Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, March 28, 2012

Binatang yang tunduk pasrah bila mendengar kalimah Allah....(video)

Salam,
Malu sungguh rasanya bila Kak Ros tengok  video kat bawah ini...... Kambing-kambing ini dengan rela diri  tunduk patuh dan pasrah menyerahkan diri depa  apabila mendengar kalimah bismillah dan takbir yang diucapkan oleh si penyembelih.... Betapa patuhnya kambing2 ni kat TUHAN depa bila mau menyerahkan diri depa..... Macam mana pulak dengan  kita ni....? Adakah kita tak berasa apa-apa dan lali mendengar kalimah2 yang mulia ini......? Mungkin artikel dan video ini dapat membawak kita agar sama-sama bermuhasabah.



Rela Menyerah Diri Dengan Basmalah dan Takbir.

Ummat ISLAM dan ahli Kitab menyembelih haiwan mereka dengan menyebut nama ALLAH. Ia adalah suruhan ALLAH yang wajib dilaksanakan sebelum kita dibenarkan untuk menikmati daging-daging haiwan tersebut. ALLAH `Azza wa Jalla berfirman:

فَكُلُوا مِمَّا ذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ إِنْ كُنْتُمْ بِآيَاتِهِ مُؤْمِنِينَ

Maksudnya: “Maka makanlah binatang-binatang (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayat-Nya.” (Surah al-An`am, 6:18)

وَلا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ

Maksudnya: “Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan.” (Surah al-An`am, 6:121)

Ini kalau dilihat dari perspektif kita sebagai manusia yang wajib mentaati semua perintah-perintah ALLAH.

Di dalam video-video ini, ia cuba membawa perspektif yang jarang  mampu dilihat oleh manusia. Iaitu dari perspektif haiwan yang disembelih itu sendiri. Sam Kouka dari Mercy Slaughter LLC mengatakan bahawa haiwan-haiwan ini kelihatan tenang dan bersedia untuk disembelih apabila menyebut nama ALLAH iaitu “Bismillah Allahu Akbar”. Haiwan-haiwan ini menyerah diri kepada ALLAH untuk ia dikorbankan. Saksikan video-video berikut:

“Depa tenang dan rela dengan penuh hati untuk menyerahkan diri depa untuk dikorbankan apabila mendengar nama ALLAH.... Depa kadang-kadang lebih kuat beragama berbanding kebanyakan manusia.”

Selain menyebut nama ALLAH ketika penyembelihan, ISLAM jugak mengajar kita agar digunakan pisau yang tajam dan tidak menunjukkan pisau di hadapan haiwan yang mahu disembelih.... Malah kita dimintak berlaku lembut dengan haiwan sepanjang proses penyembelihan dijalankan. Ini bertujuan menjaga kebajikan zahir dan batin si haiwan yang bakal disembelih....

Kalu nak dibandingkan dengan cara orang kafir menyembelih, bukan saja depa tak berlembut dan tak mengambik kira perasaan haiwan..., malah haiwan-haiwan ini telah dizalimi dengan teruk sekali sebelum disembelih. Betapa jauh lebih baiknya cara penyembelihan yang disuruh ALLAH berbanding cara penyembelihan yang dilakukan oleh orang-orang kafir.

Ini hanyalah secebis hikmah yang bisa dilihat oleh manusia dan diambik pengajaran daripadanya. Betapa semua arahan ALLAH itu memberi kesejahteraan buat manusia dan keseluruhan mahluq. Justeru, berimanlah dengan ALLAH. Patuhilah semua suruhanNYA dan jauhilah semua larangannya. Ambillah ISLAM, nescaya kita akan selamat dan sejahtera.

“Aslim taslam” – Masuklah ISLAM, nescaya engkau akan selamat sejahtera.

Sumber

24 comments:

  1. Allahuakbar... Allah Maha Besar... Sebab tu kita ni kena hati2 kalau nk makan makanan yg nak disembelih ni.. takut tak halal satu hal... Kambing pun ciptaan Allah...

    ReplyDelete
  2. tak payah nak ikat-depa dah pasrah n tunduk....kuasa Allah SWT....

    ReplyDelete
  3. kalau manusia pula..??

    entah la.

    sibuk dgn dunia,lupa pada Pencipta.

    ReplyDelete
  4. Hello,
    Anda boleh menukar pautan blog saya?
    http://alisharesidence.blogspot.com/ Saya harap anda boleh menghubungkan dan saya akan melakukan perkara yang sama,
    Berterima kasih banyak

    Alisha

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar.
    sedangkan haiwan pon tunduk kepadaNYA apatah kita manusia yg berakal.

    ReplyDelete
  6. setailo pulak kambing2 ni... :)

    ReplyDelete
  7. assalam ros..begitu patuhnya binatang ini dgn perintah Allah..hu2x..sedangkan kita?..

    ReplyDelete
  8. Salam Cheqna,

    Binatang pun takut dan patuh bila dengar kalimah Allah huakbar ni kan Cheqna.....

    ReplyDelete
  9. Salam Cik Pipi Tembam,

    Betoi tu Cik Pipi Tembam....apa pun la ni semuanya mesti kena berhati hati kan...

    ReplyDelete
  10. Salam sudipVSsenduk,

    Tu la kan sudipVSsenduk....boleh ka kita ni sampai ketahap tu kan...hati dah tak berbelah bagi dah....

    ReplyDelete
  11. Salam Fieda,

    Betoi tu Fieda....Allah maha segala galanya kan.....

    ReplyDelete
  12. Salam Aishah,

    Tu lah yang terharunya kak Ros tengok binatang ni...rasanya macam depa lagi dekat dengan Allah kan....

    ReplyDelete
  13. Salam Cinnamon,

    Betoi tu cinnamon...kadang2 tu bila azan dok berkumandang pun buat tak dengar ja kan....

    ReplyDelete
  14. Hi Alisha,

    Selamat berkenalan...Kak Ros dah link dah.....

    ReplyDelete
  15. Salam Jannah,

    Malu rasanya kat binatang ni kan Jannah....

    ReplyDelete
  16. Hi Mr.Clive,

    EEEmmm... memang setailo sangat2 lah Mr.Clive...manusia pun payah nak dengar kata kan....

    ReplyDelete
  17. Salam mama,

    Tu la kan mama.....ni yang kita nampak hanya kambing...binatang2 lain pun mungkin macam tu lah jugak kan mama....kita ni adalah kejadian yang sebaik baiknya pun kadang2 tu susah sangat nak buat macam tu kan mama....

    ReplyDelete
  18. Itulah kuasa kalimah Allah...Binatang pun tahu takut..kita?...fikir-fikirkanlah..

    ReplyDelete
  19. Salam Cik Rose,

    Betoi tu Cik Rose...binatang pun tau hormat dan taat kat Allah kan Cik Rose....

    ReplyDelete
  20. Ambil iktibar...kita manusia berakal dan dijadikan sebaik2 kejadian sering alpa dan terlupa..sering ingkar segala suruhanNYA...malu saya pd kambing ni Ros...sedangkan saya masih lagi melalai-lalaikan perintahNYA....

    ReplyDelete
  21. Salam Eye,

    Betoi tu Eye....sedangkan binatang pun tau dan sedar siapa penciptanya kan,pasai tu lah dia akur dan tak berani nak melawan penciptanya tu kan Eye......

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails