlaku bende2 gini...

    ReplyDelete
  8. Salam Kakzakie,

    Betoi tu kakzakie.....semua yang terjadi tu adalah kehendakNya....tak dak sapa pun yang boleh menghalangnya.......

    ReplyDelete
  9. Salam Cik Pipi Tembam,

    Waalaikumsalam.....EEEmmm....mungkin ada la yang tak kena tang mana2 tu kan....hanya Allah saja yang mengetahuinya.....

    ReplyDelete
  10. Salam Cheqna,

    Ya Cheqna...semoga kita semua dijauhkan Alllah daripada bencana2 yang macam ni.......

    ReplyDelete
  11. Salam eB,

    Waalaikumsalam eB......memang menakutkan,bayangkan lah besar mana puting beliung tu kan eB....sampai semuanya ranab habis tak dak apa pun yang tinggai....

    ReplyDelete
  12. Salam Sal,

    Ini lah kebesaran Allah yang maha segala galanya kan Sal......

    ReplyDelete
  13. Salam C'axoera,

    Betoi tu.....setiap bala yang Allah turunkan kat kita ni mestilah ada sebabnya....Alhamdulillah lah kan....negara kita ni masih dilindungi Allah daripada semua bencana2 yang mengerikan ni.....

    ReplyDelete
  14. Salam Kazman,

    Entah besar mana la puting beliung ni kan Kazman.....sampai tempat tu semua dah jadi macam padang jarak padang tekukur....ranab habis semua....

    ReplyDelete
  15. Salam Eye_nee,

    Betoi tu Eye.....mungkin ini semua adalah sebagai satu tanda peringatan buat kita.....

    Ingatlah Allah selalu....Semoga kita semua akan sentiasa berada di dalam peliharaannya.....

    ReplyDelete
  16. Hi Mr.Clive,

    Ya betoi tu Mr.Clive....sentiasalah bersyukur dengan semua rahmat yang Allah bagi kat kita......

    ReplyDelete
  17. Salam Mulan,

    Ya wajib bersyukur kan Mulan dengan apa yang Allah bagi kat kita ni....dan jangan sesekali kita lupa,sentiasalah mengingati Allah swt walaupun dimana kita berada......

    ReplyDelete
  18. assalam ros..syukur alhamdulillah negara kita masih dilindungi olh allah..

    ReplyDelete
  19. salam mama,

    Waalaikumsalam mama....Betoi tu mama...semuanya ni peringatan buat kita....sentiasa lah ingatkan Allah...semoga kita semua dijauhkan Allah daripada bencana2 ni....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails