Sahabat adalah perisai diri

Thursday, March 8, 2012

Anak Maut Tertimbus.....

Salam,
Selalu sangat kita dok dengar masaalah dan trajedi tanah runtuh ni kan.......Tang mana yang tak kena ni sebenarnya.......?

myMetro
Oleh Gaddafi Musli, Shahrul Redzuan dan Kalidevi Mogan Kumarappa



RUNTUH...kawasan runtuhan di Jalan Belfield

KUALA LUMPUR: “Tolong, tolong! Anak saya tertimbus!,” jerit seorang lelaki yang panik apabila melihat anak lelakinya tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kuarters Kerani Polis, Jalan Belfield off Jalan Maharajalela di sini, malam tadi.

Akibat kejadian itu, Raja Mohd Irfan Raja Mohd Azlan, 13, yang tertimbus separuh badan termasuk bahagian kepala selama lebih 10 minit meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur beberapa jam selepas dikeluarkan dari kawasan runtuhan.

Menceritakan kejadian, seorang jiran, Zaharah Hashim, 54, berkata pada mulanya dia menyangka bunyi bising yang didengari dari belakang rumah kerana dipecah masuk pencuri tetapi selepas terdengar jeritan meminta tolong, dia keluar melihat apa yang berlaku.

MUSNAH...sebahagian rumah yang terkena runtuhan


“Pagar dan sebahagian atap rumah mangsa roboh ditimpa tanah, kami dengan segera membantu mengeluarkan mangsa yang tertimbus,” katanya.

Dia berkata mereka menggunakan pintu dan serpihan kayu untuk menahan tanah yang masih bergerak manakala jiran lain segera menelefon bomba.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata anggota bomba yang berkejar ke lokasi mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk menyelamatkan mangsa yang masih hidup ketika dikeluarkan.

“Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan serius kira-kira jam 11.50 malam ketika menerima rawatan di HKL,” katanya ketika dihubungi semalam.


9 comments:

  1. MasyaAllah..
    Alfatihah buat Raja Mohd Irfan.

    ReplyDelete
  2. tu la takut duduk kalau ade bukit berdekatan...banyak kemalangan berlaku 2-3 tahun ni yang melibatkan tanah runtuh...

    ReplyDelete
  3. Teragedi yg tidak disangka2..
    Alfatiha buat arwah..
    salam takzim untuk keluarganya..moga tabah menghadapi dugaan..

    ReplyDelete
  4. al-fatihah..simpati tgk ya allah..risau umah dekat ngan bukit2 nie..

    ReplyDelete
  5. al fatihah utk arwah....

    ngeri nyer umah dkt ngn tanah yg tinggi2 gitu

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak ros...

    Innalillah..kalau rumah di atas bukit pun, tak boleh salahkan bukit tu, sebabnya, kita sebagai orang Islam, harus yakin bahawa Ajal maut jodoh pertemuan itu kan di tangan Tuhan...

    Teringat semasa tsunami dahulu, ada seorang lelaki yang hanyut berhari2 di tengah laut tanpa makanan dan minuman, kerana umurnya panjang lagi, dia masih hidup..Walaupun kat laut tu banyak risiko untuk dia mati..Subhanallah...

    Maaf kak ros, terpanjang..hehe..^^

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails