Sahabat adalah perisai diri

Monday, March 12, 2012

Budak hilang ditemui semula

Salam ,
Alhamdulillahhhh........Adik wan Hazim dah di temui dengan selamat......Semoga adik Nurul Nadirah jugak akan ditemui dengan selamat....

shafawati.yup@kosmo.com.my


Nor Azma dan Mohd. Khadir gembira dapat bertemu semula dengan Wan Hazim di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras semalam.

PETALING JAYA
– Keresahan sepasang suami isteri mengenai kehilangan anak mereka, Wan Hazim Mohd. Khadir sejak Khamis lalu berakhir apabila kanak-kanak itu ditemui selamat berada di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras dekat sini semalam.

Sebelum itu, Wan Hazim yang dilaporkan hilang olah keluarganya pada pukul 6 petang ditemui oleh seorang lelaki Cina sedang melintas Lebuh Raya Konsortium Expressway Shah Alam Selangor (Kesas) berhampiran pusat membeli-belah The Summit USJ di sini pukul 1 pagi, Sabtu lalu.

Semasa ditemui Wan Hazim, 7, berjalan kaki seorang diri. Dia dipercayai berada di lebuh raya itu selepas berjalan kaki sejauh kira-kira lima kilometer dari rumahnya di Jalan PJS 10/1, Subang Indah.

Lelaki warga emas itu kemudian menyerahkan kanak-kanak itu ke Balai Polis Subang Jaya dekat sini pada pukul 2 pagi pada hari sama. Namun mungkin disebabkan gagal mengesan latar belakang Wan Hazim, kanak-kanak itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

JKM kemudian menghantar kanak-kanak itu ke Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah pukul 4 petang pada hari sama dia ditemui.

Sementara itu, bapa mangsa, Mohd. Khadir Hassan, 41, berkata, berita mengenai penemuan Wan Hazim dimaklumkan oleh seorang anggota polis yang bertugas di pondok pengawal Balai Polis Subang Jaya dekat sini pada pukul 11 malam kelmarin.

Anggota polis itu menghubungi Mohd. Khadir, selepas menerima risalah daripada isterinya, Wan Nor Azma Wan Yusof, 33, mengenai kehilangan anak mereka.

8 comments:

  1. alhamdulillah..jagalah baik2 anak2 tu..kalu hilang, susah.. +_+ bahaya kalu terlepas sikit dari pandangan...

    ReplyDelete
  2. baca berita smlm..yg peliknya apsal budak tu merayau jauh. umur 7thn biasa dah tau mana rumah sendiri.

    apapun, kes ni jd ingatan buat yg lain jugak.

    ReplyDelete
  3. nasib baiklaaa jumpa..seram sejuk aje bila baca pasal budak2 hilang.lebih2 lagi yang kene culik ni...tak dapat dibayangkan betapa resah dan risaunya hati mak bapak mengenangkan anak-anak mereka yang hilang...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.. camne lah boleh budak tu jln sorang2... ya Allah,.mintak dijauhkan

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah....
    tak leh bygkan perasaan lega ibubapa dia kan...
    smoga adik nurul nadirah tu pun selamat dan dpt dikembalikan ke pangkuan keluarganya...

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..kena jaga betul2 pasnie

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails