Sahabat adalah perisai diri

Monday, March 19, 2012

Ibu Yang Sedang Nazar Ingin Bertemu Anaknya.

salam,
Buat suami dan anak2 Ros ni...... kalaulah dengar berita ni harap2 tu cepat2lah mai jumpanya ya....ini adalah permintaan terakhir buat seorang ibu yang sangat merindui anak2nya yang terpisah agak lama....

yusliza@hmetro.com.my

PULANGLAH...Hashimah memegang gambar tiga daripada empat anak Ros.

KUALA LUMPUR: “Sebelum adik saya menghembuskan nafas terakhir, hanya satu harapannya iaitu ingin berjumpa semula dengan empat anak lelakinya selepas terpisah sejak 10 tahun lalu.

“Bantulah kami supaya harapan terakhirnya itu tercapai,” kata Hashimah Abdul Manan, 51, kakak kepada seorang pesakit barah hati yang kini nazak dan terlantar di sebuah sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Hashimah berkata, adiknya, Rossanah, 44, disahkan doktor menghidap barah hati tahap akhir kira-kira tiga minggu lalu dan sejak itu dia hanya terbaring di katil hospital serta bergantung pada alat bantuan pernafasan untuk meneruskan kehidupan.

Menurutnya, Rossanah yang lebih mesra dipanggil Ros terpisah dengan empat anaknya itu selepas dibawa bapa mereka.

“Ketika kejadian 10 tahun lalu, adik saya ada masalah dengan suaminya, tapi kami adik-beradik tak tahu apa puncanya.

“Ros dihantar suaminya ke rumah ibu bapa kami di Setapak manakala anak mereka yang ketika itu berumur tiga hingga 10 tahun dibawa bersama lelaki itu. “Ketika itu, kami tidak mengesyaki apa-apa. Tidak sangka selepas itu, dia tidak pulang mengambil isterinya,” kata Hashimah ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Menurutnya, sejak kejadian itulah hubungan Ros dengan anaknya terputus dan usaha wanita itu serta anggota keluarga lain mencari mereka gagal.

Hashimah berkata, empat anak lelaki Ros ialah Asymawi Zulkifli yang kini berusia 20 tahun, Muhammad Arif Zulkifli, 18, Muhammad Asyraf, 15, dan Aminuddin Zulkifli, 13.

“Sebelum nazak, Ros memberitahu dia terlalu rindu dan ingin sangat bertemu dengan empat anaknya, malah dia selalu menyebut nama mereka,” katanya.

Mengimbas kisah hidup Ros, Hashimah berkata, sejak berpisah dengan suami dan anaknya, hidup adiknya itu menjadi tidak menentu dan kesihatannya juga terjejas. Menurutnya, daripada seorang yang ceria dan peramah, Ros bertukar menjadi pendiam dan mengalami tekanan perasaan hingga terpaksa dibekalkan ubat penenang.

“Sehinggakan apabila bertemu anak keempat saya yang lebih kurang dengan umur anaknya, Ros akan menangis kerana terlalu merindui anaknya.

“Ros suka memendam perasaan dan jarang sekali dia menceritakan masalahnya, tapi saya mengetahui jauh di dalam hatinya dia begitu berharap dapat bertemu semula dengan anaknya,” katanya.

Hashimah berkata, penyakit adiknya yang juga anak kelima daripada lapan beradik itu hanya dikesan tiga minggu lalu dan ketika itu ia sudah di tahap akhir, itu pun selepas keluarga memaksanya menjalani pemeriksaan kerana keadaan kesihatannya makin merosot.

“Saya amat berharap agar permintaan terakhir Ros dapat menjadi kenyataan. Biar apapun masalah antara dia dan suaminya dulu, kami harap ia dapat dilupakan kerana kami tidak tahu berapa lama masa lagi yang dia ada sebelum menghembuskan nafas terakhir,” katanya.

Hashimah berharap sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai keempat-empat anak Ros dapat menghubunginya di talian 012-3948980 atau 016-3355921.


15 comments:

  1. Ya Allah... semoga Ros sempat dipertemukan dengan 4 anaknya sebelum pergi menghadap-Nya!

    ReplyDelete
  2. sedihnya...semoga bekas suami nya jugak anak2nya dtg jenguk mak nya yg dh nazak tuh...
    biarlah dia rasa gembira di saat2 akhir nyawa nya ini

    ReplyDelete
  3. Sedihnya mendengar...
    smoga hasratnya tercapai...

    ReplyDelete
  4. Ya Allah Ya Tuhanku.. kesiannya.. nape ayahnya sanggup pisahkan ank2 n ibu.. walupun mereka bergaduh, jgnlah putuskan hubungan antara ibu n anak.... Moga ank dia dtg cptlah jumpa dia..

    ReplyDelete
  5. Salam Ros,

    Mudah2an Allah makhbulkan impian dan doa Rossanah untuk bertemu dengan anak-anaknya.

    Semoga Allah permudahan segalanya untuk dia.

    ReplyDelete
  6. harap2 things will be better untuk dia lepas ni...mudahkanlahh jalan dia...

    ReplyDelete
  7. nangis saya ros.. saya juga ada 4 anak lelaki.. tak dapat nak gambarkan kalao terputus hubungan tak dapat jumpa dia orang.. memang tak leh bayangkan betapa sedih hati Rossanah ni... harap semoga ada lah insan2 yang mengenali anak2nya atau suaminya yang dapat sampaikan berita ni..

    nangisss....

    ReplyDelete
  8. Allah hu akbar...semoga anak2 dan suaminya akan datang bertemu...

    mekasih singgah blog akak

    ReplyDelete
  9. MasyaAllah.. moga hajatnya dipenuhi.

    ReplyDelete
  10. teruk ayahnya2.apapun reasonnya mana bleh pisahkan ibu dan anak.gila hape??kesian mak dia.anak2 semua dah besar2 lak2

    ReplyDelete
  11. Sedihnya...semoga anak2nya membaca berita ini dan sekaligus berusaha utk bertemu dgn ibu mereka...

    ReplyDelete
  12. kesiannya... sampai cmm tu skali kan.. anak2 smua dh besar2.. hrap2 lah prmintaan kak ros ni ditunaikan.. moga2 dia brjumpa dgn anaknya buat kali trakhir

    ReplyDelete
  13. semoga sebelum dia menghembuskan nafas yg terakhir hajatnya akan tercapai..

    ReplyDelete
  14. sedihnya...semoga permintaan terakhir beliau nakan di makbulkan Allah

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails