Sahabat adalah perisai diri

Friday, March 9, 2012

Ayah Selamatkan 12 Anak Di Atas Siling......

Salam,
YaAllahhhhh....hujan lebat hanya 2 jam saja hampir menenggelamkan rumah dan sampai boleh menghanyutkan  kereta sejauh 150 meter jauhnya..........

Semoga tak dak kemalangan jiwa yang berlaku dan semoga Allah pulihkan keadaan disana seperti sedia kala........

hafizee@hmetro.com.my



ANGKAT...Halim (kanan) bersama rakan menolak teksinya yang dihanyutkan sejauh 150 meter ketika banjir di Kampung Lembah Jaya Utara.

AMPANG: “Saya terpaksa memecahkan siling bagi menempatkan anak dan isteri di bahagian atas selepas air naik ke paras muka menyebabkan kami sekeluarga terperangkap dalam rumah.

“Ketika itu, saya hanya berdoa dan berharap tiada kejadian tidak diingini menimpa keluarga. Mujur rakan datang membantu mengeluarkan kami ke kawasan selamat,” kata mangsa banjir di Kampung Lembah Jaya Utara, Halim Mohamad Zain, 48.

Selain terperangkap dalam rumah, Halim juga hilang mata pencarian apabila teksi yang menjadi punca pendapatannya sekeluarga rosak teruk dihanyutkan arus deras sejauh 150 meter dari rumahnya.

Menurutnya, ketika kejadian, isteri serta 12 anaknya berada bersamanya dalam rumah dan tidak menyangka hujan lebat dua jam menyebabkan air naik hingga rumahnya hampir tenggelam.

Katanya, selepas menempatkan anak dan isterinya di bahagian atas rumah, dia cuba mendapatkan bantuan mengeluarkan mereka sekeluarga dari kawasan banjir itu.


13 comments:

  1. harap x de perkara buruk yg berlaku

    ReplyDelete
  2. ya Allah...teruk rupanya kesan banjir kilat ni!

    ReplyDelete
  3. Dahsyat sungguh banjir kali ini nampaknya...

    ReplyDelete
  4. mcm2 kejadian yang dengar disebabkan hujan beberapa hari yang lepas tu...lebat pulak tu...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak ros..

    Alahai...kasihannya...

    ReplyDelete
  6. teruk nyer banjir kilat nie

    ReplyDelete
  7. kat sini mmng hujan lately tp tak sangka bleh banjir. moga mrk tabah

    ReplyDelete
  8. huhu KL sknrg memang kalo ujan bahaya...
    ni kat ampang rasenyer...

    ReplyDelete
  9. syukur lah selamat semuanya..
    and syukur dia dapat fikir dgn tenang nak buat apa dlm saat2 getir tu....
    ehhh...tapi ramainya anak dia kan...best tu :)

    ReplyDelete
  10. kesiannya...teruk rupanya bnjir kilat ni...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails