Sahabat adalah perisai diri

Sunday, March 4, 2012

Dirotan Kerana Ejek Kawan...

Salam,
Sampai macam tu sekali budak ni dirotan......Adakah berkesan mengajar budak2 yang baru nak besar ni dengan cara merotan.....?Apakah kesan dan kebaikannya mengajar denga cara ni....?


Oleh MEOR RIDUWAN MEOR AHMAD dan MOHD ZAIDI YA’ACOB
am@hmetro.com.my



CALAR BALAR... Abd Rahim melihat kesan calar di belakang anaknya Amir Azamuddin selepas dirotan ustaz tahfiz.

MELAKA: Kesalahan didakwa dilakukannya hanyalah mengejek kawan, namun balasan diterima seorang pelajar sekolah tahfiz di Alor Gajah, dekat sini, sangat memilukan apabila dirotan beberapa kali oleh ustaz di depan pelajar lain.

Akibat kejadian jam 7.30 pagi Khamis lalu, Amir Azanuddin Abd Rahim, 14, lebam dan calar balar pada belakang badan, kedua-dua bahu dan belakang betis selepas dipukul beberapa minit dengan rotan sebesar ibu jari.

Difahamkan, ustaz berusia 40-an itu dikatakan membalut hujung rotan dengan pita pelekat sebelum merotan mangsa selepas mengetahui perbuatan Amir Azanuddin dan tindakan itu dibuat di dalam sebuah bilik di tahfiz itu.

Mangsa yang tidak tahan disebat dengan rotan kemudian melarikan diri ke luar dan meminta pertolongan daripada seorang peniaga lelaki dikenali sebagai Along.

Bapa mangsa, Abd Rahim Abdul Wahid, 37, ketika ditemui di rumahnya malam kelmarin berkata, dia suami isteri kesal dan tidak menyangka ustaz terbabit sanggup merotan anak kedua daripada lima beradik itu hingga terpaksa menahan kesakitan.

Menurutnya, ketika kejadian, dia pergi mengambil anak perempuannya di sekolah sebelum dihubungi isterinya, Memedalina Abu, 34, memberitahu seorang lelaki datang ke rumah mereka di Taman Seri Sutera, Pengkalan, Alor Gajah jam 1 tengah hari menceritakan Amir Azanuddin menangis akibat dirotan seorang ustaz.

“Isteri berkata, lelaki itu yang dikenali sebagai Along beritahu, anak kami menangis dan berlari-lari di kawasan Masjid Alor Gajah kerana dipukul ustaz. Along minta isteri saya pergi melihat keadaan anak.

“Sebaik mendapat tahu, saya terus pergi mengambil anak pada jam 1.40 tengah hari yang ketika itu berada di dalam masjid itu.

“Ketika sampai, saya minta rakannya panggil anak saya dan apabila memeriksa fizikalnya ada banyak calar balar pada belakang badan, kedua-dua bahu dan betis. Dia (anak) beritahu dipukul ustaz kerana mengejek kawan,” katanya.

Abd Rahim yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, tindakan ustaz terbabit merotan anaknya tidak setimpal kesalahan dilakukan.

Katanya, dia suami isteri sepakat menghantar anaknya menyambung pelajaran tahfiz di maahad tahfiz persendirian itu dengan niat supaya menjadi guru agama.

“Saya kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah pada jam 7.15 malam hari sama kerana tidak mahu pelajar lain mengalami nasib seperti anak saya dan berharap ustaz terbabit menerima balasan atas tindakannya.

“Selepas membuat laporan, pegawai penyiasat memanggil ustaz terbabit ke balai, dan saya serta isteri bersemuka dengannya.

“Ustaz itu mengaku memukul anak saya dan memohon maaf berkali-kali kerana mendakwa ketika itu dia terlalu beremosi. Namun saya hanya mendiamkan diri mendengar pengakuannya,” katanya.

Sementara itu, Memedalina berkata, dia tidak dapat menerima tindakan ustaz terbabit merotan anaknya hingga meninggalkan kesan teruk.

Katanya, sebelum ini mangsa pernah belajar di sebuah tahfiz di Langkap, Perak dalam jurusan hafazan dengan yuran RM200 sebulan dan tidak timbul masalah.

“Ketika belajar di sana, dia tinggal dengan datuknya dan tidak timbul masalah seperti di sekolah ini. Jadi saya dan suami sepakat supaya anak sambung belajar di tahfiz di sini (Alor Gajah) dengan yuran sama dalam ilmu kitab, dan dijangka keluar apabila genap 21 tahun.

“Mula-mula mendaftar dulu, kami dimaklumkan maahad di situ tidak menggunakan rotan, namun sebaliknya berlaku.

“Sekarang anak saya tidak mahu sambung belajar lagi dan saya rasa kesal dan terkilan dengan apa yang beraku. Malah, saya kesal apabila ustaz terbabit mengaku dan memohon maaf kerana alasan dia tidak sengaja merotan anak kami,” katanya dengan nada sebak.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Abd Rahman Jid mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

18 comments:

  1. Salam ukhwah.Baru bercadang ingin menghantar anak no.2 ke Tahfiz tahun depan.Dah kerap sgt kes2 begini kita dengar akhir2 ini di Maahad.Dalam Islam ada cara dalam menghukum anak2. Tujuan hukuman adalah sebagai pengajaran bukan menyakitkan mcm ni.

    ReplyDelete
  2. sian budak2..dah jadi macam ni nak belajar pun dah hilang mood...

    ReplyDelete
  3. salam kak ros.. kesian tgok budak ni.. kot ye pon nak bg pangajaran ke apa takkan smpai berbirat kt badan tu

    ReplyDelete
  4. aloh kejamnya buat budak cmni. kesian dia.

    ReplyDelete
  5. Salam..
    Teruk sangat ke ejekan budak tu hinggakan ustaz pun boleh hilang sabar..

    ReplyDelete
  6. kasihan sgt...kdg2 bukan slh kita tp tertangkap sbg slh kita..

    ReplyDelete
  7. bengang btol bace berita gini,kan kak ros?haih....pe laa nak jadi...

    ReplyDelete
  8. aduhai tak pasal2 berbirat badan

    ReplyDelete
  9. Salam Mulut Payau,

    Kak Ros tengok berbirat kat belakang dia pun Kak Ros rasa sakit sangat....Patut dan berbaloi ka tindakan kita macam ni kan MP...?

    ReplyDelete
  10. Salam Inazamri,

    Salam ukhwah jugak dari kak Ros....

    Kak Ros rasa tak sesuai la mengajar anak2 denga cara merotan ni....kan ka lebih baik kalau kita bagi depa kaunseling dan bagi depa sedar dan paham apakah benda2 yang tak elok ni....baru lah depa akan guna akai untuk berpikir mana baik buruknya kan inazamri.......

    ReplyDelete
  11. Salam eita,

    Tu la kan eita...kalau dah depa sakit,boleh ka depa berpikir mana baik buruknya....yang depa dok pikir la ni tak mau belajar dah dan nak berhenti dari sekolah tu ja kan..

    Berbaloi ka tindakan yang macam ni kan eita...?

    ReplyDelete
  12. Salam Cik Pipi Tembam,

    Waalaikumsalam...Pengajaran yang macam ni....Kak Ros rasa la,lagi akan mendatangkan masaalah... kan Cik Pipi Tembam.....

    ReplyDelete
  13. Salam Noraim,

    Memang kejam sangat kalau pasai ejekan saja hukumannya sampai macam ni...tak sepadan langsung dengan kesalahannya kan Noraim....

    ReplyDelete
  14. Salam Norsalmi,

    Tu la kan Norsalmi....tak kan pasai ejekan saja kot boleh terima hukuman sampai macam tu punya teruk....

    ReplyDelete
  15. Salam Juliet,

    Boleh jadi jugak macam tu kan Juliet.....Kalau betoi la...naya budak tu kan....

    ReplyDelete
  16. Hi Mr.Clive,

    Sepatutnya kita orang tua2 ni kan.....kena lah bersikap penyabar dan bertindak membuat keputusan yang bijak,adil dan saksama....supaya budak2 ni akan hormat kita dan mengambik kita sebagai idola depa,baru lah masaalah2 yang tak elok ni tak akan timboi....

    Depa duduk tu kat tempat yang elok dah...tempat belajar nak jadi orang baik2...jadi pengajar2nya pun kena lah tunjuk sikap yang baik dan banyak2kan bersabar...kan Mr.Clive.........

    ReplyDelete
  17. Salam Lya,

    Tu la kan Lya.....kalau nak mengajar macam ni senang lah kan...salah ja rotan....tak payah dah dok cakap banyak2 ngan budak2 ni....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails