Sahabat adalah perisai diri

Monday, March 12, 2012

Gambar Yang Amat Menyentuh Perasaan....

Salam,
Memang terharu dan menyentuh sungguh perasaan kak Ros bila tengok gamgar ni.....Bertuah ibu ni punyai anak yang sanggup berkorban deminya....


Gambar yang memaparkan seorang lelaki tua membawa ibunya untukmendapatkan rawatan di hospital telah menyentuh hati jutaan pengguna internet.

Gambar tersebut telah dirakam oleh seorang pelajar institusi pengajian tinggiyang menyaksikan anak dan ibu itu di Pusat Perubatan Chi Mei di Taiwan.
Setelah dimuatnaikkan ke internet, gambar itu menjadi popular dan hangat dibicarakan.

Dalam tempoh tiga hari , topik yang paling hangat dibincangkan dalam talianialah "Siapakah Lelaki Itu?". Beribu-ribu pengguna internet berusaha mencari identiti lelaki itu.

Pencarian itu berakhir apabila identiti lelaki berusia 62 tahun itu didedahkan. Lelaki yang dikenali Ding Zhu Ji itu merupakan bekas pegawai Biro PenyiasatanKementerian Kehakiman yang berpangkalan di Tainan.

Bekas rakan sekerja beliau memberitahu Apple Daily bahawa Ding memohonuntuk bersara awal kerana mahu menjaga ibunya pada tahun 2007, setahun selepas bapanya meninggal dunia. (Had umur persaraan wajib di Taiwan ialah 65.)

Ibu Ding berusia 85 tahun mengalami kecederaan di kakinya bulan lepas danketika gambar di atas dirakam, ibu Ding sedang menunggu giliran untukrawatan susulan.

"Kami tidak terkejut. Beliau anak yang penyayang dan taat kepada ibu bapa," kata seorang bekas rakan sekerja Ding. - DCM


10 comments:

  1. kak, jannah tag akk :P

    http://www.cikjannah.com/2012/03/jom-jadi-geng-kami-blogger-malaysia.html

    ReplyDelete
  2. salam ziarah.... selalu tengok gambar nih kat fb...hari ni baru jumpa info lengkap...

    ReplyDelete
  3. kasih seorang anak...terharu tengok gmbar tu...

    ReplyDelete
  4. selepas apa yang seorang ibu lakukan setelah melahirkan anak anak ke dunia ni,inilah contoh yang patut kita contohi...

    ReplyDelete
  5. memang tersentuh perasaan..
    betapa luhur dan ikhlasnya hati si anak untuk menjaga ibunya..

    ReplyDelete
  6. Salam Jannah,

    Ya ka.....he.he.he terima kasih lah ya Jannah.....insyaallah Kak Ros join....

    ReplyDelete
  7. Salam aiyang,

    Salam ziarah dari Kak Ros jugak...

    Ya ka aiyang....kagum sungguh ngan anak dia ni kan....demi ibu tercinta,sanggup buat apa saja.....

    ReplyDelete
  8. Salam Mulut Payau,

    Sejuk ja perut mak dia mengandungkan dia....

    Apa perkara pun kalau kita mau.... seribu daya kita boleh buat kan MP....

    ReplyDelete
  9. Hi Mr.Clive,

    Betoi tu Mr.Clive....pengobanan ibu ni,lagi besar kalau nak di bandingkan dengan kita....

    Dengan susu ibu saja kita dah tak terbayar kan Mr.Clive....

    ReplyDelete
  10. Salam Sal,

    Inilah yang dikatakan anak yang mengenang jasa kan Sal....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails