Sahabat adalah perisai diri

Monday, March 12, 2012

Kerja Kotor Paling Mulia....

Salam,
Berbangga sungguh Kak Ros dengan depa ni......Bukan pasai nak cari rezeki saja...malah depa sanggup buat kerja2 ni demi untuk kita semua.....Kalaulah kita bagi gaji lumayan mana pun......tak dak sapa yang sanggup mau buat kerja2 ni,susah jugak kita kan........

Betoi sangat apa yang ditulis oleh Mr.clive dalam blognya yang bertajuk "Hero Dalam Hidup Kita Semua",Klik kat tajuk tu kalau nak pi kat blog Mr.Clive ni......Banyak sungguh jasa depa ni kan..... memang layak sangat bergelar hero buat kita semua............


PELUANG mengikuti sekumpulan pekerja perkhidmatan penyelenggaraan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) ke sebuah rumah yang terletak di Bukit Damansara, Kuala Lumpur untuk menyaksikan sendiri kerja-kerja mereka baru-baru ini merupakan pengalaman yang sukar untuk dilupakan.

Pihak IWK dan Kosmo! bernasib baik pada hari itu memandangkan penghuni kediaman itu sedia memberi kerjasama untuk tujuan rakaman gambar berkenaan kerja-kerja pengosongan tangki septik di dalam kawasan rumah persendirian itu.

Sebaik sahaja melihat lokasi tangki berkenaan, tanpa melenagahkan masa, pasukan berkenaan terus bergegas mengeluarkan gelung sedutan najis dari lori dan memasukkannya ke dalam lubang najis tangki septik berkenaan.

Sementara kerja penyedutan itu dilakukan, perbualan krew Kosmo! bersama ketua pasukan secara tiba-tiba hilang tumpuan apabila bau busuk mula menusuk rongga hidung.

Ekoran tidak dapat menahan bau yang amat meloyakan, penulis terpaksa menutup hidung dengan buku nota kecil, meskipun menyedari tindakan itu masih tidak memadai.

Pada masa yang sama, penulis terfikir juga, adakah tindakan itu menyinggung perasaan pekerja yang saban hari menghadap perkara sebegitu sebagai tugas lazim mereka?

Ternyata, Shahranoruddin Sharanuar, 42, dan tiga rakan setugasnya yang lain kelihatan tekun melakukan kerja-kerja itu tanpa berasa jijik. Hakikatnya, mereka sudah lali dengan bau-bauan itu.

Begitupun, tidak ramai yang sanggup bekerja dengan situasi persekitaran sedemikian. Lebih jauh daripada persepsi jelik yang sering diperkatakan orang ramai tentang pekerjaan itu, masyarakat kita patut bersyukur kerana masih ada insan seperti mereka yang sanggup melunaskan tanggungjawab tersebut.

KERJA-KERJA menyelenggara tangki septik mengambil masa kira-kira 30 minit namun bergantung kepada keadaan.

Pandangan sinis

Biar apapun tanggapan orang, Shahranoruddin yang bertugas sebagai penyelia teknikal di IWK tidak ambil peduli dengan pandangan sinis segelintir orang kerana dia melihat pekerjaan itu sebagai punca rezeki yang dapat menampung kehidupan diri sendiri dan keluarganya.

Menurutnya, persepsi sedemikian mungkin timbul kerana tanggapan negatif terhadap pekerjaan itu yang tidak membanggakan selain hanya dilakukan oleh golongan yang kurang status akademik.

Mengimbau kembali pembabitan dalam kerjaya itu, bapa kepada seorang anak itu memberitahu, sejurus tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1987, dia bekerja di sebuah kilang yang terletak di Balakong selama dua tahun.

Pada tahun seterusnya, dia memohon kerja di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai Pembantu Am Bahagian Jabatan Kesihatan dan berkhidmat di situ sehingga tahun 1991.

Seterusnya, Shahranoruddin diserap masuk ke Jabatan Pembetungan dan Perparitan sehinggalah jabatan tersebut diswastakan sebagai IWK pada April 1994.

Pada permulaannya, dia mengakui berasa agak malu dan segan apabila jabatan itu diswastakan kepada IWK memandangkan orang ramai sedia maklum mengenai tanggungjawab syarikat berkenaan iaitu menyelenggara kerja-kerja air kumbahan.

“Dahulu apabila kawan-kawan bertanya tempat kerja, saya cuma memberitahu di DBKL. Jadi, orang tidak kisah tetapi bila bertukar ke IWK saya berasa malu ketika dilontar soalan mengenai tempat bekerja,” ujarnya.

Namun begitu, lama-kelamaan perasaan itu berjaya dikikis apabila menyedari bahawa kerjaya yang menguruskan soal kebersihan itu sebagai tuntutan fardu kifayah.

Berbalik pada konsep menjaga kebersihan demi kesejahteraan orang ramai, tugas itu adalah antara tugas yang mulia. Jika tiada orang yang menjalankan kerja tersebut, masyarakat tentu akan dikelilingi persekitaran yang menjijikkan.

ANTARA peralatan yang digunakan untuk membersihkan longkang di bawah tanah yang tersumbat.

Shahranoruddin tidak pernah menyesal walaupun terpaksa bergelumang dengan persekitaran kotor sebegitu. Setiap cabaran yang dihadapi telah menjadikannya lebih cekal dan tidak mengenal erti putus asa.

Sabar dimaki

Dia yang sudah berkecimpung dengan bidang itu sejak 18 tahun lalu mengakui pernah berdepan dengan sebuah kejadian yang meruntun jiwanya pada tahun 1994.

“Ketika itu, IWK sudah mula mengenakan bayaran perkhidmatan penyelenggaraan air loji kumbahan kepada orang ramai. Ramai pengguna yang tidak berpuas hati ekoran caj tersebut sehingga saya sendiri terkena tempias.

“Pada kebiasaannya, saya dan rakan-rakan lain diarah menyelenggara tangki di sebuah rumah tetapi apabila sampai di lokasi terbabit, penduduk tidak membenarkan kami membuat kerja-kerja penyelenggaraan. Puas cuba menjelaskan, namun kami dimaki hamun,” imbasnya.
Ketika diaju soalan mengenai soal geli dan busuk, Shahranoruddin mengakui mustahil dia tidak berasa geli.

“Saya pernah berasa loya dan muntah kerana bau busuk sehingga tidak lalu makan selama seminggu".
“Apabila mahu menjamu selera, ada sahaja yang terlintas dalam fikiran lalu membuatkan saya tidak berselera,” ceritanya yang mengambil masa beberapa hari untuk membiasakan diri dengan fitrah tugas itu.

Rezeki halal

Begitupun, soal tanggungjawab menjaga kebersihan diri dan persekitaran adalah perkara yang dituntut dalam

agama. Shahranoruddin dan rakan-rakan setugasnya berharap, falsafah di sebalik tugas mereka itu akan dijadikan teladan bagi setiap orang dan masyarakat secara umnya.

PAIP lori penyedut najis akan disambung mengikut kejauhan lokasi tangki septik di kawasan perumahan.

Begitupun, ternyata tidak semua golongan terutama belia masa kini bersedia atau berminat menceburi bidang yang tidak popular itu.

Begitupun, semua itu tidak menjadi halangan buat Mohd. Sabri Samsuddin, 27, yang memilih pekerjaan tersebut dan mempunyai alasan tersendiri mengapa ia menjadi pilihannya.

Anak kedua daripada empat adik beradik yang baru lima bulan berkecimpung dalam bidang itu mengakui dia tidak berasa malu kerana perkara yang lebih penting ialah rezeki yang diperoleh adalah daripada sumber halal.

Lebih daripada itu, dia bersyukur kerana masih mampu menggunakan tulang empat kerat untuk mencari rezeki yang tidak salah di sisi undang-undang.

“Kerja yang saya lakukan ini merupakan satu sumbangan kepada masyarakat dan negara kerana tanpa tenaga kerja seperti kami, masyarakat akan hidup dalam keadaan yang tidak selesa,” tuturnya.

22 comments:

  1. kalau tak de mereka2 ini
    susah gak kita
    sebab tu cheqna selalu cakap ngan diri sendiri
    semua orang dalam dunia ni ada fungsi dan peranan masing2 walaupun dia hanyalah menyapu sampah dijalanan

    ReplyDelete
  2. kalo kat oversea, mahal gaji org2 nie...kat Malaysia,tak tahu la kan cmner...

    ReplyDelete
  3. kalau semua nak kerja atasan takder keja mcm2nie tak simbanglah dunia

    ReplyDelete
  4. biasa org memang pandang jijik pada pekerjaan mcm tu. biarkan asalkan pekrjaan tu adalah dari sumber yg halal.

    ReplyDelete
  5. Apapun pekerjaan kita, apapun pangkat kita dan berapa tinggi darjat kita, sebenarnya kita saling melengkapi

    ReplyDelete
  6. kalo xda sapa yg sggup buat keja ni, meletupla tgki bwh tanah tu..bersyukurla ada insan yg sudi berkhidmat utk msyrkt..

    ReplyDelete
  7. setuju....kerja yg jauh lebih mulia dr mencuri,meragut,merompak

    ReplyDelete
  8. mulia kerja tu.. bukan semua ada ketahanan diri macam depa tu.. moga dia sentiasa dimurahkan rezeki & diberkati Allah..

    ReplyDelete
  9. Besar pahalanya tu.... tak semua orang sanggup!

    ReplyDelete
  10. mmg betapa besarnya jasa dorg dkt kita semua ni kan.. :-)

    ReplyDelete
  11. penah tulis pasal ni...dorang ni lah the Unsung heroes... :)

    ReplyDelete
  12. Salam Cheqna,

    Kalau lah tak dak depa yang sanggup mau buat kerja ni...tentu susah lah kita semua ni kan Cheqna....

    Memang kita semua patut kena berbangga dengan depa ni...bukannya dok pandag hina.....

    ReplyDelete
  13. Salam Yayansmum,

    Sepatutnya depa ni memang harus di bagi gaji yang tinggi...pasai depa ni semua tergolong dari orang2 yang penting jugak dalam negara kita ni kan Yayansmum........

    ReplyDelete
  14. Salam Wan Nurul Hezrina,

    Betoi tu Wan...Kak Ros setuju sangat....

    ReplyDelete
  15. Salam Jannah,

    Benda yang kotor dan yang jijik tu mai dari mana sebenarnya...,mau dok sedar tu...jangan dok asyik pandang orang jijik ja... kan Jannah....

    ReplyDelete
  16. Salam Norsalmi,

    Betoi tu Norsalmi....kita semua ni saling memerlukan kan......

    ReplyDelete
  17. Salam Sutera kasih,

    Sesetengah orang tu,bukannya depa sedar,yang depa tau hanya dok pandang rendah ja kat orang yang bekerja macam ni....

    ReplyDelete
  18. Salam Norhidana,

    Betoi tu Norhidana...yang pentingnya kerja halai kan.....lagi mulia daripada orang kaya yang dok berjudi tu....

    ReplyDelete
  19. Salam Mulan,

    Kadang2 tu hat kita sendiri pun kita tak tahan nak bau apatah lagi hat orang lain kan Mulan....Memang tabit lah Kak Ros kat depa nih....

    ReplyDelete
  20. Salam Amie,

    Betoi tu Amie....nampak ja kotor,sebaliknya kerja depa ni teramat mulia kan Amie....semoga Allah murahkan rezeki depa semua....

    ReplyDelete
  21. Salam Intan,

    Eeeemmmm betoi tu Intan.....memang besar sangat jasa depa ni kat kita semua.......

    Tak peduli apa pun orang nak kata,sanggup buat kerja yang kotor,kadang2 tu di tengah panas dan jugak terpaksa menahan bau.....Memang jasa depa ni patut kita kenang....

    ReplyDelete
  22. Hi Mr.Clive,

    Betoi tu Mr.Clive....tu yang kak Ros bubuhkan link Mr.Clive tu... bagi sapa2 yang nak tau lebih lanjut lagi cerita pasai hero2 ni....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails