Sahabat adalah perisai diri

Friday, March 2, 2012

Berat Bayi Bak Sehelai Daun.....

Salam,
Nak dikata susah sangat negara depa ni,tak jugak kan......Tapi apa masaalahnya depa ni masih dok ada lagi rakyat depa yang hidup melarat sampai macam ni....Adakah kerana depa ni di pinggirkan  mengikut kasta...atau pun adakah kerana pentakbiran yang tak dijalankan dengan betoi........?

Harap2 negara kita ni tak kan mengalami nasib yang sama macam depa ni satu hari nanti........Simpati sungguh Kak Ros.........


KANAK-KANAK perempuan berusia dua tahun itu menangis ketika diletakkan di atas penimbang elektronik. Dengan badan yang sangat kurus, Rajni merupakan antara berjuta-juta kanak-kanak yang tidak mendapat makanan secukupnya.

Dengan berat lima kilogram sahaja iaitu separuh daripada berat sepatutnya, Rajni kelihatan lesu, kulit berkedut dan sedang sakit ketika ditemui di klinik yang terletak di daerah Shivpuri, Madhya Pradesh, tengah India.

Jika kanak-kanak itu terus hidup, tumbesarannya akan terbantut, lemah dan kurang bijak berbanding rakan-rakan lain yang mendapat diet lebih baik.

Keadaan klinik yang menjadi tempat ibu bayi tersebut mendapatkan rawatan juga amat menyedihkan dengan bekalan ubat yang terhad, manakala bekalan tenaga elektrik kerap terganggu.

"Dia hanya seberat sehelai daun, ini tidak baik," kata nenek kanak-kanak malang itu, Sushila Devi sambil memegang perut cucunya yang buncit kerana kekurangan zat.

Amat mengejutkan apabila statistik kanak-kanak yang tidak mendapat makanan seimbang di India gagal untuk dikurangkan walaupun ekonomi negara itu meningkat tiga kali ganda antara tahun 1990 hingga 2005.

Peningkatan itu menjadikan India sebagai negara ekonomi ketiga di Asia dan pendapatan perkapita turut meningkat AS$489 (RM1,467) berbanding AS$96 (RM288). Namun, apa yang berlaku ke atas Rajni tidak menggambarkan kemajuan tersebut.

Dalam sebuah kajian yang ditaja oleh kerajaan bulan lalu, sebanyak 42 peratus kanak-kanak bawah lima tahun mengalami kurang berat badan. Angka tersebut adalah dua kali ganda peratus bilangan di sub sahara, Afrika.

Di klinik yang sudah usang dengan wayar elektrik berselirat melingkari dindingnya, pekerja kesihatan, Rekha Singh Chauhan sedang menguruskan beberapa orang kanak-kanak dalam keadaan kurus kering.

Realiti kehidupan

"Sekarang, memang tidak ramai kanak-kanak untuk dijaga. Tetapi, apabila tiba bulan April nanti, banyak kes akan meningkat.

"Situasi boleh menjadi sangat teruk nanti. Tiga orang kanak-kanak akan berkongsi sebuah katil dan ramai yang terpaksa tidur di atas lantai," kata Rekha.
Tambahnya, penyakit-penyakit seperti cirit-birit dan malaria boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah tidak cukup berat badan.

       
REALITI kehidupan di daerah Shivpuri, Madhya Pradesh begitu menyedihkan.

Di daerah Shivpuri, Madhya Pradesh, paparan realiti kehidupan yang menyedihkan dan masalah kanak-kanak kurang zat jelas kelihatan di kawasan itu.

Menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bahagian kanak-kanak (Unicef) bilangan kanak-kanak bawah lima tahun mengalami kekurangan zat di Shivpuri menyamai purata kebangsaan.

Bilangan jangka hayat pula sangat teruk iaitu seramai 103 kematian bagi setiap 1,000 kanak-kanak berbanding purata kebangsaan India iaitu 66 orang untuk setiap 1,000 kanak-kanak.

Kebanyakan kanak-kanak malang itu datang daripada keluarga yang berada bawah garis kemiskinan dan buta huruf seperti puak atau golongan berkasta rendah.

Ibu-ibu di situ juga tidak dibesarkan dengan sempurna, dipaksa kahwin muda sebaik sahaja mencapai akil baligh dan melahirkan bayi yang tidak cukup berat badan serta imunisasi lemah.
Buta huruf dan kurang pengetahuan juga menjadi penghalang dalam menurunkan bilangan kematian bayi.

Mereka tidak menyusu bayi-bayi mereka dengan susu badan sebaliknya mereka memberikan susu kerbau yang tercemar dengan air mendorong anak mereka mengalami cirit-birit sekali gus menyukarkan penyerapan zat makanan.

Dengan hampir kebanyakan mereka berpendapatan kurang daripada AS$2 (RM6) sehari, mereka tidak mampu menampung makanan selain capati gandum yang tidak mempunyai cukup protein dan nutrisi lain.

Baru-baru ini, Perdana Menteri India, Manmohan Singh meluahkan kebimbangan mengenai masalah kekurangan zat kanak-kanak India ketika membentangkan hasil tinjauan terhadap kebuluran dan kekurangan zat.

"Walaupun pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengagumkan, peningkatan tahap kurang zat di negara ini tidak boleh diterima".
"Kami juga tidak berjaya mengurangkan masalah tersebut pada kadar segera," kata Manmohan.

Kenaikan harga makanan

Beliau menyifatkan perkara tersebut sebagai memalukan negara. Melalui tinjauan di 100 buah daerah di India memperlihat 42 peratus kanak-kanak bawah umur lima tahun mengalami kurang berat badan.

Dalam sebuah lagi laporan kajian yang dikelolakan oleh sebuah badan bukan kerajaan antarabangsa, Save the Children, hampir 30 peratus keluarga di India terpaksa memotong kuantiti pengambilan makanan berikutan kenaikan harga makanan.

Kajian tersebut mengambil sebanyak 1,000 buah keluarga untuk setiap negara yang terlibat dalam kajian. Negara-negara itu ialah Nigeria, Nepal, India, Pakistan, Bangladesh dan Peru tetapi lebih fokus kepada India.

"Kaji selidik memberi fokus keadaan di India, sebuah negara yang mempunyai angka teramai kanak-kanak kurang zat di dunia," kata Ketua Pegawai Eksekutif Save the Children, Jasmine Whitbread.Mengikut laporan, majoriti rakyat India berdepan masalah harga makanan sepanjang tahun 2011.

BUTA huruf dan kurang pengetahuan juga menjadi penghalang dalam menurunkan bilangan kematian bayi.

Laporan itu mendedahkan, ramai kanak-kanak India terpaksa meninggalkan bangku sekolah bagi membolehkan mereka bekerja dan membantu keluarga membeli makanan.

Penduduk yang lain pula langsung tidak mampu memiliki diet pemakanan yang baik sehingga menyebabkan berlaku kes bayi bawah lima tahun mengalami masalah kekurangan zat yang sangat kronik.

Berdasarkan laporan terbaharu yang diterima, Whitbread menambah, lebih kurang 24 peratus keluarga di India bersama anak-anak mereka terpaksa berlapar seharian, manakala 27 peratus rakyat India tidak mampu membeli daging, susu dan sayur setiap minggu.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Jairam Ramesh turut melemparkan pandangan bahawa hampir tiada peningkatan pada keperluan pemakanan walaupun ekonomi negara semakin baik.

Menyifatkan negeri Tamil Nadu dan Kerala semakin baik berbanding negeri-negeri lain, Jairam menyalahkan parti-parti politik yang gemar menggunakan isu tersebut sebagai agenda menggerak pengaruh politik mereka.

Tambahnya, banyak sumber awam diperlukan untuk membaiki standard kesihatan, air dan kebersihan malah, dia berjanji pada bajet 2013, kerajaan pusat akan menambah peruntukan di semua bahagian berkenaan.

7 comments:

  1. kesiannya tengok kanak2 tu....
    Bersyukur sangat tnggal di M'sia yg cukup kaya dgn makanan.....shngga mmnmbulkan masalah obesiti diklngn kanak2.....

    ReplyDelete
  2. aduh kak... sebak trus tgk bdn kanak2 tu kak... ya allah kesian nyer diaorang tuh...

    dana ingtkan aiyan dh kurus tp diaorang lg lah... tak ckup mkn...

    ReplyDelete
  3. terharu tengok gambar budak tu..tak berapa cukup makan..kat ng kita pula dah terlebih2 makan sehingga kadang kala dibuang2 sb terbasi..

    ReplyDelete
  4. kita disini menangis sebab xdapat iphone mcm kawan2 lain.tapi dorang...?
    renungkan la dahulu sebelum complain memanjang...

    ReplyDelete
  5. sebenarnya kita rasa macam kita sahaja yang susah dengan kehidupan ini tapi realiti kehidupannya mengatakan sebaliknya....

    Ada yang lebih susah dari kita kan....

    Bersyukur dengan kehidupan ini...

    ReplyDelete
  6. Sedih tengokkan diri kanak2 tu, cuma tinggal kulit dan tulang aje... Syukur, di Malaysia aman makmur dan rezeki melimpah ruah asalkan saja rajin berusaha...

    ReplyDelete
  7. Salam Mulut Payau,

    Memang kesian sangat kan kalau badan kurus pasai tak cukup makan.....Simpati sungguh kak Ros dengan depa ni.....

    Kita ni patut bersyukur sangat2kan hidup mewah dengan makanan....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails