Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, March 27, 2012

Kes culik Nazatul Fardiana Dan Siti Nur Fatihah hanya drama

Salam,
Betoi ka apa yang Kak Ros baca ni.....?Apa masaalahnya budak2 remaja ni sampai depa sanggup bertindak  macam ni kan.......?Remaja yang bermasaalah macam ni,mesti lah cepat2 kita kena bantu.....dalam usia yang sebegini,depa sendiri pun tak tau apakah kesan keburukannya tindakan dan perbuatan depa ni......bukannya cukup akai dan masih mentah lagi kan...........

Dari kecik sampailah diusia ni depa masih lagi tak boleh terlepas pandang dari kita ,mesti sentiasa diawasi......

Semoga Allah membantu dan melindungi kita semua.......

Oleh NORHAYATI YAHAYA
norhayati.yahaya@kosmo.com.my

ZAHEDI menunjukkan gambar Nazatul Fardiana pada sidang media di Shah Alam semalam.

SHAH ALAM – Remaja perempuan, Nazatul Fardiana Mohd. Norizwan (gambar kecil) yang didakwa diculik ke Thailand sebenarnya merupakan perancang utama ‘kes penculikannya’ dengan mereka-reka situasi tersebut bagi membebaskan dirinya bersama lima lagi remaja warga Myanmar ketika ditahan oleh negara itu di Bangkok, 11 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, maklumat itu diperolehi berdasarkan keterangan konsisten daripada lima warga Myanmar tersebut yang dibawa ke negara ini untuk diambil keterangan sejak Khamis minggu lalu.

Menurut Zahedi, lima warga Myanmar tersebut iaitu Muhd. Yunus Abdul Rahim, 17; Muhd. Nur Abdul Rahim, 14; Abdul Aziz Normal Hakim, 14; Ramzabi Hussin, 14, dan Janetbi Hussin, 14, memberitahu, Nazatul mencetuskan idea mengatakan mereka diculik ketika itu kerana tidak mahu dimarah oleh ibu mereka.

“Berdasarkan keterangan, kita dapati hubungan mereka akrab dan saya tidak nafikan mereka terlibat dalam kegiatan meminta sedekah di kawasan itu secara tidak sah dan hasil kegiatan itu digunakan untuk diri mereka sendiri.

“Walaupun berdasarkan keterangan mereka yang mendakwa, misi adalah untuk melarikan diri daripada lelaki bernama Shah dan Sadiq, kita percaya kegiatan mengutip sedekah itu didalangi oleh mereka sendiri,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, semalam.

Zahedi turut menghuraikan kronologi perjalanan semua remaja itu dalam tempoh mereka ‘hilang’ ketika mereka ditemui merayau-rayau di Terminal 1, Seremban sebelum dibawa ke IPD Seremban, 31 Januari lalu dan ketika itu, Nazatul turut mengaku dirinya adalah warga Myanmar.

culik, lari dari rumah, masalah keluarga, masalah sosial

Rabu, 21 Mac 2012
[PANAS] Siti Nur Fatihah yang Didakwa Diculik Rupa-rupanya LARI DARI RUMAH, Ikut Teman Lelaki




[Bernama] KUANTAN: Gadis yang dikatakan diculik ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lepas, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya tidak diculik, kata polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran berkata, gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami.

"Laporan yang dibuat kepada polis dengan mendakwa gadis itu diculik adalah tidak benar kerana dia mengaku dia tidak diculik tetapi melarikan diri dari rumah kerana tekanan perasaan," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata Siti Nur Fatihah ditemui di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan petang Selasa, selepas dikatakan diculik dua lelaki dan seorang wanita semasa bersama adik lelaki dan sepupunya membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini, Ahad lepas.

Narenasagaran berkata, remaja itu sendiri yang menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita berkenaan supaya menghantarnya ke rumah teman lelakinya pada hari dia dilapor hilang oleh keluarganya.

Beliau berkata Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Sultanah Fatimah di sini untuk kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu menemui sesiapa.

"Kes ini telah selesai dan kami menegaskan bahawa ini bukan kes culik. Mangsa keluar rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak dalam kes ini.

"Mangsa keluar rumah dengan tujuan hendak menenangkan fikiran dan mahu tinggal sementara dengan keluarga teman lelakinya," katanya.

Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 20-an yang sebelum ini dikatakan melarikan gadis itu, Narenasagaran berkata mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil semula untuk memberi keterangan berhubung kes itu.

"Mereka tidak melakukan penculikan tetapi polis akan panggil semula kedua-dua lelaki dan wanita itu untuk diambil keterangan," katanya.

P/s: Jika benarlah pengakuan bahawa remaja itu dengan rela hati melarikan diri ke rumah teman lelakinya (apa budak 15 tahun ada teman lelaki berusia 26 tahun?), maka tindakannya itu benar-benar telah menyusahkan orang dan mencemarkan maruah diri serta keluarga!

Kerana tindakannya, pelbagai pihak bersusah payah menjalankan pelbagai usaha untuk mengesan dirinya:



Yang lebih membimbangkan apabila tindakannya itu akan melunturkan kepercayaan masyarakat yang pada hari ini menunjukkan keprihatinan yang begitu tinggi terhadap kes-kes yang melibatkan orang hilang. Berdasarkan rekod, kes seumpama ini bukanlah yang pertama. Sebelum ini, ada beberapa kes yang melibatkan remaja lari dari rumah, namun didakwa diculik oleh pihak tertentu.

Apa akan terjadi jika masyarakat mula meluat dan mengambil sikap tidak peduli terhadap kes orang hilang, walaupun realitinya orang yang hilang itu benar-benar diculik?


40 comments:

  1. pedek akal macam ni la..
    tak fikir panjang

    ReplyDelete
  2. tu la masalahnya..nanti kalau betul2 kena culik org ramai pun dah malas nak ambik tau dah..ingat drama lagi..pelik muda2 dah berani bertindak sampai begini rupa..

    ReplyDelete
  3. wah heboh ni maklumat penculikan..

    ReplyDelete
  4. masyaallah. nauzubillah mizalik. :(

    ReplyDelete
  5. nauzubillah.. ade jugak org nak buat mcm ni yer...

    ReplyDelete
  6. tak tau lah nak kata apa budak2 ni...byk sgt nonton TV..yg tak elok je di jadikan contoh..yg elok2 tak nak pulak diorang ikut...

    ReplyDelete
  7. budak2 ni langsung tak fikirkan kesan dan akibat dari perbuatan mereka..

    ReplyDelete
  8. erm.. satu je yg boleh dikatakan.. mereka ni terlalu ikutkan hati... :)

    ReplyDelete
  9. remaja sekarang ni x pikir panjang bila buat sesuatu perkara..x pikir pun perasaan org lain lbh2 lg org tua..apa yg dorang nak ialah kebebasan x nak dikongkong..ibubapa kah yg salah didik? @ mereka yg cpt terpengaruh dgn kengkawan ..wallahualam..

    ReplyDelete
  10. tak paham betol apa yg dia dapat bila buat kerja mcm tu. kesian mak ayah dia.. haishh

    ReplyDelete
  11. pendek akal dan nak suka2 aje... huh.. gediks betul....

    ReplyDelete
  12. tak kesian ke kat mak ayah diorang ek? wuu tengok mak ayah diorang menangis2 kat tv pun, buat kita rasa sebakk, apatah lagi kalau mak ayah sendiri kan? wuwuuwuw..

    xtau la nak digambarkan. bayangkan betapa malunya keluarga mereka..

    ReplyDelete
  13. kita yang dengar pun dah risau apa nasib mereka...

    rupa2nya... tak betoi...

    ReplyDelete
  14. Ini takutnya besok jadilah macam cerita pengembala kambing dengan harimau ni.

    ReplyDelete
  15. Kak ros...mmg rasa marah sgt bila tgk berita2 mcm ni...bdk2 ni mmg tak cukup akal btul lah..mnyusahkan semua pihak..harap dia org sedar akan tindakkan diaorg yg salah tu kan

    ReplyDelete
  16. mangkuk hayun betul la dorang ni/...betul kak.boleh jadi sebab dorang ni nanti masyarakat kita semakin kurang percaya kes2 gini...xpasal2 yang betul2 kene culik xmendapat bantuan...zz...patut saman aje dorang ni...

    ReplyDelete
  17. tu laa... geram pun ada... nak buat macam mana... kena lah didik anak sewajarnya....

    ReplyDelete
  18. geleng2 kepala.
    jomlah kita mantapkn pggangan agama kaum kluarga kita. klau iman kuat insyaAllah tak kan blaku pkara2 bgini

    ReplyDelete
  19. tu lah...risau kalau satu hari nnti org lain dah xpcaya.. =(

    ReplyDelete
  20. budak2 sekarang ni sangat pandai, banyak jer idea mereka tanpa sedar mereka dah lukakan hati ibubapa mereka.

    Anggaplah ia sebagai pengajaran. Garang sangat pun tak boleh berlembut pun tak boleh..

    nanti bila kes macamni terjadi ibubapa juga disalahkan..

    ReplyDelete
  21. Salam Cheqna,

    Betoi tu Cheqna....Masa remaja macam ni lah kita dok kena bagi banyak perhatian kan Cheqna takut depa tersilap langkah macam ni lah jadinya....

    ReplyDelete
  22. Salam Fieda,

    Memang susah sungguh nak awasi budak2 remaja zaman la ni kan Fieda....terlepas pandang sikit ja,macam2 boleh jadi.....

    ReplyDelete
  23. Salam Cik Awi,

    Ya Cik Awi....masaalahnya sekarang ni..penculikkan yang dirancang oleh mangsa sendiri....Macam2 budak2 sekarang ni kan Cik Awi....

    ReplyDelete
  24. Salam eB,

    Takut dengan anak2 remaja zaman la ni kan eB....depa berani sungguh....masa umur macam ni lah kalau depa tersalah pilih jalan hidup,akan musnahlah masa depan depa...

    ReplyDelete
  25. Salam Masya,

    Budak2 baru nak besar kan Masya...akai pun tak cukup lagi... bukannya depa tau apa akibatnya perbuatan depa tu.....pasai tu lah depa berani...

    Bahaya ni...,kita semua mesti bagi lebih banyak perhatian kat anak2 remaja kita,tak kira lah lelaki ataupun perempuan...

    ReplyDelete
  26. Salam Anymz,

    Inilah masaalahnya kan Anymz.....Banyak sangat info2 yang tak senonoh dimana2....Pengaruh yang tak baik ni sangat kuat kan Anymz....

    ReplyDelete
  27. Salam Masz,

    Akai pun budak2 lagi kan Masz.....memang depa tak boleh berpikir macam orang dewasa....masih dibawah kawalan ibu bapa...

    Kak Ros tak salahkan semua ibu bapa,tapi sesetengah ibu bapa tu lah yang ada masaalah..,selalunya dok bergaduh didepan anak2,jadi secara tak langsungnya anak2 remaja kita ni dah terlepas dari pandangan mata kita kan Masz......

    ReplyDelete
  28. Salam Queen,

    Boleh jadi jugak lah Queen....

    Tapi kalau anak2 kita ni rapat dengan ibu bapa dari kecik,boleh berkawan denga ibu bapa depa,boleh mengadu dan berkongsi masa mana pun mengenai masaalah pelajaran ka ataupun apa2 jugak masaalahnya dengan ibu bapa depa...Kasih sayang diantara anak dan ibu bapa dah menjadi cukup kuat...kak Ros rasa insyaallah perkara2 yang macam ni mungkin tak akan berlaku.....

    ReplyDelete
  29. Salam ieja,

    Betoi tu ieja....remaja lah yang paling banyak sekali bermasaalah kan...pasai depa ni memang tak cukup akai,mudah terpengaruh,mudah diperdaya dan sebagainya....

    Budak2 remaja ni memang kena bagi lebih banyak bimbingan oleh orang2 dewasa....bukannya dok perdaya atau pun pengaruhi depa dengan benda2 yang tak elok kan ieja.......

    ReplyDelete
  30. Salam Cik Jannah,

    Tu la kan Jannah...tak tau lah apa masaalahnya budak2 ni kan....sampai depa sanggup buat macam tu....

    ReplyDelete
  31. Salam mayangsayang,

    Memang pendek akai budak2 ni kan mayang...

    ReplyDelete
  32. Salam Noor Fatin,

    EEmmm...nilah masaalahnya anak2 remaja ni...memang depa tak boleh nak pikir jauh macam orang dewasa kan Fatin....

    ReplyDelete
  33. Salam dwaty,

    Tu lah yang kak Ros dok kata depa ni tak cukup akai tu...memang akai budak2 pun.....depa sendiri pun tak pikirkan keselamatam depa,apa akan terjadi dengan tindakan depa..lepas dah depa buat barulah depa takut....

    Inilah yang menakutkan kita semua kan dwaty......pasai depa tak boleh nak bezakan lagi yang mana baik dan yang mana buruknya....

    ReplyDelete
  34. Salam kunang-kunang,

    Betoi tu Kunang-kunang.....kalau dah banyak kali sangat dah dok tipu...nanti orang tak akan percaya lagi dah...ni yang kak Ros takut sangat nih....mau jadinya betoi2 kan susah....

    ReplyDelete
  35. Salam Saniah,

    Tu la kan Saniah....Apa masaalahnya budak2 ni pun tak tau la kan....harap2 tu benda2 yang macam ni tak akan berulang lagi...

    ReplyDelete
  36. Hi Mr.Clive,

    Tu lah kan Mr.Clive....akai kalau tak cukup,dipengaruhi pulak dengan akai2 yang cukup kreatif ni....memang ni lah jadinya kan....

    ReplyDelete
  37. Salam Kazman,

    Betoi tu Kazman....memang kita marah sangat bila perkara2 yang macam ni terjadikan....tapi bila kita dok selidik balik,banyak pasai yang boleh depa jadi macam tu...

    Mungkin terlepas pandang dari mak pak,kurangnya kasih sayang,mak pak suka bergaduh,tak dapat perhatian dari mak pak, keadaan sekeliling, dipengaruhi oleh filem2 dan jugak game2 yang memang tak sesuai sangat buat budak2 remaja ni dan banyak lagi lah kan....

    Mungkinlah kan Kazman,Kak Ros pun tak tau apa masaalahnya depa ni...

    Anak2 remaja ni,memang kita kena bagi lebih perhatian...,depa ni nampak saja besar tapi akai masih budak2 lagi....senang sangat dipengaruhi...

    ReplyDelete
  38. Salam So Shy Lady,

    Betoi tu SSL...Kak Ros setuju sangat....Bimbingan agama,kasih sayang dan jugak perhatian...amat penting sangat kan SSL....

    ReplyDelete
  39. Salam Munnafendy,

    Inilah yang menjadi masaalahnya kan bila dah tersalah langkah...harap2 tak kan berlaku lagi lah benda2 yang macam ni kan Munnafendy...

    ReplyDelete
  40. Salam Nita,

    Betoi tu Nita...tapi tak semua mak pak ni betoi,ada jugak salahnya dan tak semua anak2 ni salah ada jugak betoinya depa ni......

    Kak Ros tak kata tindakan depa ni betoi,tapi mungkin keadaan yang memaksa depa bertindak macam tu...pasai anak2 remaja ni memang depa perlukan lebih bimbingan,lebih masa dengan mak pak,lebih perhatian dan sebagainya lah....

    Anak2 remaja ni...depa baru nak besar,baru nak kenai dunia...akai pulak tak cukup lagi,bila terlepas pandang sikit saja dari kita, ni lah jadinya pasai depa tak boleh nak berpikir macam orang dewasa mudah sangat terpengaruh...

    Kadang2 tu,orang dewasa yang boleh berpikir dah pun terpengaruh jugak dengan benda2 yang tak elok ni kan Nita....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails