Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, March 21, 2012

Angkara RM1 lutut naik muka.

Salam,
Mana pi nya sikap budi bahasa kita ni,sanggup berkasar dengan warga emas semata mata pasai tiket yang berharga Rm1 saja......

Oleh Rosyahaida Abdullah
rosyahaida@hmetro.com.my


ADU...Wong menunjukkan laporan polis dan aduan kepada JPJ mengenai serangan pemeriksa tiket bas henti-henti.

KUALA LUMPUR: Hanya kerana sekeping tiket bas bernilai RM1, seorang warga emas mendakwa dicederakan di bahagian mukanya oleh pemeriksa tiket di Rawang dekat sini gara-gara enggan membeli tiket baru selepas dituduh menggunakan tiket tidak sah.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang pada 6 Mac lalu, mangsa, Wong Soo Tian, 83, menaiki bas henti-henti di Jalan Ipoh untuk pulang ke rumahnya di Rawang selepas mendapatkan ubat dan rawatan susulan di sebuah klinik di situ.

Katanya, sebaik bas melalui kawasan Batu Caves, seorang lelaki dipercayai pemeriksa tiket naik bas terbabit sebelum memeriksa tiket setiap penumpang termasuk dirinya.

“Saya terus berikan tiket seperti diminta, namun mereka mengatakan tiket saya tidak sah sebelum menyuruh saya membeli tiket baru. Saya enggan kerana tiket itu dikeluarkan sendiri konduktor bas terbabit.

“Saya cuba mempertahankan diri dengan menyuruh lelaki berkenaan bertanya sendiri kepada konduktor yang ketika itu berada di bahagian hadapan bas berhampiran pemandu, namun secara tiba-tiba lelaki itu mengangkat lututnya hingga mengenai muka saya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Wong berkata, tidak cukup dengan itu, mukanya turut ditonyoh seorang lagi pemeriksa tiket yang menaiki bas berkenaan tidak lama kemudian selepas lelaki berkenaan menghubunginya.

Menurutnya, dia percaya orang ramai mahu membantu, namun akibat takut, mereka menghentikan niat masing-masing, tetapi seorang daripada penumpang menyarankan supaya dia membuat laporan polis.

“Lebih 20 tahun saya menaiki bas untuk ke pelbagai destinasi, inilah kali pertama saya dilayan sebegini teruk. Selepas ini, saya serik untuk menaiki bas lebih-lebih milik syarikat terbabit.

“Diharap syarikat bas itu akan melihat kes saya secara serius kerana saya tidak mahu warga emas lain menjadi mangsa. Saya yakin kejadian ini berkait rapat dengan penyelewengan sama ada konduktor bas terbabit atau pemeriksa tiket itu sendiri,” katanya.

Wong yang kesal dengan kejadian itu membuat laporan di Balai Polis Rawang serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


17 comments:

  1. sgt kjm..gara2 tu buat wrga emas mcm tu,ksian dia..cuba letakkn ahli kga or saudarkita di perlakukan begitu..:(

    ReplyDelete
  2. singgit je pun..haih org sekeliling kena gak tolong...hmm...ksian betul....

    p/s : paling mudah, nak tolong bayar..inshaAllah..tu plg senang...

    ReplyDelete
  3. kejamnya, tergamak memperlakukan orang tua macam tu..

    ReplyDelete
  4. RM1 punya pasal je..?? adoi...macam2 hal la..xde sivik langsung

    ReplyDelete
  5. aikk... orang sekelining pun boleh tak berani.... kepekaan masyarakat semakin rendah......

    ReplyDelete
  6. memang bangang la sapa yg buat hal tuh.. manusia ouh manusia..

    ReplyDelete
  7. memang tak berhati perut r...
    warga emas tu..mentang2 uncle wong ni umur 83..x kuat..senang2 je wat cam tu yer..cuba buat pada pemuda yang umur 28,29 tengok apa jadi...
    geram ni

    ReplyDelete
  8. apsal la biadap sgt dgn org tua..

    ReplyDelete
  9. dah hilang dah rasa hormat sekarang nie..macam2 perangai org ade ek akak...

    ReplyDelete
  10. RM 1 pun boleh jd hal? lebih2 lg kalau org sekeliling pun sekadar penonton aje.. erm.. itulah realiti zaman sekarang.. lebih mementingkan diri sendiri...

    ReplyDelete
  11. budi bahasa di kalangan kita semakin x de, mentang2 yg dibuli tu warga emas..yg peliknye berapa ramai la plk penumpang dlm bas tu..boleh x de sorang pun yg berani bersuara..

    ReplyDelete
  12. kurang hajar betol. tak ada budi bahasa. grrrr!

    ReplyDelete
  13. Xde budi pekerti & sifat belas kasihan toll punyer org..

    ReplyDelete
  14. adoi lah...belajar lah berbudi bahasa.... ngn org tua pun warga mas... singgit je bukan juta2 pun... aduh la

    ReplyDelete
  15. semakin maju negara, semakin kurang nilai kasih sayang & tolak ansur sesama manusia... sedih

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails